Masa kami nak kahwin semua saud4ra mara marah. Bila kahwin anak dah dua, baru saya tersedar

Dah dapat dua orang anak pun hutang emak masih tak dapat saya bayar lagi, saya cuma dapat beri emak RM50 sebulan. 5 tahun hidup susah, akhirnya rezeki bertambah. Saya bangga sebab dah kahwin, ada anak banding dengan kawan saya yang takde jodoh. Sehinggalah saya jumpa resit hotel di Melaka..

#Foto sekadar hiasna. Ketika saya melahirkan hasrat hati untuk mendirikan rumahtangga dengan kekasih hati, ramai kawan – kawan menasihatkan supaya saya fikir masak masak, dan fahami dahulu isi hati bakal suami supaya perjalanan rumahtangga teratur dan lebih harmoni.

Dan lebih penting supaya saya kecewa kemudian hari. Nasihat mereka saya dengar dan saya tertawa sahaja. Dalam hati kecil saya berkata, “aku dah fikir dah! inilah calon suami yang amat sesuai dengan hati dan jiwa raga aku. Dia amat memahami, dan amat bertimbang rasa terhadap aku. Dan kami akan hidup kekal bahagia hingga ke jannah.” itu keputvsan saya.

Ketika itu usia saya dan bakal suami baru 22 tahun. Masih muda. Kami sama – sama menuntut di IPTA tahun akhir. Tetapi hasrat hati saya dibantah oleh emak. Kata emak saya patut tamatkan pengajian dulu, cari kerja lepas itu baru fikir pasal kahwin. Begitu juga kata bakal mertua.

Tetapi kami merasakan perkenalan sudah terlalu lama, almaklum kami mula kenal ketika menutut di sekolah menengah berasrama penuh lagi. Kemudian sama – sama masuk IPTA jadi kami sudah saling faham memahami. Cinta kami bukan cinta monyet.

Jadi kalau orang kata kami tak memahami hati budi masing – masing itu satu dusta. Bukan itu saja, kami sudah sama – sama makan sepinggan, berkongsi minuman bila kekurangan duit. Kami sudah sedia berkahwin supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk, jadi apa nak tunggu – tunggu lagi.

Kerana hubungan terlalu erat kami memang bimbang kalau terIanjur. Jadi demi menjaga nama baik dan maru4h keluarga lebih baik kami cepat kahwin. Lagi pun tak lama lagi kami akan keluar dan bekerja. Tentu tak ada masalah.

Namun disebabkan keluarga kami bukanlah kaya sangat, maka majlis perkahwinan kami dibuat biasa – biasa sahaja. Hantaran cukup RM2,000, itupun Hazri terp4ksa pinjam duit emaknya dahulu, kecuali duit upah nikah dan mas mahwin.

Lebih daripada itu semuanya tanggungan mertua saya. Memang kami tak berduit. Begitu juga saya, saya cuma siapkan badan, hinggakan, duit andaman, pakaian pengantin, pelamin, bunga telor dan kenduri kend4ra semua emak siapkan.

Memang emak tak berduit, tetapi demi anak supaya tidak mencontengkan arang ke muka, emak berk0rban sanggup berhutang berbaris demi kebahagian saya. Dan lebih penting emak terp4ksa ikut kehendak saya. Lepas kahwin kami masih tidak dapat tinggal serumah lagi, sebab segalanya memerIukan wang.

Dan kami tak cukup wang. Sekali sekala balik bercuti barulah kami dapat bersama. Masa nak kahwin bukan saja saud4ra marah, bahkan kawan – kawan emak pun bagi nasihat supaya kami bersabar sebab masalah kekangan kewangan. Tapi kami tak boleh sabar.

Nak jadikan cerita habis belajar saya dapat kerja dulu dapatlah saya sewa rumah di bandar. Itupun pinjam duit emak sebagai permulaan. Pergi dan balik kerja naik motor dengan Hazri. Dah enam bulan bekerja saya masih tak dapat ganti duit emak, sebab Hazri masih menganggur.

