Mak sibuk kenenkan aku dgn lelaki kerja oil & gas, bila pertama kali jumpa terk3jut

Mak memang p4ksa dan berkeras suruh aku terima lelaki ni, atas sebab kami sekufu dari segi pekerjaan. Aku dalam diam ambil no HP lelaki tu, terus terang yang aku tak berkenan dekat dia. Tak sangka lepas tu, mak naik angin dan haIau aku.

#Foto sekadar hiasan. Aku Linda, 29 tahun, seorang doktor perubatan. Tinggal bersama keluarga oleh kerana tempat kerja hanya berdekatan sahaja dengan rumah. Kisahnya bermula begini, mak aku hari – hari bertanya bila aku nak kahwin?

Mak aku malu dengan kawan – kawan dia sebab anak – anak perempuan mereka baya – baya aku semuanya dah kahwin. Aku bila pulak nak kahwin? Pada suatu hari tu, mak aku mengajak aku ke rumah adik angkatnya.

Pada asalnya memang aku tidak tahu apa agenda dan niat asal mak aku tu. Aku diperkenalkan dengan mak mertua adik angkat mak aku. Mak aku meminta pertolongan dengan mak mertua adik angkat mak aku tu carikan seorang calon suami untuk aku.

Aku buat ‘donno’ dan ‘relax’ dulu pada permulaannya. Mak mertua adik angkat mak aku tu cuba untuk ambil gambar dengan aku dengan niat untuk tunjukkan kepada anak lelaki kawannya untuk dimatch-m4king kan.

Lelaki yang nak di’m4tch-m4king’ kan dengan aku tu kerja engineer oil and gas, umur 34 tahun. Tetapi aku tak pernah tengok langsung macam mana rupa lelaki ni. Seminggu kemudian, mak aku bagitahu yang mak ayah lelaki ni nak datang rumah sekali dengan mak mertua adik angkat mak aku selaku tukang ‘match-m4king’.

Diorang datang nak kenal – kenal dengan family aku macam tu lah. Kebetulan masa tu aku kerja, jadi memang aku takde dekat rumah. Selepas aku balik dari kerja tu, mak aku cerita lah dekat aku bahawasanya mak lelaki ni berkenan nak berbesan dengan mak aku.

Dia cakap family aku baik sangat – sangat. Mak aku cakap seminggu lagi lelaki ni nak datang rumah aku. Lelaki ni nak tengok aku depan – depan. Ye lah sebelum ni tengok aku dalam gambar je. Tapi aku tak pernah tengok pun gambar lelaki ni sebab mak dia tak nak bagi tengok.

Aku pun tak pasti kenapa. Mak lelaki ni cakap sebelum ni dah ramai dah dia pergi ke rumah anak – anak d4ra orang untuk merisik atau ’tengok’. Tapi anak lelaki dia reject sebab tak berkenan katanya. Mak lelaki ni cakap anak lelaki dia ni memang susah sikit nak terima perempuan.

Agak memilih rasanya. Tibalah masa di mana rombongan lelaki ni datang rumah aku. Kali ni Mak mertua adik angkat mak aku tu pun datang sekali. Maklumlah selaku orang tengah lah katakan. Mak mertua adik angkat mak aku ni ada cakap dekat aku anak lelaki kawan dia ni bagus, tak pernah couple dengan perempuan.

Mak mertua adik angkat mak aku ni macam agak mem4ksa laa jugak suruh aku terima anak lelaki kawan dia ni. Kalau aku tak terima malu laa dia kan. Aku pun sedikit teruja lah sebab tak pernah tengok rupa lelaki ni sebelum ni, jadi aku duk terbayang mesti handsome, berketerampilan semua tu, Engineer oii and gas lah katakan, umur pun 34 tahun sure m4tured enough.

So macam biasalah adat orang datang merisik, beIah perempuan keluar last apabila parent aku panggil, baru aku keluar. Jadi tibalah masanya untuk aku keluar. First aku keluar tu, First impression aku tengok lelaki ni macam aduhh kenapa dia macam ni?

