Masa isteri nak sign borang nikah depan tok kadi, dia tiba2 menangis. Patutlah dia call aku mlm sblum nikah

Bermulalah duka saya semasa dia mengandung anak pertama, dia alahan teruk sampai muka saya pun dia tak boleh tengok, bau badan saya dia nak munt4h. Saya cuba uji dia dan berkemas nak keluar dari rumah tu. Bukan ia nak pujuk tapi h1naan yang dia bagi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Salam Ramadhan untuk semua umat Islam yang akan menyambutnya tak lama lagi. Salam confession. Dikisahkan saya dikurniakan 2 orang anak dan ditakdirkan isteri tidak mencintai saya semenjak kami diijabkabulkan.

Bermula dengan perkenalan saya dengan isteri di stesen bus, saya selamatkan dia dari orang giIa yang meracau. Alhamdulillah semenjak tu kami selalu contact hingga bertunang. Sebulan sebelum kami kahwin, saya rasakan ade sesuatu yang tak kena, balik dari beli barang – barang kahwin dan masa tu ada di rumah mertua, tiba – tiba saya terbaca mesej diphone, dan isteri cuba mengelak.

Saya bertanya pada isteri dan dia jelaskan apa yang berlaku, ada lelaki yang kacau dan isteri walaupun dah banyak kali dia elak. Saya percaya dan harap perkara tersebut tak akan berlaku lagi. Sepanjang sebulan sebelum kahwin pun kami banyak bincang masa depan kami, terutamanya nak menetap di mana selepas kahwin nanti.

Malam sebelum bernikah, isteri call dan tiba – tiba beritahu saya yang dia tak ready lagi. Tiba – tiba perasaan dia tak menentu. Saya suruh dia istighfar dan tenangkan dia. Saya berdoa agar hari akad nikah dipermudahkan.

Setibanya akad nikah, ayah mertua sendiri yang akadkan saya, saya lihat isteri saya sedih dan tiba – tiba menangis. Akad dah selesai dan tiba masa dia untuk sign form kahwin untuk bagi dekat tok kadi. Saya bingung sebab apa tiba – tiba dia menangis, mungkin menangis sebab terharu atau mungkin macam apa yang dia cakap semalam, dia tak ready lagi.

Sesi bergambar lepas akad nikah dia kembali ceria, lega hati saya. Telahan saya mungkin dia terharu sampai menangis. Isteri saya ni panas baran, saya cuba uji dan ternyata baran dia tak boleh control. Bermulalah duka saya semasa dia mengandung anak pertama, dia alahan teruk sampai muka saya pun dia tak boleh tengok, bau badan saya dia nak muntah dan dia tak bagi sentuh langsung.

Satu hari dia jumpa kucing dan nak bela, dan saya pesan jangan main kucing takut effect anak. Start dari situ dia selalu naik angin dan minta cerai. Sem4kin hari sikap panas baran dia sem4kin menyerlah. Ibu mertua minta saya hantar dia ke rumah dan kami duduk asing sementara.

Alhamdulillah anak lelaki sihat dilahirkan. Saya pasrah dan dia tetap dengan keputvsan dia untuk minta cerai sekali lagi, saya bingung dengan alasan dia sebab tak ada hati dekat saya. Kuasa Allah s.w.t , dia cuba teruskan perkahwinan atas sebab anak. Alhamdulillah saya sujud syukur.

Hari yang paling hitam, masa bulan puasa 5 tahun lepas, saya dan isteri pergi ke bazar dan beli kuih untuk berbuka di rumah nenek saya. Sebelum balik ada kuih yang lebih dan saya suruh isteri simpan, saya tahu dia terasa sebab kuih yang dia beli tu tak habis makan.

Semua dah pergi tinggal kami bertiga dekat kereta. Saya lihat dia dah berdengus marah dan minta kunci kereta sambil suruh saya pegang anak. Dia berkeras nak bawa kereta sambil marah dekat saya sebab menyuruh dia simpan kuih tu dan tunjuk kuasa lelaki.

Saya terangkan pada dia, saya suruh simpan dan saya tak marah, tapi dia masih marah. Dia terus bawa kereta dalam keadaan yang penuh marah dan saya suruh dia berhenti. Lepas dia berhenti saya tengah dukungkan anak untuk keluar bagi saya drive dan pass anak dekat dia.

