Masa aku susah xde duit, sorg pun xnak tlg. Bila dah kerja 2bln tiba2 abg call nak pinjam duit

Ayah meninggaI masa aku naik sekolah menengah. Adik beradik aku yang dah kerja. Tapi mereka liat nak tolong mak dan aku kat kampung. Aku memang benci dengan adik beradik aku tapi aku cepat kesian. Sekarang aku terp4ksa bayar hutang bank kakak dan abang ipar aku (pinjaman atas nama aku). Termasuk penipuan pembelian tanah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamulaikum. Terima kasih siarkan confession aku. Nama aku Amirah. Akhir 20-an, masih bujang dan ada pekerjaan tetap. Keluarga aku biasa – biasa sahaja. Ramai tapi aku tak rapat sangat dengan mereka.

Mak adalah kawan baik aku dari kecil. Hampir semua benda aku ceritakan pada Mak. Ada orang suka aku bagi surat cinta zaman sekolah dulu – dulu pun semua aku beritahu mak. Mak aku jenis open minded walaupun dia hanya perempuan kampung.

Ayah aku meninggaI masa aku baru naik sekolah menengah. Dari kecil lagi aku dah biasa berdikari. Aku tak pernah minta apa – apa dari adik-beradik aku. Aku rasa diorang pun tak kisah pasal aku. Sedangkan ada yang dah bekerja time tu tapi tak ada pun nak bagi duit saku sekolah, tanya khabar.

Nak kirim duit sebulan sekali kat Mak Ayah pun liat. Semua pentingkan diri dengan hidup masing – masing. Sampailah aku kat universiti. Aku dah habis belajar bertahun masih ada yang ingat aku tengah belajar. Bila aku dah kerja sendiri.

Mesti ada yang call nak pinjam duit. Kalau bukan nak sesuatu memang tak ada nak call. Dulu masa aku dapat posting jauh dengan tiada duit. Tiada siapa pun nak bantu malah nak bagi semangat. Tapi bila aku start kerja 2 bulan dengan gaji tak masuk lagi (gaji masuk bulan ke 3 bekerja) abang aku terus call nak pinjam duit.

Aku cakap tak ada duit nak makan pun tak ada duit. Sampai boleh suruh aku pinjam dengan kawan. Sebab kesian last – last aku pinjam duit kawan rm1000. Malu aku setahun pun tak settle – settle lagi. Terp4ksa lah aku dahuIukan duit sendiri.

Kakak pun sama, masa aku belajar dulu, dia nak beli juga handbag promosi dengan harga rm150 sedangkan tak ada duit. Nak pinjam duit cash dengan aku tapi aku tak ada duit banyak time tu. Dia siap suruh aku guna debit card. Janji nak bayar tapi buat lupa sampai hari ni.

Bukan nak tolong adik belajar tapi lagi nak habiskan duit adik. Nak harap dia bantu memang jauh sangat. Aku pernah suruh dia bayar barang aku dengan harga tak sampai rm10. Dia boleh ungkit dari dalam perjalanan sampai balik rumah.

Siap sambung keesokkannya pulak. Dia ambil aku di kampus siap minta duit minyak. Kalau kat rumah dia, aku memang jadi bibik. Kena basuh baju dia, kemas rumah, iron baju. Kalau tak dia membebel panjang. Siap beritahu tak ada duit nak makan ramai.

Memang aku terasa hati. Tahap fed up dengan dia sampai aku tak pergi rumah dia hampir dua tahun. Dia juga pujuk aku join pelaburan yang dia masuk. Demi nak senangkan dia macam – macam dia janji, akhirnya aku yang rugi. Sama dengan kakak aku sorang lagi.

Penipuan diorang aku hilang duit hampir 3 ribu. Kalau bagi pinjam duit tak pernah nak bayar cukup, siap dia sendiri bagi diskaun nak bayar berapa. Mak ayah aku orang susah, masa aku membesar ayah dah uzur jadi susah nak bekerja.

Mengharapkan saud4ra mara yang membantu. Jarang sekali adik beradik nak kirim duit. Jadi aku membesarkan dengan sangat bersederhana. Zaman sekolah aku pernah dengar kakak aku beli baju harga beratus – beratus. Tapi tak ada pun nak tolong aku sekolah.

Dari situ aku rasa adik-beradik aku memang tak sayang aku. Aku tak sabar nak habis sekolah nak sambung belajar. Kerja bagus – bagus. Nak keluar dari kampung. Tapi sebab sifat kesian aku, sekarang aku terp4ksa bayar hutang bank kakak dan abang ipar aku (pinjaman atas nama aku) beratus setiap bulan.

Konon akan bayar lebih, tak akan miss setiap bulan. Sump4h semua benda. Last – last aku yang membayar. Termasuk penipuan pembelian tanah. Kalau bukan terp4ksa membayar hutang piutang adik – beradik mungkin aku dah boleh planning ada rumah sendiri.

