
Suami kena masuk lokap tapi ayah saya suruh jamin suami. Dengan alasan ayah dah tak mampu nak tanggung kami anak beranak. Saya terp4ksa terima suami balik. Tapi kejadian Ahad lalu buat saya nekad keluar dari rumah..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum Min.. Mohon hide profile saya dan siarkan luahan hati saya ni. Semoga apa yang saya ingin luahkan tiada kena mengena dengan sesiapa.
Saya mendirikan rumahtangga selama 11 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Saya seorang surirumah sambil buat bisnes di Lazada, Fb, Shopee serta offline pun ada. Jika ada rezeki, Alhamdulillah untuk anak – anak sahaja.
Jika tiada rezeki bukan bermakna tiada rezeki langsung. Saya yakin dengan Allah s.w.t. yang maha segala – galanya. Saya ingin berkongsi luahan hati saya. Pada hari Ahad 2/5/2021, berlaku pertengk4ran antara kami suami isteri.
Puncanya saya tergerak hati ingin check handphone suami waktu lebih kurang pagi buta. Saya tidur awal sebab anak menyusu badan, jadi perIukan rehat. Secara tidak langsung saya terjaga untuk minum dan makan.
Waktu inilah tergerak hati nak check handphone suami. Saya bukan seorang yang cemburu buta, cuma sebelum itu saya ada bermimpi suami dengan perempuan lain. Jadi niat di hati nak check sebab rasa sesuatu sangat.
Kalau boleh nak elak benda ni, tapi firasat hati saya nak juga tahu ada apa – apa ke yang dia cuba rahsiakan daripada saya. Saya check masa tu dia (suami) sedang tidur. Kalau dia membantu saya dari segi menguruskan anak – anak, mungkin saya boleh kawal lagi tapi kali ni saya dah tak boleh kawal em0si saya.
Balik kerja kalau tak buat motor, kereta, harta benda dia, dia akan layan handphone dan tengok fb ataupun youtube sampai dia tertidur. Saya sendirian melayani kerenah anak – anak yang pelbagai ragamnya.
Kadang – kadang tertekan juga, tapi ibu saya bagi supp0rt kena kuat dan b4ngkit semangat demi anak – anak. Selama 11 tahun bersama suami dari anak pertama sehingga anak ke-5. Semuanya dia ada buat hal.
Tapi dengan cara yang berbeza. Saya sudah 4 kali buat rep0rt sebab dia pukuI saya. Saya buat rep0rt bagi amaran supaya di masa akan datang tak pukuI saya lagi. Dia pujuk minta maaf, saya balik kepada dia.
Last dia tak pukuI masa anak ke-4. Tapi kali ni cara lain dia buat pada saya. Waktu ni saya dah hilang sabar sangat. Melepak dengan kawan – kawan lepas balik daripada kerja. Saya yang uruskan semua.
Kadang – kadang terp4ksa biarkan rumah bersepah jika s4kit kepala datang. Serupa macam dia tak ada. Lebih baik tak ada daripada ada di rumah. Buat saya macam h4mba abdi di rumah. Tanggungjawab nak culas, berkira.
Tapi kalau buat anak, macam kesauk. Saya nekad ambil perancang. Sudah cukuplah anak – anak ini rezeki untukku ya Allah. Ini sudah cukup bagiku. Duit rumah culas nak bayar tertunggak masa tahun 2018.
Saya yang hanya masa tu ada duit bantuan kewangan, saya simpan dan berjimat. Sampaikan satu tahap orang DBKL datang dengan polis kunci air je. Nasib mereka ketuk dahulu. Mereka masih lagi berperikemanusiaan.
Saya yang dah buntu nak buat macam mana. Saya gunakan duit bantuan saya. Sebab fikir anak – anak. Duit elektrik pun saya uruskan separuh. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya masa tu.
Kalau yang rumah DBKL 1 bilik pun susah nak bayar, liat. Inikan pulak dah keluar kereta yang kedua. Nasiblah bukan saya penjamin, abang dia. Tapi bukanlah kereta baru, hidup sudah susah tak tahu bersyukur.
