Mama galak cerita tentang kebaikan poIigami, satu hari saya jumpa resit cincin dan passport mama

Mama selalu cakap tentang poIigami. Dan selalu cerita tentang kebaikan ‘seorang pakcik’ ni. Hari – hari. Pakcik tolong itu dan ini. Ada satu hari juga saya dan rakan – rakan keluar ke pekan. Turun dari kereta, saya ternampak kereta mama. Mama bersama seorang lelaki.

#Foto sekadar hiasan. Salam. Pertama sekali terima kasih sekiranya luahan saya ini disiarkan. Diharapkan pembaca dapat mendoakan ibu saya. Saya menulis bukan kerana ingin membuka aib. Tetapi kerana ingin meluahkan rasa hati yang terbuku lama.

Nak diluahkan takut jadi anak derh4ka. Kerana syurga terletak di bawah tapak kaki mama. Sedikit ringkasan tentang saya dan keluarga. Saya masih bujang dan berumur 30 tahun serta bakal menamatkan zaman bujang ini pada tahun hadapan in shaa Allah.

Mama dan ayah sudah hampir 10 tahun berpisah. Ayah tidak berkahwin dan mama sekarang sudah berkahwin lain. Hampir 10 tahun. Pastinya bukan kahwin di malaysia sekiranya menjadi yang nombor 2. Saya tahu mama sudah berkahwin apabila saya ternampak resit passport mama dan suami.

Serta resit beli cincin. Tarikh yang sama. Saya ambil gambar untuk dijadikan bukti. Saya terjumpa pada bulan ke enam dari tarikh yang ada di kedua – dua resit. Hampanya hati, tak dapat digambarkan dengan kata – kata.

Sejak dari itu baru saya faham kenapa mama selalu cakap tentang poIigami. Dan selalu cerita tentang kebaikan ‘seorang pakcik’ ni. Hari – hari. Pakcik tolong itu dan ini. Letih, tapi saya layankan. Ye, sebab saya sayang mama.

Ada satu hari juga saya dan rakan – rakan keluar ke pekan. Turun dari kereta, saya ternampak kereta mama, excited mak menyapa tapi mama bukan di tempat driver. Tapi di tempat penumpang. Saya nampak ada lelaki. Saya palingkan badan dan terus masuk ke dalam kedai mencari barang yang saya perlu bersama rakan – rakan.

Telefon dari mama berdering – dering saya abaikan. Saya terk3jut dan sedikit malu kerana rakan saya juga nampak kelibat lelaki dalam kereta mama. Tak sampai 5 minit mama masuk ke kedai. Menyapa saya dan gelak – gelak seakan malu.

Saya diam dan bersalam seperti biasa. Cerita tak habis sampai di situ. Tak lama kemudian adik saya pula terserempak dengan mama dan seorang lelaki. Adik saya marah. Adik saya kata ‘tu kan suami orang’ tapi akhirnya adik saya dimarahi kembali.

Dan kami dua beradik malas lagi membangkitkan isu ini. Sekembalinya saya di universiti, tak berapa lama selepas itu, saya dan mama ada krisis dan sedikit salah faham. Kerana saya tak tahan mama asyik bercakap tentang seorang pakcik ini.

Akhirnya gambar – gambar resit yang saya ambil sebelum ini saya hantar ke mama dengan ayat yang ringkas ‘jelaskan’. Mama call beribu kali. Mesej. Tapi saya tidak buka. Esoknya saya buka mesej. Saya fikir mama minta maaf kerana perbuatannya.

Tapi mama memarahi saya kerana katanya saya mengganggu privacy nya. Saya kecewa dan mintak maaf. Lama kelamaan, apabila mama tahu yang saya sudah tahu, mama lagi asyik menceritakan tentang kebaikan pakcik.

Sampai saya rimas. Tapi saya diamkan. Saya dengar. Sebab saya sayangkan mama. Kini saya sudah bekerja, saya terima suaminya dengan hati yang terbuka. Saya layan baik – baik. Tiap kali raya saya hulurkan sedikit duit raya. Adik saya?

Empat tahun lepas mama berkahwin baru beliau tahu. Itupun dari mulut orang. Hati dia m4ti. Seorang yang panas baran. Ingatkan bila dia tahu dia akan meng4muk. Tapi saya terk3jut kerana yang keluar dari mulutnya adalah ‘sampai hati mama’

Adik beradik mama? Ada yang tahu ada yang tak tahu. Semua jenis tidak membawa mulut. Kalau ada yang tahu mereka akan tahu simpan sendiri. Opah? Sampai sekarang tidak tahu. Mama tak pernah berterus terang. Mama buat opah macam musvh.

