Selepas bercerai dgn ayah tiri, ibu nak kahwin semula dgn ayah tp ayah dah kahwin lain

Selepas ibu kahwin dengan ayah tiri yang kaya, saya disisihkan. Keluarga ayah tiri tak suka dgn saya. Saya nekad untuk cari ayah kandung dan duduk bersamanya dengan ibu tiri dan adik – adik tiri. Beberapa tahun kemudian, ibu cakap dia dah cerai nak balik semula dengan ayah..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama saya Seri Mastura. Maaf kalau artikel ini panjang sebab saya tak suka nak sambung banyak kali dan dan kalau tak siarkan cerita saya, penatlah kalau saya taip panjang – panjang.

Ok, saya belum berkahwin walaupun dah berusia berusia 30-an. Mungkin sebab saya anak tunggal dan ibu ayah saya bercerai ketika umur 12 tahun dan saya dah biasa berdikari. Saya masih ingat waktu itu pada tahun 1997, ayah diberhentikan kerja sebab kegawatan ekonomi yang teruk.

Ibu saya surirumah. Ibu saya sebenarnya berpelajaran tinggi tapi disebabkan dia cantik ayah saya tidak membenarkan ibuku bekerja sebab dia jenis cepat cemburu. Selepas ayah berhenti kerja, ekonomi kami agak g0yah.

Ibu berkeras nak bekerja tapi ayah dengan eg0nya tidak izinkan. Sambil – sambil tu ayah buat kerja – kerja biasa seperti ambil upah cuci kereta, kemas Iongkang dan part time servis aircond dan cuci rumah. Tapi rezeki tu kadang – kadang ada kadang – kadang tidak.

Ibu mula rasa tak puas hati dan mereka bercerai sebab ayah tetap dengan pendirian tidak membenarkan ibu bekerja selagi masih menjadi isterinya. Akhirnya pertengahan tahun 1997, ayah dan ibu bercerai dan saya mengikut ibu berpindah di flat kos rendah di tengah ibu kota.

Ibu ambil macam – macam upah dobi, memasak untuk catering sementara menunggu peluang pekerjaan dari ijazah ibu. Agak sukar untuk dapat tawaran kerja sebab ibu dah lama tinggalkan dunia pekerjaan selepas berkahwin.

Masa tu walaupun hidup cukup – cukup makan tapi saya bahagia. Tengok ibu berikan layanan pada saya secukupnya. Kadang – kadang saya balik makan telur dan kicap. Kalau ada rezeki lebih dapatlah makan ayam, udang atau sotong.

Kadang – kadang saya dan ibu makan nasi lauk ikan kering dan sayur kangkung sahaja. Alhamdulillah. Ditakdirkan lepas UPSR saya dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh di selatan. Ibu membenarkan saya pergi sebab sekolah tu bagus dan masa depan saya akan lebih cerah walaupun terp4ksa berjauhan.

Ayah.. waktu itu saya takut nak hubungi ayah sebab ibu sangat marah dengan ayah. Ibu selepas sah bercerai terus bawa saya lari dan ayah tidak dapat mencari kami. Masa tu telefon bimbit tak ada lagi. Bermula persekolahan saya di sekolah berasrama.

Masuk tahun kedua ibu beritahu dia dapat bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarik4t. Waktu di tingkatan 3 ibu beritahu dia dah naik jawatan setiausaha dan akan berkahwin dengan orang besar syarik4t tempatnya bekerja.

Saya masa tu happy laa sebab cara ibu cerita bakal ayah tiri seorang yang kaya raya, rumah banglo kereta mewah bersusun – susun. Dalam hati dapat bayangkan ada bilik sendiri, rumah ada swimming pooI haha.

Jadi lepas kahwin, ibu pun tinggal di rumah banglo kepunyaan ayah tiri. Memang seperti dibayangkan. Tapi yang tak bestnya rumah tu penuh dengan keluarga ayah tiri dan mereka memang selalu pandang s1nis dekat saya.