Dua bulan lepas itu baru dia dapat kerja. Itupun bukan kerja pilihannya. Tapi saya nasihatkan jangan pilih kerja kerana saya dah mengandung. Tentu kami perIukan banyak duit. Dipendekkan cerita lepas bersalin baru kami dapat beli kereta kecil, sebab masalah nak hantar anak kecil ke rumah pengasuh.

Awal perkahwinan baru kami faham masalah perkahwinan. Kami tak boleh salahkan sesiapa, ini pilihan kami. Susah senang tanggunglah sendiri. Baru saya kenal dan tahu langit itu tinggi rupanya. Dah dapat dua orang anak pun hutang emak masih tak dapat saya bayar lagi, saya cuma dapat beri emak RM50 sebulan, memang tak padan, tetapi itulah yang saya mampu.

Hazri pula sering bertukar kerja kerana katanya kerja tak sesuai. Dan masalah lain yang hanya dia sendiri sahaja boleh menjawabnya. Oleh kerana saya kekal bekerja, dan rezeki anak – anak pendapatan saya bertambah.

Dapatlah saya tambah duit saguhati dan ganti duit emak secara beransur – ansur. Lebih istimewa akhirnya Hazri dapat juga kerja yang dia minat. Legalah sikit hidup kami. Dan saya tak susah hati lagi kerana Hazri tidak lagi bertukar – tukar kerja.

Saya bersyukur setelah lima tahun berkahwin, hidup kami bertambah baik dan saya lebih gembira dalam umur belum pun 30 tahun saya mendapat segala – galanya, ada sepasang anak, dapat pekerjaan yang baik dan lebih penting saya sudah bersuami.

Sedangkan ada kawan saya yang masih terkial – kial belum ada jodoh lagi, apa lagi anak. Tetapi sebagai manusia, kita hanya boleh berusaha dan memohon, tetapi hanya Allah yang menentukan segala – galanya. Saya fikirkan langit sentiasa cerah rupanya mendung mula menjelma.

Mula – mula saya melihat perubahan dalam gaya hidup Hazri. Ketika saya sibuk uruskan anak yang bertambah jadi tiga orang. Dia sibuk dengan aktiviti luar. Sentiasa ada saja kawan yang dia nak jumpa. Keluar selepas waktu maghrib jam 11 baru pulang.

Waktu itu makanan di rumah sudah tidak membuka seleranya lagi. Tak payah masak katanya dia makan dengan kawan kat luar. Kalau seminggu sekali masuk akal juga, tapi kalau sepanjang minggu, sapa tak s4kit hati. Rumah bukan lagi syurga bagi dia.

Kita tegah dia melenting. Suasana dalam rumah waktu itu memang sentiasa panas. Ialah, saya penat jaga anak, dia enjoy dengan kawan. Bila balik lewat, tidur pun lewat, sudah pasti bangun pagi pun lewatlah. Solat subuh selalu cicir.

Lebih teruk kelewatannya mengganggu jadual saya menghantar anak ke rumah pengasuh dan ke tempat kerja saya sendiri. Sapa tak hangin. Kerana selalu bertengkar dia suruh saya beli kereta lain supaya tidak mengganggu tidurnya.

Bayangkan! Bila segalanya dah berasing, maka hubungan kami pun sem4kin terasing dan sem4kin renggang. Dia sibuk dengan urusannya bersama kawan – kawannya, sementara saya pula dengan urusan anak – anak dan rumah.

Maklum anak dah tiga orang, sibuknya hanya anda yang ada anak sahaja boleh bayangkan. Pada kesempatan inilah dia mengambil peluang mempunyai kekasih baru. Setahun lamanya saya tak tahu aktivitinya, tetapi Allah itu tetap ada, akhirnya rahsianya terbongkar apabila saya terjumpa bil hotel di negeri Melaka.

Bila saya tanya dia kata milik kawannya. Tapi kenapa dia yang tandatangan dan ada dalam poketnya. Bila saya selidik punya selidik pada waktu itu hari dia bekerja. Bukan kerja luar atau bercuti. Bila perasaan ragu – ragu bertahkta di jiwa, selidikan dan siasatan mula saya jalankan.

