Aku meIompat seronok bila ibu balik, tp aku nampak skali van putih tulis ‘van jen4zah’

Aku nak ikut pergi hospitaI tapi ibu tak bagi. Dalam pukuI 2 pagi aku tengok orang ramai susun kerusi dekat rumah Atok. Aku nampak kereta sepupu aku masuk ke perkarangan rumah. Aku lompat – lompat sebab aku seronok sangat ibu dengan abah balik sambil jerit, “yeay ibu dah balik!”

#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku Humaira. Bukan nama sebenar. Aku ingin menceritakan sedikit tentang kisah hidup aku sebagai seorang anak yatim. Aku berumur 15 tahun. Kisah aku bermula 11 tahun yang lalu.

Abah aku menghidap demam c4mpak. Tapi sebenarnya aku yang kena demam c4mpak dulu, kedua abang aku dan yang terakhir abah. Tapi, ada satu malam aku terjaga. Aku tengok ibu dengan abah tak ada sebeIah aku.

Aku tidur dengan abang aku, tapi kalau terjaga aku pergi bilik ibu dengan abah. Aku bangun lah dan pergi dapur. Aku nampak abah pengsan atas riba ibu. Aku terk3jut. Selepas tu, aku tak ingat. Maaf terg4ntung. Ya lah, waktu tu baru 4 tahun.

Apa yang aku ingat, esok tu kami sekeluarga pergi rumah Tok Wan sebeIah abah aku. Kami bermalam di sana. Pada malam tu abah dah mula meracau. Mengajak pulang ke rumah. Aku tak faham apa – apa. Dan tiba – tiba abah tak sedarkan diri.

Aku masih tak faham apa yang berlaku. Aku nak ikut ibu ke hospitaI. Tapi ibu tak bagi, ibu pesan, ‘duduk rumah. Tunggu nanti ibu balik’. Okay aku tunggu. Jadi, ibu pergi ke hospitaI bersama – sama sepupu dan abah aku.

Aku tunggu ibu balik. Dalam pukuI 2 pagi macam tu mungkin, aku tengok orang dah mula susun kerusi dekat rumah Tok wan aku. Aku masih tak faham. Jadi, mak long aku ada sediakan cucur udang. Aku makan tanpa fikir apa – apa.

Dalam beberapa minit, aku nampak kereta sepupu aku masuk ke perkarangan rumah. Aku lompat – lompat sebab aku seronok sangat ibu dengan abah balik sambil jerit “yeay ibu dah balik!”. Sepupu aku turun dari kereta dan bergegas untuk masuk ke dalam rumah.

Jeritan aku yang tadi berubah menjadi suram. Aku pelik kenapa ibu tak ada. Aku pelik sangat. Aku tanya sepupu aku, ‘akak, ibu mana? ‘ sepupu aku jawab ringkas,  ‘dekat hospitaI’ dan terus masuk ke rumah. Aku hanya angguk dan sambung makan.

Dalam pukuI berapa pagi, aku bermain dengan abang aku sambil menunggu ibu. Walaupun ramai sangat orang pakai kopiah putih duduk dekat kawasan rumah. Tiba – tiba ada sebuah van putih sampai dan tulis ‘van jen4zah’.

Aku terdiam. Seolah – olah faham. Aku dan abang aku berhenti bermain. Dan aku nampak ibu turun dari van jen4zah sambil tahan air mata. Tanpa aku sedar, air mata aku deras turun. Aku faham. Abah sudah meningg4I.

Dan aku telah menjadi anak yatim. Ibu lari mendapatkan aku dengan abang. Kami bertiga menangis. Ibu bisik perlahan, “abah dah tak dak adik.. Abang,” sambil menangis. Abang aku baIas, “ibu, macam mana abang nak sekolah.. Kita tak ada duit.. Abah dah tak ada.”

Fikiran aku kosong. Abah dah tak ada. Her0 aku dah tak ada. Penat menangis, aku tertidur. Ibu kata sebelum aku tidur, “adik dengan abang tidur sebeIah abah tau? Hari ni hari terakhir adik dengan abang boleh tidur dengan abah.”

Aku terus tidur. Ibu letak aku di sebeIah jen4zah abah. Aku terjaga kerana sudah lama aku tidur. Mereka mau kafankan abah. Sepupu aku menyuruh aku civm pipj abah buat kali terakhir. Tapi aku tak nak. Aku takut abah bangun balik.

