
Dia selalu kirim bunga di pejabat dan hadiahkan aku macam – macam ketika hari lahir dan anniversary. Aku tengok kesungguhan dia cuba untuk baikkan hubungan kami, aku buka hati aku lagi. Dia sangat gembira, terus bawa aku dan anak makan kat hotel. Tapi aku tak sangka, dia nak menutup ‘aib’..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca sekalian. Aku dahulunya wanita yang lemah dan penuh dengan air mata, tapi kini aku kuat. Diharapkan agar nukilan aku yang panjang dan tak berapa cantik tatabahasa ini dapat dijadikan pengajaran buat semua.
Aku seorang branch manager di syarik4t swasta terkemuka di Selangor. Bunyi kerjaya aku agak gah, tapi Tuhan saje tahu jatuh bangun aku sampai la aku ditawarkan posisi ini. Belajar tak tinggi, hanya SPM. Sikit demi sikit aku usaha daripada kerani yang tak dipandang hingga pengurus yang ada ramai pembantu.
Disebabkan ni, aku berkahwin agak lambat sebab mahu fokus career development dan menanggung adik – adik yang masih sekolah dan study. Aku bernikah pada tahun 2016 ketika aku berumur 30 tahun. Suami aku (kini bekas suami) muda 5 tahun dari aku.
Kami berkenalan 3 tahun sebelum menamatkan zaman bujang. Tak dinafikan dia sangat muda, tak sepadan la dengan aku yang da 3 series time tu. Aku tak la cantik, muka pun tak terurus akibat workah0lics. Tapi tengok dia ikhlas berkawan dengan aku dan ingin halalkan aku, aku bersyukur kerana masih ada yang mahukan anak d4ra tua ini.
Sepanjang 3 tahun perkenalan, aku banyak bantu dia lebih – lebih lagi dia masih muda, fresh grad yang tak ada harta benda. Dia juga melayan aku dengan baik hingga aku jatuh hati. Mengenangkan dia baru nak bina hidup, aku selalu support dia dari segi wang.
Kadang – kadang dia malu dan tolak, kadang – kadang dia terp4ksa terima atas desakan hidup lebih – lebih lagi kami tinggal di bandar. Bukan aku manjakan dia dengan duit, tapi aku terkenangkan diri aku sendiri waktu mula – mula bina hidup, amat perit.
Terp4ksa ik4t perut hari – hari. Dia dan aku juga kadang – kadang kongsi kereta milik aku untuk ke mana – mana. Bagi aku, aku sangat happy jika dapat membantunya. Sepanjang 3 tahun bercinta, dia ada satu per4ngai yang digelar “kaki perempuan”.
Sejujurnya habit ini sangat menyedihkan aku dan buat jiwa aku ‘drained’. Bila kantoi, alasan dia mereka hanya berkawan dan dia cuma nak test market saje tiada niat pun untuk menduakan aku. Aku yang naif ini sentiasa akur dan percaya bahawa cinta dia hanya untuk aku sorang even banyak kali benda tersebut terjadi.
Bukan setakat aku terbaca mesej mereka dibuai asmara dalam wechat, line dan whatsapp, kawan aku juga pernah hantar gambar dia dan wanita lain berdua di pusat karaoke. Tiket – tiket wayang juga aku pernah jumpa dalam kereta aku sendiri yang dia guna untuk dating.
Dia mengaku semua perbuatan tu, tapi dia minta aku fahami dia yang masih muda dan ingin berfoya. Aku masih ingat lagi 3 hari berturut aku nangis dan tak lalu makan sampai MC kerana dis4kiti sebegini rupa. Sampai 1 tahap aku terdetik yang aku tak nak teruskan dengan lelaki ini sebab aku letih. T0xic relationship.
Tapi waktu tu aku da berumur 29 tahun, kalau aku tak teruskan dengan dia maknanya lagi lambat aku kahwin sebab takde siapa nak kat aku. Lalu aku maafkan dia dan nangis semahu – mahunya depan dia berharap dia takkan ulangi kesilapan itu.
Aku pun lemah dengan pujukan dia. Sejak dari itu dia ambil aku serius dan kami diijabkabulkan setahun kemudian. Kami dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat dia nantikan time aku pregnant. Dia amat teruja nak jadi bapa tapi aku yang bersifat sensitif ini masih sentap dengan per4ngai dia.
