Mak sgt garang, bila mak meninggaI ayah langsung xnak tatap wajah mak buat kali terakhir

Masa kecil aku selalu dengar mak abah berg4duh, tapi selalu ayah yang mengalah. Mak memang garang. Masa mak s4kit, ayah akan datang lawat mak 15 minit je. Ayah tak sayang mak. Sampailah masa kami mandikan jen4zah mak, ayah duduk luar je dan dia langsung tak nak tatap wajah mak buat kali terakhir..

#Foto sekadar hiasan. Aku bukan nak cerita tentang kisah aku. Yelah, aku single lagi. Sekarang aku nak cerita tentang mak ayah aku. Mak dan ayah aku berkenalan ketika ayah aku bekerja di Johor Bharu. Mak aku pun kerja kilang di sana.

Ketika mak aku membeli beIah, ayah aku boleh pulak terIanggar mak aku dan berterabur lah barang – barang belian mak aku. Di situlah detik permulaan perkenalan mereka. Ayah aku cakap, dia terpik4t kat mak aku disaat kali pertama dia melihat mak aku.

Saat itu ayah aku bertekad nak kahwin dengan mak aku. Mak aku pulak, tak nak pun dekat ayah aku. Sebab ayah aku bukan orang Johor. Ayah aku orang Selangor. Memang la atok aku tak berkenan. Tetapi, ayah aku ini tekad dan degil orangnya.

Dia berusaha ikut mak aku balik kampung untuk berjumpa atok dan nenek aku. Mak aku, mesti lah cuak, sebab atok dan nenek aku garang. Berkat kesungguhan ayah aku, atok aku pun setuju dengan idea ayah aku yang nak kahwin dengan mak aku.

Maka datanglah rombongan kahwin dari Selangor dengan menaiki keretapi (ayah aku orang miskin, jadi tak mampu nak sewa kereta). Yang datang pun pakcik aku dan makcik aku. Opah dan tok aku tak datang kerana jauh. Permulaan perkahwinan, mak aku cerita yang dia tak pandai memasak masakan orang Selangor.

Jadi, opah aku yang sememangnya tak berkenan kat mak aku (gara – gara mak aku bukan orang senegeri) bertambah tak suka kat mak aku. Namun mak aku tetap bersabar. Seingat aku, opah aku menyayangi kami adik beradik namun dingin pada mak aku hingga ke akhir hayatnya walau bermacam – macam mak aku dah buat untuk ambil hati opah aku.

Begitu juga dengan ayah aku. Nenek aku pula tak menyukainya. Katanya ayah aku ini masa muda je bergaya, dah tua nanti selekeh. Sehingga ke akhir hayatnya, ayah aku yang bawa dia pulang dan tinggal bersama kami setelah semua anak – anaknya enggan jaga.

Masa aku kecil, aku memang akan dengar mak ayah aku berg4duh. Tapi aku akan lihat mereka akan berbaik semula selepas 2 – 3 hari. Selalunya ayah aku yang akan mengalah. Lagipun mak aku memang garang, meskipun dengan kami, ayah amatlah garang, namun depan mak, ayah memang akan ikut je cakap mak.

Bukan bermaksud ayah aku ini dikontrol oleh mak aku. Tapi apa yang aku lihat, kalau mak aku tengah marah, ayah aku diam je. Pernah sekali kami komen masakan mak tak berapa sedap pada hari tu. Kemudian hari esok esoknya, mak tak masak makan tengahari.

Ayah tak marah mak. Tapi kami semua dimarahi ayah siap kena warning lagi tau. Kalau bab buat keputvsan, memang seperti biasa kami akan tanya mak dulu, dan mak akan cakap “Tanyalah ayah”. Ayah pula akan jawab, “Mak jawab apa?”.

Dan akhirnya nanti, mak jugak yang buat keputvsan. Bukan selalu, cuma ada masa ayah akan bagi keputvsan muktamad terutama bab duit. Ayah aku bukan seorang yang suka tunjukkan kasih sayangnya pada mak aku. Malahan ayah aku dulu ada ramai bekas kekasih.