Betul ke dia engineer oil & gas ni? Okay secara jujurnya, first impression aku tengok lelaki ni memang aku tak berkenan. Aku tak boleh tengok muka lelaki ni sebab aku kecewa sangat – sangat. Dengan keadaan gigi dia rosak bahagian hadapannya, rambut bahagian depan dah berubannya, kulit hitam dan kusamnya, rupa bengis dan tak pandai bercakap dan ambik hati orang tua (mak ayah aku) langsung.

Memang jenis lelaki yang tak jaga keterampilan diri. Aku kecewa sangat – sangat. Aku seorang doktor dan aku memang mementingkan penjagaan keterampilan diri semua – semua tu. Mak mertua adik angkat mak aku tu pun sedikit malu laa dengan keluarga aku sebab sebelum ni memang dia tak pernah tengok pun rupa anak lelaki kawan dia ni samada sesuai ke tidak untuk di’match-m4king’ dengan aku.

Aku mengaku aku bukan lah sempurna cantik jelita sangat pun tapi atleast cari laa yang elok sikit. Aku impikan jugak laa nak dapat life partner yang sedikit sedap mata memandang. Mak lelaki ni cakap first impression lelaki ni tengok aku tu terus dia rasa berkenan sangat dekat aku.

Sehari selepas tu aku bagitahu mak aku bahawasanya aku memang tak berkenan dekat lelaki ni. Aku tak nak teruskan ‘match-m4king’ ni. Berkenalan dahulu pun aku tak nak. Tapi mak aku memang p4ksa dan berkeras suruh aku terima lelaki ni, atas sebab kami sekufu dari segi pekerjaan dan keluarga lelaki ni sangat lah baik.

Mak aku berkenan sangat – sangat dekat keluarga lelaki ni. Mak aku ada cakap dekat aku dia memang impikan sangat nak dapat besan yang baik sebab besan mak aku(mak mertua kakak aku) memang tak sekufu dengan keluarga kami.

Sebab beria sangat nak suruh jadi antara aku dan lelaki ni, Mak aku mesej lelaki ni suruh dia call / mesej ambil hati aku dan pujuk hati aku supaya suka / terima dekat dia. Tapi lelaki ni tak call / mesej pun aku. Tak tahu lah disebabkan oleh malu ke atau terIampau busy bekerja.

Aku dah bertegas dekat mak aku memang aku tak nak teruskan ‘match-m4king’ ni. Tapi mak aku cakap kalau aku tak terima lelaki ni sila ber4mbus dari rumah dia. Jangan duduk sekali lagi dah. Jadi aku plan nak curi nombor telefon lelaki ni dalam telefon mak aku.

Aku pun mesej laa lelaki ni cakap hal yang sebenar bahawasanya aku tak berkenan pun dekat dia. Aku tak nak bagi pengharapan apa – apa dekat lelaki ni dan pengharapan dekat mak aku tu. Lelaki ni faham dan dia boleh terima. Nak dijadikan cerita, lelaki ni pergi mesej bagitahu mak aku bahawasanya aku tak berkenan dekat dia.

Mak aku naik angin terus haIau aku keluar dari rumah. Mak aku cakap sampai sini sahaja hubungan di antara kita sebagai emak dan anak perempuan. Mak aku nangis – nangis cakap kenapa maIukan dia dan sebagainya. Mak aku ni memang jenis mem4ksa dan suruh turuti segala kehendak dia.

Tapi mak aku tak jaga langsung perasaan aku. Aku dah cakap aku tak berkenan dan match m4king ni tak semestinya jadi. Tapi mak aku tak boleh terima kenyataan tu. So hubungan aku dengan mak aku sekarang berpecah beIah dek kerana family match-m4king ni. Aku sedih. Tolong aku kawan – kawan. Aku sangat buntu sekarang! – Linda Yang Ters4kiti (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Miza Norizan : Kenapa seorang mak lagi pentingkan air muka dari kebahagiaan anak sendiri? Allahu jauhkan la aku dari jadi mak jenis macam ni. Anak tu belum kahwin je pun, kenapa layan macam anak dah conteng arang ke muka?

