Mereka kaya, pakai kereta mewah tp jeles kat aku yg duduk rumah flat, pakai kereta saga

Dari dulu lagi aku ada dua orang kawan anak orang berada, aku hanya duduk flat kos rendah. Selepas 2 tahun tak jumpa, baru – baru ni aku buka puasa dengan mereka. Mereka kaya, kereta mewah dan jauh lagi cantik dari aku. Tapi mereka cakap nak hidup macam aku, nak jadikan aku idola duduk flat, pakai kereta saga.

#Foto sekadar hiasan. Hari ini aku berjumpa dengan dua orang kawan lama. Dah hampir dua tahun kami tak jumpa. Kali terakhir masa buka puasa dua tahun lepas dan hari ini kami berbuka puasa lagi bersama. Dari zaman sekolah aku kawan dengan dia orang ni.

Dan sejak dari dulu sampai sekarang aku rasa hidup aku jauh kebelakang dari dia orang. Aina dan Laila, mereka anak orang berada. Keluarga aku pula dari flat kos rendah. Hari ke tiga ramadhan Laila whatsapp ajak aku keluar berbuka.

Katanya Aina ada sekali. Lepas aku fikir 2 3 jam dan lepas minta izin suami, aku pun setuju dengan Aina akan ambil dan hantar aku balik. Ada kereta baru dan cantik hon aku depan bus stop. Aku masuk kereta, diam. Selang beberapa saat aku tanya, kereta siapa ni.

Dia diam saja gelak – gelak. Aku tak cemburu, aku kagum, alhamdulillah murah betul rezeki kawan ni. Sampai kedai nampak Laila dah tunggu, makanan dah sampai.. Borak – borak kosong, lepas makan baru kita cerita tentang kehidupan masing – masing.

Bukan kehidupan aku, tapi kisah hidup dia orang. Rupanya Laila dah setahun putvs tunang, tapi masih belum move on. Hidupnya tak tenang. Dia ada anx1ety dis0rder, kurus cengkung.. Tapi masih, dia yang paling cantik antara kami bertiga. Jauh lebih cantik dari aku.

Selama ni aku fikir, jadi orang cantik macam Laila senang, bertuahnya dia. Nak cari kerja senang, nak cari teman hidup pun senang.. Tapi tak. Dia pun diuji, s4kitnya jelas. Baru sekarang dia nak fikir tentang diri dia, baru cuba nak buat pinjaman kereta, kemudian merancang nak beli rumah.

Bertahun dia buang masa dengan orang yang salah. Mungkin salah. Selama ni tak pernah terfikir tentang kereta, rumah sebab selama ni bertahun rasa dia ada sokongan yang kuat dari bekas tunang. Kata Laila perjumpaan kami buat dia rasa lega amat sebab dapat bercerita dan dia rasa hari ni macam dia tak pernah ada masalah hati.

Gembira. Eksited. Sampai dia bayar semua bil makanan, haha. Aku tanya sekali lagi tentang kereta baru Aina. Beruntungnya kata aku. Aku tumpang gembira. Dia beli kereta cash puluhan ribu. Cantik betul keretanya. Selesa sungguh.

Aku susah betul nak dapat kereta kata aku. Cerita di sebaliknya. Suami dia berkali kali kant0i curang. Pernah sekali kant0i bawa perempuan lain masuk rumah tidur dalam bilik dia masa dia balik rumah mak dia. Lepas berapa lama ada rezeki dia beli kereta dan cari kerja sebab nak sediakan diri kalau apa apa jadi dalam rumahtangga.

Sekurang – kurangnya ada kerja untuk sara anak kecil yang seorang. Aku diam. Apa aku nak cerita tentang hidup aku. Aku kahwin lepas betul – betul habis sekolah. Anak yang sulung dah 10 tahun. Anak no dua 6 tahun. Biasa – biasa saja.

Menyewa rumah flat dan kereta saga. Tak ada yang menarik. Yang aku tahu, aku jauh ke belakang dari mereka. Aina rezeki mencurah – curah. Laila bekerjaya dan cantik. Aina cakap, dia selalu ingat aku bila ada masalah. Dia nak jadi macam aku yang selalu tenang macam tak pernah ada masalah.