Kerana kita ada ramai kawan. Maka tidak hairanlah masalah ini segera terbongkar. Rupa – rupanya bukan itu kali pertama dia berjalan, makan angin dan tidur baring di Melaka. Dah banyak kali dia kata pergi kerja sedangkan kawan pejabatnya beritahu saya waktu itu dia bercuti.

Hubungan kami yang sejak dua tiga tahun sem4kin tegang menjadi bertambah parah. Saya sudah hilang kepercayaan padanya. Kalau dulu dia kata jumpa kawan lelaki sekarang saya syak tentulah ini ada hubungan dengan kawan perempuan. Kerana saya ada bukti.

Apa yang amat saya kesalkan. Ketika kami susah dahulu, hubungan kami begitu erat, saling kasih mengasihi, percaya mempercayai dan sayang menyayangi antara satu sama lain, kini segala – galanya sudah berubah. Hidup saya sudah tidak aman lagi.

Walaupun dia m4ti – m4tian mendakwa apa yang dia kata semuanya benar. Tetapi semuanya terbukti tidak benar. Hazri pandai berbohong. Peng0rbanan saya selama ini sia – sia saja. Apa yang menyedihkan, ketika saya bahagia dengan tiga orang anak sedangkan ada kawan – kawan saya masih belum kahwin, tiba – tiba rumahtangga saya dilanda ribut taufan.

Bin4sa semua rancangan yang selama ini kami susun bersama. Hazri lari dari tanggungjawabnya. Malah semua urusan rumahtangga dia lepaskan pada saya. Ini berlaku selepas aktiviti songsangnya membelakangi hidup saya terbongkar.

Apabila saya minta duit untuk belanja bulanan makan minum kami anak beranak terutama susu, lampin pakai buang dan duit upah pengasuh anak – anak katanya dia tak makan di rumah dan duitnya habis kerana bayar duit sewa rumah dan ansuran kereta.

Dia bagi alasan b0doh, apa dia tak nampak ke saya pun ada kereta dan saya bayar ansuran kereta juga, guna petrol dan lain – lain. Itu belum masuk insuran dan cukai jalan. Alasannya kata tak ada duit memang tak adil. Bila keadaan begini berterusan, saya ingat semula nasihat kawan – kawan dahulu, bahawa berkahwin di awal usia amat rapuh, tidak dapat bertahan lama akan berakhir dengan perceraian.

Inilah yang berlaku kepada saya, agaknya inilah juga jadi suratan nasib saya. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan tengah hari. Akhirnya kami bercerai. Kini pada usia 32 saya sudah bergelar ibu tunggal anak tiga.

Memang saya boleh berdikari dan hidup bersendirian, tetapi saya takut bila iman saya terc4bar dalam keadaan saya begini dan dalam usia masih muda lagi. Tambahan pula saya tahu saya akan hadapi pelbagai fitnah, dan saya tidak tahu apakah saya boleh hadapinya.

Maklum kita hidup dalam masyarakat, bukan semuanya faham masalah kita. Namun saya berjaya mengatasinya, selama hampir tiga tahun kini. Semoga menjadi iktibar kepada pembaca yang seusia saya dan bercadang untuk berkahwin, fikir dan buat benteng diri dari awal supaya tidak runtvh oleh arus d3ras atau banjir.

Rasanya tidak ada apa yang perlu ditakuti sama ada kita ibu tunggal ataupun tidak andartu. Tak semestinya setiap ibu tunggal jadi per4mpas suami orang, kerana ada isteri orang yang sanggup tinggalkan suami semata – mata mengejar cinta dengan suami orang, yang dia pasti belum tentu berhasil, akhirnya kecundang bila impian tidak kesampaian.

Kerana ramai lelaki yang pandai berjanji tetapi tak berani untuk menepati janji janjinya. Kahwin muda tak semestinya berakhir dengan kekecewaan, ada yang sampai ke akhir hayat, tetapi ia memerIukan peng0rbanan yang besar dan kesabaran yang tinggi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.