Memang laki aku sc4mmer tapi aku bertahan sebab kalau Tuhan bayar cash aku akan dapat hibah

Suami aku ni biasa – biasa je, gaji pun cukup makan, pelajaran takde tapi dia pandai guna ayat manis. Dia akan mengayat wanita atau janda kesepian dan juga pelajar yang ada biasiswa. Sikit – sikit dia akan kikis duit wanita tu semua. Aku tahu per4ngai suami tapi ada sebab aku bertahan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca sekalian. Pertama sekali aku nak mintak maaf jika coretan ini membosankan dan susah untuk difahami sebab ini pertama kali aku menulis di sini.

Tujuan aku menulis ini adalah untuk memberi kesed4ran kepada masyarakat supaya lebih berhati – hati dengan orang yang baru dikenali dan yang kita tidak tahu latar belakang beliau. Dan juga khusus untuk anda yang sedang dilamun cinta dengan “Si dia” yang baru dikenali yang juga mungkin suami aku.

Sedikit pengenalan tentang diri aku. Aku adalah seorang wanita bekerjaya berusia awal 30-an, seorang isteri dan seorang ibu kepada sepasang anak. Pendapatan bulanan bersih aku Alhamdulillah mampu untuk membayar segala perbelanjaan keperluan hidup untuk 1 keluarga dan komitmen bulanan tanpa tertunggak.

Kami tak kaya, tapi cukup segala keperluan tanpa perlu meminta dari orang lain. Aku percaya setiap orang di atas dunia ini diuji dengan pelbagai ujian sama ada wang ringgit, peny4kit, per4ngai manusia dan macam – macam lagi.

Begitu juga dengan diri aku. Aku juga tidak ketinggalan diberi ujian dari Ilahi. Alhamdulillah aku bersyukur kami semua sentiasa sihat walafiat sehingga kini. Cuma masalah aku adalah per4ngai suami aku. Dia seorang suami dan bapa yang penyayang namun dia ada banyak hobi yang tidak baik serta tidak solat.

Siapakah dia? Nama dia bermula dengan huruf “Y”. Dia berkulit gelap, tinggi, tegap dan sentiasa segak bergaya. Namun dia bukanlah siapa – siapa. Dia sebaya dengan aku, kerja biasa – biasa dengan gaji minimum sehingga kini, sekolah tak habis dan tak banyak ilmu pengetahuan dari segi pengetahuan am, penggunaan Bahasa Inggeris dan ilmu agama.

Disebabkan kekurangan beliau, dia mencipta satu identiti palsu di dunia khayalan dia sendiri berserta motif tersendiri. Bagaimanakah? Okay. Dia aktif di sosiaI media seperti Facebook, Instagram, OMI, Wechat, Michat untuk mencari m4ngsa sebagai “Love Sc4mmer”.

Dia kerap menukar ID (biasanya bukan nama asal) supaya tidak mudah di kesan. Tidak susah untuk mencari perempuan di zaman teknologi masa kini. Semuanya di hujung jari. M4ngsanya biasanya perempuan naif, janda kesepian, pelajar universiti atau kolej yang dapat tajaan setiap bulan dan wanita bekerjaya.

Dia akan memperkenalkan dirinya sebagai bujang, berumur lewat 20 an, pegawai kerajaan dan duduk menyewa bersama 2 orang rakan polis. Modalnya cuma ayat – ayat yang sangat manis serta sifat mengambil berat. Selang sehari dua pasti dia akan jadikan wanita itu sebagai teman wanitanya,

Dan dia juga akan mengaku dirinya sebagai pegawai beruniform berpangkat besar, sudah membeli rumah kondo dan bercerita akan kerjanya setiap hari berdasarkan fantasinya sendiri. Untuk mengukuhkan ceritanya, dia juga akan menghantar gambar hasil carian daripada “Google” seperti gambar tengah berkawad, gambar pegawai tengah menjalankan operasi dan bulatkan orang yang seakan dirinya dari jauh.

Dia juga akan membuat cerita untuk meraih simpati contohnya tidak makan, ayah s4kit, tidak cukup duit untuk membayar sewa rumah, mahu pinjam duit dengan “Along” dan macam – macam lagi. Sekali “kapel” bukan lah seorang, tapi 3 ke 4 orang dalam sesuatu masa.

Paling lama hubungan mereka bertahan setahun lebih. Itu pun disebabkan oleh awek dia yang tinggalkan dia apabila sudah tidak dapat bertahan dengan dia yang suka kikis duit dan sifat barannya atau kant0i akan status dirinya yang sebenar.

Apa motifnya? Sudah pasti motifnya seperti yang kita tahu adalah duit. Dia akan minta pinjam duit seratus dua dan berjanji akan membayar balik lebih dari apa yang dia pinjam. Dari sini dia akan main pusing duit, pinjam, bayar sikit kemudian pinjam lagi dengan lebih kerap.

Selain dari itu, dia juga sanggup membelai wanita tersebut sehingga ke bilik tidur dan membuat wanita itu betul – betul cinta separuh m4ti terhadapnya. Biasa lah perempuan. Bila dah bagi segalanya, setakat duit apa lah sangat. Semua sanggup bagi.

