Masa dekat stesen bas, ada sorang budak lelaki tenung saya dgn mata terbeliak. Esoknya saya rasa muka saya h0doh

Setiap kali saya cakap dengan seseorang, sesiapa pon orang itu, dia tak akan pandang saya. Waktu saya cakap dengan guru saya dekat sekolah dengan kawan saya, guru saya tak akan pandang langsung wajah saya. Sedangkan sebelum ni ok je.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh kepada pembaca sekalian. Terima kasih admin kalau siarkan confession saya. Sorry kalau confession ni panjang sikit. Saya seorang perempuan yang masih belajar.

Sekarang saya tengah sambung belajar di Universiti, Alhamdulillah. Sebenarnya kisah ini dah lama berlaku kat saya. Sejak saya tingkatan 1 lagi. Tapi dengan izinNya kesannya masih kekal sehingga kini. Baca tajuk dia mesti korang pelikkan, apa maksud ‘al-ain’ di sini.

Jadi saya terangkan maksud ‘al-ain’ di sini dahulu. Peny4kit ini pengaruh mata, yang mana ia boleh terkena atas diri seorang malah anak – anaknya atau harta bendanya. Ia adalah pandangan mata seorang dengan penuh hasad atau penuh ta’jub (kira macam teruja teramat sangat dengan kecantikan seseorang atau sebagainya) maka dengan izin Allah ‘al-ain’ ini boleh terkena atas diri seseorang.

Maksudnya boleh jadi tiba – tiba dia akan jatuh s4kit, atau pengsan ke. Ya, saya tahu benda ni mcm pelikkan dengar, takkan pandang sahaja boleh terus jatuh bukannya buat apa – apa pon. Tapi Rasulullah sendiri pernah berkata tentang perkara ini,

“Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam : “Al-‘Ain itu haq (benar) dan sekiranya ada sesuatu yang mendahului takdir, niscaya Al-‘Ain akan mendahuluinya. Dan apabila engkau diminta mandi, hendaklah kalian mandi” Hadith Riwayat sahih Muslim

Yang part mandi tu, salah satu cara untuk pulihkan dari al-ain ini adalah dengan menyuruh orang yang pandang dengan hasad atau ta’jub itu untuk mandi. Ok benda ini complicated sikit, korang boleh google sendiri selepas ini. Sebab ada kisah Sahabat Rasulullah s.a.w terkena ain.

Ok berbalik pada kisah saya (saya harap korang tak bosan), waktu saya tingkatan 1 dulu saya jalan di satu stesen bas. Masa tengah jalan tu, saya terpandang seseorang lelaki remaja yang masih sekolah (masa tu dia macam tingkatan 3 atau 4 gitu).

Dia pandang saya dengan mata terbeliak dan dia macam renung dekat saya lama lama dan saya pon tengok dia balik (macam scary jugak cara dia tengok saya). Sampailah saya terkena al-ain dengan izin Allah. Tapi masa tu saya masih kecil lagi, saya tak tahu al-ain ini apa.

Cuma saya rasa tak kena dengan wajah saya. Saya rasa wajah saya berubah menjadi h0doh. Bukan rasa sahaja, memang betul wajah saya berubah menjadi h0doh dengan izin Allah. Ma shaa Allah. Saya sedih sangat waktu tu.

Saya tak tahu macam mana wajah saya boleh berubah (sebab saya tak tahu pasal al-ain ini). Saya down sangat – sangat – sangat. Macam mana saya tahu wajah saya berubah menjadi h0doh? Sebab setiap kali saya cakap dengan seseorang, sesiapa pon orang itu, dia tak akan pandang saya.

Contoh waktu saya cakap dengan guru saya dekat sekolah dengan kawan saya, guru saya tak akan pandang langsung wajah saya (padahal sebelum – sebelum ini ok je) dan pandang kawan saya je straight. Bukan sekali dua tau jadi, memang selalu sangat macam tu.