Nak ikut kawan semata – mata. Sudah ditegur nasihat, tak didengar. Terpulang. Janji jangan lari, saya pula yang kena tanggung semua hutang dia. Berbalik pada cerita saya. Hidup kalau nak menipu, saya tahu dia tak jujur sepenuhnya.
Dia add perempuan dari seberang di FB katanya ada orang share memang dah ade dekat situ (fb friends). Saya bukannya buta huruf. Kalau tak buat salah kenapa nak meng4muk, herdik tinggi suara dengan saya?
Saya tanya elok – elok. Saya suruh dia bI0ck perempuan tu, tiba – tiba nak meng4muk dah kenapa? Saya beritahu kalau tak salah tak perlu nak melaung – laung suara tu. Tak malu orang sekeliIing dengar.
Dia kata yang k0sek (bahasa kedah) handphone time dia tidur kenapa? Nak tengok depan mata dia. Saya beritahu dia macam mana nak tengok kalau dah balik kerja dok pegang handphone je. Tengah tidur pun pegang.
Kalau hati saya nak tergerak tengok apa salahnya. Dia beritahu saya perlu minta izin. Saya beritahu selama ni tak perlu semua tu kenapa sekarang perlu minta izin. Dia buat belakang saya macam ni tak pula minta izin.
Saya ni siapa pada dia. Jangan s4kitkan hati saya. Cukup banyak kali dia s4kitkan hati saya. Saya dah bagi banyak peluang. Dia tak boleh terima seolah dituduh. Saya tak nak g4duh depan anak – anak.
Tapi saya tr4uma kisah yang lalu dia pernah nak tik4m saya dengan alatan pengasah pis4u. Nasib saya baik, jiran datang jerkah dari luar bilik air saya. Ketika itulah saya tengah pegang anak no 4, yang no 3 pun dalam bilik air.
Yang 2 orang besar tengok sambil menangis. Saya tiada kudrat ingin minta tolong. Yang no 5 belum ada lagi. Kejadian ni tahun 2018 terjadi. Dia masuk Iokap saya buat rep0rt, tapi ayah saya tak boleh tanggung saya.
Rumah saya duduki dia da dijamin abang dia. Tugas dia hanya pujuk saya untuk tarik repot. Saya cuba tak nak, tapi ayah saya tak boleh tanggung saya. Ibu saya sanggup. Disebabkan tak nak keluarga saya berg4duh.
Saya nekad tarik report sebab dia janji nak berubah, solat. Tapi semuanya sandiwara semata – mata. Selepas saya tarik lap0ran, dalam masa 3 bulan dia tak berubah pun. Saya takut dia dend4m dengan saya walau dia buatlah baik sekalipun.
Sampailah terjadinya hal – hari Ahad tu. Dia h3mpuknya bekas atas meja sampai pecah, saya nak keluar dari bilik sebab dia ni macam nak kena r4suk. Dia tak bagi saya keluar dia rent4p tangan saya. Sampai bengk4k.
Kalau anak – anak dah besar sikit, saya boleh pergi kIinik pakar untuk rawat diri saya dan jika ayah saya supp0rt mungkin saya bahagia dengan family saya. Tapi tak mengapa ye. Allah itu maha adil.
Saya buat aduan di talian kasih dan mengadu pada ibu supaya dapat bantu saya terus bangkit. Sekarang ni saya hanya fikirkan anak – anak amanah Allah, tak nak tinggal sebumbung dengan dia.
Sampai satu tahap saya boleh berdikari sendiri dengan anak – anak. Itu sahaja yang saya fikir. Pasal dia anggap benda ni main – main agaknya. Semua nak culas ye. Doakan semoga Allah bantu saya bersama anak – anak keluar daripada kehidupan dia satu hari nanti. #ibu5organak #akutertekandandiIematr4uma #cukups4kithatiini
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.