
Tengok muka mak mertua pun saya dah rasa menyampah. Anak saya pun kadang – kadang saya rasa tak suka kalau dia pegang. Kadang – kadang saya nak mandi pun cepat – cepat sebab tak nak dia pegang atau main dengan anak saya. Anak saya tengah tidur, dia boleh panggil jerit – jerit..
#Foto sekadar hiasan. Salam warga fb, ini adalah kali kedua saya post di sini, sebelum ni saya pernah post mengenai suami saya. Tapi sekarang saya nak cerita pasal mak mertua saya pula. Kalau dulu saya pernah cakap, saya str3ss dengan sikap suami, masa saya mengandung dia selalu lepak keluar dengan kawan – kawan dia.
Sekarang saya dah bersalin, habis pantang pun sudah. Masa pantang, saya berpantang di rumah mak mertua, masa tu la saya mula kenal per4ngai mak mertua saya. Sebelum tu, lepas je kahwin saya tinggal dengan mak mertua, sebab suami saya tak nak pindah walaupun kami ada rumah.
Rumah yang ada tu pun rumah mak saya. Suami anak bongsu, dia memang dengar kata mak mertua saya. Anak bongsu kan. Tapi selama saya duduk rumah mak mertua, sejak berpantang tu la saya mula kenal mak mertua saya.
Mula – mula pantang, dia masakkan lauk pantang semua elok untuk saya, sudah sebulan macam tu, dia masakkan yang bukan – bukan. Contoh masak lemak, asam pedas, lauk – lauk yang memang saya tak boleh makan, saya cakap jugak dengan dia, tapi dia jawab dulu masa dia pantang dah sebulan dia tak ada pantang apa – apa, dia makan aje.
Saya diamkan je. Pernah jugak kadang – kadang dia tak masakkan saya. Saya tak kisah kalau dia tak nak masak untuk saya, saya boleh je masak sendiri, tapi saya rasa macam tak puas hati, sebab dia yang beriya – iya suruh saya pantang rumah dia.
Dia cakap dia akan jaga saya betul – betul, jadi saya pun fikir dia akan jaga saya betul – betul. Lagi pulak mak saya dia bekerja, kalau dia nak jaga saya masa pantang pun mungkin seminggu je mak saya boleh cuti. Mak mertua saya tiba – tiba berubah lepas saya balik sekejap rumah mak saya beberapa hari.
Kalau mula – mula masa pantang dia mandikan anak saya, lepas tu dah tak. Saya tak kisah, dan saya tak berharap pun, oleh sebab ini anak pertama banyak benda yang saya kena belajar, kalau saya tahu semua benda, saya memang tak harapkan mak mertua saya.
Kalau saya ade anak kedua nanti memang saya tak akan berpantang di rumah mak mertua saya lagi, saya sangat serik. Itupun nak mengandung lagi, saya fikir banyak kali. Sebab mak mertua beriya nak jaga anak saya. Alangkan suami saya layan saya macam mana, ni kan pulak anak saya nak bagi mak mertua jaga.
Bukan lah 100% saya nak salahkan mak mertua saya sebab tak pandai mendidik anak dia, tapi sekurangnya bila suami saya buat salah, tak pernah pulak mak mertua sampai bermasam muka tak bertegur dengan suami. Kalau saya balik rumah mak saya, sampai tak nak bercakap langsung dengan saya.
Seolah dia macam nak kongkong hidup saya. Kalau dengan mak mertua dah macam ni, apatah lagi dengan suami. Suami saya memang tak pernah dengar kata saya, pada mata dia saya tak pernah betul, saya je salah. Lagi pulak, masa saya dengan suami nak bertunang, suami pernah cakap yang dia belum bersedia, tapi mak ayah dia yang p4ksa kami tunang cepat dan kahwin cepat.
Memang kos semua mak ayah dia yang tanggung. Saya ikutkan je, sebab saya fikir bila dah berkahwin dengan suami, suami akan berubah tapi jadi lebih teruk. Bertambah pulak dengan mak mertua saya. Lepas je habis pantang, saya nak balik rumah mak saya, mesti mak mertua saya macam tak bagi.