Macam – macam lagi yang mereka buat. Letak nama aku sebagai penjamin beli barang sedangkn aku tak tahu apa – apa, letak nama aku untuk bil telefon. Curi guna barang aku. Sampai aku banyak kali menangis sendiri. Diorang dengan sama sendiri pun buat benda yang sama.

Sampai sanggup jual barang kemas adik – beradik tanpa pengetahuan. Aku kalau balik kampung ramai – ramai selalu takut barang hilang. Kalau cakap pasal agama memang semua boleh jadi ustaz ustazah. Ni buat aku susah nak percaya kat adik beradik sendiri.

Aku benci adik beradik sendiri. Aku memang tak ada hati dengan diorang. Kalau balik kampung pun sebab mak. Aku tak kisah pun tak berkumpul ramai ramai masa raya. Kadang kadang ramai – ramai pun menyusahkan. Aku sendiri pun jenis diam tak banyak bercakap dengan diorang.

Dari kecil macam ni jadi bila besar aku jadi kekok sendiri. Mungkin kalau mak aku tiada suatu hari nanti aku tak rasa aku akan balik kampung lagi. Aku bertahan sekarang sebab aku sangat sayangkan mak. Selalu balik dan hadap kepura – puraan adik beradik.

Sekarang abang aku sibuk pasal harta peninggaIan ayah. Kalau boleh semua dia nak. Tulah, bila mereka susah aku jadi takut nak menolong lagi. Aku buat diam tak angkat tak baIas mesej. Aku tr4uma dengan apa yang berlaku. Mereka bagi aku ibarat duri dalam daging.

Aku tak tahu mana silapnya. Ayah aku seorang yang alim. Mak aku seorang yang baik hati berk0rban segalanya demi anak – anak. Moga Allah mudahkan aku. Beri aku rezeki untuk menghabiskan pembayaran hutang yang aku tanggung. Selalu lapangkan d4da untuk mengingati bahawa Tuhan selalu menyayangi aku. – Amirah

Komen Warganet :

Nurul Husna Dahaman : Kau terlalu baik sangat confessor sampai adik beradik kau sewenang – wenangnya guna nama kau untuk kesenangan depa. Please laa lepasni kau cuba bertegas sikit dengan adik beradik kau. Kalau boleh kau ungkit jaa apa yang depa buat dekat kau selama ni jangan lembut hati sangat.

Noradila Ismail : Awak bijak tapi kenapa awak biarkan diri awak diperdaya adik beradik sendiri? Peraturannya mudah, depa susah kita tolong setakat mampu, kalau melebih biaq depa usaha sendiri. Sama jugak dengan sesiapa pun.

Tak perlu cakap banyak, diam dan bertindak bila sampai waktu. Lagi – lagi kalau abang kakak tu berkira sangat, kena jugak ungkit time depa minta tolong tu. Biaq sedaq diri. Senang lupa adik beradik, susah cari pulak.

Nita Abdul Latif : Lepas ni jangan bagi pinjam duit, guna nama atau apa – apa je yang kena mengena dengan dorang. Keraskan hati. Biarlah dorang dan pujuk rayu jangan la terpedaya lagi. Sekarang awak yang susah. Dorang selamba tak nak bayar.

Jangan angkat call atau baIas mesej. Orang macam ni, kalau call pun sebab nak kan sesuatu je. Ni kenyataan. Ingat ye dik. Kesian kan diri awak dulu. Jangan layan dorang lagi.

Suez Mohd : Macam mana diorang nak senang, hutang tak bayar. Sampai bila – bila la per4ngai buruk macam tu. Selalu – selalu ingatkn diorang untuk bayar hutang awak. Dah diorang janji pinjam, wajib dibayar. Berhati – hatilah walau dengan adik beradik.

Tuntutlah hutang walau rm5. Nanti diorang sendiri yang susah hidup tak berkat. Tu yang jadi giIa harta. Duk rebut harta pusaka. Mencuri. Nanti lama – lama hati hitam da tak malu.

Fav Akira : Cakap lah terus terang dengan kakak dan abang awak. Apa yang nak ditakut? Takut dibenci? Mereka memang dah benci awak sebab senang buIi awak macam tu. Awak diam jer lagi lah mereka suka. Bagi last warning jangan sesuka pakai nama awak untuk apa – apa.

Tulis kat sini takde maknanya kalau masih diam jer. Apa ditakut dengan abang dan kakak, kalau mereka marah, marah balik. Dia nak pulaukan? So what. Biar diorang tau perasaan awak dibuat begitu. Remeh atau tidak, bukan alasan.

Tunjuk kan awak tidak suka dibuIi begitu walaupn awak adik. Hak diri kena jaga. Tolong setakat mampu bukan sampai menyiksa diri.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.