
Aku rasa tak adil sebab mak ayah p4ksa aku kahwin. Ali pulak cakap diorang ‘jual anak’ pada lelaki kaya. Aku akur, awal perkahwinan aku dah terus terang dengan suami yang aku tak suka dia. Baru – baru ni selepas 3 tahun, aku terjumpa FB Ali. Aku tarik nafas lega kena p4ksa kahwin dulu..
#Foto sekadar hiasan. Pertama sekali, aku nak minta maaf sekiranya penggunaan bahasa aku agak susah untuk difahami. Pada mulanya aku ingatkan apa yang berlaku pada aku ni sekadar kisah dongeng dalam drama tapi aku tak sangka aku sendiri perlu melaluinya malah dah melalui pun.
Nama aku Sarah. Aku berasal dari sebuah keluarga yang punya segalanya. Aku anak tunggal, jadi apa saja yang aku inginkan pasti aku akan dapat. Dari dulu lagi, ibu bapa aku berpesan jika aku mahu berkahwin, aku harus mencari pasangan yang mampu menanggung aku 100%.
Selepas tamat SPM, aku melanjutkan pelajaran ke sebuah IPTA di selangor. Di situ, aku bertemu seorang lelaki yang aku suka. Aku namakan dia sebagai Ali. Ali setahun lebih tua dari aku. Aku menjalinkan hubungan dengannya. Tamat diploma, Ali terus bekerja. Oleh kerana pada masa itu aku masih belajar, Ali yang selalu membayar semua perbelanjaan bila kami keluar bersama.
Tamat diploma, aku sambung belajar ke peringkat degree. Setelah 3 tahun berhubungan dengan Ali, aku mengajak Ali untuk datang ke rumah dah bertemu ibu bapa aku. Masa tu aku tengok ibu bapa aku melayan Ali dengan baik sekali.
Namun, setelah Ali pulang, mereka beritahu aku yang mereka tak suka Ali sebab mereka dapat tengok yang Ali ni tiada masa depan. Ali cuma seorang pekerja kilang yang tak punya simpanan. Ali banyak menghabiskan duitnya untuk keretanya, itu adalah hobi dia.
Pada masa tu aku marah kerana aku tak suka masa depan aku ditentukan ibu bapa aku jadi aku tetap berhubungan dengan Ali tanpa memberitahu pengetahuan mereka. Aku percaya dan yakin Ali akan berubah dan mungkin watu tu nanti ibubapa aku akan merestui hubungan kami.
Tiga tahun kemudian, aku telah habis belajar degree dan bekerja di sebuah syarik4t di selangor. Hubungan kami m4kin serius. Tapi maIangnya Ali masih sama macam dulu. Satu yang aku perasan, sejak aku dah mula bekerja Ali banyak ‘share’ post di mana isteri patut membantu soal kewangan suami di facebook pada aku.
Mungkin dia nak bagi hint supaya nanti kalau kami kahwin, aku tak kedekut nak bantu dia sebagai suami. Tak lama lepas tu, ibu bapa aku bagitahu aku yang mereka nak kahwinkan aku dengan salah seorang anak kenalan mereka.
Aku masa tu baru berusia 26 tahun, lelaki itu, aku namakan dia Farid, berusia 30 tahun. Bila aku terus terang pada mereka yang sebenarnya aku masih bersama Ali, mereka marah dan terus p4ksa aku berkahwin dengan Farid.
Ini tidak adil bagi aku kerana Farid juga pekerja biasa dan bukanlah jutawan jadi tak ada bezanya dia dengan Ali pada aku. Namun, Farid dah ada rumah sendiri dan ada wang simpanan jadi ibubapa aku percaya dia seorang yang bertanggungjawab dan mampu jaga aku.
Bila aku ceritakan pada Ali, Ali marah lalu memutvskan hubungan kami. Aku jadi sedih kerana aku sudah 7 tahun berhubungan dengan Ali tapi begini akhirnya. Sepatutnya dia kena berusaha untuk yakinkan ibu bapa aku tapi kalau ikutkan dari awal lagi dia ada peluang untuk buktikan.
Aku marah dengan ibubapa aku, aku berkeras tak mahu berkahwin sampailah hanya timggal lagi seminggu majlis akad nikah. Aku berubah fikiran kerana Ali telah memberitahu rakan – rakan aku bahawa ibu aku mahu ‘menjual anaknya’ kepada orang kaya.
Aku sedikit kecewa dengan tuduhan Ali. Itu semua salah. Ya, ibu aku mahu kahwinkan aku dengan orang yang aku tak suka tapi ini atas sebab tanggungjawab. Mak ayah mana yang tak sayangkan anak dan nak yang terbaik.
Setelah aku berkahwin, kami pindah ke rumah Farid. Awal – awal lagi aku beritahu dia yang aku tak suka dia dan aku ingat lagi dia cakap pada aku yang dia juga belum suka pada aku tapi selepas berkahwin dia bertanggungjawab atas aku sebagai isterinya.
Kami hidup macam kawan. M4kin lama aku kenal Farid, aku m4kin suka padanya. Walaupun gajinya tak besar, dia tak pernah minta aku membayar apa – apa tanggungannya. Setiap bulan, gaji aku hanya untuk bayar credit card dan kereta aku sahaja.
Setelah tiga tahun berkahwin, aku baru faham kenapa ibubapa aku buat keputvsan macam ni untuk aku. Ini semua demi kebaikan aku. Aku rasa berd0sa kerana meIawan mereka pada awalnya. Kini aku bahagia dengan Farid yang melayan aku dengan baik sekali.
Aku ni satu – satunya pada mereka, mereka cuma nak pastikan aku ada dalam tangan orang yang betul. Baru – baru ini, aku terjumpa facebook Ali. Ali sudah berkahwin tapi masih menetap dengan orang tuanya. Ali masih menaiki kereta yang sama, kini tidak bekerja.
Aku terfikir kalau aku yang berkahwin dengannya pasti aku perlu menyara dia dan anak – anak. Banyak mulut berkata ibu bapa aku mata duitan tapi kalau fikir secara logik, kenapa aku perlu meninggaIkan cara hidup aku yang selesa untuk berkahwin dengan orang susah? Ya, cinta itu penting tapi cinta tak boleh bayar segala keperluan hidup kita. – Sarah
Komen Pembaca :
Omma Zaumar Yusuf Afif : Betul la tu. Aku pun rasa begitu. Bercinta biar ala kadar agar jiwa tak m4ti bila kene tinggal. Doa yang baik – baik. Tentu ade hikmah kenapa kita tak kahwin dengan ex. Yang penting, kita tahu dan selalu berdoa, hidup kita lebih baik dengan jodoh yang telah ditentukan tuhan.
Nurul Hafiza : Sebenarnye parents ni bukan tengok pun laki tu kaya ke tak tapi tanggungjawab. Parents aku tak kesah aku kahwin dengan sape janji dia tahu tanggungjawab, baik, matang dan boleh pikir masa depan. Harta tu boleh dicari kalau ada usaha.
Har Mi : Berkahwin memang perIukan restu keluarga tapi walaupun pada pandangan saudari Ali tu teruk sekarang, jangan lupa jasa Ali pada saudari dulu. Sekarang saudari rasa saudari bahagia dengan suami tapi janganlah sampai mengh1na kehidupan Ali.
Saudari yakin kehidupan saudari akan selalu di atas? Saudari boleh jamin kehidupan saudari dipenuhi perkara – perkara indah sampai hujung nyawa saudari? Kita rasa kita hidup bahagia tapi jangan sampai mengh1na orang yang pernah berjasa pada kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.