Masa daftar anak sekolah, cikgu tengok aku pelik. Bila anak aku balik, aku tgk ada kesan tapak kasut dekat perut

Tahun lepas aku hantar anak ke tadika swasta. Cikgu dia pandang muka aku semacam tapi aku faham. Aku cakap, kalau anak saya salah, tegurlah dia, marahlah dia. Saya nak dia jadi insan berguna, pastu cikgu tu diam. Pada firasat aku cikgu dia OK tapi rupanya tak.

#Foto sekadar hiasan. Salam semua, baru – baru ni aku baca banyak confession pasal anak luar nikah. Aku pun nak kongsi jugak. Semoga jadi pengajaran dan teladan. Tapi kisah aku lain, anak aku merupakan anak luar nikah.

Masa umur aku 24 tahun, aku terlanjur dengan bf aku, sekarang dah jadi suami aku. Masa aku dapat tau aku mengandung tu usia kandungan baru 3 minggu kalau orang lain gigih dah cuba gugurkan tapi aku dengan suami aku biarkan je.

Cuma kami lambat bertindak dan bagitahu keluarga. B0doh??  Ye, aku b0doh, b0doh sebab buat kesilapan besar. Berz1na, memaIukan keluarga tapi aku tak nak buat kesilapan kali kedua iaitu bunvh anak dalam kandungan aku.

Cukuplah sekali d0sa je. Tolonglah, kepada sesiapa yang dah buat salah tu, jangan buang anak tu. Tiadakah sifat keibuan dalam diri kamu? Tak tersentuhkah hati lihat anak yang lahir dari rahim kamu sendiri? Kamu kandungkan dia selama 9 bulan, bawa ke sana ke mari, menanggung s4kit bersalin, berju4ng melahirkan dia sepenuh kudrat kamu.

Kamulah insan paling bertuah. kenapa perlu buang, kerat, siksa dan bunvh dia? Renunglah wajahnya yang polos, dengarlah tangisannya. Tergamakkah kamu wahai ibu? Maka, tolonglah, aku merayu pada gadis – gadis di luar sana, jangan abaikan anak kamu.

Cukuplah buat d0sa sekali. Dipendekkan cerita, aku dah selamat bernikah dan selamat melahirkan anak perempuan. comel. Mula – mula aku rasa tak dapat nak hadapi semua masyarakat, family tapi akhirnya semua beransur pulih.

Keluarga, buruk macam mana pun tetap d4rah daging. Mujurlah kedua – dua keluarga kami memaafkan dan boleh terima kami akhirnya tapi sebelum jadi baik tu semua, macam – macam aku kena hadapi. Maka kami membesarkan anak kami.

Apa yang aku paling risaukan sebenarnya bukan diri aku, tapi anak aku. Apa pandangan masyarakat pada dia? Boleh ke orang sekeliling terima dia macam budak – budak lain? Nanti kalau kawan – kawan tau, mesti kena ejek kat sekolah, cikgu pandang serong atau pilih kasih tak dalam kelas?

Hari – hari semua ni berlegar dalam fikiran aku selama bertahun – tahun sampai aku fikir tak nak ada anak lain sebab aku takut nanti mesti dia pelik kenapa dia binti abdullah tapi adik – adik berbin dan bintikan nama ayah.

Tapi tuhan tu sebaik – baik perancang. Dia berikan aku rezeki dan dapat anak lagi. Aku mula risau, anak aku membesar dari hari ke hari. Aku tatang dia bagai minyak yang penuh, tiada pilih kasih dengan adik – adiknya. Tahun lepas, dia dah masuk sekolah, aku hantar dia ke sebuah tadika swasta.

Bila nak daftar sekolah, mesti nak surat beranak kan. Cikgu dia pandang muka aku semacam tapi aku faham. Aku cuma cakap, kalau anak saya salah, tegurlah dia, marahlah dia. Saya nak dia jadi insan berguna, pastu cikgu tu diam.

Pada firasat aku cikgu dia OK tapi rupanya tak. Anak aku kena buIi setiap hari kat sekolah dan cikgu biarkan je. Bila balik rumah, aku nampak ada kesan tapak kasut kat perut la, macam – macam hal lagi. Hari – hari cikgu dia complaint macam – macam pasal anak aku.

Anak aku ni manja, dia tak reti nak pukuI orang tapi aku tak cakap apa – apa. Akhirnya anak aku tak nak pergi sekolah dah. Berapa bulan je sempat sekolah, puas aku pujuk tapi dia macam tr4uma. Tahun ni, aku hantar dia ke sekolah lain.

Dia rajin sangat nak ke sekolah, dia nak jumpa kawan – kawan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Cikgu – cikgu semua OK, kawan – kawan dia pun OK. Tapi agaknya sampai bila? Aku risau bila dia besar nanti, dia akan tanya pada aku soalan yang aku paling takut.

Aku tak bersedia dan aku tiada jawapan. Sangat sukar bagi aku untuk jelaskan pada dia nanti. Apa yang aku bangga, aku dah cuba buat yang terbaik. Aku besarkan dia sendiri, aku tak buang dia atau bagi dia pada orang lain.