Sampai sekarang ayah aku masih simpan gambar – gambar tersebut. Bila aku tanya kat mak aku, “Mak tak jeles?” Jawapan mak “Nak jeles kenapa? Dah ada anak berderet – deret pun”. Walaupun ayah aku tak nampak macam r0mantik, namun ayah aku suka melukis.

Setiap lukisannya ada tertera nama “Wahju”. Wahid dan Ju. Nama ayah dan mak aku. Ketika umur mereka menginjak lebih tua begitu juga dengan aku bersama adik beradik aku. Ketika kami semua telah besar, masing – masing suka buat hal masing – masing.

Maka mak dan ayah aku lebih banyak menghabiskan masa bersama. Ke kebun bersama – sama, makan di kedai makan berdua dan ke pasar bersama. Setiap hari juga mak aku akan jadi pendengar setia cerita ayah aku mengenai sekolahnya.

Maklumlah ayah aku ni cikgu sekolah. Hari – haru balik, pasti ada cerita baru. Ayah aku pula mengalahkan anak – anak, sampai je di rumah, yang dicarinya dahulu adalah mak aku. Tak jumpa mak aku, mahu dikerahnya kami semua mencari mak aku segenap kampung.

Di waktu malam pun sama, sampai ke tengah malam mereka berbual. Aku pun tak pasti apa yang dibualkan setiap hari. Setiap hari tanpa bosan. Aku masih ingat, masa itu aku di tingkatan 4. Aku mula perasan kesihatan mak aku yang sem4kin merosot.

Selalu demam. Puas aku pujuk untuk pergi kIinik, namun dia berdegil. Sama juga keadaan ayah aku yang f0bia dengan hospitaI. Maka, mak aku makan panadol je setiap kali s4kit. Selepas beberapa tahun, mak aku jatuh s4kit. Kali ini sangat teruk.

Mak aku mengaIami s4kit perut yang teramat dan ada benjolan di bahagian perutnya. Akhirnya mak aku masuk hospitaI dan dia disahkan ada tum0r di dalam perut. Mulanya episod tinggal di hospitaI. Rumah kami agak jauh dari hospitaI besar.

S4kit mak agak kritikaI jadi dimasukkan ke hospitaI besar bukannya daerah. Justeru ambil masa sejam dari rumah. Masih kuat di ingatan aku, ayah aku berulang alik dari rumah dan hospitaI setiap hari. Adik – adik aku ketika itu di bangku sekolah menengah.

Aku pula tunggu result SPM. Ayah aku akan datang ke hospitaI sebaik sahaja dia tamat mengajar. Datang ke hospitaI melawat mak aku dalam 15 minit dan selebihnya ayah aku tunggu di sekitar hospitaI sehingga subuh dan sebelum ayah aku balik rumah dan pergi mengajar, ayah aku akan melawat mak aku terlebih dahulu.

Setiap kali ayah aku jumpa mak, pasti tak lebih dari 15minit. Aku cukup marah dahulu. Aku rasa ayah aku tak sayang mak aku. Yelah, jumpa sekejap sangat. Tapi mak aku cakap, ayah aku tak sanggup lihat mak aku s4kit dan tangan dicucuk berserta tiub menjalar di tubuh mak aku.

Ada juga kesan Iebam – Iebam di tangan mak aku kesan dicucvk. Itu yang buat ayah aku tak keruan. Ayah aku elak jumpa mak aku lama – lama sebab dia takut dia akan menangis di hadapan mak aku. Dia tak nak isterinya tahu yang dia sedih.

Jadi ayah aku ubat hatinya dengan berjalan – jalan di kaki lima hospitaI sambil hisap r0kok sebanyak mungkin. Itu cara ayah aku kurangkan tekanannya. Sebulan berlalu. Ayah aku sem4kin kurus kerana tak cukup rehat, begitu juga dengan mak aku.

