
Abu meminta supaya mak anggap dia sebagai anak angkat, walaupun bukan sebagai menantu. Dia ambil kesempatan terhadap mak. Mak banyak menghabiskan duit untuk Abu. Beribu – ribu wang di transfer ke akaun Abu. Dia pandai guna ayat manis, “Saya rasa macam nak masuk dalam perut mak, jadi anak kandung.”
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Mungkin cara penulisan kurang menarik. Maafff. Ok, nama aku Laila, mestilah bukan nama sebenar. Aku berusia 28 tahun. Bekerja di sektor swasta. Aku mulakan cerita aku dengan background family aku.
Aku ada seorang kakak dan tiga orang adik lelaki. Kakak aku dah berkahwin dan mempunyai tiga anak. Kahwin atas pilihan mak aku. Mak Aku pulak bekerja di sektor swasta juga, manakala ayah aku sudah bersara. Kisah utama yang aku nak ceritakan adalah mengenai j0doh aku.
Yelah dah umur berapa masih belum bertemu j0doh kan. Aku sememangnya tak pernah ada boyfriend or kekasih since dari zaman belajar lagi. Ada la suka kat orang tapi suka je la sorang diri, tak berani kot nak bagitahu kan. Sekarang, semua orang yang aku pernah suka dah selamat berkahwin dan ada yang dah ada anak dah pun.
Alhamdulillah. Tapi aku? Masih lagi sendiri. Aku pernah dikenalkan dengan seorang lelaki pada tahun April 2017. Anak kepada kawan mak aku. Aku namakan dia Shukri. Tapi dia tak duduk di Malaysia. Dah migrate ke negara luar dengan family dia sekali.
Taklah jauh sangat dari Malaysia. Aku berhubung dengan Shukri melalui whatsapp. Dia tahu tujuan perkenalan kami. Jadi dia memaklumkan sekiranya aku bersetuju untuk berkahwin dengan dia, aku kena pindah duduk negara sama dengan dia.
Sebab dia memang dah totally migrate kat sana. Adik – adik dia pun dah sekolah kat sana. Benda ni buat aku berfikir panjang. Sebab tak pernah terlintas di fikiran aku untuk hidup di luar Malaysia. Kalau setakat melancong atau sambung belajar tu nak lah kan.
Tapi ni, aku keliru. Pada mula perkenalan, mak aku menunjukkan respond yang positif, tapi setelah beberapa minggu dia mula memberikan feedback negatif such as merendah – rendahkan Shukri, memburukkan fizikaI dia, pendidikan dia dan sebagainya.
Dan pastinya isu untuk aku berpindah ke negara luar itu menjadi isu utama. Aku faham mak taknak aku berjauhan, aku pun tak nak. Jadi, dalam masa aku masih lagi berhubung dengan Shukri, mak kenalkan lagi aku dengan seorang lelaki, melalui ibu saud4ra aku.
Aku namakan dia Abu. Aku pada awalnya tidak berminat langsung untuk berkenalan dengan dua orang lelaki pada satu masa, macam lah aku ni menarik sangat orangnya. Lagipun, aku rasa aku bukan jenis nak melayan orang. Setia la acah – acah. Hehe.
Ok back to the story. Abu pun mula whatsapp aku. Pada masa itu, aku masih lagi berhubung dengan Shukri, jadi faham – faham lah aku mestilah akan lambat untuk respond kepada Abu. Abu tak puas hati. Dia report pada ibu saud4ra aku dengan mengatakan bahawa aku lambat respond dan berpura – pura sibuk mengalahkan dia.
Oh by the way, Abu adalah seorang penjawat awam yang berpakaian seragam biru. Ibu saud4ra aku terus call aku dan tanya kenapa reply lambat. Aku rasa sangat menyampah dan s4kit hati dengan Abu. Dah kenapa nak mem4ksa nak report – report pulak.
Aku pulak yang kena sound. Kalau ingatkan balik, memang s4kit hati aku! Untuk pendekkan cerita, aku dah stop berhubung dengan Shukri. Dengan Abu ni, aku memang tak boleh pergi. Aku tak suka dia. Dia boleh cakap aku desperate nak kahwin.
Langsung mulut tak bertapis. Banyak benda lagi yang aku tak suka tentang dia. Dia pernah cakap mak aku tergiIa – giIakan dia nak jadikan menantu, dia pernah cakap mak aku mer0yan. Kau rasa lelaki baik ke macam ni?Dia pernah mengadu pada mak, aku marah – marah dan tinggi suara pada dia.
