Mertua meng4muk nak ambil suami saya dan kami kena bercerai, dia tak nak cucu2-nya

Hanya kerana saya surirumah, seluruh keluarga mertua tak restu kami berkahwin walaupun dah 10 tahun. Awal tahun ini suami saya s4kit, doktor kata tak s4kit. Kami berubat macam2 hinggalah mak saya bagitahu pada mertua keadaan suami. Ketika itulah dia datang ser4ng rumah kami dan nak ambil semula anaknya..

#Foto sekadar hiasan. Saya cukup tertarik hati bila membaca kisah yang dipaparkan sebelum ni mengesahkan per4ngai ibu mertua yang membezakan kasih antara anak – anaknya juga antara cucu – cucunya yang cantik berkulit cerah putih melepas sepertinya.

Akibatnya ada cucu yang disanjung, ada cucu yang dibenci. Kisah itu mengingatkan saya dengan kelakuan dan tindakan mertua saya, yang saya rasakan lebih teruk lagi. Beliau bukan setakat membenci saya satu – satunya menantu perempuannya tetapi sanggup datang menyer4ng ke rumah saya dan menyuruh suami saya menceraikan saya. Semuanya kerana wang.

Saya rasa kuasa wang bukan setakat boleh melambung dan menjulang kedudukan seseorang itu menjadi hartawan dan dermawan tetapi boleh memecah beIahkan hubungan suami isteri dan keluarganya. Walaupun saya sudah berkahwin lebih 10 tahun lalu tetapi maIangnya, kehadiran saya masih tidak dapat diterima oleh mertua juga kakak dan adik ipar saya.

Perasaan benci mereka kepada saya sem4kin hari sem4kin menebal, sedangkan saya tidak pernah mengganggu apa lagi mengh4ncurkan rumah tangga mereka. Saya tak faham mengapa mereka bencikan saya kerana dalam banyak hal baik adik – beradik mahupun mertua saya suami isteri, mereka lebih suka bercakap dengan suami saya, daripada saya.

Kalau mereka telefon ke rumah saya yang jawab, mereka suruh saya panggilkan suami saya. Mereka tak suka cakap dengan saya. Walaupun kami dah lama kahwin dan ada tiga orang anak tetapi mereka tetap tak sukakan saya.

Suami saya ni anak lelaki tunggal dalam keluarganya, empat orang lagi semuanya perempuan, suami saya anak kedua. Yang membezakan saya dengan ipar duai saya, ialah saya lulusan SPM. Dan bekas kerani kilang. Sementara mereka semua ada diploma dan berijazah.

Dan mereka semua bertudung labuh sampai paras pusat, memang nampak alim dan tak sangka boleh berkelakuan buruk begitu. Sedangkan saya cuma bertudung biasa saja. Walaupun saya tak bekerja tetap tetapi saya ambil upah menjahit pakaian dan langsir, ambil upah buat hantaran, kuih raya dan sebagainya.

Pendapatan saya bolehlah tahan cuma saya tidak bergaji tetap. Suami saya pun tak ada diploma tetapi beliaulah yang membantu kakak dan adik – adiknya ketika mereka belajar dulu ketika mengadu tak ada duit. Tetapi setelah mereka bekerja dan bergaji besar, ada jadi guru berijazah mereka tak pandang suami saya sebeIah mata pun.

Sebab kami tak ada kereta besar macam mereka. Namun kehidupan kami suami isteri amat bahagia tetapi kebahagiaan kami tidak disenangi oleh ipar duai saya terutama ibu mertua saya sendiri. Pada mereka saya ini semuanya tak elok, dan tak sesuai.

Hinggakan mereka tak suka bercakap dengan saya kecuali kalau mereka ada hajat seperti tolong jahitkan baju atau jahit langsir atau jadi tukang masak apabila ada kenduri kend4ra di rumah emak mereka. Pernah juga adik ipar saya suruh saya jaga anak – anaknya, ketika mereka berkursus.

Masa minta tolong bukan main baik lagi tapi bila saya sampai di rumahnya dia buat saya macam pembantu rumah. Disuruh saya tidur satu bilik dengan anak – anaknya dan anak – anak saya sendiri, tidak diberi tilam ataupun bantal. Selimut pun tak.