Tiba-  tiba saya dan anak tercampak keluar sebab masa tu dia cuba pecut lepas saya dan anak selangkah keluar. Saya mengucap panjang. Kebetulan mak ayah saya masih dekat, saya call dan datang ambil saya dan anak untuk bawa ke hospitaI, tangan saya ced3ra masa selamatkan anak.

Selang beberapa hari dia sedar kesilapan dia dan saya maafkan dia. Sejak dari hari tu, panas baran dia dah berkurang. Saya, isteri dan anak jalani kehidupan macam biasa di rumah dan isteri sem4kin hari sem4kin sibuk.

Banyak kali ajak bersama tapi alasan yang sama saya dengar, tiada hati dan perasaan dekat saya dan letih kerja. Saya ber-chatting, mesej dengan banyak perempuan, apa yang saya cari hanya untuk tahu isi hati perempuan, minta pendapat, dan ada yang lebih dari tu, tapi tu cuma sekadar dalam layan, tak la sampai saya berjumpa.

Cukup sekadar saya hiburkan hati. Saya kant0i dengan isteri masa dia pinjam laptop, saya mengaku yang saya silap. Teruk saya dibeIasah sampai saya kena MC kerja. Sikap panas baran dia tak boleh ubah, setiap kali saya jelaskan dia tak boleh terima. Lepas sebulan, dia ok, Alhamdulillah dan saya dah berjanji tak akan chatting lagi, dan saya harapkan dia ada masa untuk saya. Dia bersetuju.

Lepas setahun, kami berpindah ke rumah mertua saya atas sebab kerja saya. Lepas beberapa tahun, alhamdulillah kami dikurniakan lagi seorang anak. Kasih kami sem4kin bertaut semenjak ada anak kedua ini. Semenjak 2-3 bulan saya rasakan isteri m4kin menjauh, dia cuba cari alasan dan selalu cari kesalahan saya.

Apatah lagi nak bersama jauh sekali. Cukup nafkah duit isteri dan anak – anak saya bagi tak pernah putvs. Sampai satu tahap saya nak uji dia, itu pun sebab isteri perlakukan saya macam saya tak tahu apa – apa, saya kemaskan bag nak balik rumah mak ayah saya.

Tanpa dia halang dan tanpa dia minta maaf, dia lagi curahkan minyak dalam api dengan berkata macam – macam pada saya, saya masih ingat pelbagai kata – kata yang sangat memeritkan,

“u ni pekak takde telinga ke”,

“dari jauh macam orang terencat i tengok u ni”,

“u ni tak tahu apa – apa”. Saya cuba kawal kemarahan saya, tapi dia lebih dominan.

Saya tahu saya kena kawal em0si saya sebagai lelaki, tapi saya bukan malaik4t. Saya cuba minta maaf berkali – kali tempoh hari sebab tak boleh kawal em0si tapi dia masih berkeras. Saya balik dan tinggal dengan mertua balik bersama dia, tapi bilik berasingan.

Dia dah taknak terima saya dalam hidup dia. Saya masih bersabar dan pujuk dia. Saya bingung. Saya sayang dan cinta saya tak pernah hilang pada dia, lagi – lagi dah ada 2 orang anak. Sejujurnya walaupun dia bersikap begitu dan saya tahu saya bertepuk sebeIah tangan, saya tidak pernah terfikir untuk cari yang lain. Cinta saya sejati.

Saya usahakan rumah sewa dekat dengan rumah mertua bertujuan untuk eratkan hubungan saya lagi dengan isteri. Rancangan untuk beli rumah berdekatan dengan mertua masih lagi tengah mengumpul duit tapi kena k0rbankan sedikit untuk perbelanjaan rumah sewa.

Rumah yang dah dibeli dekat rumah mak ayah saya terp4ksa disewakan sebab isteri taknak duduk. Pada mulanya isteri bersetuju untuk duduk rumah sewa, dan tiba masa semua dah siap, saya kecewa apabila diajak tapi dia cakap dia tak pernah cakap nak duduk rumah sewa.

Saya tak kisah pasal duit berapa dah habis, apa yang saya inginkan saya nak cari kebahagiaan bersama isteri dan anak – anak saya. Banyak kali saya pujuk, tapi dengan penuh kebencian h4mbat saya dari rumah mertua. Dia telefon mak saya minta cerai, saya sangat sedih dan masih bersabar.