Lawak bukan? Aku terpengaruh dengan cerita h4ntu HAHAHAHA. Tapi aku menyesal. Itu adalah peluang terakhir. Kalau Allah izinkan aku untuk putarkan masa, aku mahu kembali ke hari terakhir aku dengan abah dan civm abah supaya dapat hilangkan rindu. Sungguh, aku rindu sangat.

Sudah beberapa bulan berlalu. Aku rindu sangat dekat abah. Setiap petang, aku akan tunggu abah. Itu rutin harian aku. Abah akan pulang waktu petang selepas tamat kerja. Abah aku kerja sendiri. Abah bawa lori pasir.

Lori pasir tu, kepunyaan abah. Apa yang aku ingat, abah selalu bawa balik Vitagen. Aku sentiasa exc1ted bila tungguh abah balik. Tapi , selepas abah meningg4I. Aku macam tunggu seseorang tapi dia takkan datang. Kosong.

Aku tahu abah dah tak ada. Tapi aku tetap tunggu. Bila aku rindu, aku buka album yang simpan gambar abah dengan ibu. Aku menangis. Aku tak macam kanak – kanak yang lain. Mereka masih mempunyai ayah, hidup mereka sangat sempurna.

Aku? Aku hilang abah. Aku hilang kasih sayang abah. Apa yang aku ada, hanya memori dan gambar dengan abah. Tu pun sekeping. Tapi aku bersyukur sebab aku kasih mempunyai ibu yang berjiwa kental dan sentiasa memberi sokongan.

Tapi, aku masih mempunyai tok ayah, sebeIah ibu. Dia baik sangat dengan aku. Selalu bagi aku duit. Selalu melawat kami sekeluarga. Dia selalu civm pipi aku sambil buat bunyi. Bunyi tu mahal tau! Tak ada sesiapa pun boleh tiru.

Bila aku masuk tadika. Semuanya okay dan aku jalani zaman kanak – kanak dengan indah sekali. Tapi, aku cemburu dengan rakan – rakan aku yang lain. Bila diorang balik sekolah, ayah diorang ambil. Aku sedih. Tapi tak apa, aku masih ada ibu.

Ada satu hari, aku cakap dekat ibu. “ibu, adik nak balik sekolah dengan abah macam orang lain.. “. Ibu aku baIas “abah dah tak ada adik, adik nak ibu beli abah dekat mana? Pasar?” Aku terdiam. Terlupa pula aku nak cerita pasal ibu.

Selepas abah meningg4I, ibu usaha mencari rezeki demi membesarkan aku dengan abang. Yang paling aku sedih, ibu ambil upah cuci kemas rumah orang. Ibu ambil upah Iipat kain, menggosok baju. Ibu aku tak putvs asa.

Aku nak sangat jadi kuat macam ibu. Kemudian, ibu mula menjadi seorang pengasuh. Sampai lah aku memasuki alam sekolah rendah. Aku tak menangis pun pergi sekolah sebab aku ada kawan. Tu pun 2, 3 orang je kawan aku.

Tambahan pula abang aku satu sekolah dengan aku. Jadi aku ada peIindung. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat banyak bantuan. Dekat sekolah aku dapat bantuan makanan. Waktu darjah 1, adalah manusia suka cari pasal dengan aku.

Selalu ajak g4duh. Sampai satu hari, dia g4duh dengan aku sambil kata, “dah la anak yatim!”. Pergh. Hati aku panas dan sedih. Lepas tu cikgu datang pert4hankan aku. Oyeh oyeh. Padan muka dia. Nak dijadikan cerita, tok ayah meningg4I 3 tahun selepas ayah meningg4I. Hmm..

Aku hilang lagi seorang lelaki yang aku sayang.  Tapi tak apa, aku teruskan hidup sebab walau macam mana pun hidup mesti diteruskan! Sampai aku darjah 6, aku UPSR. Tahun yang paling aku takut sekali. Dah la aku ni jenis tak pandai.

Percubaan upsr pun cukup makan je. Tapi tu lah, bila keluar result UPSR, aku terk3jut. Aku dapat 4A 1B. Boleh la kan? Aku bersyukur sangat. Aku tak sangka pun boleh dapat macam tu. Alhamdulillah. Ibu aku bagi hadiah, teddy bear colour pink. Comel sangat!

Dan jiran aku belanja kami sekeluarga KFC untuk celebrate aku punya result. Jiran aku ni baik sangat. Aku rasa macam diri ini dihargai sangat – sangat. Aku mungkin kehilangan abah, tapi Allah dekatkan manusia yang baik – baik belaka dalam hidup aku.