Satu hari, mak aku secara tiba – tiba n4zak. Tak sedarkan diri. Aku ni baca surah yasin pun sambil menangis – nangis. Bukan aku sahaja, semua adik – beradik aku dalam keadaan yg sama. Atas surah yasin tu banyak giIer kesan airmata.

Cuma ayah aku je yang tenang. Doktor sarankan pada kami untuk bawa pulang je mak aku. Kerana tak guna pun kalau guna life support. Jadi ayah aku bawa mak aku pulang pada malam itu juga. Sepanjang malam ayah aku menjaga mak aku dengan bacaan surah yasin.

Akhirnya mak aku menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas riba ayah aku pada tahun yg ke-31 perkahwinan mereka. Pagi itu hujan renyai, seolah – olah mengiringi airmata kami sekeluarga. Mak aku dimandikan kami adik – beradik.

Ayah aku? Berada di luar rumah sahaja. Ketika mak aku dikapankan dan kali terakhir kami menatap wajahnya, makcik aku memanggil ayah aku agar melihat wajah isterinya buat kali terakhir. Namun ayah aku menolak. Aku tersentak.

Kenapa ayah begitu k3jam? Ketika aku rasa ayah k3jam, kedengaran makcik – makcik aku berkata, ayah aku terlalu sedih hingga dia tak mampu untuk melihat isterinya buat kali terakhir. Setelah upacara pengkebvmian berakhir. Kami semua pulang ke rumah.

Ayah aku pula masuk ke dalam bilik air. Setengah jam dia dalam tu. Keluar je, aku lihat matanya merah. Hari – hari yang seterusnya aku lihat, setiap kali tidur, ayah aku akan lapik kain batik mak atas bantal tidurnya. Kain pelik4t ayah yang dah betampung – tampung aku nak buang.

Ayah pesan supaya jangan dibuang kerana itu hasil jahitan mak. Suatu hari ayah berkata pada aku, sepanjang masa di hospitaI, setiap kali ayah aku berjumpa dengan mak, mak akan mengadu s4kit. Ayah tak dapat nak kurangkan s4kit mak.

Sebab itu ayah tak sanggup melihat mak lama – lama. Semasa mak menghembuskan nafasnya yang terakhir, ayah cakap ayah redha mak pergi dulu sebelum ayah. Sebab mak dah banyak susah ketika hidup bersama ayah. Aku tergamam.

Betapa ayah aku sayangkan mak aku hingga ke akhir hayat mak aku. Tak aku sangka sayangnya ayah aku pada mak. R0mantik kan ayah aku? Buat korang, hargailah orang yang korang cintai. Al-fatihah. – Ms. Tak Romantik

Komen Warganet :

Nozieyani Nozi : Citer ko sama cam mak ayah aku la. Mak aku dah takde. Ayah ade lagii.. cume bezanye masa mak aku meninggal ayah aku cam takleh terima kenyataan. Aku lak yang risau masa tu.

Nur Hajarul Musa : Teringat arw4h mak saya. Mak orang Johor, ayah orang Perak. Usia perkahwinan hampir 40 tahun, mak saya meninggaI. Takpe la kan, berpisah sementara je. Nanti jumpa semula hendaknya. Kagum dengan ayah saya, dah dekat 2 tahun mak meninggaI, tiap ari atau selang sehari ayah akan ziarah kubvr mak. Bagi saya itu la cinta sejati suami isteri. Al fatihah untuk arw4h mak kita.

Ummi Izzati : Sabar ya. Perpisahan yang sementara. Saya juga pernah kehilangan anak yang paling tersayang, satu – satunya anak yang saya ada. Rindu setiap saat dan ketika. Tapi saya pujuk hati ni, perpisahan di dunia yang sementara, insyaAllah pasti bertemu lagi di sana. Al Fatihah buat mak awak.

Bieza Aimira : Saya pun mengaIami kisah hidup lebih kurang sama dengan sis. Tapi arw4h ibu saya pergi dalam jangka masa yang singkat je iaitu 3 hari lepas dia k0ma. Memang susah nak ungkapkan tapi itulah realiti kehidupan. Semoga sis diberi ketabahan ye.. amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.