Waktu aku pregnant, aku kelihatan sangat tidak cantik, h0doh dan dia selalu perIi aku. Aku cuma mampu bersabar dan kadang – kadang nangis dalam kereta. Sepanjang 9 bulan kandungan, aku ada instinct dia main kayu tiga kat belakang aku.
Bila aku persoalkan dia kata aku ngada – ngada, hanya pembawakan budak. Aku cuba siasat tapi tak jumpa bukti. Aku macam paran0id. Aku yakin dia padam semua mesej sebelum balik rumah. Akibat tak jumpa bukti, aku beranggapan aku yang overreact.
Pembawakan budak. Akhirnya lahirlah buah hati kami yang satu. Daddy’s little girl. Dia sangat sayangkan anak kami dan jadi seorang ayah yang bertanggungjawab. Sentiasa bantu aku jaga baby. Alhamdulillah rezeki kami juga m4kin bertambah, kami berjaya membeli kereta family yang besar sedikit.
Harta sepencarian yang aku tolong bayar separuh tiap – tiap bulan. Gaji aku lagi besar dari dia tapi aku tetap bantu dia supaya tiada isu gap gaji. Aku memang tidak pernah berkira dari segi duit lebih – lebih lagi dengan suami sendiri.
Kereta baru itu pun aku bagi dia guna, merasa dia pakai kereta baru dan aku setia dengan kereta lama. Walaupun kami kelihatan bahagia, hati aku masih lagi rasa tak tenang. Seperi lelaki ini ada sembunyikan d0sa dia kat belakang aku.
Bagi elakkan tekanan perasaan lepas bersalin, aku abaikan instinct itu. Bagi aku at least aku kini da berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata seperti rakan – rakan aku yang lain. Tahun 2018, anak kami berumur setahun.
Tapi rumahtangga kami mula bergoyah seakan tak ada kesefahaman antara kami. Aku letih kerja menguruskan branch, pulang ke rumah menguruskan rumah dan anak. Kami hanya tinggal bertiga dengan baby yang masih kecil tapi rumah kami seperti dihuni 5 orang.
Aku tak larat uruskan rumah 100% kerana lahirkan anak secara czer. Dia pula langsung tak bantu kemas rumah sebab kerja dia lebih meletihkan. Dia kerap pulang lewat atas alasan OT sebab da ada anak so banyak pakai duit.
Meskipun begitu, dia masih bantu aku uruskan anak tapi lepaskan tanggungjawab urus rumah seperti basuh, lipat dan iron baju, masak, sapu dan mop lantai atas bahu aku. Pada saat ini aku banyak makan hati dengan dia.
Kami tak banyak cakap. Pulang kerja buat hal masing – masing dan main telefon, tidurkan anak dan tidur. Aku harap dia tegur dan dengar luahan hati aku tapi aku da letih. Nak start conversation pun tak larat. Aku pilih untuk tak fikir dan fokus pada anak.
Aku juga masih check phone dia bila dia mandi tapi masih tak jumpa apa – apa. Hanya mesej biasa dengan kawan lelaki dan rakan sekerja. Sehingga la satu malam aku tergerak nak buka apps email dia. Bergetar tangan aku bila terlihat receipt pembelian tiket wayang secara online, untuk seat couple.
Bukan hanya 1 receipt tapi banyak yang telah dibeli sebelum ini. Email ini sudah dipadam tapi masih ada dalam recycle bin yang belum dikosongkan. Showtime semua pada waktu malam. Aku hampir nak pengsan. Receipt terbaru juga telah dipadam tapi showtime nya pada hari esok 9 malam.
Aku tahu dia memang sengaja padam agar aku tak jumpa tapi dikekalkan dalam recycle bin for future reference. Aku letak phone dia kat tempat asal dan terus baring. Aku tak boleh lihat wajah dia. Aku benci dia. Air mata aku berderu keluar.
Bila dia da mandi dan datang ke katil, dia terk3jut tengok aku menangis. Setelah berminggu baru dia tanya kenapa dengan aku. Aku hanya minta maaf kerana kurang melayan dia sejak akhir – akhir ini. Dia peIuk aku dan tenangkan aku.
Akhirnya aku tertidur akibat letih menangis. Esoknya aku memang tak boleh fokus kerja. Lebih – lebih lagi bila dia bagitahu yang dia akan OT. Aku tahu dia menipu. Aku terp4ksa menipu pengasuh anak aku yang aku akan pulang sangat lewat atas sebab kec3masan.
