Mak marah cikgu ced3rakan abg aku. Mak teringat, dia pernah ‘buat’ benda sama dekat anak murid

Mak aku geram sebab anak murid tu lambat mengeja, sampai buat sesuatu dekat budak tu. Mak budak tu siap datang sekolah. Selepas beberapa tahun mak terserempak dengan murid tu, dia tegur mak aku dan bagi sesuatu…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, Aku fikir dua tiga kali nak tulis ke tak confession ni sebab aku hati tisu, takut kena kecam. Sebenarnya aku terbaca kes viral pasal cikgu hempuk budak pakai buku dekat muka tu.

Setakat yang aku faham dari video yang aku tengok dan komen yang aku baca, budak tu baru 9 tahun dan kena hempuk sebab terlupa bawa buku. Betulkan kalau aku salah. Dari video yang aku tengok, bagi aku dua – dua cikgu dan ibu salah.

Cikgu sebab buat macam tu dekat muka murid dan ibu sebab viralkan video. Bagi aku kalau benda tu selesaikan secara tertutup lebih baik. Apa – apa pun aku bukan nak komen pasal video tu tapi lebih kepada komen yang aku baca di FB (sebab aku takde IG, Twitter) yang rata – rata pert4hankan cikgu tu punya tindakan.

Aku tak setuju dengan tindakan cikgu tu sebab dalam Islam ada Iarangan untuk memukuI bahagian muka. Aku cuma jumpa dari pejabat Mufti WP dan video Ustaz Azhar Idrus pasal Iarangan tampar di bahagian muka. Tak semestinya orang dulu – dulu buat maksudnya betul ya benda tu.

Masa benda ni viral, aku teringat cerita yang mak aku pernah cerita dekat aku dulu. Mak aku cikgu sekolah rendah, dah bersara 10 tahun yang lalu. Dia ditugaskan mengajar budak – budak kelas corot, yang lemah 3M (membaca, menulis, mengira).

Tak salah aku ada 3 kelas yang dia kena ajar. Nak dipendekkan cerita, ada satu kali ni, mak aku telah meIempang anak murid dia, lelaki darjah 2 atau 3 pada waktu tu. Sebab mak aku geram, dah ajar eja banyak kali masih tak dapat baca perkataan tu.

Jadi keesokan harinya, guru besar panggil mak aku sebab ibu budak tu nak jumpa mak aku. Untuk sesiapa yang cakap orang dulu – dulu kalau kena pukuI dengan cikgu, ibubapa SEMUA tak kisah jangan nak membohong sebab ada je cuma bezanya dulu 30 tahun lepas bukan zaman viral.

Anyway, mak aku tak spesifikkanlah apa yang dicakapkan dengan ibu budak tu cuma mak aku minta maaf dan kes tersebut selesai. Dan budak ni satu – satunya murid yang pernah kena dengan mak aku sepanjang 40 tahun lebih dia mengajar.

Selepas beberapa tahun, benda sama berlaku dekat abang aku. Disclaimer ya, abang aku SANGATTTTTTT nakal masa kecik. Dia sendiri mengaku sebab itu mak ayah aku hantar dia duduk asrama. Nak dijadikan cerita, mak ayah aku dapat call dari pihak asrama / sekolah yang abang aku masuk kIinik sebab kena Iempang dengan warden asrama, cikgu sekolah dia.

Tak teruk tapi berd4rah jadi cikgu tu bawa ke kIinik sebab takut apa – apa. Sudah tentu, mak aku marah, anak kandung 9 bulan kena macam tu sekali sampai berd4rah, ko rasaaa. Hampir – hampir jadi kes polis. Tapi ayah aku jumpa elok – elok bincang dengan cikgu sekolah, rupanya abang aku curi – curi keluar asrama dengan kawan – kawan dia.

Ayah aku cakap boleh r0tan tapi bukan dekat muka. PukuIlah dekat bahagian mana – mana cuma bukan dekat muka. Cikgu tu minta maaf kemudian kes kira selesai. Beberapa tahun selepas mak aku bersara, dia terserempak dengan anak murid dia yang dia pernah berkasar.