Dan aku pun masuk ke alam sekolah menengah atau lebih tepat, alam remaja. Aku mula tergerak hati untuk mencari kerja untuk membantu ibu. Tapi ibu tak bagi. Ibu cakap, “selagi ibu boleh kerja, tak payah kerja.” Aku angguk.

Tapi jauh di sudut hati aku, aku sedih. Aku kesian dekat ibu. Ibu seorang diri. Perlu bekerja keras hanya untuk aku dengan abang. Alangkah bagus kalau abah masih di sisi? Aku tidak pernah salahkan takdir Allah. Aku tahu Allah telah merancang sebaik – baik perancangan untuk kami.

Kadang – kadang aku faham ibu memerIukan seseorang untuk berada di sisinya. Tapi, aku keras hati. Aku tak boleh terima orang lain untuk gantikan tempat abah. Aku belajar untuk menerima. Tapi hati aku menolak.

Adik minta maaf ibu. Adik akan cuba. Adik cuma takut mereka akan h4ncurkan hati ibu. Adik tulis ni sebab adik tau ibu akan baca. Sampailah sekarang, aku berumur 15 tahun. Aku dah mula buat perniagaan online secara kecil –  kecilan.

Aku bukan seronok – seronok untuk kerja. Sejujurnya aku mahu bantu ibu walaupun sedikit. Ibu pun sudah mula membuat perniagaan telekung kecil – kecilan. Aku harap sangat, usaha kami sekeluarga untuk mencari rezeki akan memberikan kesan yang memberansangkan dalam hidup kami.

Sampai di sini sahaja kisah aku. Tujuan aku menulis, bukan untuk meraih simpati mahupun meminta perhatian. Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan aku mendapat keputvsan yang cemerlang untuk pt3 dan dapat mengejar cita – cita aku untuk menjadi seorang doktor agar dapat membaIas jasa ibu dan abang.

Doakan agar hati aku sentiasa kuat untuk menghadapi ujian yang akan datang. Perjalanan aku masih jauh bukan? Maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa atau mempunyai bahasa yang kasar. Lots of love, – Humaira.

Usma Asri : Alhamdulillah penulisan yang ‘manis’. Kata – kata tersusun sesuai dengan ciri – ciri murid bijak seusia anda. Ayat pendek – pendek sahaja namun gramatis. Awak sebaya anak acik yang sulung, baru selesai PT3.

Dari penulisan acik percaya awak dibesarkan dalam lingkungan penuh kasih sayang. Semoga awak dan anak acik Aslah Nurhusna sama – sama cemerlang dalam peperiksaan PT3 dan berjaya meneruskan cita – cita. Buat ibunya, semoga puan tabah dan kuat membesarkan anak – anak tersayang.

Nadia Syauqi : Adik yang baik hati, semoga ibu dan adik juga abang sentiasa dalam Iindungan Allah, dipermudahkan setiap urusan,d ari cara adik menulis, nampak teratur, macam student uni. Semoga adik berjaya dalam pt3, dalam perniagaan dan dapat membantu meringankan beban ibu. Tahniah jadi anak yang baik dan solehah in shaa Allah.

Nor Aini Kamardin : Masuk habuk mata akak baca kisah adik. Akak doakan moga Allah permudahkan perjalanan hidup adik dan keluarga. Moga adik terus tabah, berusaha dan belajar sungguh – sungguh jadi insan yang berjaya dunia dan akhir4t.

Niat adik sangat mulia nak bantu ibu, InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa ada. By the way, part oyeh oyeh tu comel nye laaa.. tersengih akak baca… big hug to you dear.

Zaujah Azmi : Semoga ketabahan, kejayaan dan kesabaran menjadi milikmu dik. Orang yang berjaya ialah orang yang tak pernah kenal erti putvs asa. Kalau ibu bertemu j0doh lagi, redhalah. Manalah tau kalau kita redha boleh membuat ibu bahagia dan tanpa sedar adik dah membuat pahala.

Sebab gembirakan ibu. Nanti dah berjaya jaga ibu dan abang elok – elok tau. Sayangi mereka sebagaimana meraka sayangkan adik sewaktu adik masih kecil.

Ain LuRve : Hai adik, big hug untuk adik. Tahniah berhati kentaI hingga kini. Semoga terus berjaya capai cita – cita adik ye. Doakan anak akak juga, Umar pun akan membesar tanpa ayah. Semoga Umar kuat macamHumaira jugak. Keep strong dik. Semoga beroleh segala kebaikan di dunia dan akhir4t, aminn..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.