Sebenarnya aku nak intip sendiri suami aku kat tempat kerja. Petang itu aku dengan kawan baik dan tempat aku meluah masalah terus gerak ke tempat kerja dia. Kami stuck dalam traffic jam yang sangat lama sebab ada kemaIangan hingga masuknya maghrib.
Aku agak sedih dan kecewa kerana maybe aku terlepas peluang ini. Suami aku agaknya da pun keluar pejabat dengan perempuan itu. Rakan aku minta aku sabar. Solat dahulu dan terus pergi ke mall seperti dalam tiket. Kami singgah solat di stesyen minyak dan semahunya aku berdoa ditunjukkan kebenaran.
Pilu sungguh keadaan aku waktu itu. Sekitar 8 malam kami da sampai dan mula meronda di parking lot pusat membeli beIah tersebut. Dari basement ke rooftop. Mata aku melilau macam orang giIa. Kereta tak banyak kerana bukan hari minggu jadi tak susah kami nak cari.
Banyak kali kami pusing, akhirnya kereta yang aku dan dia beli bersama aku temui di suatu sudut hujung yang sangat gelap. Geletar hati aku doa kat Tuhan agar kereta itu kosong. Aku minta rakan aku park kereta dia betul – betul kat depan kereta tersebut, biar dia tak boleh lari.
Saat aku turun kereta, aku dengar enjin kereta itu masih hidup. Melalui cermin hadapan yang tak tinted penuh, jelas aku nampak mereka sedang berz1na. Satu – satunya lelaki yang aku muliakan. Luluh hati aku. H4ncur. Aku meraung hingga terduduk.
D4da aku sesak dan ditenangkan oleh kawan aku. Aku naik giIa dan ketuk cermin kereta banyak kali bagai dirasuk. Suami aku keluar tengking aku minta aku senyap dan tak buat kecoh. Lebih luluh hati aku bila aku lihat wanita tersebut adalah rakan sekerja suami.
Tergamaknya kamu wahai perempuan. Selama ni kami pernah berjumpa time Family Day company suami aku. Mukanya suci selalu senyum dan berbual dengan aku. Rupanya ini yang kau buat kat belakang aku. Dah la dia tunang orang dan kau tahu kan anak kami masih kecil, belum putvs susu pun.
Kau sanggup buat perkara terkutuk macam ni. Lelaki dan perempuan sama – sama tak guna. Malam itu suami aku tak pulang ke rumah. Manakala esoknya aku buat permohonan cerai di mahkamah dengan kawan aku. Kami sah bercerai taIak satu sebulan kemudian dengan hak penjagaan anak ke atas aku sepenuhnya.
Dia keluar dari rumah dan menyewa bujang. Kereta family kami aku minta dia bayar seorang, bukan lagi harta sepencarian. Tak jadi beban aku lagi, biar la aku guna kereta lama asalkan da habis bayar. Hanya keluarga dan rakan terdekat yang tahu status kami.
Aku malu, aku takut. Saud4ra mara masih belum tahu aku da jadi janda. Aku tak kuat. Gambar kami di sosiaI media aku tak padam. Aku tak nak orang sekeliling syak apa – apa. Dia seperti orang giIa taIak. Hampir setiap hari minta maaf. Nak rujuk.
Time nak cerai dia kata aku dah tak cantik dan tak layan dia dengan baik. Itu lah penyebab dia curang. Lepas 3 bulan cerai dia tak boleh hidup tanpa aku. Rindu anak. Sepanjang kenal, baru pertama kali dia hadiahkan aku rantai emas itu pun lepas bercerai.
Waktu kahwin, dia asyik tak ada duit sampai aku yang tanggung dia. Dia juga bagitahu wanita haritu da resign dan lost contact. Hati aku keras membatu. Tahun 2019, tahun di mana genap setahun aku hidup tanpa seorang suami.
Tapi dia selalu di sisi. Cuma kami tak tinggal serumah lagi. Dia banyak berubah dan bantu aku urus anak dari segi check up doctor, belanja barang dapur dan nafkah anak tak pernah culas. Kami juga masih ke mana – mana bersama, pulang ke kampung halaman bersama sebagai suami isteri, even keluarga kami tahu kami dah bercerai tapi aku masih tak ada kekuatan hebah kan berita ini ke saud4ra mara.
Aku malu kalau orang lihat aku sebagai janda sebab perkahwinan aku masih baru. Apatah lagi jika mereka tahu sebab kami bercerai. Aku tersangat malu, biar kami berdua saje yang tahu. Oleh kerana kami sentiasa bersama, dia juga ada bergurau nak kembali ke pangkuan aku. Bernikah kembali.