Ada satu hari tu saya nak balik rumah mak saya, mak mertua saya bagi alasan macam – macam, dia kata nanti saud4ra dia nak datang la, ape lah, sebenarnya tak ada pun. Tapi saya balik je, buat tak paham, masa nak balik saya salam dia, dia buat tak tahu je dengan saya, seolah macam nak marah.
Tak bercakap langsung apa – apa. Padahal saya dah minta izin suami, suami pun izinkan. Bila saya sampai je rumah mak saya, malam tu suami saya mesej saya marah dan m4ki saya. Saya tak tahu la apa mak mertua saya cakap dengan suami saya.
Rumah saya dengan rumah mak mertua tak jauh pun. Dan untuk pengetahuan semua, sejak kahwin suami tak pernah tidur rumah mak saya, atau jenguk kedua mak ayah saya, kalau jumpa pun hal – hal yang tertentu je. Macam raya ke, suami pulak jenis susah sangat nak ajak beraya tapi kalau dengan keluarga mertua saya sampai p4ksa saya ikut. Saya ikutkan je.
Sebab saya tak suka dia m4ki – m4ki saya. Saya dah biasa kena m4ki kena marah dengan suami sejak kenal tunang sampailah kahwin. Dan sampai sekarang ni, hati saya m4kin tawar sebab tu saya tak kesah kalau suami nak ikut atau tak saya balik rumah mak saya.
Mak ayah saya pun faham keadaan saya. Selama ni saya banyak beralah untuk family suami dan suami mmg tak boleh dibawak berbincang. Pernah dulu masa tunang saya rasa nak putvs je, tapi sebab saya fikir kononnya mak mertua saya tu baik saya teruskan juga.
Bukanlah saya nak kata mak mertua saya tu jahat, tak baik. Kalau bab duit dia memang tak kedekut, kalau beli baju pun dengan semua menantu dia beli kan baju. Tapi dalam mase yang sama mak mertua harapkan baIasan.
Kalau boleh dia nak menantu dia ikut kata dia, tambah lagi time raya, raya pertama tu mesti nak rumah dia dulu, sepatutnya gilir – gilir la kan. Ni mesti nak ke rumah dia, lepas tu nanti dah sampai rumah saud4ra mara, nanti dia cakap kitorang yang beriya nak ikut dia beraya, padahal dia yang ajak p4ksa – p4ksa.
Bila saya balik rumah mak saya sekejap je dah call tanya bila nak balik rumah dia. Saya rimas kadang – kadang. Tengok muka dia pun saya dah rasa menyampah. Anak saya pun kadang – kadang saya rasa tak suka kalau dia pegang.
Kadang – kadang saya nak mandi pun cepat – cepat sebab tak nak dia pegang atau main dengan anak saya. Anak saya tengah tido pun dia panggil jerit – jerit. Kadang – kadang macam budak – budak. Tak tahu la kenapa perasaan saya terhadap mak mertua sampai macam ni sekali.
Pernah saya cuba nak buang perasaan ni jauh – jauh, tapi tetap tak boleh juga. Saya cuba nk gembirakan hati saya sendiri berniat baik dan berhati baik pada mak mertua tapi tetap tak boleh. M4kin hari m4kin saya rasa menyampah sangat.
Bila saya nak balik rumah mak saya, mesti dia ungkit dia jaga saya semua. Dah lah, anak saya ni cucu pertama mak saya, mak mertua saya dah banyak cucu, saya tak faham kenapa dia susah nak paham. Pernah saya terfikir, kalau lah saya boleh keluar dari keluarga ni saya rasa tenang sangat, lagi – lagi bila saya balik rumah mak saya.
Tak ada suami pun tak apa, saya memang sayang suami saya, tapi hati saya macam dah tak kesah dengan dia. Dia keluar dengan kawan – kawan dia pun saya tak kesah dah. Cuma sekarang masalah saya adalah mak mertua saya.
