Memang aku berd0sa tinggikan suara dan tamp4r mulut suami tapi apa aku boleh buat

Kami berg4duh lepas balik dari mall, dia baIing gelung besi dekat aku. Ketika itu, ramai orang melihat dia membaIing ke arah aku tapi aku langsung tidak menoleh ke arahnya. Seolah – olah dia tidak wujud. Dan dia kembali mengambil gelung itu sendiri. Jujur, aku rasa puas. Hahaha

#Foto sekadar hiasan. Pada awal percintaan, aku telah dihaIang untuk berpindah ke Universiti lain kerana beliau takut bersendirian sebab dia tidak boleh bergaul dengan rakan sekelas yang lain. Jadi aku memutuskan untuk tidak berpindah dan aku tidak kisah.

Setelah sekian lama bercinta, aku sedar dia apabila marah akan mengeluarkan kata – kata kesat m4kian seperti b0doh, b4bi dan tak guna. Pernah kami bertengk4r di dalam kereta dan aku memang tidak tahan dim4ki. Sebab aku bukan jenis yang suka m4ki hamun.

Aku keluar daripada kereta di tengah jalan dan dia mengejar aku menaiki kereta. Kemudian, dia berhenti dan mem4ksa aku masuk ke dalam kereta. Aku malu sebab orang lain turut nampak dia terjerit – jerit memanggil aku masuk.

Kedua, kami bertengk4r dan aku berjalan kaki untuk balik ke rumah aku daripada shopping mall. Dia mengejar aku dan membaIing gelung besi yang dibeli sebab kami membuat BBQ di bawah rumah apartment. Ketika itu, ramai orang melihat dia membaIing ke arah aku tapi aku langsung tidak menoleh ke arahnya.

Seolah – olah dia tidak wujud. Dan dia kembali mengambil gelung itu sendiri. Jujur, aku rasa puas. Hahaha.. Sewaktu kami dalam tempoh nak berkahwin, aku sedar yang dia seperti tidak layak lagi untuk menjadi seorang suami. Kami banyak kali bertengk4r tentang perkara yang remeh.

Dan aku ada menyuarakan pendapat aku berkenaan aku tidak mahu berkahwin kerana dia tidak dapat mengawal em0sinya dan aku juga tidak suka bila aku menjadi kasar. Jujur, bila aku kerap dim4ki bila berg4duh aku jadi seorang yang naik tangan.

Aku tahu aku salah tapi dia juga tidak betul. Pernah dia kata mak aku b0doh di dalam restoran. Mungkin pada dia itu normal. Tapi pada aku itu kurang ajar. Dia selalu mengeluarkan kata – kata seolah aku ini b0doh dan keluarga aku b0doh.

Aku simpan di dalam hati. Dan bila kami berg4duh, dia m4ki, aku menjerit – jerit macam orang giIa sebab aku tidak tahan dan aku akan men4mpar mulutnya. Aku rasa bersalah. Tapi dia tak pernah berubah. Sekarang aku telah menjadi isterinya.

Aku cuba yang terbaik dengan masak, mengemas semuanya. Aku tinggal bersama keluarga mertua. Mereka selalu berg4duh dan menjerit – jerit. Termasuk papa. Aku rasa sangat serabut. Bermula la kisah, aku berg4duh sebagai suami isteri.

Aku bertengk4r sebab aku rasa nafkah batin aku tidak dijaga. Kau tahu dia melayan video Iucah sehingga dia tidak menyentuh aku melainkan aku bagitahu. Aku sengaja berdiam diri namun sehingga 3 bulan aku tidak disentuh. Ya, kami ada aktiviti bersama seperti berjogging dan menonton movie di netflix / disney+.

Namun aku sedih sebab dia jarang peIuk atau civm aku sebagai isteri. Aku berjauh hati. Satu hari, aku cuba melihat telegram dia. Aku tidak ada akaun telegram. Dan aku jumpa beberapa group untuk melihat benda yang tak senonoh.

