
Isteri berniaga bangun subuh balik malam kau bising bila dia balik tak masak. Orang yang anggap anak perempuan juga patut layan siapkan makan minumnya. Kau silap besar, itulah permulaan aku mula hilang rasa hormat terhadap seorang ayah. Selepas dua tahun aku cari ayah sebab nak kahwin..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum, Mac 2019 masih segar dalam ingatan seorang anak, lafaz yang keluar dari mulut seorang ayah, “Mulai hari ini aku tiada anak perempuan, kita jumpa di akhir4t, aku m4ti jangan urus jen4zah aku”.
Hari dan tahun bersilih ganti, aku mencuba untuk memaafkan tetapi parut yang ditinggalkan, bukan mudah untuk seorang anak derh4ka yang tercipta oleh keangkuhan seorang ayah. Seseorang yang tidak berada di dalam situasi ini sangat mudah memberi nasihat dan teguran.
Ayah keluar dari rumah tinggalkan ibu dan kami adik beradik, terg4ntung tak bertali. Bukan sebab curang, lebih kepada ayah beranggapan orang di dalam rumah sudah ingkar katanya dan tak hormat dia. Hello!!! Nak kami hormat dengan orang yang main game 24 jam di rumah, azan zohor berkumandang masih lena di buai mimpi.
Isteri berniaga bangun subuh balik malam kau bising bila dia balik tak masak. Orang yang anggap anak perempuan juga patut layan siapkan makan minumnya. Kau silap besar, itulah permulaan aku mula hilang rasa hormat terhadap seorang ayah.
2 tahun lebih berlalu sejak ayah tinggalkan rumah, aku tak pernah berhubung langsung dengannya. Kadang – kadang tu ada juga terdengar dia burukkan keluarga, kononnya kami yang buang dia. Dan yang buat aku bertambah benci bila ayah memberitahu kepada nenek, jika suatu hari aku ingin bernikah, dia tidak akan mahu menjadi wali ku.
Seandainya dia datang sekalipun di majlis tersebut, dia tidak mahu menikahkan tapi datang hanya untuk porak perandakan majlis. Banyak hal yang membuat aku antara adik beradik yang benci dengan ayah. Adik beradik lain ada berhubung dengan ayah, mungkin mudah bagi mereka tapi bukan aku.
Aku yang berada di tempat kejadian, aku yang menjadi saksi segala yang keluar dari mulut seorang ayah, menjadi saksi penat lelah ibu aku. Telinga ini yang menjadi saksi seorang ayah mengungkit membesarkan anak – anaknya dan dia sendiri yang berkata kita dah tiada apa – apa hubungan.
Kemuncak berlaku bila aku bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini, aku meminta abang sulung bertanyakan semula kepada ayah jika ingin menjadi wali atau tidak. Ucapan yang keluar dari mulutnya adalah pada tahun 2019 yang aku harapkan ia berubah fikiran pada tahun ini.
Seperti yang aku duga, jawapan ringkasnya “bila ada perlu, baru cari aku” dan akhirnya ayah bluetick chat abang sulung. Sejujurnya, perasaan benci yang aku cuba padam membara semula, rasa kecewa menyukarkan perkahwinan anak perempuan.
Ayah meletak hukum bahawa dia sangat berkuasa terhadap anak perempuannya. Pada saat ini, aku masih menanti jawapan daripada abang sulung sama ada ayah tetap berkeras tidak ingin menikahkan atau sebaliknya. Jika tidak, aku terp4ksa memohon wali hakim disebabkan wali enggan menikahkan.
Pernah juga terbaca kes – kes wali hakim mengambil masa yang lama. Ada yang berbulan dan ada yang bertahun. Cuma tak faham, kenapa wujud seorang ayah yang enggan menikahkan anak perempuannya. Aku tidak berseorangan menghadapi kes seperti ini, bila aku join satu group tu ramai rupanya kes wali enggan di Malaysia.
Ada yang menanti kes perbicaraan di Mahkamah Syariah, ada yang masih dalam proses memujuk dan ada juga yang sudah menangguhkan perkahwinan setahun kerana kes wali enggan belum selesai di Mahkamh Syariah. K3jamnya seorang ayah.