Akibatnya, mak memarahi aku dan mengatakan aku kurang ajar. Lepas dah berhubung dan kenal dengan dia, aku mengambil keputvsan untuk tidak meneruskan lagi perkenalan kami. Tapi, aku tak sangka aku mendapat respond yang sangat dasyat dari mak.
Mak mem4ki hamum aku dan menyump4h seranah aku. Taknak mengaku anak, tak bagi aku balik rumah dan macam – macam lagi aku kena hadap. Dalam masa yang sama, Abu tetap memujuk mak supaya menggunakan kuasa sebagai ibu untuk mem4ksa aku terima dia.
Katanya bersungguh nakkan aku. Aku rasa itu adalah perkara yang paling k3ji untuk mem4ksa orang menerima dan berkahwin dengan orang yang kita tak suka, malah benci. Kehidupan aku berubah 360 darjah selepas kejadian itu.
Mak menjadi sangat renggang dan aku tak berhubung dengan mak untuk beberapa hari. Dalam tempoh ini juga, aku masih dim4ki hamun disump4h seranah kerana tidak mengikut kehendaknya untuk bermenantukan Abu. Mak mengatakan aku menolak Abu kerana aku masih lagi berharap pada Shukri.
Walhal, itu bukan puncanya. Aku dah terangkan segalanya pada mak, tapi mak tetap taknak terima alasan aku. Abu dan mak sem4kin rapat. Mungkin mak rasa bersalah sebab aku menolak Abu. Jadi dia tetap melayan Abu dengan baik, bahkan lebih baik dari melayan aku.
Abu meminta supaya mak anggap dia sebagai anak angkat, walaupun bukan sebagai menantu. Bermula dari itu, mak sentiasa membahasakan diri Abu sebagai anak angkat. Mereka memang berhubung setiap hari pagi petang siang malam, bergayut lama – lama yang mana aku serta adik beradik yang lain tidak pernah berbuat demikian.
Abu juga mengambil kesempatan terhadap mak. Mak banyak menghabiskan duit untuk Abu. Beribu – ribu wang di transfer ke akaun Abu. Bagaimana aku tahu? Adalah caranya. Memang aku ada bukti. Kami adik beradik berasa sangat geram kerana disebabkan Abu, kami sekeluarga kucar kacir.
Raya pun tak macam raya. Rumah suram. Mak pulak masih lagi menyalahkan aku atas apa yang telah berlaku, tanpa sikit pun melihat kesalahan Abu yang memporak perandakan keluarga aku tanpa rasa bersalah langsung. Abu memang pandai guna ayat manis.
Dia pandai buat ayat kasihan kepada mak, jadi mak akan sentiasa menyebeIahi dia. Salah satu ayat dia “Saya tak pernah rasa kasih sayang macam mak bagi pada saya”, “Saya tahu anak – anak mak tak suka saya, tapi saya tetap sayangkan mak”, “ Saya rasa macam nak masuk dalam perut mak, jadi anak kandung”. These are all nonsense.
Sebenarnya banyak lagi benda yang berlaku yang sangat meny4kitkan hati. Tapi aku tak tahu macam mana nak cerita kat sini. Aku fast forward, Abu bakal berkahwin. Mak rasa sangat sedih sebab dia masih berharap aku berkahwin dengan Abu.
Mak salahkan aku. Mak cakap Kalau aku terima Abu, mesti Abu tak kahwin dengan sorang lain. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku diam. Dipendekkan cerita lagi, Mak kenalkan aku lagi dengan seorang lelaki. Aku namakan dia Hakimi.
Aku dah rasa malas nak berkenalan dengan sesiapa, tapi aku setuju untuk dikenalkan. Hakimi mula whatsapp aku. Aku reply. Lama – lama aku rasa aku serasi dan suka dia. Lepas 2 bulan berkenalan, keluarga dia datang merisik dan kami bersetuju untuk bertunang.
Aku ingat semua akan berjalan lancar. Rupanya hujan di tengah hari. Tempoh pertunangan adalah setahun. Dalam masa setahun, terlalu banyak benda yang berlaku. Apa yang aku tak jangka adalah, mak meminta untuk aku putvskan pertunangan 5 bulan selepas aku bertunang.
Aku sangat terk3jut dan sedih. Mak memberi alasan Hakimi tak pandai mengambil hati dan membandingkan dengan anak angkatnya, Abu. Mak juga mengatakan hati dia belum terbuka untuk terima orang lain selain Abu. Aku berasa sangat s4kit hati dan tak boleh terima keputvsan mak.
Tapi macam biasa, mak akan gunakan kuasa vet0 dan mengatakan bahawa aku takkan dibenarkan untu menjejak kaki ke rumah, aku anak derh4ka, aku bukan anak mak dan aku kena pulangkan semua harta benda yang mak beri padaku, sekiranya aku tetap nak teruskan perkahwinan dengan Hakimi.
