
Mak mertua saya terlalu k3jam dan pentingkan diri. Kepada mak, berubahlah sebelum m4ti. Saya tak akan maafkan mak selagi per4ngai mak masih begitu. Menyalahkan orang lain atas keburukan per4ngai sendiri.
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Harap cerita ni dapat disiarkan. Saya Eka (Bukan nama sebenar) mengaIami kemurungan akibat sikap mak mertua yang sangat selfish. Saya dan suami berkahwin pada PKP 1.0.
Namun perancangan selepas berkahwin untuk tinggal lebih lama di rumah keluarga saya tidak kesampaian apabila keluarga mertua mendesak untuk kami balik ke Kuala Lumpur dengan segera berikutan LOCKDOWN.
Saya dan suami terp4ksa menumpang rumah mertua kerana tempoh PKP 1.0 sangat ketat dan kami tidak dapat mencari rumah sewa. Selama 3 bulan menumpang di sana hidup saya cukup tersiksa. Untuk pengetahuan semua, saya bekerja sebagai Eksekutif dan suami bekerja kilang sebagai supervisor.
Dalam tempoh PKP tersebut kami semua perlu WFH. Sebulan pertama kami masih relaks dan suami pun WFH. Masuk bulan kedua, suami perlu bekerja di kilang semula maka tinggal lah saya di rumah mertua tanpa suami.
Bermula la kesengsaraan saya sebagai menantu di dalam rumah tersebut. Di hadapan suami, mertua cakap buat saja la kerja tu dalam bilik. Tak nak keluar pun tak apa. Tapi, selepas suami balik dia menyindir saya berkurung sahaja di dalam bilik seharian.
Makan pun tak apa lagi nak jenguk masak apa kat dapur. Saya hanya akan makan bila suami saya balik kerja. Sedangkan mak mertua saya sedar yang saya sedang bekerja bukannya tidur sahaja seharian. Masuk bulan puasa, setiap kali berbuka dan sahur saya seorang sahaja yang masak untuk semua.
Setiap kali saya masak suami tak tahu saya masak, bila makan suami puji la cakap sedapnya lauk sape masak ni? Mak mertua mencebik dan memberitahu anak – anak perempuan dia pun pandai jugak setakat masak macam ni aje.
Kecik hati saya. Bukan nak berterima kasih saya susah payah masak mana nak keje lagi. Di dalam rumah tersebut ada lengkap ahli keluarga suami. Abang sulung, dan tiga adik perempuan. Disebabkan ada abang sulung dia, saya terp4ksa berpakaian menutup aur4t sepanjang masa di rumah dan juga setiap kali memasak.
Panas dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mak mertua selalu menyindir saya dia kata panas sungguh tengok kau ni. Saya ni bukannya alim sangat. Tapi saya cuba untuk jadi h4mba yang menurut segala perintah Allah.
Jaga solat, jaga aur4t. Saya juga nk tunjuk yang ibu bapa saya memberi ajaran yang sepatutnya. Setiap pagi juga saya akan turun selepas solat subuh untuk kemas rumah, sapu segala sampah sarap walaupun rumah tu tak ada budak kecik tetap bersepah sebab adik2 ipar jenis suka sepahkan semua benda.
Saya letih setiap hari perlu buat semua tu. Tapi saya tak ada pilihan memandangkan saya hanya menumpang. Saya dianggap orang luar setiap kali suami tiada di rumah. Mak mertua hanya berpura – pura baik sahaja di depan suami.
Saya tahu mak mertua hanya pura – pura layan saya dengan baik di hadapan suami sebab takut suami tak bagi duit bulanan lagi pada dia. Setiap bulan suami akan beri pada mak mertua RM1,000 sedangkan gaji dia cuma RM2,000.
Jika terlambat beri duit setiap kali gaji, mak mertua akan cakap, jangan nak lebihkan bini saja. Sini lagi utama. Syurga dengan mak. Bukan bini. Untuk pengetahuan, saya dan suami bercinta selama 11 tahun gara – gara mak mertua takut saya habiskan duit anak dia.
Kami sebaya. Sepanjang 11 tahun tu jugak suami langsung tak ada menyimpan duit untuk hantaran saya. Dan semasa nikah kami, suami beri duit hantaran yang dipinjam oleh seorang kawan namun harus dipulangkan kembali.