Ke mana hasil duit tersebut? Untuk pengetahuan, duit yang di peroleh hasil penipuan dia bukan lah untuk menyara keluarga ya. Dia seorang kaki main game jvdi online dan akan “topap” beratus pada setiap hari. Cuci pun kerap juga tapi biasa lah duit h4ram takkan bertahan lama. Kaya sehari dua sahaja.

Kerjanya hanya topap dan cuci ajelah selagi tak menang besar katanya dia takkan berhenti. Benda h4ram ni sudah menjadi ket4gihan buatnya. Tindakan aku? Takkan aku berdiam diri jer.

1. Nasihat dan amaran dah banyak kali tapi tak jalan. Termasuklah beritahu kepada keluarganya.

2. Marah dan meng4muk itu sudah biasa. Kemudian dia akan mener4kakan aku. Katanya aku ahli ner4ka.

3. Suruh dia kahwin lain. Namun dia berkeras tak nak dan cakap tak pernah terfikir untuk dia kahwin lebih daripada satu.

4. Laporan polis tentang aktiviti jvdi ni supaya polis dan SKMM dapat “block” ejen, akaun bank “proxy”, game jvdi tapi sampai sekarang tiada tindakan dibuat.

5. Contact dan beritahu hal sebenar kepada aweknya (yang mana kant0i) tapi kemudian dia boleh cari baru lagi.

6. Lari rumah bawa semua anak – anak dah banyak kali. Tak lama sangat nanti anak aku merengek mahu balik jumpa papanya.

7. Minta cerai secara baik darinya namun dia enggan lepaskan dan bersungguh – sungguh mengatakan dia hanya suka – suka dan langsung tiada niat untuk menduakan aku.

Hati aku? Iya korang mesti cakap aku ni b0doh, kalau orang lain mesti dah lama angkat kaki. Benar. aku tidak menafikannnya. Angkat kaki atau bertahan itu pilihan masing – masing. Tahap penerimaan seseorang terhadap sesuatu masalah atau situasi tak sama.

Ada orang tak perlu tunggu suami buat salah banyak kali, cukup sekali jer terus angkat kaki. Ada orang berkali – kali buat salah tapi masih boleh maafkan. Aku pula tidak meletakkan kepercayaan dan cinta sepenuhnya kepada manusia.

Jadi aku tak betul – betul “down” pasal hal ni. Kalau apa – apa berlaku terhadap dirinya (contohnya Allah bayar baIasan cash atas dunia), sekurang – kurangnya aku akan menerima p4mpasan yang agak lumayan dari pihak insurans (Hibah).

Mungkin cinta sejati aku bukan di atas dunia ni, tapi di akhir4t sana InshaaAllah. Akhir kata, buat kaumku yang dikasihi, sekiranya anda tengah dilamun cinta atau ada ahli saud4ra mara / kawan – kawan anda tengah mengenali seseorang seperti ciri – ciri di atas, nasihat aku AWAS!

Anda mungkin mangsa seterusnya. Jadi perempuan yang bermaru4h dan tegas. Jangan biarkan orang lain yang bukan halal untuk anda sewenang – wenangnya mengambil kesempatan. Yang benar, – Isteri dari dunia realiti (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Hela : Yihhh tak kuasa lah aku konon mendambakan ‘cinta sejati’ kat akhir4t, tup – tup kat dunia dapat peny4kit gon0rrhea atau HlV. Banyak lagi cara lain nak dapat syurga. Takyah la guna agama untuk menegakkan benang yang basah sis.

Laki kau memang tak guna sekupang pun. Sori lah eh. Saya meletakkan maru4h dan prinsip saya lebih tinggi daripada nilai hibah yang entah belum tentu dapat tu. Jangan – jangan kita yang kojoI dulu.

Zawiyah Kaderi : Anak – anak hidup bersama penz1na, pensc4mmer, penjvdi nak dipimpin ke mana budak – budak tu? Tiada pertimbangan rasional berlandaskan ajaran agama hidup confessor ni. Main tib4i je. Asalkan orang tak tau takpa berkongsi hidup dengan sy4itan bertopeng manusia.

Ilina Syazwani Musa : Awak dah dikira enabler. Awak tutup mata atas perbuatan suami awak, supaya anak – anak hidup berayah di bawah satu bumbung tapi awak membiarkan perempuan – perempuan lain berterusan menjadi m4ngsa suami awak. Tak kesahla dapat hibah di dunia. Bagaimana pula dengan saham akhir4t sebab mendiamkan diri?

سكينه صبري : Perkara – perkara yang yang telah dibuat sangat meIampau, dah cukup munasabah untuk ambil tindakan FASAKH. Tak payah nak tunggu dia jatuhkan taIak (dalam cerita ni kata, suami tak nak lepaskan dia) sebaliknya Puan sendiri boleh minta FASAKH dan keluar dari pernikahan berisik0 tu.

Lagi lama tinggal, banyak perkara lagi Puan bersubahat, tak dapat nak cegah kemungkaran depan mata. Malah, berisik0 juga utk kesihatan; iaitu apabila suami tukar – tukar pasangan / berz1na!

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.