Dan bukan seorang dua, tapi semua orang. Dan ada banyak lagi benda yang membuatkan saya yakin yang wajah saya telah berubah jadi h0doh ma shaa Allah. Alhamdulillah ala kulli hal. Kemudian berlalu lah masa (saya just ignore benda tu) sampai saya masuk Diploma.

Waktu kat diploma tu baru saya rasa macam down sangat – sangat sebab ialah masa tu lah kita macam ada perasaan kat lelaki semua kan. Masa tu lah saya macam nak tahu apa jadi kat saya. Dan masa tu jugaklah saya search kat google pasal masalah saya ni.

Kemudian Alhamdulillah Allah tunjukkan saya puncanya. Maka bermulalah episod saya pergi berubat dengan ayat – ayat al-Quran (Macam saya cakap kat atas tadi, salah satu cara untuk pulih dari peny4kit al-ain ini kan dengan menyuruh orang yang memandang tadi untuk mandi.

Tapi ialah dekat mana saya nak cari lelaki remaja tu kan yang sekarang pon dah besar. Muka pon tak ingat. Jadi cara yang lain adalah dengan berubat dengan ayat – ayat al-Quran). Ok jadi bila saya diruqyahkan oleh pelbagai peruqyah, waktu ayat al-Quran dibacakan kepada saya, saya tak rasa apa – apa pon dengan izin Allah.

Kira saya tak rasa panas tak rasa pedih ke. Jadi sampai satu masa saya macam dah give up nak jumpa orang terus. Alhamdulillah saya amalkan sendiri ayat – ayat al-Quran dengan niat supaya Allah sembuhkan saya dari peny4kit ini.

Antaranya ialah ayat kursi dan tiga kul. Kadang – kadang rasa macam nak putvs asa tapi Allah kan kata dekat al-Quran supaya kita tak putvs asa dari RahmatNya. Rahmat Allah sangatlah luas. Rahmat Allah meliputi segala perkara.

JANGAN PERNAH putvs asa dari Rahmat Allah. Alhamdulillah dengan rahmat dan izin Allah, benda tu dah sikit – sikit hilang. Tapi belum sepenuhnya. And then satu masa tu saya stop terus amalkan ayat kursi dan tiga kul (walaupun belum sembuh sepenuhnya sebab saya busy dengan Diploma masa tu) and dengan izin Allah peny4kit al-ain itu datang balik.

Jadi nak pendekkan cerita, saya baru masuk U baru – baru ini. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah saya dah mula amalkan balik dan peny4kit tu dah mula untuk hilang dengan Rahmat dan izin Allah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.

Sekarang ini saya masih tengah process untuk sembuh sepenuhnya. Doakan saya supaya saya sembuh sepenuhnya dari peny4kit ini dan istiqamah untuk melakukan amalan – amalan ini ikhlas kerana Allah walaupun sesudah saya sembuh. ‎ ((وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ)) (Surah Al-shuara ayat 80)

Sesungguhnya Allah sahajalah berkuasa untuk memberikan peny4kit dan menyembuhkan h4mba – h4mbaNya. Segala amalan kita dan orang – orang yang menolong kita hanyalah wasilah semata – mata. Berg4ntunglah sepenuhnya 100% kepada Allah.

Berdoalah kepada Allah dengan sesungguh – sungguhnya. Jadi dengan sebab inilah (dan sebab – sebab lain seperi riak dan sebagainya), janganlah kita pamirkan atau tunjukkan segala nikmat kita atau kita cerita dekat orang segala nikmat kita.

Biarlah segala nikmat kita antara kita dengan Allah dan bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Tak perlu orang lain tahu. Yang penting kita bahagiakan? Hati kita tenang. Tak perlu nak up status / post setiap kali makan sedap – sedap atau pergi ke tempat – tempat yang best.

Simpan sahajalah gambar – gambar itu sebagai kenangan kita sahaja. Sebab kita tak akan tahu apa ada dalam hati manusia, hasad dengki cemburu dan sebagainya. Dan kalau kita nampak kecantikan atau ketampanan seseorang dan kita adore dengan dia, cepat – cepatlah ucap Ma shaa Allah (ما شاء الله).