Saya nak pindah, tapi ekonomi saya belum stabil lagi, yang ade ni pun cukup – cukup untuk saya. Tapi sekarang, saya berani je Iawan mak mertua saya tu, kalau nak balik rumah mak saya, saya tak cakap dengan mak mertua pun, kalau dulu suami suruh saya cakap, tapi sekarang suami pun diam, yang penting saya dah minta izin dengan suami kan?
Saya rasa, tak ada ape yang perlu dibuat kecuali berdoa pada Allah, dan saya pun sedang usaha untuk pindah, beli barang sikit – sikit, kalau suami tak mahu ikut pun tak apa. Terlalu banyak yang saya nak cerita pasal mak mertua.
Tapi cukup lah ini je yang saya nk kongsikan. Saya cuma mintak Tolong doakan saya, rezeki saya, dan rumahtangga saya bahagia dunia akhir4t. Dan yang paling penting doakan la saya agar suami boleh dengar kata saya dan sedarkan dia. Dan saya berharap mak mertua saya berubah. saya sangat – sangat cemburu tengok orang lain bahagia je dengan suami mereka. Entah bila lah saya akan rasa semua itu.
Komen Warganet :
Firdaus Shakirin : Jika dia cukup b0doh untuk melakukan perkara sedemikian, maka sis jadilah cukup bijak untuk menilai keadaan dan situasi. Jika dah sebulan, sis dah kuat skit, maka masaklah sendiri. Gunakan apa yang ada. Jangan takut untuk mengandung lagi. Semoga sis terus mendoakan yang terbaik untuk suami dan mak mertua. Doa tu senj4ta kita, orang islam. Jangan putvs asa.. InshaAllah..
Cynta Kasih Ku : Saya rasa saya lagi teruk kot dari sis ni. Saya anak sulung bersalin yang sulung. Pantang duduk rumah mak mertua. Masak makanan pantang kadang – kadang ada kadang takde. Tunku langsung la susah nak tolong buatkan.
Masa mengandung pun pernah saya lapar terp4ksa makan nasi putih + telur masin je. Takde makan sedap masak lemak bagai. Melainkn suami beli jika ada duit. Masa tu hidup susah baru nak mula belajar kehidupn berumah tangga.
Saya tak pernah merungut. Mujur family saya dekat. Ayah saya hantar makan keperluan saya di rumah mak mertua. Macam – macam dugaan. Sampai bentan. Balik berpantang rumah family sendiri yang banyak jaga saya ayah saya.
Dari segi tunku makan pantang saya. Cukur rambut anak. Tu ayah saya lakukan. Mak saya uruskan baby. Tolong tunkukan perut lepas ayah siap bakar batu semua. Sampai anak ke-2 ayah saya jaga. Anak no-3 sekejap je lepas tu pantang sendiri.
Sekarang alhamdulillah start dari anak ke-3 hidup m4kin berubah. Suami m4kin lebih bertanggunjawab. Banyak diusahakan untuk keluarga besar dia ni bakal tunggu kelahiran anak ke-4. Syukur.. saya belajar semua benda dari mula Allah balas dengan lebih baik. Segala yang kita rasa anggap la satu ujian. Belajar yang mana kita tak pernah tau.
Iqa Perfect : Cerita sama macam saya. 80% la. Macam saya yang tulis confession ni. Sabar la sis. Takpe. Fikir positive. Dalam pantang memang orang kata kena pantang betul tak boleh makan berangin la ape la. InsyaAllah tak jadi pape k sis.
Doa sis diberi kesihatan hingga akhir hayat. Saya pon berpantang macam tak pantang hari ke bape dah makan lauk kenduri sebab mak mertua tak masak. Tapi saya tanye doktor. Doktor cakap sebenanya takde istilah makan berangin tak berangin. Masuk wad 2 malam pon pernah dihidang lauk lemak. Cuma tak pedas la. Yang penting khasiat tu.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.