Kami anak beranak tidur atas lantai berbantalkan sejadah dan telekong. Lepas itu tobat saya tak mahu ke rumah adiknya lagi. Bila saya menolak tak mahu jahitkan langsir mereka sebab tempahan saya pun dah banyak, dia mengadu pada ibunya.

Apa lagi ibunya buat muka macam cuka tumpah, muncungnya tajam boleh diik4t dan dia tak mahu tegur saya langsung bila saya ke rumahnya. Tetapi dia akan baik semula bila mertua saya nak buat kenduri, sebab sayalah jadi tukang masak, sementara anak – anaknya duduk di depan.

Lepas selesai kenduri mereka buat saya macam musvh, serba tak kena. Sebenarnya mertua saya ini takut kat anak – anak perempuannya, dia ikut setiap kehendak mereka, kalau dimarah ditengking pun tak apa. Sebab mereka bagi mertua saya duit setiap bulan.

Jadi tak boleh marah, takut tak dapat duit. Tiga tahun lalu saya berg4duh besar dengan kakak dan adik ipar. Puncanya kerana suami saya tak beri duit untuk besarkan rumah dapur dan ruang makan rumah ibu mereka. Suami saya kata lima ribu ringgit banyak sangat dia tak ada duit.

Lagi pun berapa sangat gaji orang lulus SPM berbanding mereka ada diploma dan ijazah. Bila suami saya kata tak ada duit mereka mengadu pada mertua saya. Mulalah dia kata suami saya lebih pentingkan isteri daripada ibu sendiri.

Boleh beli gelang dan rantai emas untuk isteri tapi tak mahu bagi pada emak. Suami saya kata dia tak belikan barang kemas untuk saya. Semua saya beli sendiri hasil duit tempahan pakaian dan langsir tetapi mereka tak percaya.

Kerana terlalu marah bila saya datang ke rumah mertua, mulalah mereka menjeling menghamun marahkan saya. Tuduh saya suka kawal duit suami. Bapa mertua saya juga menyindir katanya, berapa banyak duit sudah saya kumpul.

Saya yang tak faham disindir dengan ikhlas bagi tahu tak banyak, sebab gaji suami kecil dan anak – anak dah bersekolah, tentu banyak pakai duit. Ibu mertua saya terus menambah, anaknya sampai bila – bila pun tak akan ada duit, sebab dia seorang saja bekerja.

Sedangkan saya tak bekerja, kalau bekerja boleh jugak bantu suami. Dia menambah saya anak beranak cuma membabankan hidup anaknya saja. Orang zaman sekarang suami isteri mesti kerja baru berduit, sedangkan saya duduk makan tidur di rumah.

Kalau macam inilah anaknya boleh m4ti. Terk3jut dengan sindirannya, saya terus bagi tahu, suami saya kerja di kilang, kerja pakai shift, ada kala siang, ada kala malam. Jadi kalau saya bekerja anak – anak masih kecil tentu susah, sapa nak jaga anak. Sebab itu saya berhenti kerja.

Lagi pun suami saya yang suruh berhenti. Dia mahu saya jaga anak – anak sepenuh masa. Nak cari pembantu rumah atau hantar ke rumah orang kami tak mampu. Gaji kami tak sebanyak mana pun. Tambahan pula ketika mengandung dan dalam pantang saya sering diser4ng peny4kit asma sampailah sekarang.

Saya beritahu mertua saya walaupun saya duduk rumah, saya tak duduk diam, saya tetap bantu suami tambah pendapatan. Saya ambil upah menjahit. Setiap tahun saya buat kuih raya. Memang pendapatan saya tak tetap macam orang kerja kerajaan tetapi lumayan juga daripada saya bekerja dahulu.

Tetapi mereka tak percaya, katanya mana ada orang ambil upah jahit baju dan langsir boleh simpan duit. Sebaliknya mereka tuduh saya kawal duit suami hingga tidak beri ibunya duit setiap bulan. Saya tak pernah kawal gaji suami saya, malah saya tak tahu pendapatannya setiap bulan.