Sesungguhnya kita semua manusia, tak ada apa – apa pada kita. Sekali Allah tarik nikmat, tinggal apa pada kita? Tak perlulah rasa takabbur, Ujub, (Moga Allah sucikan hati kita semua dari segala peny4kit – peny4kit hati itu.) dengan anugerah Allah atas kita.

Segala – galanya milik Allah. Setiap kali nampak benda cantik dan menakjubkan, terus ingatlah kepada Penciptanya. Antara doa – doa dan amalan – amalan yang boleh kita lakukan untuk elak daripada terkena peny4kit ain ini

(Ingat : Doa – doa ini dan amalan hanyalah sebagai asbab. Yang meIindung kita hanyalah Allah. Dan Allah jugalah yang boleh memberikan peny4kit dan menyembuhkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sentiasalah berharap kepadaNya supaya terhindar dari segala musibah dan peny4kit) :

((أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ ، مِنْ كُلِّ شَيطَانٍ وهَامَّةٍ ، ومِنْ كُلِّ عَينٍ لَامَّةٍ )) -Hadith Sahih Bukhari-

(( أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَق )) -Hadith Sahih-

Jangan lupa baca ayat kursi dan 3 Qul sebelum tidur. Akhir sekali, saya minta maaf kalau tersilap bahasa dan sebagainya. Doakan saya. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. – H4mba Allah

Komen Pembaca :

Norizan Mamat : Salam, Makcik pernah diberitahu yang makcik boleh menyebabkan orang kena peny4kit ‘ain’ ni. Sebab, makcik selalu cuba untuk motivasikan diri makcik, setiap orang ada dugaan. Dan makcik beri contoh orang – orang yang makcik sangat pandang tinggi, rasa mereka hebat itu ini tetapi kemudiannya makcik rasa tak mau jadi seperti mereka, kerana dugaan mereka.

Contoh, kawan yang sangat sempurna, baik, cantik, bahagia dengan suami dan semuanya makcik rasa hebat, kemudiannya, dia kemaIangan. Sampai sekarang masih cuba untuk sembuh. Ada yang cantik, digiIai ramai masa makcik study bla bla bla, rupanya, ada ujian dia.

Banyak la yang makcik jumpa. Tetapi, makcik tak rasa itu terkena peny4kit ain. Makcik hanya rasa itu dugaan untuk kita manusia dan jadi satu renungan untuk makcik supaya menghargai dan syukur apa yang kita lalui dan kita miliki. Itu pendapat makcik. Kawan makcik tu? Dia tak bagi makcik pandang tinggi kat dia dah.

Yuni Aryanty Bte Roslin : MasyaAllah.. peny4kit Al Ain ni benar – benar berlaku. Sebagai h4mba Allah kita hendaklah membesarkan dan memuji hanya Allah. Pernah juga seorang sahabat yang suka berhiasa luar biasa. Kadang – kadang bila kita melihatnya seolah seorang puteri yang bersinar – sinar.

Dengan pakaian dan make up tebal. Baju – baju yang cantik. Dan rupa yang cantik tapi akhirnya diuji. Beberapa tahun terlantar. Kulit yang putih ditumbuhi kudis. Muka yang putih ditumbuhi bintik – bintik. Astagfirullah.. kita hendaklah sentiasa memohon ampun dan memuji hanya Allah. Bersederhana dalam bersolek dan berhias. Moga – moga kita semua dalam rahmat Allah sentiasa. Tiada daya upaya kita melainkan hanyalah Allah.

Aina Suhaimi : Kalau dekat negara Arab, diorang akan marah siapa yang puji anak – anak diorang comel dan sebagainya kalau tak sebut MasyaAllah. Setiap kali nak puji kehebatan ke kecantikan kena sebut MasyaAllah dulu sebab semua tu dari Allah dan diorang pun nak elakkan dari peny4kit ain ni. Just share je.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.