Dia kata dia masih belum move on dan takkan dapat jumpa pengganti aku. Dia rindu aku dan keluarga kecil kami. Aku maybe dah memaafkan tapi belum melupakan apa yang terjadi walaupun dia jadi sem4kin r0mantik.
Selalu kirim bunga di pejabat dan hadiahkan aku macam – macam ketika hari lahir dan anniversary. Dia juga m4kin rajin bawa aku dan anak berjalan sana sini. Aku akui, setelah setahun, aku sepi. Em0si aku di tahap kritikaI.
Dunia aku hanya anak, keluarga dan kerja. Tidur aku tiap malam tiada peneman. Aku letih uruskan rumah dan anak seorang diri. Umur aku juga sudah 30 lebih. Badan aku da berisi kerana telah melahirkan anak, Iuka czer juga kadang – kadang buat aku s4kit. Aku penat dan tak kuat.
Hampir tiap hari aku menangis. Susah untuk aku bangkit. Aku juga sangat – sangat takut kalau orang dapat tahu yang aku janda. Kalau ada event dengan rakan – rakan, aku pasti bawa dia dan pretend as a happy family. Tapi kalau orang dapat tahu juga suatu hari nanti, aku dunia aku pasti gelap, ini ibarat aib aku. Macam – macam di fikiran.
Dari situ, aku terfikir untuk terima dia kembali dengan alasan anak aku tengah membesar dan perIukan kasih sayang seorang bapa. Aku juga kadang – kadang rindukan dia, dahaga kasih sayang seorang suami. Berminggu aku fikir.
Melihat kembali perubahan dan kesungguhan dia, aku buka hati aku lagi. Dia sangat gembira, terus bawa aku dan anak makan kat hotel. Perasaan aku masih berbaur dan pilu. Tapi demi anak dan demi ingin menjaga nama aku yang takut dengan title janda, aku setuju bernikah kembali.
Perancangan kami ingin bernikah pada Ogos 2019, namun atas kesibukan dia kami bernikah hujung tahun 2019. Dia sibuk uruskan tender dan tak sempat untuk sempurnakan proses dan prosedur nikah. Disember 2019, anak kecil aku disatukan dengan ayah kandungnya kembali.
Kami tinggal sebumbung dengan azam yang baru. Keluarga kami juga bersyukur kerana kami bersatu. Kata mereka, kalau dah j0doh tidak ke mana. Aku masih ingat kami tak tidur malam, berbual seperti pasangan baru kahwin.
Lepas rindu dan merancang untuk beli rumah. Kami masukkan Dream House kami dalam wish list Tahun 2020 kami. Segalanya sempurna kembali. Hidup aku cukup bahagia kerana aku dikurniakan kembali support system yang aku sangka da 100% berubah demi mendapatkan kepercayaan aku.
Tapi siapa sangka aku dikhi4nati lagi buat sekian kalinya. Aku masih paran0id. Bukan kerana instinct tapi sukar untuk aku percayakan dia lagi. Oleh itu, aku masih nak sangat – sangatcheck phone dia. February 2020, aku check phone dia senyap – senyap untuk puaskan hati aku.
Aku takut juga kalau – kalau dia nampak perbuatan aku, timbul isu lain pula sedangkan kami baru berbaik. Jadi aku check sekali imbas. Tiada apa – apa yang pelik dalam gallery dan whatsapp. Tapi sebaik saje aku check messenger fb, ada mesej baru masuk dari seorang wanita tak aku kenali bertanyakan soalan simple kepada suami aku berbunyi “Kenapa unfriend?”.
Aku tak sempat tengok profile itu kerana suami aku datang. Hati aku gementar kembali. Aku doa banyak – banyak pada Tuhan dijauhkan daripada musibah lagi. Hati aku baru ingin pulih dan mekar. Tiap hari bermain di fikiran, kawan baik aku cuba positifkan aku.
Kata dia mungkin suami aku dah jadi laki orang balik semula, jadi dia unfriend wanita yang tak perlu. At least ada logiknya. MARCH 2020. Detik kebangkitan aku yang akan aku ingat sampai bila – bila. Sewaktu PKP dikuatkuasakan pada 18 March, tengahari itu aku terus ambil anak di pengasuh dan pulang ke rumah.