Menurut mereka, ibu punca rumahtangga ayah tiri musn4h dan mereka masih sayang bekas isteri ayah tiri. Dan bekas isteri dia selalu datang buat baik pada ibu dan ayah mertua ibu saya. Ibu pulak sem4kin membiarkan saya semenjak ada suami dan dia nampak bersungguh – sungguh untuk mengambil hati ibu mertuanya.

Saya pulak masa tu remaja dan suka member0ntak. Alkisah saya merajuk teruk dengan ibu saya dan makan hati dengan layanan keluarga ayah tiri. Oh ya.. ayah tiri macam tidak menerima kehadiran saya mungkin sebab saya cuma anak tiri.

Saya tidak layak beri arahan pada org gaji dan driver di rumahnya. Ok fine. Saya pun cuba menjejaki ayah namun maIangnya ayah sudah berpindah dan saya tak tahu mana nak cari ayah. Tahun 2005 ketika umurku 20 tahun.

Waktu itu saya masih di university. Segala cerita tentang ibu ayah, saya ceritakan pada kawan baik, Aiza namanya. Dia yatim piatu. Dia sangat menyokong usaha saya untuk menjejaki ayah kandung saya. Saya telah pergi ke Segamat mencari saud4ra ayah sebab atuk nenek beIah ayah dah lama meningg4I.

Pakcik dan makcik saya tak pasti tinggal di mana kerana last sekali saya jumpa mereka ketika umur 9 tahun. Akhirnya saya sampai di kampung ayah. Nasib baik saya terjumpa dengan satu tokey kedai gunting rambut yang pernah rapat dengan ayah saya.

Dia yang bagitahu mana ayah saya tinggal. Rupa – rupanya ayah dah berkahwin lain dan menetap di JB dan bekerja di Singapura. Aiza setia menemani saya sehingga ke Johor Bahru. Kami menaiki bas dan keretapi sahaja.

Kami pergi ke alamat yang diberikan pakcik tadi. Alangkah gembira saya dapat berjumpa ayah yang sekian lama terpisah. Ibu tak pernah memburukkan ayah cuma dia tak suka saya tanya pasal ayah. Sebab tu saya memendam rasa bila rindu kat ayah.

Ayah peIuk saya erat – erat. Ayah dah ada 4 orang anak dengan isteri baru. Hidup sederhana. Ibu tiri saya masyaAllah sungguh baik. Dia bersusah payah kemaskan satu bilik stor untuk dijadikan bilik tidur untuk saya.

Anak – anak yang lain dibiarkan berhimpit satu bilik. Maklumlah rumah kecil. Adik – adik saya masa tu paling tua berusia 4 tahun. Memang selang setahun ayah dapat anak baru. Disebabkan kesusahan hidup ayah, saya nekad untuk bekerja pada cuti sem untuk membantu keluarga ayah sebab mereka anak beranak hidup cukup – cukup makan.

Ibu pula, dah ada 2 orang anak dengan ayah tiri. Tapi saya enggan balik ke rumah ibu kerana kepulangan saya tidak dialu – aIukan. Tapi saya masih menghubungi ibu bertanyakan khabar. Pada tahun 2010, ibu saya telah diceraikan.

Mengikut kata ibu, ayah tiri dah berkahwin lain dan madunya kerap cari pasal dengan mereka sehingga ibu berpisah. Tambahan pula adik beradik ayah tiri tidak sukakan ibu dari dulu lagi. Nasib baik bekas ayah tiri ada berikan sebuah condo.

Yang sedihnya anak – anak ibu dengan ayah tiri tidak dibenarkan ikut ibu konon tak mahu hidup mereka meIarat. Mereka dijaga oleh ibu mertua ibu. Ibu menghubungi saya menangis semahu – mahunya dan mahu tinggal bersama saya.

Saya berterus terang yang saya sudah tinggal dengan ayah di JB dan bekerja di sana. Ibu terperanjat dan ingin berjumpa dengan ayah untuk meminta maaf dan menyesal kerana menyingkirkan ayah dalam hidupnya.

Selama perkahwinan dengan suami baru dia tak pernah merasa bahagia walaupun hidup diselubungi duit. Saya bawa ibu bertemu ayah. Dalam hati saya rasa bersalah kerana mungkin tindakan saya buatkan ibu tiri saya berkecil hati.

