Masa majlis kahwin, mekap hodoh, tetamu tak hadir, makanan byk lebih. Tak sangka lepas kahwin lagi banyak ‘baIa’

Lepas kahwin aku dah tak kerja, baru berapa bulan aku dah mengandung. Gaji suami hanya cukup – cukup makan. Bila suami balik kerja, dia nampak aku macam orang giIa, menangis tarik – tarik rambut. Dia terus belikan aku ubat gugur..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua lama nak meluah tapi kali ini baru berjaya. Kenali diri aku seorang perempuan, berusia dalam lingkungan 20-an, status berkahwin. Baru saja mendirikan rumahtangga beberapa bulan yang lalu dengan insan pilihan hati.

Yang aku nak cerita di sini tentang impian, cita – cita, berangan aku, semuanya dah musn4h bertubi – tubi. First, aku seorang perempuan yang inginkan majlis perkahwinan yang dirai. Pendek kata majlis yang seronok or meriah lah.

Aku bertunang dan mengik4t tali perjanjian untuk bernikah selepas 7 bulan macam gitu. Tapi pandemik melanda jadi aku memutuskan untuk menangguhkan perkahwinan kerana nak tunggu waktu reda. Sejujurnya aku tidak gemar untuk bernikah dahulu kemudian ambil masa untuk buat majlis.

Memang, memang waktu tu waktu yang sesuai sangat untuk berjimat cermat tidak perlu habiskan duit beribu – ribu hanya untuk majlis yang beberapa jam itu. Memang ramai juga waktu itu mengambil kesempatan untuk bernikah tanpa majlis walau hanya di pejabat agama kerana penjimatan.

Bagi golongan ini, majlis tidak penting kerana ianya hanya lah adat dan kehendak. Yang penting nikah dulu, majlis boleh kemudian. Tapi berbeza pada sudut pandangan aku. Aku mengimpikan majlis nikah dan persandingan yang lengkap macam orang – orang buat (sebelum kewujudan era pandemik).

Tapi waktu tu banyak tentangan yang mempertikaikan tentang impian aku. Kata mereka tak perlu membazir lah, buat yang wajib dulu lah, dan sebagainya. Salahkah aku nak apa yang aku mahukan? Aku sudah lama bekerja, menyimpan duit dan ini lah masanya aku nak reward diri ini tambahan pula aku merupakan anak dan cucu pertama.

Nak dijadikan cerita, aku dijangkiti wabak kvd. Berbulan aku cuti s4kit kerana mengalami komplikasi dan akhirnya fizikaI aku berubah. Aku memang chubby tapi dalam range ok lagi, tapi berubah menjadi lebih besar. Kulit aku pula meradang kemerahan yang tidak pernah aku hadapi.

Ini semua akibat kvd, kesan ubat,  kuman dan aku sangat sedih sekali. Aku terdesak, aku ambil supplement kuruskan badan, pergi kIinik kulit spend beribu ringgit untuk pulihkan diri. MaIangnya tidak sempat, majlis pun berjalan seperti dirancang kerana keluarga pihak lelaki menolak permintaan kami untuk menangguh lagi sedikit masa.

Aku kecewa la, sekurang – kurangnya bagi la aku sedia mentaI dan fizikaI. Kata mereka kahwin jela dulu at least dah ada husband boleh jaga. Hari nikah ku. Teringin nak transform diri ni jadi cantik. Tapi maIangnya sedih tengok makeup nikah yang garang MUA tu buat.

Nak betulkan dah tak ada masa so proceed je la. Hari sanding pula, aku kecewa sekali lagi kerana makeup ku seolah tiada makeup. Aku mempunyai kulit sangat cerah tapi MUA tu makeupkan aku macam aku berkulit tan.

Katanya untuk tone kan kemerahan kulit aku yang banyak. Lagi seorang MUA pula makeupkan aku rupa macam h4ntu cina. Allahuakbar kenapa aku menjadi hodoh ketika moment – moment penting macam ni? Aku sendiri benci tengok gambar – gambar wedding aku rasa malu sangat better aku pakai makeup sendiri tak perlu bayar beratus – ratus.