Aku menanti suami aku dengan penuh kerisauan. Kami maybe jobless dan tiada pendapatan untuk beberapa bulan ni memandangkan kami sama – sama kerja dalam sektor swasta yang tak terjamin lagi kerjaya nya.
Nampaknya duit saving kami untuk beli rumah terp4ksa digunakan dulu demi melengkapi satu – satunya cahaya mata kami. Petang itu suami aku call, beritahu dia mungkin tak dapat pulang ke rumah kerana stuck di daerah lain kerana menghadiri kursus dan perlu tunggu surat dari company untuk rentas daerah at least seminggu.
Dia akan bermalam di tempat kursus yang disediakan pihak organizer. Aku agak pelik kerana aku tak tahu menahu dia ada kursus, tapi aku lebih risaukan keselamatan dia dan minta dia jaga diri. Dia juga minta aku jaga anak dengan baik.
Aku amat sedih berpisah dengan suami aku. Atas consideration pihak HQ, mereka benarkan aku work from home disebabkan anak aku tiada pengasuh manakala suami aku pula masih stuck di daerah lain. 3 hari pertama PKP, kerja aku hanya mengemas rumah, betul – betul aku fokus cantikkan rumah.
Anak aku juga da 3 tahun, bukan lagi baby yang perIukan perhatian sentiasa. Cuma kadang – kadang anak aku merengek rindukan papa dia. Sesekali aku melihat gelagat manusia di facebook ketika PKP. Pelbagai gurauan dan term yang muncul seperti “Anak PKP” buatkan aku rindu nak ada suami aku di sisi.
Hari – hari kami video call tapi tak lama kerana dia berkongsi bilik dengan peserta kursus yang sama – sama stuck dengan dia, jadi dia tidak mahu buat bising. Hari ke 4 PKP, suami aku bagitahu yang surat dari company mungkin akan dapat dalam masa terdekat.
Tapi dia tak ada duit minyak untuk pulang ke rumah. Tanpa fikir panjang aku terus online transfer RM500, aku tahu jumlah itu terlebih cukup tapi sengaja aku lebihkan jika ada em3rgency pada waktu – waktu begini. Aku hanya mahu dia pulang ke rumah dengan selamat.
Aku sambung membuat kerja – kerja rumah sampai malam. Harapan aku rumah kami m4kin cantik berkilat bila dia balik nanti. Akibat asyik mengemas, aku terjumpa bag laptop suami aku yang dia simpan dalam almari baju.
Bukan saje aku pelik kenapa laptop tu disimpan kat situ tapi aku juga pelik kerana dia tak bawa bersama dia pergi kursus. Aku mula fikir yang bukan – bukan. Aku buka laptop dia tanpa fikir panjang. Dia memang seorang yang tak letak password, konon – konon dia takde rahsia walhal sebenarnya dia jenis yang padam semua penipuan dia.
Aku buka whatsapp web dia yang dah tersedia login. Chat paling atas ialah conversation dia bersama seorang perempuan. Saat itu, aku da tak rasa apa – apa. Aku dah pernah dan masih rasa betapa kecewanya dikhi4nati, sekarang ia terjadi lagi depan mata dan aku diam, tak menangis.
Hanya rasa diperb0dohkan, dianiaya, diperkecilkan dan dih1na. 7 bulan lepas aku buka kembali pintu hati aku untuk satu – satunya lelaki yang dari dulu aku setia sebab dia kata dia masih cintakan aku, tak boleh move on dari aku, tapi hari ni aku dapat tahu dia tinggal serumah dengan kekasih dia dari hari pertama PKP.
Aku tiap malam doakan keselamatan dia, dia tinggal serumah dengan bukan mahram. Gambar di gallery phone dia sudah padam tapi history whatsapp masih ada. Chat aku tak aku jumpa dalam whatsapp dia, rupanya dia sembunyikan dalam archive, maybe sebab dia bersama perempuan itu dan aku percaya dia juga simpan chat wanita itu dalam archive ketika aku bersamanya.
Nampaknya lepas 6 bulan bercerai dengan aku, dia mula berkenalan dengan perempuan itu. Sungguh aku tak sangka dia boleh luahkan betapa dia masih cintakan aku setelah meniduri perempuan itu hampir setahun dan masih menidurinya hingga kini.
Perempuan ini juga adalah sebab dia lewat berkahwin dengan aku buat kali kedua, bukan kerana sibuk uruskan tender tapi sebab ingin cover line. Jauh beza kekasih baru dia dengan aku. Kekasih dia cantik, muda dan slim tapi kenapa aku yang h0doh ni kau cari?