Segala opah buat tak kena di mata mama. Sampaikan saya rasa takut melihat cara layanan mama pada opah. Tapi tak tahu bgaimana nak bersuara. Takut mama terasa. Ya. Sebab saya sayangkan mama. Isteri pertama? Per4ng dunia kedua.

Pernah satu hari dia menelefon saya mengadu tentang mama. Saya dengar. Saya faham apa yang dia rasa. Saya tidak menyebeIahkan sesiapa. Saya mintak maaf bagi pihak mama. Saya letih. Saya tak bercerita pada mama. Sebab saya sayangkan mama.

Sekarang mama sudah berhijrah jadi lebih baik. Pakaian juga sudah seperti isteri – isteri nabi. Tasbih sem4kin rancak di tangan. Serancak mulut yang gemar bercerita keburukan orang. Hingga berani mener4kakan nak meletakkan syurga pada tiap kebaikan orang.

Dengan isteri pertama memang tidak berbaik. Baru – baru ini isteri pertama menghantar friend request di fb. Tapi mama tidak approve kerana takut diapa – apakan. Saya setuju. Lebih baik berdiam. Tapi yang memiIukan apabila mama kata ‘kalau dia nak berbaik, datang rumah sembang – sembang’.

Mama.. Mama sedar tak yang mama mengambil suaminya. Allah.. Bukakanlah pintu hati mama. Bukan ke patut isteri kedua yang beralah? Kenapa mama macam ni. Setiap kali bertahjud, habis seisi alam diberitahu. Setiap kali puasa sunat, dhuha mengaji. Khatam al-quran. Semua di khabarkan.

Hari – hari mesej saya. Ada lah sekali dua bertanya khabar, tapi untuk bercerita tentang keburukan orang. Saya rimas. Kadang – kadang rasa malas nak baIas mesej dan angkat video call. Tapi layankan dan dengarkan. Sebab saya sayangkan mama.

Sekarang cerita baik tentang suami semuanya hilang kerana yang buruk saja diheb0hkan. Segalanya tak kena. Pasal lampu signal kereta je dah boleh berg4duh. Pasal masalah suami isteri juga diceritakan pada saya. Tak sampai hati saya nak memadankan muka mama. Sebab saya sayang mama.

Mama, kalaulah mama terbaca luahan ni, kakak mintak maaf kalau tak dapat jadi anak yang baik untuk mama. Sorry sebab kakak selalu diam bila mama bercerita. Tak mengiyakan apa yang mama kata. Sudah – sudahlah bercerita tentang buruk orang.

Mama kahwin di siam. Isteri nombor dua. Takde siapa yang menjaja cerita tentang mama. Semua tersimpan rapi. Tentang opah, layanlah opah dengan baik. Berat fitnah mama kepada opah (maaf, tak mampu saya nak menceritakan di sini).

Jangan nanti termakan diri. Kakak sayang mama. Mama cantik dengan jubah, stokin, handsock dan purdah. Kakak doakan semoga mama diberikan hidayah dari Allah. Sebab kakak sayang mama. – Kakak (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Noor Murni : Allah sedihnya. Apa pun mengatakan sayang tapi membiarkan d0sa dan keburukan tanpa menegur itu bukan sayang namanya. Doa banyak – banyak. I feel you. Nak ditegur jadi g4duh, memang sebagai anak kena banyak mengalah. Moga Allah bagi hidayah pada mama adik.

Sherri Hazmi : Ini sayang tak bertempat. Sayang yang bakal menjah4namkan mak kau sampai jatuh terperosok ke lembah yang paling h1na nanti. Makcik – makcik ni kalau dah tua bangka masih tak berubah, jangan harap la dia nak berubah.

Sampai ke abadi dibawanya degil dia tu. Sampai ke m4ti. Lagi satu makcik – makcik yang baru belajar agama, baru nak pakai tudung, baru nak kenal ustaz penunggang agama dari timur tengah. Ini paling masalah. Habis semua orang dalam dunia ni kayu api ner4ka. Dia je ahli syurga.

Siti Murtiah Kamaruddin : Nauzubillahiminzalik. Setiap perkara yang berlaku adalah ujian. Ujian untuk mama, anak, suami, madu, adik beradik dan orang – orang di sekeliling kita. Jangan putvs asa doakan mama yaaa. Moga satu hari nanti mama akan sedar dan bertaubat, amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.