Sesungguhnya, banyak aib ayah yang masih cuba aku sembunyikan di dalam cerita ini yang membuatkan aku susah untuk memaafkan. Untuk orang di luar sana, aku bukan memilih untuk menjadi anak derh4ka melainkan keadaan mem4ksa untuk aku terus begini.
Usah berkata sinis yang aku akan menyesal bila ayah meninggaI. Jika takdir membuat aku derh4ka, aku pasrah. Terima Kasih Ayah, kau mencipta siapa aku sekarang. Usah merasa selalu benar, sedangkan topeng mu Allah masih tutup. – NAURA (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Neuro Shewazni : Kes aku, abang aku tak nak. Abang sebapa. Arw4h abah dah lama takde. Aku banyak kali nak jumpa minta sain. Ade aje mungkir janji. Last aku pergi pejabat agama area rumah dia, aku minta nasihat ustaz. Dia suruh buat wakil wali.
Wakil wali ni dia takmau datang pun takpe. Angkat sump4h depan ustaz. Dia janji nak datang. Aku pun ok la. Rupanya tak jugakkk. Terp4ksa aku apply wali hakim. Masa tu surat sampai. Dalam tu tulis, kalau tak datang, waran tangkap akan menyusul.
Menggelabah dia suruh aku batalkan kes. Aku kata setel wakil wali, baru aku batal kan. Siap termimpi dia buat onar huhuhuu. Tu pun last minit dia buat. Nak bicara Ahad di Kelantan, hari Jumaat petang baru dia ke pejabat agama kat Selangor.
Adoi. Dapat dokumen pun jam 6, ustaz bawak jumpa kat Petronas tengah jalan. Sabo je laa. Ko try pujuk, minta wakil wali. Kalau tak mau jugak, proceed wali hakim. Kawan aku buat, 3 bulan naik turun mahkamah.
Intan Farina : Susah kalau anak lelaki iaitu imam biasa dididik menjadi raja. Raja mana mahu turun takhta melainkan dengan berper4ng / meninggaI / gering bangga dengan title wali. Double standard dengan wanita. Wanita ni kira lekeh pada mata dia.
Untuk pengetahuan boleh failkan wali enggan di mahkamah. Hakim akan uruskan. Lelaki jangan ingat anda boleh pergi jauh tanpa wanita yang jadi tuIang belakang anda. Maka jadilah imam yang bagus. Jika hari pembaIasan Allah akan tentukan nanti.
Di dunia akan ditunjukkan. InsyaAllah mudah – mudahan. Jangan ada yang meninggaI sendirian tanpa sesiapa tahu disebabkan pilihan diri sendiri. Jangan risau confessor, ayah anda bukan tuhan. Allah yang akan jadi wali dan pembantu untuk niat murni awak. Allah juga yang menentukan j0doh awak. Be strong sis. Niat awak baik. Benar kata nabi ORANG YANG TIDAK MENYAYANGI TIDAK AKAN DISAYANGI.
Akmar Alias : Ya, memang ada kes macam ni. Bapak buat keras kepala, main ugvt pasal taknak jadi wali. Ada kes saya tahu, bapak mintak motor sebiji kalau nak jadi wali. So menantu dan anak punya la gagah pi beli motor kat si bapak tu.
Tup tup , 2 jam lagi nak akad nikah, bapak tu hilang kan diri. Puas cari, jumpa jugak dekat dusun tengah selamba hisap r0kok. Bila tanya pasal apa tak pegi masjid, alasan dia sebab takda orang nak pi ambik dia (walhal dah diingatkan malam sebelum tu dan motor baru dia pun dah ada). Geleng kepala kami dengan situasi tu, termasuk Tok kadi.
Epal Merah : Abang sulung boleh kan jadi wali, cuma perlu persetujuan dari ayah cik. Pengalaman wali tak nak datang mewalikan saya juga mengaIaminya. Hingga saat akhir, bapa saud4ra datang nak jadi wali, tapi diminta oleh tok kadi supaya dia jadi wali, alhamdulillah walaupun lewat berjam – jam dari waktu sebenar, kami selamat dinikahkan.
Hari perkahwinan orang gembira tapi kami berendam air mata. Kepada lelaki yang berstatus wali jangan angkuh, jangan disusahkan urusan perkahwinan orang yang menjadi tanggungjawabmu, dia tak menuntut nafkah yang sepatutnya kau berikan sudah cukup baik, dia cuma minta kau jadi wali sahaja.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.