Masa bersara mak bagi kami 50k, tapi aku diam2 keluarkan 20k bagi dekat bakal suami

Saya teringat yang saya ada simpanan dalam ASB lebih RM70K. Sebenarnya emak bagi kami 3 beradik RM50K seorang lepas emak bersara. Saya diam2 bawa keluar 20k bagi dekat bakal suami, tapi satu hari terkant0i dengan mak buku ASB saya. Saya bagi macam2 alasan tapi mak lagi pandai..

#Foto sekadar hiasan. Saya cukup s4kit hati bila ada orang mendakwa ramai gadis jadi andartu sebab mereka memilih jodoh. Nak pilih orang kaya, berpangkat dan bergaji tetap aja. Kalau tak berpelajaran tinggi, paling kurang tak ada diploma janganlah dekat, tambah – tambah kalau takat gaji kecik – kecik memang tak ada gadis yang mahu.

Sebenarnya apa yang saya ceritakan ini berdasarkan kepada pengalaman pahit saya sendiri. Kalau nak kutuk pun saya terima, tetapi mungkin kerana ketika itu fikiran saya singkat, tak bercampur, tak membaca, tak diberitahu, maka saya juga hampir melakukan d0sa besar menyebabkan sebuah rumahtangga bercerai berai.

Semuanya berpunca daripada desakan keluarga supaya saya segera kahwin. Saya jenis pendiam pasa zaman muda dulu, sebab itu susah dapat kawan, member lain dah kahwin dah beranak pinak, saya masih tarang tang tang.

Umur dah dekat 30 tapi masih tak kahwin, zaman itu memang umur macam saya menakutkan keluarga. Entah macam mana saya terkenal pulak dengan seorang lelaki ni, Azman (bukan nama sebenar). Dari wajah, perwatakan nya langsung tak nampak dia suami orang, muda sangat.

Kerana dia baik kita pun baik dan berkawanlah kami. Dari sebulan bertambah setahun. Si Azman ni pulak punyalah baik, sentiasa suka membantu dan tolong orang. Kerjanya supply barang ke pejabat – pejabat, mintak lah apa aja dia boleh carikan, sama ada untuk kegunaan pejabat atau pun kita minta tolong soal peribadi dia akan tolong.

Dia peramah, sebab itu ramai yang yang cepat mesra dengan dia. Kerana dia suka membantu tak hairanlah saya pun cepat tertarik dengannya. Lama kelamaan kami jadi pasangan kekasih, luar waktu kerja. Orang pejabat memang tak tahu, sebab saya tak suka kisah peribadi saya jadi bualan ramai.

Dipendekkan cerita si Azman ni ingin melamar saya. Saya pun setuju lah. Bila tanya bila nak masuk meminang dia minta tangguh sebab dia dapat tawaran lebih besar. Ok lah, saya tunggu. Tapi katanya dia perIukan duit sebab tak cukup modal, dan mintak tolong saya bantu.

Tanpa berfikir panjang saya setuju, sebab kalau dia maju dia kan bakal suami saya juga! Tapi permintaannya tinggi, minta RM10K terk3jut saya mana nak cari sebanyak tu, saya kata, tak cukup duit, tapi dia kata RM5K pun cukup untuk pendahuluan, saya bagi.

Masa berlalu begitu pantas, lepas 5 bulan Azman ni minta duit lagi, katanya dia dapat tender lagi besar dan perIukan banyak duit. Kurang kurang RM20K. Dalam pada itu saya lihat Azman ni macam tak cukup masa terkejar ke sana terkejar ke sini, katanya dia sibuk.

Pernah beberapa kali janji kami nak makan malam bersama terp4ksa batal. Katanya dia perlu jumpa kawan tu, dia orang penting banyak bagi bisnes. Saya sabar. Sementara itu Azman tetap mendesak saya carikan duit RM20k.

Walaupun saya kata tak ada duit sebanyak itu, tetapi dia tetap mendesak, bahkan dia minta saya tolong pinjamkan dari orang lain untuk dia gunakan sementara. Ngeri juga saya dengar nak pinjam pada orang lain untuk beri pada Azman ini, sapalah agaknya yang mahu pinjamkan saya.

Kemudian dia cadangkan pinjam pada emak saya nanti dia ganti balik. Hish!! ini kerja berat, tak pernah saya pinjam duit emak. Saya kata tak berani. Tetapi entah kenapa ketika dia suruh pinjam duit emak, tetiba teringat saya ada simpanan dalam ASB lebih RM70K.