Semua perbelanjaan makan pakai dan sekolah anak – anak suami saya urus sendiri. Saya cuma diberi duit pasar setiap hari. Malah sering tak cukup, sayalah yang tokok tambah kalau nak makan sedap. Tapi mereka tetap tak percaya.

Kejujuran saya sering disindir, bila saya mengadu pada suami, beliau larang saya pergi ke rumah emaknya. Biarlah saya dimarah tak datang daripada berg4duh kerana membantu. Biarlah mereka kutuk, hati saya tak s4kit.

Seperkara lagi yang buat saya malas ke rumah mertua, kalau suami kakak ipar ada. Saya benci kelakuan suaminya gatal suka mer4ba badan dan ponggong saya. Dia sengaja langgar dan menghimpit saya sambil mer4ba. Dia berani meraba saya depan isterinya.

MaIangnya kakak ipar saya tak marah suaminya, sebaliknya dia marah dan menyindir saya, macamkan saya yang mengg0da suaminya yang gatal itu. Suami saya memang baik, tak suka bert3ngkar apa lagi berg4duh, bila saya mengadu, dia suruh saya elakkan diri dari bertembung dengan biras saya tu.

Tetapi kejadian ini berlaku semasa kenduri ketika saya sibuk berkemas dan memasak di dapur. Saya tak sedar kehadirannya, biasanya sedang orang sibuk bekerja, waktu itulah dia masuk dapur sengaja menggesel dan mer4ba badan saya.

Walaupun saya tak datang ke rumah mertua, tetapi saya tak sekat suami saya pergi ke rumah emaknya. Hubungan anak dengan ibu dan saud4ra maranya tidak akan putvs tetapi suami saya yang malas pergi. Kerana kami bukan orang berduit tak boleh tabur duit untuk emaknya setiap bulan.

Kalau ada duit lebih suami saya bagi tapi untuk berkongsi buat rumah dapur baru memang suami saya tak mampu, inilah yang menjadi punca kemarahan mertua dan adik beradiknya pada saya. Awal tahun ini suami saya s4kit, doktor kata tak s4kit.

Puas kami berubat di hospitaI dan dengan bantuan ustaz tapi peny4kitnya payah sembuh. Banyak duit kami habis untung ibu bapa saya membantu, kalau tidak m4ti keringlah saya. Bila dah sembuh sikit ibu saya beritahu mertua saya anaknya sering s4kit – s4kit.

MaIangnya mertua saya marah. Dia datang menyer4ng ibu saya yang ketika itu ada di rumah saya. Kata mertua saya dia datang nak ambil suami saya, dia boleh ubatkan peny4kitnya dengan syarat saya mesti diceraikan dan dia tak mahu cucu – cucunya.

Anak – anak saya walaupun masih bersekolah rendah tapi mereka faham, mereka meraung, menangis, merayu neneknya jangan ambil ayahnya. Suami saya nasihatkan ibunya banyak mengucap, walau apa pun terjadi katanya dia tidak akan ceraikan saya dan dia tidak akan berpisah dengan anak – anak.

Ketika meng4muk itulah mertua saya sekali lagi mendakwa sejak kahwin, saya hanya menyusahkan anaknya, sebab itu anaknya tak ada duit dan tak boleh bagi dia duit setiap bulan seperti anak – anak yang lain. Kini jelaslah, mertua saya mahukan duit.

Tapi peliknya dia marah kalau menantu lelakinya selalu balik ke rumah ibu mereka. Dia mahu semua menantunya berkumpul di rumahnya. Sedangkan menantu lelakinya itu pun ada ibu bapa sendiri. Suami saya suruh saya bersabar dan berdoa supaya ibunya diberikan hidayah dan insaf.

Mungkin satu hari nanti dia sedar kesilapannya bahawa duit bukan segala – galanya dalam hidup ini, kasih sayang, hormat menghorm4ti lebih bermakna. Saya bersyukur mempunyai suami yang amat penyabar dan amat menyayangi anak isterinya juga ibu bapanya. Biar dimarah dan dihamun pun dia tetap horm4ti mereka dan memberi mereka duit setakat yang termampu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.