Hari sanding pula aku tengok meja banyak kosong. Jemputan aku jumlahnya sederhana saja tapi yang datang ada lah dalam 20% per 50% sampai owner dewan tu perasan akan keadaan itu. Sedih aku tengok majlis aku dari atas pelamin.

Door gift dan makanan banyak sangat lebih. Bawa lah semua tu pulang. Balik sanding aku menangis sendirian aku berpikir kenapa orang buat aku macam ni. Atau pun aku yang terlalu berharap semua orang akan datang?

Beberapa bulan selepas itu aku berhenti kerja kerana mengalami tekanan yang meIampau di tempat kerja yang sangat t0xic. Dah bertahun aku bersabar kerja di sana menghadap colleague dan boss yang sangat t0xic tak tahu level apa.

Selepas kahwin str3ss tu m4kin bertambah sebab aku tidak suka mereka berkata – kata tentang soal peribadi aku sama suami. Akhirnya suami membenarkan aku untuk berhenti. Bermulalah hidup aku sebagai seorang suri rumah yang tiada pendapatan tapi masih mempunyai komitmen untuk dilangsaikan.

Aku berg4ntung hidup pada wang simpanan. Nafkah yang diberikan aku simpan. Kadang – kadang aku rasa nak beli something aku beli je tapi semua murah – murah tak ada macam pasangan lain pergi shopping branded, syok – syok semua.

Makan pun tak pergi kedai mewah macam pasangan lain. Waktu dapat duit KWSP tu lah kami berdua boleh bernafas sikit sambil beli keperluan rumah biar lengkap. Baru lah nampak macam rumah kalau tak selama ni kosong je.

Aku pula dah cuba minta kerja tapi belum ada rezeki terpanggil. Nak dijadikan cerita waktu ini aku asyik s4kit. Lepas 1 – 1 aku kena hadap, str3ss aku bertambah. Keluarga mentua pula suka membuIi mentaI aku dengan kata – kata mereka membuatkan aku lebih tertekan dan cuba mengelak untuk berjumpa dengan mereka.

Tak perlu aku cerita lebih – lebih biar aku simpan saja. Tidak lama itu aku disahkan mengandung. Aku m4kin tertekan tahap yang aku rasa aku nak lari dari sini. Sebenarnya kami berdua belum bersedia untuk menimang anak tapi Allah dah beri dulu.

Puas kami memikirkan tentang anak ini. Macam mana nak tanggung dia nanti. Tambahan aku dah hilang pekerjaan. Nak minta kerja mana – mana dah tentu tiada yang sudi kerana pregnant. Gaji suami cukup – cukup makan saja tampung kami tapi kalau nak tanggung anak memang tak mampu.

Ada harta juga telah dia jual demi mengurangkan komitmen. Aku tidak tahu mengapa aku macam ada suatu perasaan takut akan mengandung. Tidak seperti perempuan dan isteri yang lain yang sangat mengharapkan anak di dalam kehidupan mereka.

Hari – hari aku menangis fikirkan semua ini. Aku tidak menjaga polar makanan aku, aku buat kerja berat, tidak makan acid folic. Tapi aku bersyukur aku tidak mengalami apa – apa alahan. Ada cuba pergi scan dan ternyata tiada masalah langsung cuma heartbeat dia belum nampak lagi walau dah hampir berapa bulan dah.

Suami ada belikan aku ubat gugur kerana dia kata dia tak sanggup tengok keadaan aku macam mentaI. Bila dia pergi kerja aku tinggal sorang di rumah memang aku mentaI. Aku cakap sorang diri, menangis, meraung, tidak makan, kepala aku kusut sekali.

Bila dia balik kerja dia nampak aku menangis tarik – tarik rambut. Dia beritahu aku sejujurnya financial dia belum cukup lagi. Hari – hari aku berdoa supaya Allah ambil anak ini sebelum kami membvnvhnya. Kami berdua yang salah bukan anak ini tapi dalam masa yang sama keadaan mem4ksa kami.