Tujuan pinjam duit tersebut adalah untuk menjaga a1b suami. Dan hakik4tnya saya berkahwin tanpa satu sen hantaran pun. Mak mertua tahu akan hal ni dan menyindir saya. Dia kata kena faham la tanggungjawab suami lebih kepada orang tua dia.
Tak kan nak harap duit hantaran puluh – puluh ribu. Sekali lagi saya kecewa. Suami berkahwin dengan saya tanpa keluarkan duit satu sen pun. Segala perbelanjaan majlis kami saya tanggung seorang. Dan takdir tak menyebeIahi saya apabila majlis terp4ksa dibatalkan berikutan PKP.
Saya kerugian hampir RM10,000 kerana perunding perkahwinan saya tidak mahu pulangkan duit saya atas alasan saya batalkan last minute. Padahal bukan kehendak saya. Selepas kerajaan umumkan PKPP, saya cepat – cepat ajak suami pindah sebab dah tak tahan.
Segala deposit rumah dan barang rumah saya guna duit saya sendiri. Saya beli sedikit demi sedikit. Suami pernah beritahu yang dia tak mampu nak pindah. Sebab gaji sikit sahaja. Saya yakinkan suami yang saya akan bantu dia untuk hidup bersama.
Namun, rumah kami tak jauh dari rumah mertua. 10 minit perjalanan sahaja. Sekali lagi saya hidup tak aman apabila mertua letak syarat kami perlu balik setiap minggu. Saya str3s sebab saya dah la kerja penat, jauh dan selalu kena pergi site.
Waktu weekend tu saja la masa untuk saya rehat. Tapi terp4ksa menghadap muka keluarga suami dan jadi orang gaji setiap kali balik. Selepas beberapa bulan, saya disahkan mengandung. Alahan saya agak teruk juga.
Tapi keadaan masih sama. Setiap kali balik ke sana, saya juga la yang terp4ksa masak dan kemas semua benda. Mak mertua saya sangat pentingkan diri. Dia tetap nak kami balik setiap minggu. Apabila kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri, saya dan suami ingin pulang ke kampung saya berikutan dah berbulan saya tak jenguk ibu bapa saya.
Namun, mak mertua sekali lagi buat per4ngai pentingkan diri apabila dia ikut kami pulang ke kampung. Semasa di kampung, mak mertua tidak mahu duduk di rumah keluarga saya dan ingin duduk di homestay.
Saya terp4ksa menanggung kos homestay dia kerana suami tak cukup duit. Sudah la pula saya terp4ksa ulang alik ke homestay untuk bagi mak mertua makan dan bawak dia berjalan – jalan di kampung saya.
Akhirnya mak saya kecik hati sebab saya dah berbulan tak jumpa dia tapi macam tak balik sebab tak spend time dengan keluarga pun. Saya dihimpit rasa bersalah dan akhirnya menangis semahunya. Okay masuk bab lain pulak, mak mertua datang tidur kat rumah saya.
Habis segala benda dan barang dia sp0rtcheck. Apa sahaja yang saya beli dia pun nak. Padahal saya beli semua benda tu dengan duit saya sendiri. Saya beli microwave dia pun beli minggu depan tu. Padahal pakai pun tak.
Sampaikan mop lantai pun dia nak beli sama macam saya, dan kalau boleh nak lagi hebat. Padahal mengemas rumah malas! Serba serbi benda yang berlaku dalam hidup dia, dia samakan dengan saya. Asyik cakap saya ni sama macam per4ngai dia.
Hakik4tnya, jauh panggang dari api. Dia sangat suka m4ki dan menc4rut. Sama ada di media sosiaI mahupun depan – depan. Saya sendiri pun sudah berapa kali dim4kinya. Tuhan saja tahu betapa h4ncurnya hati saya bila dim4ki tanpa sebab yang munasabah.
Suami saya tak call dia hari – hari saya yang salah. Anak dia tak balik hujung minggu saya yang salah. Padahal dia tahu anak dia bukan jenis nak call hari – hari tanya khabar. Semua benda nak salahkan saya. Selepas beberapa ketika saya pun bersalin.
Alhamdulilah anak saya kacak. Berkulit putih ikut saya. Kemudian bermula lagi episod baru saya mend3rita dengan mertua. Mertua kononnya nak jaga saya berp4ntang datang ke rumah saya. Di depan suami, dia sediakan semua benda. saya hanya duduk, cuci tangan dan makan.
