
Semua perkara berkaitan anak saya yang uruskan. Umpama suami berkata, “Dah awak tak kerja, awak je la handle anak2” malah anak terjaga malam nak susu pun saya je yang buat. Rasanya suami tak tahu pun anak minum berapa sukatan auns susu setiap kali nak buatkan susu pada diorang. Bila dalam kereta adik ipar duduk depan, saya duduk belakang dengan 4 orang anak..
#Foto sekadar hiasan. Salam semua pembaca, saya berumur 30 tahun, anak 4 orang dan baru sahaja terp4ksa berhenti kerja sebab ikut suami pindah ke negeri lain. Sebelum ni kami PJJ selama setahun. Untuk pengetahuan, saya sudah 3 bulan menjadi surirumah sepenuh masa.
Memang mengasuh dan mendidik anak – anak adalah suatu perkara yang amat menyeronokkan tetapi saya menghadap dilema umpama bibik tanpa gaji pulak. Rasa down sangat – sangat. Saya sudah biasa bekerja dan anak – anak diasuh oleh makcik.
Sejak saya berpindah tempat baru, saya sukar untuk mempercayai pengasuh baru (disebabkan banyak kes yang tidak baik dilaporkan di akhbar). Tambahan pula, kos pengasuh di sini agak mahal. Dengan makcik dulu boleh lebih kurang.
Terp4ksa rela jadi suri rumah walau dalam hati nak bekerja dan dapat pegang duit sendiri. Bukan tak nak kerja, tapi permulaan gaji yang rendah iaitu kurang dari 1.5k menyebabkan saya berfikir 2 – 3 kali sebab jauh lebih rendah dari yang dulu.
Nak hantar anak ke nursery amat tak berbaloi tambah lagi nak cover keperluan diri sendiri pun tak lepas. Jadi saya banyak tolak tawaran kerja di sebabkan gaji kurang. Gaji dulu tidak lah tinggi tapi mampu untuk cover semua keperluan saya.
Sebelum saya berhenti, bos ada offer sampai 4.5k tapi sebab saya berfikir lagi lama PJJ lagi jauh hati suami pada kami. Pasal bos counter offer tu, memang sayang sangat – sangat. Hmm saya fikir mungkin ada hikmah disebaliknya.
Sejak jadi SRT, semua benda /keperluan rumah saya yang handle. Suami hanya membeli barang keperluan tetapi tidak pernah beri wang saku pada saya. Bukan tak pernah berbincang, tapi suami asyik persoalkan nak buat apa pegang cash?
Sebab dia dah bagi semua keperluan barang – barang harian. Hmm.. saya seorang wanita yang sukakan kecantikan. Mungkin boleh dik4takan suka berbelanja untuk kecantikan diri sendiri, anak – anak dan tak lupa pada suami.
Jadi, bila suami tak beri duit saya sangat sedih dan malu untuk meminta – minta lagi. Apabila saya bekerja, suami jarang sekali beri wang belanja hanya membeli barang – barang keperluan kami sekeluarga. Bukan tidak ada wang simpanan, tapi sebagai SRT saya rasa saya layak untuk dapatkan sedikit perhatian dari segi wang ringgit, at least sikit pun tak pe.
Bagaimana kalau gas habis? Bukan dia tak mampu tapi entah la, saya juga selalu berfikir, adakah saya seorang isteri yang derh4ka? Baru – baru ni, adik ipar perempuan tinggal sekali sebab dia dapat tempat praktikal di daerah yang sama.
Bukan nak suruh dia buat kerja, tapi comman sense zero. Lepas makan tak nak basuh pinggan, tak pernah basuh baju sendiri, lipat apatah lagi. Bukan tak pernah tegur tapi dia hanya kata OK OK OK tapi lepas tu tak jadi apa pun.
Yang penting kat tangan sentiasa twitter dan instagram je. Jadi, saya macam tanggung lagi seorang baby besar pulak. Untuk pengetahuan, setiap masa saya amat terhad sebab saya perlu handle semua anak saya yang berumur 4 tahun setengah, 3 tahun, 2 tahun dan bongsu setahun.
Walaupun anak – anak saya sangat rapat jarak usia tapi anak – anak bukan masalahnya tapi keadaan sekeliling yang buat saya tertekan. Tambahan pula, suami perlu turun kerja seawal 5.30 pagi untuk hantar adik ipar ke tempat kerja, apabila balik sudah tentu jam 9 malam ke atas.
Duit makan, minyak, tol untuk adik ipar semua suami tanggung. Sudah tentu ada keperluan harian yang kena potong. Hmm sedih.. Semalam suami dan adik ipar sampai rumah jam 9 malam, saya lambat hidang lauk (nak panaskan lagi) sebab tengah dodoikan baby yang bongsu tidur, siap hidang semua jam 9.45 malam tapi adik ipar dah masuk tidur dah.
Ingat dia dah mengantuk rupanya dia tahan lapar sampai tertidur. Sambil tu dia wasap mak mertua kata lapar takde makanan. Makan biskut tak kenyang. Alih – alih pagi tadi mak mertua call tanya kenapa tak masak padahal saya tak kerja.
Hmm sedihnya. Kenapa la adik ipar soo annoying, manja. Nak makan ambil je kat dapur, nak tunggu nganga lepas tu nak orang suapkan je kah. Hmmm nak bagitau dengan suami tapi dia pun tengah str3ss buat keje tak tidur dah 3 malam berturut – turut.