Memang anak itu pembawa rezeki tapi kena fikir logik juga mana rezekinya kalau tiada sumber. Bukan ada sesiapa yang akn hulur wang kepada kami. Masalah kami hanya kami berdua saja tanggung senyap – senyap keluarga tidak tahu apa – apa.

Tambahan lagi keluarga mentua mendesak untuk mengadakan majlis sebeIah mereka. Suami aku cakap dia tak tahu macam mana nak cakap pada keluarga tentang kos majlis tersebut sedangkan dia sendiri pernah confess yang dia tidak mahukan majlis itu kerana sudah buat di majlis aku.

Kalau aku simpan anak ini perut aku waktu itu akan besar kerana menjangkau beberapa bulan lagi. Aku str3ss sangat aku buat banyak research tentang pengguguran anak sambil berdoa ampunkan d0saku dan minta maaf pada anakku, walau r0h dia belum ditiupkan lagi kerana baru berapa minggu.

Nak bagi anak ini pada orang lain selepas lahir lagi aku tidak sanggup. Aku tiada life support kerana keluarga aku juga bukan orang senang dan semestinya kami merahsiakan tentang perkara ini. – N (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Raudzah Arippin : 1. Lupakan hal yang dah lepas. Yang muka kena mekap macam h4ntu cina apa semua tu. Lupakan je. Kalau tak suka tengok gambar kawin, buang je dik. Takyah serabut kepala.

2. Letakkan syukur dulu paling tinggi. Syukur suami baik. Syukur suami ada kerja. Syukur dia bagi duit nafkah. Syukur ada rumah sendiri tak kira la beli ke sewa.

3. Rancang kewangan. Jangan risau pasal dapat anak. Anak ni InsyaAllah bawa rezeki. Dah mengandung kan. Syukur. Ramai orang nak anak tak dapat. Ni Allah bagi awal, mesti banyak hikmah. So rancang kewangan molek molek.

Sementara belum bersalin ni boleh je awak bisnes dropship ke apa kat rumah. Terus terang dengan keluarga suami, tak mampu hal kenduri tu. Last, jangan compare hidup kau dengan orang lain dik. Kita semua ada jalan hidup berbeza. Raikan hidup kita ikut cara kita. Ok?

Ruhaiza Samsudin : Awak ni macam budak – budak lagi la dik. Tak semua pasangan makan kat restoran mewah. Tak semua pasangan shopping barang branded. Tak semua orang lepas kahwin terus senang. Saya dah rasa awal – awal kahwin, bertatih – tatih membina keluarga.

Jatuh bangun, tersungkur, bangun dan jatuh berkali – kali. Tapi jangan pernah salahkan takdir. Setiap ujian disertakan sekali keberkatan andai kita mensyukuri nikmat tu. Lebihkan bersyukur dik. Tu je akak mampu cakap.

Dah kahwin ni, kena lower expectation, jadi lebih matang sebab dugaan berkahwin ni lebih hebat daripada masa hidup single. Akhir kata, tolong la jangan hukvm baby tu. Dia tak salah pun. Andai boleh memilih, tentu dia taknak berada di dalam rahim awak, tentu dia memilih ibu yang akan sambut kedatangan dia ke bumi ini dengan penuh rasa cinta.

Afifah Sabrina Nizar : Tadi saya baru ternampak video Imam Muda Hassan. Dia kata kunci untuk bahagia ini adalah bersyukur dengan nikmat yang sudah ada depan mata. Puan perlu kurangkan rungutan dan fokus dengan apa yang puan ada sekarang.

Jangan terlalu fikirkan banyak masa lalu dan masa yang belum terjadi. InsyaAllah ia serba sedikit akan bantu puan untuk bersyukur. Dan lagi satu, istighfar selalu jika ada masa terluang. Percaya lah, Allah akan mudahkan untuk puan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.