Tetapi duit itu bukan duit simpanan saya semuanya. Sebenarnya emak beri RM50K, bakinya RM20K simpanan saya sendiri melalui pinjaman bank belum habis bayar. Ketika itu saya terfikir bolehkah saya percaya Azman ni kalau saya beri dia RM20K.

Dipendekkan cerita saya keluarkan RM20K beri pada Azman ni. Dia ikut sama ke PNB sebab RM10K dia ambil tunai, baki RM10K lagi masuk dalam bank dia. Saya ajak dia ikut sebab tak berani nak pegang duit sebanyak itu sendirian.

Lepas dapat duit, sibuk Azman ni menjadi – jadi, sering tak jawab panggiIan saya. Tak datang pejabat pun sebaliknya dah ada staf bantu dia. Alasannya kena buat marketing. Memikirkan dia jujur saya pun sabar, maklum bisnes m4kin kencang tentu banyak kerja perlu diuruskan, kalau telefon saya pun waktu malam ketika saya nak tidur.

Mungkin Allah nak cepat sedarkan saya agaknya. Satu hari emak terjumpa buku ASB saya, waktu itu pakai buku lagi bukan macam sekarang guna kertas aja. Mak terk3jut terus tanya kenapa saya keluarkan duit RM20K.

Dengan tergagap saya cerita pada emak. Terk3jut beruk emak. Serta merta emak suruh telefon Azman. Kata emak kalau dia tak jawab jelas saya sudah kena tipu. Pucat saya bila emak kata saya kena tipu. Memang telefon tak berjawab, saya beri macam – macam alasan, tapi emak lebih pandai, emak terus kata saya dah kena tipu, ini mesti kes si Azman ni dah kahwin.

Lagi saya terk3jut. Saya nafikan. Tetapi emak tetap kata saya kena tipu dengan suami orang. Pucat lesi muka saya. Sebenarnya emak bagi kami 3 beradik RM50K seorang lepas emak bersara, katanya itu aja duit yang dia ada untuk buat belanja saya kahwin dan pendahuluan beli rumah.

Sebab mak tak mahu bila dia m4ti nanti kami berg4duh adik beradik, jadi emak bagi sama rata lelaki perempuan untuk masa depan kami. Tindakan emak pantas, dia panggil abang cari Azman ni. Dengan bantuan kawan – kawan abang dapat jejaki Azman ini, abang terus ajak berbincang.

Mula – mula abang tanya bila nak masuk meminang, Azman ini mengelak, tanya lagi adakah dia dah ada keluarga, dia mengaku sebab tu susah nak kahwin kecuali ke seberang. Bila abang tanya lagi bila nak ganti duit saya RM25K dia minta tempoh sebab bisnes ada masalah.

Abang suruh Azman ni telefon saya ceritakan masalahnya. Sebab abang tak mahu saya tak percaya dengan apa yang abang akan ceritakan. Setelah berunding emak dan abang nasihatkan supaya saya jangan lagi percaya pada Azman ini.

Kalau dia ajak kahwin pun lupakan, sebab dia dah kahwin ada 3 anak. Isteri tak bekerja. Apakah saya bersedia bermadu atau r0bohkan rumahtangga orang lain. Fikirkan masalah anak – anaknya. Kata emak lagi kalau dia ceraikan isterinya, dia kena bagi nafkah anak – anak, ini pasti akan menyusahkan saya nanti.

Jadi mereka nasihatkan Azman tu bayar hutangnya. Sejak peristiwa itu hati saya tertutup untuk berkahwin. Sebaliknya saya rasa kecewa kerana telah menghampakan hati emak saya dengan mengh4ncurkan kepercayaan yang diberikan pada saya.

Bagaimana pun setelah 20 tahun berlalu, Azman tu langsung hilang tak bayar hutang. Saya tak keciwa, tetapi saya yakin Azman tu takkan senang apa lagi berjaya dalam hidupnya. Sejak peristiwa itu hati saya langsung tertutup untuk berkahwin.

Jadi kepada makcik – makcik bawang atau sesiapa saja jangan mudah cap andartu tak kahwin kerana memilik jodoh, sebaliknya ada sebab mengapa mereka enggan kahwin, bukan memilih calon suami.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.