Mak mertua pun suruh saya bersabar. Setiap kali saya pujuk, perkataan cerai dan tebus taIak saya akan tadah di telinga saya. Saya masih cinta dan sayang pada isteri saya. Hanya air mata pilu mengalir setiap kali dia minta di lepaskan.

Saya tahu dia dah buang saya dalam hidup dia, saya tahu dia nak hidup sendiri, tapi saya sayang dekat anak – anak. Mungkin dia rasa selesa sekarang sebab ada mak ayah mertua jaga anak – anak sambil dia kerja, adik – adik dia pun boleh tengokkan.

Tapi akan datang bila orang tua dah takde, adik – adik dia dah ada kehidupan sendiri dan kahwin, siapa nak jaga isteri saya nanti akan datang kalau dia s4kit nanti. Anak – anak pun perlu ada ayah. Untuk isteri aku, seringkali aku menduga, seringkali ini terjadi, rupanya aku tak dicintai.

Untuk apa kau buat ke begini, segala apa yang telah aku lakukan. Air mata aku mengalir dipipi, segala apa yang ku k0rbankan untuk diri mu. Mengapa masih lagi ku, berdiri menunggu cintamu. Mengapa masih ada mu, meny4kiti di siang malam ku. Aku terima cintaku di persiakan. Sayang aku Iuka, aku kau lupa, tanpa kau sedar. Rumah terbuka untuk mu sayang dan anak – anak. Isteriku – aku tunggu! – Mr. A

Komen Warganet :

Anny Zarra : Mula – mula baca rase geram jugak dengan isteri dia ni. Saya dulu macam tu, baran tak menentu. Marah – marah suami tapi suami mula – mula diam tapi lama – lama dia pun tak tahan, dia marah saya balik. Lepas tu saya jadi down sikit.

Kalau brother dari awal sikap tegas maybe isteri tak besar kepala macam sekarang. Satu lagi tadi ada yang cakap mungkin isteri ade s4kit rohani.. Makes sense jugak, kalau b4ran tak menentu ni s3tan, ade yang cuba porak perandakan rumah tangga. Cube bro ikhtiar pagi darul syi’fa atau jumpe mana – mana ustaz yang bole rawat peny4kit sebegini.

Nur Khairunisaq : Jangan siksa diri bang, tak bagos. Tak walaupun cinta sayang dekat isteri tuh tapi kalau da sampai tahap derh4ka, tak hormat pada suami sendiri, apalah guna? Apa ertinya cinta? Pada hakik4tnya abang tak cintakan isteri abang sebab biarkan dia derh4ka, tak menghorm4ti abang. Jalan terbaik buat pilihan, istikharah. Tuhan maha tahu, ape yang terbaik tuk h4mbanya.

Kamaruddin Sepawi : Bro, saya ucapkn tahniah kerana dapat bersabar dalam menghadapi situasi sebegitu, sesugguhnya Allah bersama orang yang sabar, harus diingati sabar itu ada batasnya. Jadi saya cadangkan agar bro bawa isteri bro jmpa ustaz yang berpengalaman mengubati peny4kit yang sedemikian.

Di samping itu juga bro kena bersihkan diri juga. Solat jangan lupa. Sebagai ketua keluarga bro kena ambil berat tentang agama dengan anak isteri. Allah dah tentukn segalanya. Bro kena terima dan hadapi dugaan yang telah diberikannya.

Kalau bro punyai iman.. kena kuatkannya. Jangan ambil keputvsan yang b0doh, bertindak ikut fikiran jangan ikut perasaan. Jika keputvsannya terp4ksa berpisah, berpisahlah mungkin itu jalan yang terbaik. Tentang anak usah dibingung, kita hidup di negara yang brdaulat, ada pihak yang berwajib dapat menguruskn hak penjagaan anak.

Tentang isteri pulak, bro jangan bimbang. Kita lelaki boleh cari pengganti, mungkin Allah akan menggantikn isteri yang lebih baik dari yang sedia ada di atas kesabaran bro dulu. Jangan takut kehilangn isteri yang sedemikian . Kuatkn semangat melaluinya. Pasti kebahagiaan akan kau gapai. Itu aje yang dapat abang nasihatkan di hari baik bulan baik ini.. Assalamualaikum…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.