Tapi mak aku tak ingat anak murid tu, sebab dah besar, muka pun dah berubah. Anak murid tu terus terang je cakap dengan mak aku “cikgu tak ingat, cikgu Iempang saya dulu masa saya darjah 2/3?” Masa tu baru mak aku ingat sebab dia satu – satunya budak yang mak aku pernah berkasar dan mak aku minta maaf sebab Iempang dia masa kecik dulu.

Tapi murid mak aku tu, dia cakap terima kasih sebab hukvm dia macam tu, kalau tak, dia tak jadi orang. Dia bagi mak aku sedikit duit, sedekah katanya, dan dia jemput mak aku pergi majlis kahwin dia. Jadi apa aku nak cerita dekat sini sebenarnya?

Aku pun tak tahu. Hahahaha. Masa aku tulis confession ni nak dekat pukuI 12 malam jadi tiba – tiba otak aku beku. Aku pun tak nak bagi kesimpulan dekat cerita ni, aku hanya nak kongsi. Kesimpulannya korang pandai – pandailah fikir sendiri. Sekian. – Anon (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fatin Tajudin : Mama saya pernah diIempang dekat muka masa sekolah rendah. Atas kesalahan toleh ke belakang sebab kawan kelas panggil nak pinjam barang. Cikgu lelaki tu panggil mama saya ke depan dan tanpa tanya apa – apa terus Iempang mama saya sebab tak fokus dalam kelas katanya.

Kawan yang panggil mama tu berdiam diri tanpa jelaskan apa – apa. Pening kepala, pedih muka, malu. Terus nangis dekat situ jugak. Sekarang mama dah 50 tahun, mama kata rasa marah, teringat apa yang cikgu tu buat sampai sekarang.

Marah, geram, kecewa. Tak ada peluang langsung untuk jelaskan apa yang jadi. Andai cikgu tu hidup lagi, moga – moga takdirnya baik – baik saja la hendaknya. Para pendidik, nak mendidik atas apa – apa kesalahan jangan la pukuI dekat muka.

Jangan fikir kena Iempang baru anak murid jadi orang. Tindakan macam tu lebih pada meIukakan em0si pelajar tu. Lvka muka, berbekas boleh hilang, terIuka hati berparut terbawa – bawa sampai ke tua. Doakan mama saya mampu ikhlas maafkan cikgunya.

Jiehan Nor : Adik bongsu saya sekolah cina, masa dia darjah 2 tak silap, masa dalam kelas cikgu tu marah kawan india dia, budak – budak biasa laa kan pergi gelakkan kawan tu, tak tahu cikgu tu tengah angin, sekali cikgu tu datgan ke dia, Iempang pipi dia.

Adik saya tu kulit dah la cerah, lepas kena Iempang tu dia diam je. Sampai laaa waktu kelas agama, yang beragama islam kena pergi kelas pendidikan islam, ustazah perasan dia sedih sorang – sorang, bila ditanya baru dia bagitahu Mr Tan Iempang pipi dia, nampak ada 5 jari kat pipi ustazah terus call ibu, ibu datang bawak terus ke hospitaI check.

Takde apa serius cuma ada gusi berda4rah ke macam mana tah, sikit jela. Sampai pengetahuan ayah, ayah terus ke sekolah esoknya. Ayah kata masa sampai kat pejabat tu semua orang dalam office tu macam dalam keadaan siap siaga, diorang ingat ayah saya nak meng4muk kot hahaah tak meng4muk pun.

Ayah jumpa cikgu tu, slowtalk tanya apa semua, panggil adik, suruh adik tu salam balik cikgu, minta maaf. Mr Tan tu pun sebak, berpeIukan menangis pulak dahhh hahaha. Rupanya, ada cikgu kat situ bagitahu yang orang office estimate yang akan ada chaos, tapi takpun, semua settle dengan aman, alhamdulillah. Masa hari guru ayah ingatkan adik bagi hadiah kat Mr Tan.

Nur Syahida : Sebagai guru saya pun tidak sokong tindakan begitu, kekasaran bukan penyelesaian. Budak lagi tu 9 tahun. Rakan – rakan guru, beringatlah sebelum bertindak, pandanglah mereka seperti anak kita. Pasti ada penyelesaian selain kekasaran. Betapa besarnya amanah ibu bapa kepada kita. Biarlah tangan – tangan murid kita yang memimpin kita ke syurga, bukan ner4ka.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.