Aku rasa marah, sedih dan kecewa. Isteri di depan mata tak disentuh. Sebab dia lebih gemar dan sibuk puaskan nafsu sendiri. Jangan ada yang kata aku tidak jaga diri. Muka aku tidak mempunyai jerawat, bersawa matang, BMI normal dan tinggi.

Aku juga gemar memakai lingerie sebab aku tidak mahu dia bosan. Aku rasa itu satu kecurangan. Paling sedih bila aku tanya sebab dia bosan tengok satu badan dan dia jawab mungkin. Luluh hati aku. Dan sekarang perubahan itu masih kekal dalam 2 bulan sahaja.

Aku memintanya berubah dan itu masalah dia bukan aku. Aku rasa aku sudah cukup menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Pernah juga aku dik4takan beban untuknya sebab dik4takan duitnya habis untuk aku. Sedangkan duit makan kami berkongsi.

Duit repair kereta kami kongsi. Barang skincare, pakaian, duit belanja ibu dan ayah, duit kucing, netflix dan disney+ semua aku yang bayar sendiri. Nafkah yang aku terima hanya 200 dan pernah mendapat 50. Aku tidak pernah bising tentang berapa banyak nafkah yang diberi.

Tapi aku akan menyuarakan bila nafkah aku sengaja dilambat lambatkan tanpa sebab dan diberitahu. Dia akan meIenting dan kata aku mahu lebih. Padahal aku cuma bertanya bila iaitu waktu. Kalau tiada, bagitahu. Aku juga bekerja.

Setiap kali aku berg4duh berkenaan bila nafkah akan diberi, dia akan mengungkit aku tidak basuh baju. Apa yang aku buat. Sedangkan bilik aku yang vacuum, aku menukar dan basuh langsir, aku melipat baju sendiri dan dia, aku mencuci toilet, masak dan membasuh pinggan dan segala kelengkapan yang tidak lengkap atau tidak selesa, aku akan membeli sendiri guna duit aku bukan dia.

Memang tidak dinafikan dia kadang – kadang ada membantu dalam membasuh pinggan tapi bila disuruh. Aku pula jenis tidak suka nak beritahu banyak kali. Cukup aku pernah tegur dan ingatlah sendiri sebab kamu sudah dewasa.

Aku memang daripada tingkatan 4 sehingga sekarang jauh daripada keluarga. Sebab aku tinggal di asrama dan diluar negeri. Sekarang bila kami berg4duh, dia kata aku akan naik giIa setiap sekali sebulan. Mana lah aku tak giIa bila aku bergurau dengan dia, dia kata aku b0doh. Aku tersentap.

Aku meminta dia minta maaf tapi dia kata siapa suruh bergurau seperti itu. Selama ini kami bergurau begitu, dia tak pernah kata b0doh dan aku bila dia bergurau aku tak kata dia b0doh. Dia mengungkit kata selalu kata dia b0doh ketika aku marah.

Sedangkan dia sendiri kata aku ni perempuan b0doh b4ngang. Tak pakai otak punya orang. SiaI semua dia sebut. Dia kata ayah aku tak guna. Aku akan tamp4r mulut dia sebab aku sudah minta dia diam tapi dia tak pernah diam.

Aku tahu aku bukan isteri yang baik dan salah. Tapi aku tidak tahan. Aku pernah meminta untuk cerai namun dia tidak mahu. Aku benci diri aku bila menjadi g4nas apabila dim4ki hamun. Terlalu banyak Iuka didalam hati. Kadang – kadang aku sedih setiap kali berg4duh dia akan kata aku tak memahami dia.

Sedangkan aku dah bantu dia dari segi kewangan dan aku yang recommend pekerjaan untuknya. Aku buntu. Aku g4nas. Aku baran. Aku yang perlu aku buat untuk perbaiki diri aku? Aku pernah fikir untuk membunvh diri tapi aku ingat emak dan ayah aku termasuk haiwan haiwan peliharaan aku.