Ingat, kahwin ni urusan masa depan kita. Kita akan hidup 40 – 50 tahun akan datang dengan suami. Sanggup ke duduk dengan orang yang tak semenggah. And gerak hati kadang – kadang betul. Ada sebab kenapa kita tak suka kat seseorang walaupun orang tu takde buat apa masalah pun.

Sebab subc0nsciously kita pick up subtIe red fIag about someb0dy yang kita tak perasan, tapi subc0nscious kita perasan. Keluar dulu dari rumah and bagi masa bertenang kat mak. Lepas ni, usahakan minta maaf kat mak dan baiki hubungan dan usahakan buat mak paham yang kita tak nak berjudi dengan masa depan kita. Harap – harap mak awak akan lebih rasional lepas cool down time.

N Khairin Nawwarah : Tak payah terima, kalau mak nak, mak je la kahwin, hahaha. Okay gurau je. Nanti teruskan je buat baik kepada mak awak tu sis, lama lama lembut lah hati dia. Kahwin ni bukan boleh p4ksa, mak cakap sedap la sebab bukan dia yang hidup serumah sebilik nanti.

Kalau awak kahwin kan, nanti tak bahagia, paling kuat pun mak awak cakap dia menyesal, tapi yang tersiksa lagi teruk awak lah. Keluar je duduk rumah sewa lain, tapi selalu balik jenguk dia. Lama lama ok la tu.

Lagipun baru pertama kali jumpa, mana kita tahu sangat orang tu dan keluarga dia betul baik ke tak, boleh jadi pura – pura baik je sebenarnya. Dah banyak kan orang kongsi pasal family t0ksik sebelum ni, ambil pengajaran dari kisah orang.

Dari kahwin dengan dia tapi hidup tersiksa, baiklah awak cari calon lain sis. Best wishes to you

Fatin Masturah : Wei seri0uslah mak kau halau kau demi sorang lelaki yang dia sendiri tak kenal.. Takpelah sis keluar je cari rumah sewa. Yang nak hidup dan hadap lelaki tu sis jugak. Doa je lah untuk mak sis.

Untuk mak sis, dah tua pun per4ngai masih tak m4tang. Tak m4tinya anak makcik kalau tak kahwin. Kahwin tu bukan pencapaian terbesar dalam hidup.

عزيزه اتن : Allahu… Awak doa yang baik – baik doc. Mohon Allah lembutkan hati emak untuk terima keputvsan awak. Memanglah paras rupa bukan ukuran kebahagiaan. Tapi kalau selekeh… Orang Jawa kata “kemproh” Engineer apa macam tu.

Adab pun ke laut. Awak pun doa yang baik – baik untuk diri sendiri, mudah – mudahan Allah berikan j0doh yg terbaik untuk awak.

Amal Zulkifli : Apa yang kau buat tu sikit pun tak silap kak. Perempuan yang paling maIang ni adalah perempuan yang salah pilih suami. Kalau penampilan diri pun tak boleh jaga, apatah lagi nak jaga isteri.

Biarkan jelah mak tu macam tu, biar masa yang mengubati dia. Daripada kita yang tanggung s4kit seumur hidup. Bagi saya, mak akak punya pemikiran sangat s3mpit. Memang masalah semula jadi mak mak dalam dunia ni, dia rasa semua benda dia kena fikir.

Anak punya suami pun dia sibuk nak pilih. Tak perlu rasa bersalah kak. Jalan terus. Nampak sangat jenis lelaki tak boleh pakai, kita nak berbincang dengan dia. Dia pergi mengadu kat mak. Bayangkan dah berkahwin nanti benda kecil pun dia nak libatkan ibubapa.

Tahniah dah pindah rumah. Boleh jalani hidup dengan tenang. Hal j0doh takde yang lambat atau cepat, sampai masa akan bertemu jua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.