Mak nekad bercerai salahkan ayah kahwin dua. Masa kak long nikah, ayah bagi nasihat buat kak long menangis

Mak masih hidup, tapi ayah ibarat duda tiada isteri. Setiap kali ayah makan, kalau anak – anak tak teman, dia akan makan seorang diri. Mak lebih rela duduk dalam bilik main telefon, bergayut dgn kawan lama. Mak hanya pergi ke dapur kalau dia nak makan. Satu hari, ayah tiba – tiba cakap nak kahwin lain tapi tak nak ceraikan mak..

#Foto sekadar hiasan. Hi semua pembaca. Nama saya Imah. Luahan ni adalah tentang perkahwinan ayah buat kali kedua sebab saya rasa ayah tak salah. Entah kenapa, mak dah tak rajin masak seperti dulu. Tapi, ayah sentiasa memahami.

Ayah rela masak dekat rumah. Kadang – kadang kami 3 beradik dan ayah berganti ganti untuk masak setiap hari. Kak long, kak ngah dengan saya. Mak, tak pernah jejak dapur. Jejak dapur pun kalau nak makan sahaja. Mak lebih rela duduk dalam bilik main telefon.

Kami adik beradik tak kisah kalau mak tak masak, mungkin mak dah penat. Tapi, kami sedih sebab ayah selalu dibiarkan makan sendiri. Makan tengahari dengan anak – anak, isteri tiada di sisi. Makan malam pun tanpa isteri.

Kalau kak long dengan kak ngah kerja, saya akan teman ayah. Tapi saya pun kadang – kadang ada assignment nak diselesaikan. Atau ada kelas online. Ibaratnya ayah seperti seorang duda yang hanya boleh nikm4ti makanan dengan anak – anak saja kerana isteri telah lama ‘tiada’.

Lebih kurang macam tu la kami tengok ayah. Mak selalu makan sendiri, main telefon, bergayut ditelefon dengan kawan lama, keluar berjalan dengan kawan sampai tak ingat rumah. Balik rumah akan terus masuk ke bilik. Main telefon.

Bercakap dengan ayah bila mak rasa perlu sahaja. Kami nampak makan minum dan pakai ayah terabai. Jadi, kami adik beradik ada nasihat, suruh ayah makan di luar sahaja kalau hari bekerja sebab kak long kata kak long dan kak ngah dah mula sibuk bekerja.

Saya pula selalu sibuk dengan assignment. Takde siapa masak di rumah. Kami adik beradik kasihankan ayah sebab kadang – kadang balik dari kerja, terp4ksa masak. Lepas tu, makan sendiri je. Berbulan – bulan ayah makan di luar.

Akhirnya, ayah bawa berita beritahu ayah nak bernikah lain. Ayah beritahu, dia tak nak ceraikan mak. Tapi mak kata mak tak sanggup diduakan. Ayah kahwin dengan isteri baru pada Mac 2021. Mak salahkan ayah, sebab cari perempuan lain di luar.

Mak kata, sebab tu dah lama tak balik makan rumah. Tapi kami adik beradik tak pernah salahkan ayah. Alhamdulillah saya tinggal dengan mak sampai sekarang dengan kak long dan kak ngah. Sebab niat kami nak jaga mak. Mak takde kerja, takde harta juga.

Sepanjang hidup mak dulu sebelum cerai, memang mak berg4ntung sepenuhnya dengan ayah. Kami tiada dendam dengan ayah. Tapi tak pernah tahu bila ayah jumpa isteri keduanya. Dan kami tak pernah nak berkenalan atau duduk semeja dengan isteri baru ayah.

Walaupun kami selalu berjumpa dengan ayah, kami 3 beradik dah maklum awal, kami tak nak kenal atau jumpa dengan isteri kedua ayah. Setiap kali ayah jumpa kami adik beradik, ayah tak pernah bawa isteri dia. Sebab ayah sendiri faham. dan hormat perasaan kami.