Aku memang berd0sa meninggikan suara pada suami, menamp4r mulut suami. Tapi hati ini terlalu banyak Iuka dengan kata – kata sinis dia. Dik4tanya aku kaki control. Walhal aku cuma meminta nya berikan sedikit masa untuk diri aku.

Ini asyik dengan game. Bila aku berbual dipandang telefonnya tak dengar dan meminta aku ulang berkali – kali. Bila aku meminta maaf dik4ta aku ini mengugvt apabila aku cakap lepas ini sayang tak cakap lagi dah. Takkan bergurau macam ini lagi.

Dik4ta aku naik giIa. Aku tidak tahu apa erti perkahwinan ini. Aku penat. Aku benci diri aku. Sekarang aku mampu mengawal diri daripada menjadi lebih ganas tetapi aku takut dengan diri aku sendiri. Apa yang perlu aku lakukan? – Apple (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Emy Shafinaz : Jangan ulang kesilapan saya. Dah tahu per4ngai, dah tau orangnya macam mana tetap nak teruskan. Akhirnya sendiri tanggung semuanya. Memang perit nak kuar dari sebuah perkahwinan tapi itu yang terbaik. Macam saya dah beranak pinak baru nak amik tindakan. Walaupun susah tapi saya nekad. Keluarlah sis sebelum ada anak pula nanti. Kesian anak – anak membesar dalam suasana m4ki hamun ni.

Yana Dyana : Tt dari awal dah cari nahas. Sebelum kahwin terang – terang dah kot bakal suami tu macam mana. Jenis panas baran, m4ki hamun, menc4rut. TAK LAYAK NAK JADI SUAMI. Suami yang baik takkan buat per4ngai camtu.

Tt dah buat satu kesilapan besar dalam hidup. Angkat kaki je laa dari tersiksa zahir dan batin tu. Sendiri cari pasal, sendiri fikir laa baik buruk. Jenis mulut m4ki hamun ni laa dari awal lagi kena buang jauh – jauh. Bukan teruskan perkahwinan.

Bakal Jen4zah : Berpendidikan, belajar hingga luar negeri tapi perkara macam ni pun takleh nak fikir. Perkahwinan ini merosakkan akal dan hidup awak. Dari awal dah tahu per4ngai dia tapi masih teruskan juga. Manusia tak akan berubah asbab berkahwin.

Dia tetap dia. Awak jangan berfikir dapat merubah orang lain. Kalau nak hidup bahagia, keluar dari aura negatif ni. Kesian mak ayah didik awak dengan elok, dapat laki orang kurang ajar.

Nor Ariffin : TT, jika rasa tak mampu hidup dalam suasana yang tenang, hormat menghorm4ti, berkasih sayang, tiada maknanya sebuah perkahwinan. Jika TT rasa terd3ra rohani dan jasmani, hingga ada niat untuk bunvh diri, itu indik4tor yang sangat bah4ya.

Fikirlah masak – masak sementara waktu masih di awal perkahwinan. Sebenarnya TT sepatutnya angkat kaki awal sebelum berkahwin, suami TT dah tunjuk baran dan mer0yan sebelum berkahwin lagi, tapi TT tak peduli hal itu, maka tentu sekali ia bertambah selepas kahwin. Itu memang boleh dijangka kan?

Puan Zuera : Dari awal dah tahu dia suka m4ki, baIing barang ke tt bila marah. Siap maIukan tt, cakap tt b0doh masa di restoran. Kawan dah lama kan, kalau dia nak berubah, dalam masa berkawan tu, dia akan cuba berubah..

Sekarang ni awak pun jadi str3ss, em0si tak stabil bila dah nikah dengan dia, nak pula duduk dengan family mertua yang asyik berg4duh. Kalau tak tahan, angkat kaki la. Sayang la diri sendiri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.