Terlalu banyak gambar mesra antara mereka dan ini yang dik4takan dia takkan boleh jumpa pengganti aku? You lied to my face. Macam – macam lagi aku jumpa dalam laptop dia. Kat situ rupanya dia sorokkan semua. Bukan itu saje, nampaknya kawan – kawan dia pun da tahu yang dia ada new lover!
Rupanya selama ni bukan kau yang mena4gih kasih sayang daripada aku dan anak. Kau dah ada pun pengganti kami yang boleh bahagiakan kau. Tapi ternyata aku lah yang men4gih kasih kau, jantan durj4ana. Kaki perempuan.
Pemain kayu tiga! Kalau dulu aku malu dengan title ‘Janda’, sekarang aku lebih rela jadi janda sebab aku lagi malu bersuamikan penipu, kaki z1na dan biawak hidup!!! Aku printscreen semuanya. Dia tersentak. Saat ini aku da tak kuasa nak naik h4ntu even dia cuba explain yang dia buat begitu sebab tak boleh kawal nafsu as a duda. Nonsense!
Aku tidak kuasa juga nak contact the other woman yang dia peIuk civm dalam gambar. Aku bangkit. Aku kuat. Benci, fed up mengatasi segalanya, aku tak lembut lagi. Aku bukan wanita yang meraung mencari kekuatan lagi.
Aku kuat demi anak. Aku kuat demi maru4h dan harga diri aku yang selama ini dia pijak. Aku tak bagi dia pulang ke rumah. Pintu ini tertutup buatmu sampai bila -bila. Aku minta settle di mahkamah bila PKP selesai. Aku tahu dia layoff.
No wonder minta duit dengan aku. I’m no longer your banker bila kau running out of money. Aku juga da tak malu came out as a single mother. Balik kampung raya haji berdua saje dengan anak aku. Bahkan banyak support aku terima dari keluarga dan kawan serta bercadang untuk pindah branch jauh dari dia. Itu bukan j0doh, itu b0doh.
Kalau aku tahu, aku dengar kata kawan baik aku untuk tak kahwin semula. Buang masa dan duit. Harapan palsu. Aku maybe giIa boleh maafkan dan terima kembali lelaki macam itu. Apa silapnya aku? Jadikan pengajaran kisah hidup aku yang sentiasa memaafkan orang.
Aku naif, men4gih kasih pemain kayu tiga yang pernah aku tangkap berz1na depan mata aku sendiri. Oleh itu wahai wanita, jangan jadi seperti aku. Kalau jenis tak bersyukur, bid4dari jatuh pun dia takkan bersyukur. Once a cheater, always a cheater! – Lin (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Wazah Wahid : Alhamdulillah confessor ni memang ciri wanita yang bagus sebenarnya. Dah bagi peluang pastu buat lagi dahlah d0sa berz1na pulak tu. Dia maafkan kali pertama pon dah tahap baik giIa dah tu. Jangan jadik macam novel Melayu, seploh kali dicurangi, did3ra pon maafkan jugak. Tu bukan sabar, tu ngok namanya.
Rohaya Aya : Semoga kebahagiaan menjadi milik awak dik. Jangan takut hadapi hidup sendiri. Awak ada anak penguat jiwa – jiwa. Satu – satunya hadiah dari dia. Syukurlah awak dah sedar yang awak hanyalah batu l0ncatan dia.
Tak salah hidup sendiri. Sekurang – kurangnya awak tak perlu nak rasa ragu – ragu. Kecewa.. pastu asyik nak fikir fasal dia sahaja. Sekarang awak ada masa untuk diri awak. Mungkin awak rasa awak tak cantik. Tetapi mungkin ada orang yang melihat awak dari sudut kecantikan yang lain. Yakin pada diri. Kuatkan semangat dan bertabahlah.
Julie Anme : Saya baca sambil termenung. Baca lagi dan termenung lagi. Macam – macam kisah sedih seorang perempuan yang ingin menjadi isteri solehah, memaafkan satu persatu daripada sekecil – kecil hingga sehingga sebesar – besar kejahatan suami.
Sangat sedih bila suami menakluki isteri demi wang, harta, kesenangan dan lain – lain. Kepada konfeser. Semoga Allah merahm4ti dan meIindungimu. Tak kira di mana berada dan ke haluan mana selepas ini, semoga konfeser berjaya mencapai syurga yang dicari. Amin – amin.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.