Februari 2022 akhirnya kak long bernikah. Ayah masih wali kak long. Lepas akad, ayah beri nasihat pada kak long, “tak nak masak pun takpe, rajinkan teman suami makan. Suami rasa sunyi dan sedih bila makan sendiri.”

Kak long beriya nangis lepas dengar ayah cakap benda ni. Barulah kami tahu, selama ni ayah diam, ayah tak pernah luah pada kami, rupanya ayah dalam diam terasa hati dengan sikap mak. Buat para isteri, tugas isteri tu melayani suami. Doakan kita semua jadi isteri solehah dan mithali buat suami. Doakan saya juga, hehe. – Imah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Dhuha Imani : Tiba – tiba teringat dekat mak. Mak suri rumah. Kami adik beradik ramai. Bila semua dah besar, kerja dan kawin. Bebanan yang mak tanggung dulu dah kurang. Sebab ayah kerja sendiri. Memang sentiasa sibuk.

Malam dah penat kerja, balik tidur. Jadi hal anak – anak semua mak yang buat. Masak, basuh baju, lipat kain, kemas rumah, jaga anak, basuh berak, suap makan, menyusukan lagi, pergi pibg, check up kIinik. Semua mak buat sendiri.

Nasib sekolah rendah dan menengah dekat – dekat. Anak boleh jalan kaki pergi sendiri. Bayangkan penatnya macam mana. Saya pernah buat kiraan secara kasar depan mak. Kalau ikut kiraan kasar saya 9 bulan setiap seorang anak mak mengandung dulu, dalam 10 tahun lebih mak hidup dalam keadaan hamil.

Saya cuma kata kat mak, fikir pun dah penat, mak apatah lagi. Masa tu saya hamil anak sulung, s4kit belakang, rasa penat, alahan lagi. Rasa sebak sangat – sangat, kenapalah mak tak merancang. Tapi mungkin berkat mak tak suka mengeluh, hampir semua anak – anak mak berjaya jadi pegawai – pegawai.

Dan kami semua sangat sayangkan mak. Jadi setiap daripada kami, bawak mak jalan – jalan merata – rata. Yang tak pernah mak rasa dulu. Air terjun, mall, pantai, kenduri kawin, mekah, naik kapal terbang pergi sabah sarawak.

Makan kat kedai paling banyak, sebab dulu mak kan dah asyik masak. Kami tak nak mak penat macam dulu. Kiranya mana – mana anak mak yang balik kampung memang tuju cari kedai makan sedap – sedap, moga – moga itu dapat membahagiakan mak.

Dan mak memang happy, pantang ada anak yang ajak. Ayah pulak kalau ajak memang banyak dia tak ikut. Sebab maybe dulu dah selalu keluar. Selalu tapaukan aja. Kami anak – anak cuma cakap kat mak, dulu hampir semua mak tak dapat. Sekarang enjoy lah puas – puas. Anak pun dah besar. Mak mengiyakan. Kami pun happy sangat – sangat.

Dee Ya : Kalau benar mak awak tak peduli ayah. Memang patut ayah kahwin lain. Dah la mak tak keje. Urus rumah makan pakai suami pun malas. Moga mak awak insaf dan dimaafkan atas sebab – sebab d0sa pada suami. Moga mak awak tak leka lagi bermain hp dan keluar dengan kawan – kawan sampai lupa keluarga.

RRobiah Ismail : Dari cerita tt memang nampak pihak isteri yang tak jalankan tanggungjawab. Selebihnya hanya kedua ibu bapa yang tahu kenapa hubungan menjadi dingin. Sebagai anak anda tersepit dan wajarlah anda menyebeIahi apa yang awak nampak pada zahirnya.

Apa – apa pun hubungan ibu bapa dah putvs bercerai. Mungkin ini yang terbaik dan ketentuan Allah. Sedih baca kisah – kisah begini sebab di hujung – hujung hayat dah malas nak lalui semua kemelut ini. Moral of the story kita kena saling berkomunikasi. Suarakan apa yang tak puas hati. Di samping doa moga Allah beri pasangan kita tengok dengan rahmah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.