Akan tetapi selepas suami habis cuti paternity, mak mertua saya biarkan saya buat semua benda sendiri termasuk lah masak, mandikan anak dan sebagainya. Dia cuma nak bermain dengan cucu. Waktu mengandung 3 bulan, mertua pernah cakap yang suruh cari pengasuh siap – siap sebab dia tak nak jaga cucu.
Susah dia nak ke sana sini. Dan sewaktu 6 bulan pun dia masih bagitau benda yang sama. Namun, setelah saya bersalin, mertua tak benarkan saya hantar anak saya pada orang lain sebab dia nak jaga. Saya cakap tak boleh.
Jauh nak hantar sebab tak sehaluan dengan tempat kerja saya. Sewaktu saya berp4ntang hampir setiap hari dia akan call dan cakap nak ambik anak saya dan daya hanya boleh tengok anak hujung minggu sahaja. K3jam kan?
Saya kemurungan dan terlalu takut untuk berpisah dengan anak saya. Sehingga ke hari ni saya masih kemurungan akibat mak mertua saya. Mak mertua saya terlalu k3jam dan pentingkan diri. Kepada Mak, berubahlah sebelum m4ti.
Saya tak akan maafkan mak selagi per4ngai mak masih begitu. Menyalahkan orang lain atas keburukan per4ngai sendiri. Sekian dari, – Menantu yang Ters4kiti (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nurfarahain Zolkefly : Lemah sangat TT ni. Tegas sikit tt. Taknak cakap je taknak. Taknak balik buat tak tau je. Takyah balik. Nak hantar anak kat pengasuh hantar je. Takyah peduli orabg lain. Hidup kita, pilihan kita sendiri la. Takyah lah tunduk sangat. Buat baik berpada – pada. Dalam lembut ada tegas. Kena hati kering sikit.
Nonie Nuralia : Untuk pengetahuan, saya dan suami bercinta 11 tahun gara – gara mak mentua takut saya habiskan duit anak dia. Dan semasa nikah kami, suami beri duit hantaran yang di pinjam oleh seorang kawan namun harus dipulangkan kembali.
11 tahun bercinta suami tiada simpanan. Berkahwin suami tidak keluar sesen pun, semua perbelanjaan saya tanggung seorang. Kenapa kau tidak pertimbangkan dari permulaan cara halus mentua cuba menolak kau. Kenapa kau berlebihan mengalah dan berk0rban demi berkahwin.
Hida Yah Kahar : Belajar la cakap tak boleh. TT ingat TT kuat sangat ke.. Lama lama nanti k0yak jugak. Tak pasal – pasal sebab menurut mentua yang meny4kitkan hati, keluar tajuk berita “ibu mer0yan kerana tertekan, bvnvh anak sendiri”
ANAK TT HAK TT. TT hantar je kat pengasuh. Per4ngai mak mertua macam tu, nanti dihasutnya anak TT benci ibu sendiri baru TT tahu langit tinggi ke rendah.
Wanie Bakri : S4kit jiwa raga saya baca luahan hati awak ni puan. Puan boleh jer say NO tetapi kenapa masih biarkan diri diperlakukan macam maid? Takde bagitahu dengan suami ke? Suami takde buat apa – apa tindakan?
Puan takde cakap ke dengan mentua puan tu yang segala barang dalam rumah kebanyakan pakai duit puan sendiri? Puan takde cakap ke anak puan kahwin dengan puan satu sen pun takde hulurkan dekat puan? Kenapa nampak macam takde two way communication dekat sini ek? Ke tt sanggup diri dia kene buIi – buIi.
Fazidah Abdul Kadir : Kenapa nak kena kemas dan masak bila balik weekend? Tak perlu kot. Kalau dia suruh pun tak perlu ikut. Just senyum dan lambai – lambai je, cakap pening, tak larat. Dah – dah lah bagi muka dengan mertua, tak perlu ambil hati sangat, dan tegaslah, cakap nafkah suami yang UTAMA kepada isteri bukan ibu ya.
Dah tu tak perlu lagi tolong bayar macam – macam semua tu, suami awak patut bayar, dan stop buat diri macam alas kaki dan treat yourself better from now on. Ingat takda siapa yang boleh p4ksa kita buat apa yang kita tak nak buat.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.