Bagaimana kalau ayah dan ibu masih menaruh perasaan sesama sendiri. Pada tahun 2012, ibu telah berjumpa dengan ayah. Jenuh saya nak pujuk ayah untuk berjumpa ibu. Akhirnya ayah bersetuju. Ibu tiri nampak redha je dan dia menyokong keputvsan ayah untuk terima ibu semula.

Tahun tu jugak, ibu tiri mengandung lagi dan ayah pula berkahwin semula dengan ibu. Kami tinggal di rumah yang besar sedikit kerana ibu memang ahli perniagaan yang bergaji besar. Saya perasan ibu tiri semenjak mengandung kesihatan dia sem4kin kurang baik.

Selalu ditahan di wad akibat d4rah tinggi mungkin faktor usia dan berat badannya yang agak besar. Ibu saya yang menjaga anak – anak ayah bila ibu tiri tak larat. Mungkin juga sebab ibu terlalu merindui anak – anaknya menyebabkan ibu menjadi sangat penyayang.

Ketika kandungan ibu tiri mencecah 34 minggu ibu diser4ng s4kit kepala yang teruk. Tekanan d4rah ibu tiri naik mend4dak dan mula munt4h – munt4h. Ayah telah membawa ibu tiri ke hospitai dan dia ditahan di wad dan pembedahan dilakukan segera.

Anaknya selamat dan dimasukkan di nicu. Ibu tiri saya pula, setelah bert4rung nyawa akhirnya dia pergi jua meningg4Ikan kami dan anak – anaknya yang masih kecil. Ayah waktu itu tak tentu arah. Nasib baik ibu ada dan dia bersedia untuk pikul tanggungjawab menjaga anak – anak tiri.

Maka sekarang hidup kami, alhamdulillah. Perniagaan ibu saya berkembang baik dan ayah lebih bertoleransi dan biarkan ibu bekerja sementara ayah jadi manager ibu. Kalau ada rezeki lebih kami akan bercuti sekeluarga dengan adik – adik saya yang lain.

Kami juga membawa anak – anak ibu yang lain ketika bercuti. Saya rasa sangat bahagia. Kalau dulu saya anak tunggal, ibu bapa saya bercerai dan semua yang saya lakukan seorang diri tanpa siapa pun yang ambil kisah.

Sekarang saya dikelilingi ibu ayah dan adik – adik yang ramai. Bila orang tanya kenapa saya tak kahwin lagi jawapan saya sebab saya banyak komitmen dan saya masih tak puas hidup dengan family saya sekarang ni.

Saya bersyukur sangat kehidupan saya berubah sangat dan saya harap ianya berkekalan. Buat ibu ayahku happy anniversary yang ke-33 tahun semoga terus menjadi loving coupIe (tolak 15 tahun sebab bercerai) hehe.. Sekian saja cerita saya – Seri mastura

Komen Warganet :

Norizan Ahmad : Acik baca kisah awak, acik rasa sedih dan gembira. Tak sangka j0doh ibu dan ayah kuat. Dan dalam hidup kamu sekeluarga dikurniakan insan yang baik iaitu arw4h ibu tiri yang sanggup berkongsi kasih. Semoga adik dan mak adik dapat jalankan tanggungjawab menjaga anak – anak arw4h dan terus dimurahkan rezeki.

Sanisah Ani : Alhamdulillah, keluarga awak kembali bersama selepas 15 tahun. Bukan masa yang singkat. Itu adalah ujian dalam perkahwinan ibu ayah awak, dan kini kamu bahagia. Saya harapa mak dan ayah awak dapat sayang dan didik anak – anak tiri dengan baik. Mereka masih kecil dan sangat perIukan kasih sayang dari seorang ibu.

Farhan Hasbulah : Kalau tengok perkahwinan yang lepas, sama – sama ada kesilapan sendiri. Ayah awak eg0, dan mak awk pula mungkin tak mampu nak bersabar. Tapi sebab pengalaman dan kesilapan yang lalu, perkahwinan yang kedua ini lebih baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.