Semua perkara berkaitan anak saya yang uruskan.Umpama suami berkata, “Dah awak tak kerja, awak je la handle anak – anak” malah anak nak terjaga malam pun saya je yang buat. Rasanya suami tak tahu pun anak minum berapa sukatan auns susu setiap kali nak buatkan susu pada diorang.
Masa untuk saya sendiri dah takde. tidur pun dalam 2 – 3 jam sehari, bangun seawal 4 pagi dan tidur selepas anak – anak tidur. Kalau anak – anak nangis hanya saya yang bangun pujuk. Suami walaupun sedar dia akan k3jut saya untuk handle.
Lagi, sejak mengandungkan anak saya mengidap peny4kit t0mbong (err bahasa lain tak tau la) jadi untuk mengangkat benda – benda berat memang tak boleh apatah lagi baru – baru nie saya saya rasa tuIang punggung kanan s4kit sangat – sangat terutama nak sujud dan bangun dari sujud. Macam nak tercabut je tuIang tu.. hmm
Saya selepas jadi SRT memang tidak dihargai. Jika bekerja gaji yang ditawarkan tidak berbaloi malah tak dapat cover expenses pun. Nak bekerja sendiri tapi tak yakin, plus modal besar takde. Sebagai SRT memang akan ada dilema begini ke? Or saya je yang berperasaan begini?
Bila dia pandu kereta saya, ada lopak ke lubang ke hentam je sampai rim semua bengkok. SebeIah mesti adik ipar yang duduk. Saya dan anak – anak akan duduk belakang yang hanya ada 3 seater. Bayangkan 5 orang kat belakang dan saya s4kit tulang ni duduk sip – sipi je.
Bila keluar kereta rasa renjatan kat kaki je sampai tak leh berdiri. Suami tanya kenapa? Saya jawap kaki s4kit tak leh jalan. “ha nanti makan panadol muscle & joint, saya dah beli 4 bar” Makan 4 biji sehari pun tak kurang rasa s4kit macam mana?
Kenapa la kedekut sangat suami saya nie. Rasa baik saya bekerja balik, saya yang drive sendiri, saya yang betulkan kereta sendiri, semua pun baik saya yang buat sendiri, nak harapkan dia betulkan kereta saya. Hmm berharap pada yang tak sudi la.
Untuk pengetahuan, sebelum ni gaji saya lebih dari suami, bila dia pindah tempat baru, barulah gaji dia mantap sikit, tu yang saya boleh lepas jawatan walaupun tanpa rela, sedih sangat. Bos dan ofismate yang coaching dan support each other.
Memang betul – betul konsep 1 Malaysia dan sebelum pindah memang ada bincang, suami akan beri jika ada lebihan gaji. Mungkin dia tau saya ada simpanan saya sendiri agaknya. Tadi ada berbincang sikit dengan suami tentang ekonomi, disebabkan dia perIukan extra kos ulang – alik plus belanja harian adik ipar, maka memang tiada lebihan wang saku untuk saya sehingga diberitahu kelak.
Hmm bermakna memang saya perlu bekerja sendiri untuk sama – sama tanggung ekonomi keluarga nampaknya. Haih la.. Diharap ada forumer yang boleh berkongsi idea dan pendapat. Sekurang – kurangnya str3ss saya ni kurang sket. Diminta jangan la komen – komen yang negative nanti saya rasa lebih down. Sekian.. terima kasih banyak – banyak tau.
Komen Warganet :
Irisha : Sangat bersimpati dengan TT. Bertabahlah ya. Mungkin TT perlu berusaha lagi untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal. Berbekalkan pengalaman, tentu ada syarik4t yang boleh menawarkan gaji yang sepatutnya.
Anyway, sementara menjadi SRT ni, tentang duit tu, rasanya TT berbincanglah lagi baik – baik dengan suami minta dia hulurkan sedikit wang saku setiap bulan untuk keperluan TT. Ini perkara biasa bagi seorang suami memberi sedikit wang untuk isteri yang tidak bekerja.
Saya rasa memang tak patutlah seorang suami yang kedekut sangat dengan isteri sehingga sesen duit saku pun tak diberi sedangkan sebaik – baik sedekah tu ialah untuk ahli keluarga sendiri. Masa saya nak berhenti kerja dulu, saya memang tanya suami saya, berapa dia boleh beri saya “fix” allowance. K
alau dia tak dapat beri, memang saya tak akan berhenti. Sebabnya kita dah biasa bekerja pegang duit sendiri, tak banyak sikit kita memang ingin terus merasa pegang duit. Saya harap TT jaga kesihatan baik – baik. Dapatkan maklumat dan buat rawatan segera.
Saya boleh bayangkan bagaimana penatnya menguruskan empat orang anak – anak yang masih kecil. Harap TT pandai menguruskan masa seperti yang banyak telah dicadangkan oleh para pembaca. Jangan layan sangat rasa down tu ya sebaliknya berusaha memperbaiki keadaan.
Medina Borneo : Aku harap TT jaga diri dan kesihatan. Sebab masalah paling besar bila fizikaI tak seiring dengan mentaI. Kadang – kadang tu kita nak buat macam – macam benda but bila badan tak sihat apa pun tak boleh.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.