Fikirnya selalu kenapa aku yang kahwin muda tanpa persediaan pun boleh hidup bahagia. Aku cuma jawab, tak ada orang yang tak ada masalah. Tapi jujurnya, aku dengan suami bahagia. Laila cakap, dia idamkan rumahtangga sempurna macam aku, suami yang baik dengan anak – anak comel yang sihat membesar.

Sedangkan aku, selalu mengeluh dengan masalah kewangan. Perjalanan pulang, sekali lagi Aina cakap. Dia jadikan aku idola sebab selalu tenang dan m4tang. Aku diam, termenung. Balik rumah lihat suami tersenyum, anak – anak bertalu – talu bertanya umi pergi mana umi pergi mana?

Mungkin selama ni, aku kurang rasa bersyukur dan selalu melihat kekurangan yang ada dalam hidup aku. Kali ini untuk pertama kalinya aku rasa aku tak di belakang lagi, aku cuma perlu bersyukur. Tuhan aturkan manusia dengan rezeki yang lain – lain. Semoga sahabat sahabat aku terus dikurniakan rezeki, sihat dan sejahtera dalam rahmat Tuhan. – Nazirah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ezd Airaniez : Menarik kisah ni. Simple story but full with positive and realistic vibes. Sebenarnya kita akan letih kalau sibuk membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Memang bersyukurlah cara terbaik dan menghargai apa yang kita ada di depan mata.

Miz Yarn : Memang itulah kehidupan. Aku pernah jumpa, seorang perempuan yang ada suami bergaji puluhan ribu. Dia ni setiap kali jumpa je mesti cerita tentang duit dan nak bagitau semua orang dia ni tak heran dengan duit.

Dia ni bukanlah dari keluarga kaya. Dia cerita suami belikan beg LV la, suami bagi duit ribu riban, tapi hidup dia seolah – olah tak bahagia. Suami dia sering bertukar – tukar awek. Depan dia kalau boleh nak pegang tangan 24 jam.

Dia cerita juga perihal adik beradik, tapi cerita yang dia sampaikan seolah – olah dia adalah keluarga yang bermasalah. Pengajaran dekat sini, jadilah orang yang sentiasa bersyukur. Elakkan bercerita tentang kemegahan hidup, nanti a1b terbuka.

Mazura Abdul Ghani : You are right dear. Bersyukur dengan apa yang ada. Berlapang d4da dengan kehidupan kita. Bukan semua yang orang ada, kita pun ada. Bukan juga yang kita ada, orang ada.

Terpulang rezeki dan nasib yang Allah beri pada kita. Penting nya kita berusaha, bersederhana dan selalu positive kan diri dengan kehidupan kita yang beribu – ribu Iiku ini.

Nu Aniqa : Alhamdulillah. Aku pun selalu rasa terkebelakang, tapi bila tengok life orang – orang sekeliling aku lebih bersyukur. Rezeki aku dapat besarkan anak depan mata. Tak bekerjaya tak berduit, tapi rezeki dapat tengok mak hari – hari, adik beradik depan mata.

Bila – bila boleh jumpa. Bahagia je rasa walau tengok orang pakai baju lawa, beli barang kemas. Tapi alhamdulillah tak jeles pon, rezeki ni lagi nikmat.

Norhana Rodzli : Takdir hidup, kelebihan dan kekurangan setiap orang tu tak sama. Tapi Allah pasti beri kelebihan pada setiap kekurangan. Dan Allah juga menguji dengan kekurangan pada setiap kelebihan. Adilnya Allah tak sama dengan adilnya kita.

Urusan hidup orang mukmin sepanjang hayat asasnya ada dua saja. Bila berhadapan dengan kesenangan ia bersyukur. Bila berhadapan dengan kekurangan atau kesulitan ia bersabar. Kedua – duanya memberi pahala dan mengundang Rahmat Allah kepada kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.