Aku bingung. Aku bagitahu Hakimi. Hakimi buat keputvsan untuk berjumpa mak dan meminta maaf kerana dia tak pandai mengambil hati mak. Dia berjanji dia akan berusaha untuk jadi menantu yang baik. Tapi mak tetap keras hati, dia tetap dengan keputvsannya.
Sehingga ibu bapa Hakimi datang berjumpa memujuk pun mak taknak dengar. Bahkan mak memburukkan aku depan ibu bapa Hakimi. Aku tak tahu apa tujuan, mungkin untuk bagi mereka turut membenci aku. Mak juga menceritakan kepada semua makcik – makcik dan kawan – kawan mak yang aku ni anak derh4ka taknak dengar cakap dia.
I’m so ashamed to face all those people! Sekarang, aku dah putvs tunang dengan Hakimi. No contact at all. Betapa aku rindukan Hakimi, tapi aku tak boleh buat apa – apa. Hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa bagi yang terbaik untuk dia.
Itu memang doa aku untuk Hakimi. Aku takkan lupakan macam mana dia menangis depan aku bila aku buat keputvsan untuk ikut kata mak. Dia ada cakap, dia sedih sebab dia belum habis lagi berusaha untuk betulkan keadaan tapi aku terlalu cepat untuk buat keputvsan.
Bagi aku Hakimi seorang lelaki yang sangat baik. Ya dia memang ada kekurangan tetapi aku tak pandang kekurangan tu langsung. Aku sangat sayangkan Hakimi. Aku dalam fasa menerima semua ni. Hari – hari aku menangis. Aku rasa janggal sebab setahun yang lalu, aku sentiasa ada peneman sama ada di whatsapp atau phone call.
Hubungan aku dan mak memang dah agak renggang sejak kes dengan anak angkat dia si Abu. Hakimi pernah menasihati aku supaya berbaik – baiklah dengan mak. Tapi aku belum mampu untuk betul – betul berbaik sebab dalam hati aku masih ada rasa s4kit.
Aku tak berg4duh cuma tidak serapat dulu. Namun, sehingga sekarang, mak masih lagi melebihkan Abu dan aku? Aku masih mengharapkan agar mak terbuka hati untuk terima Hakimi. Dan aku berharap Hakimi masih boleh terima aku kembali..
Aku yakin j0doh aku tetap dengan Hakimi. InsyaAllah. Aku mohon pembaca tolong doakan agar semuanya dipermudahkan untuk aku. Sekian, – Laila (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Mashitah Mashie : Abu ni macam psik0 pun ada. Sorry.. sebab at 1st place. Bila berkomunikasi dengan awak. Dia buat bagi awak tak suka dia tapi dengan mak awak. Dia bersungguh – sungguh nak kat awak. Apa ke pelik sungguh tuuu..
Hurmmm rasanya kes mak awak tetiba tak suka Hakimi tu sebab Abu jugak kot duk hasut. Mungkin laa.. hurmm doa banyak – banyak. Mintak petunjuk dari Allah. Moga Allah bukakan pintu hati mak awak dan ditunjukkan j0doh yang terbaik untuk awak.
Zuraini Din : Akak doakn ko. Adui mak ko dah kenapa? Dia yang kenalkn pastu dia yang reject. Tak faham la.. Semoga ada j0doh ko dengan Hakimi dan mak ko lembut hati. Eh, camne mak boleh burukkan anak sendiri ye? Dia taktau ke anak tu cerminan ibu bapa. Dia burukkan ko, tapi sebenarnye burukkan diri dia. Sabar ye, Laila. Solat hajat, solat istikharah. Semoga Allah beri jalan.
Noodle Mochi : Bukan nak derh4ka apatahlagi nak bermusvh tapi kalau mak sendiri lebih penting diri sendiri dari perasaan anak sendiri, sampai berlaku zaIim, sis kena move on dan cari kebahagiaan sendiri. Saya sendiri terp4ksa angkat kaki behijrah sebab nak mengelakkan dari berg4duh dan masam muka. Cari kebahagiaan sis, jangan terlalu mengikut kalau lebih kepada ke arah negatif.
Maria Sarah : Salah satu punca perempuan jadi andartu nilah. Mak bapak terIampau sibuk campur urusan anak, kadang – kadang bila anak dah serasi dengan pasangannya, ada mak bapak tak suka kekurangan yang ada kat pasangan tu. Mulalah tunjuk kuasa vet0 konon anak derh4ka kalau tak dengar cakap. Lepas tu main p4ksa kahwin pulak dengan menantu pilihan sendiri.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.