Kasih sayang aku pada dia sama macam anak – anak yang lain. Cuma aku takut dia tak faham kasih sayang aku pada dia. Ye, salah aku dan suami, aku akui. Kami dah cuba perbaiki, kami bertaubat. Harap diampunkan tuhan dan anak aku dapat diterima dalam masyarakat dan satu hari nanti ada yang sudi jadikan dia teman hidup tanpa menyalahkan dia atau memandang h1na pada dia. – ms. y

Sambungan.. Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Sambungan daripada confession yang sebelum ni. Tak sangka banyak feedback, ada komen membina dan tak kurang juga yang mengecam. Alhamdulillah, terima kasih semua.

Aku bukan nak meraih simpati atau membuka pekung di d4da, jauh sekali untuk menggalakkan penz1naan itu berlaku. Cuma sekadar berkongsi agar menjadi TELADAN kepada semua. Juga sekurang – kurangnya aku dapat meluahkan apa yang terbuku di hati.

Aku tau aku dan suami bersalah dalam hal ini. berd0sa besar dan anak aku terp4ksa tanggung akibatnya, mahupun suka atau tidak. Bukan aku memperlekehkan agama, cuma kita manusia ini tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, kita bukan maksum.

Tapi apa yang kita boleh lakukan supaya tidak melakukan kesilapan lagi. Aku ada terbaca komen yang kata seolah – olah aku menggalakkan z1na, kemudian dengan mudah bertaubat. Sebenarnya bukan begitu mudah. Setiap hari kita dibayangi d0sa, terbayang, rasa kesal, rendah diri, malu, h1na.

Semua perasaan bercampur baur, belum lagi perasaan bila nak hadap orang sekeliling, masyarakat, keluarga. Aku simpan kemas semua ni, terutama dari kawan – kawan sepejabat. Aku sangat takut, sangat takut kalau staf – staf aku dapat tau semua hal ni.

Macam mana aku nak berhadapan nanti. Memang aku tak dapat bayangkan dan aku harap perkara tu takkan berlaku. Tapi tuhan itu maha Penyayang, Maha Pengampun, tiada siapa dapat meraguinya. Kerana itu adanya pintu taubat yang sentiasa terbuka.

Kita hendaklah sentiasa ikhlas memohon taubat darinya, setiap hari. Itulah yang aku dan suami lakukan. Taubat dengan harapan taubat kami diterima. Aku bukanlah bijak pandai agama, masih mencari – cari diri sendiri, berusaha menjadi lebih baik setiap hari.

Aku cuma berharap taubat aku dapat diterima dan keluarga aku dapat hidup bahagia, terutama anak aku. Dia tak bersalah. Kita semua ada keluarga. anak, adik, isteri, sepupu sepapat. Semoga hidup kita semua sentiasa dilindungi dan dirahm4ti Allah.

Aku harap, kisah aku dijadikan teladan. Bersamalah kita memelihara diri kita dari melakukan d0sa.  Jangan jadi macam aku. Sekali berd0sa, mengh4ntui dan sesal seumur hidup. – ms. y

Komen Warganet :

Asilah Zr : Terima kasih puan atas perkongsian. Cerita yang penuh keinsafan. Saya bakal guru. InshaAllah tiada diskriminasi dalam mendidik. Saya juga mempunyai zuriat. Justeru, saya faham apa expectation parent terhadap guru sebagaimana saya juga inginkan layanan yang terbaik daripada guru – guru untuk zuriat – zuriat saya. Anak puan sangat bertuah kerana ibunya tidak pinggirknnya.

InshaAllah bila berterus terang nanti, dia akan dapat memahami dan menerima dengan mudah kerana puan adalah ibunya yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab. Mungkin bila m4kin besar, dia akan memahami kesusahan yang telah puan alami.

Mahfudz Al-hafiz : Untuk perempuan yang decide untuk gugurkan, memang aku tak setuju tapi aku faham dan aku takkan halang walaupun jika aku boleh halang. Ada sesetengah perempuan yang mengandung luar nikah tak bernasib baik.

Family halau, lelaki tak bertanggungjawab, takde strong financial background, persekitaran tak memberangsangkan dan lain – lain. Dalam, keadaan macam ni, kalau perempuan tu nak gugurkan pun janganlah kita ‘judge’ dia. Please.

Shafiqa Ahmad : Semoga apa yang telah berlaku, diampunkan Allah. Dan mendidik sis untuk menjadi ibu mithali dan isteri yang solehah. T3buslah kesilapan lalu dengan memberikan didikan dan ajaran yang sempurna untuk anak.

Pada awal, mungkin sukar untuk dia terima tapi dengan kasih yang ikhlas dari sis dan suami, insyaAllah anak – anak faham. Saya seorang guru dan saya ada anak murid yang begini. Tiada diskriminasi, bahkan murid ni lebih menonjol, berani dari murid lain. Kita doakan yang terbaik. Takde manusia yang tak pernah lakukan kesilapan. Yang penting, berusaha untuk sempurna dan jadi yang terbaik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.