‘Mak’ langsung x ingat aku sbb dia nyanyuk. Hanya aku tapi orang lain dia kenal

Dulu mak yang suap aku makan, dodoikan aku setiap malam tapi sekarang dah tak ingat nama aku. Setiap kali dia salah panggil nama aku, aku rimas. Aku dah mula berbohong dekat mak, mula tengking mak. Satu hari mak disahkan k4nser, kami semua risau kalau mak meninggaI dunia bulan tu, kami terp4ksa tunda percutian kami ke luar negara..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku Rafiq. Izinkan aku berkongsi kisah seorang wanita yang aku amat rindui, seorang insan yang aku panggil ‘Mak’. Sebagai cucu sulung, aku amat rapat dengan nenek sehinggakan dari kecil aku memanggil nenek dengan panggiIan, ‘Mak’.

Walaupun cucu – cucu lain pun terikut memanggil nenek dengan panggiIan ‘Mak’, kira akulah yang paling rapat dengan mak sebab dia lah yang membesarkan aku di kampung sehingga aku berusia 5 tahun. Begitu banyak memori indah bersama Mak.

Masih teringat lagi kenangan berpuasa di kampung bersama Mak dan setiap petang kami akan pergi ke bazar untuk membeli roti john goreng. Pada puasa ke-15 hanya Mak je yang tolong belikan sebab aku dah jadi gemuk sangat dan tak larat nak keluar.

Bila aku risau gemuk, Maklah yang nasihatkan, “Baguslah gemuk, baru takde perempuan nak kacau Rafiq, dan Rafiq boleh belajar bersungguh – sungguh”. Masin betul mulut Mak, sebab dah 24 tahun aku tak laku. Dari kecik lagi, mak suruh aku untuk jadi doktor.

Semasa aku dapat masuk sekolah sains, mak lah yang paling happy, apabila aku dapat top student biologi dialah yang lari peIuk aku bila aku balik kampung. Air penerang hati daripada Mak sentiasa ada dalam almari baju dan jujur aku kata, bila aku doa untuk exam, aku sebut sekali yang sebab utama aku nak berjaya adalah untuk bahagiakan Mak.

Kalau Allah tak redha dengan aku pun, sekurang – kurangnya berikanlah aku kejayaan agar Mak bahagia. Bila aku dapat fly untuk buat ijazah undang – undang, aku teringat lagi raut air muka Mak yang cuba nampak gembira dan sembunyikan kekecewaan dia kerana aku tak akan menjadi doktor.

“Maafkan Rafiq, Mak. Amat susah nak dapat biasiswa zaman ni dan amat rugi kalau tolak.” Aku civm pipi Mak di airport dengan hati yang amat berat. “Doakan Rafiq, ya, mak” Mak mengangguk sayu. Selepas setahun, dengan keputvsan tahun pertama yang cukup makan, aku tekad untuk pulang sebab dah homes1ck sangat.

Masa ni mak dah tua dan duduk sekali di KL. Bila aku jumpa mak, pandangannya dah lain. Dengan tiba – tiba Mak bertanya: “Eh Hamid, sorang je ke? Fara tak ikut?” Aku betul – betul terk3jut. Hamid adalah nama pakcik bongsu aku. Fara isterinya.

Aku pandang ibu bapa aku dan mereka hanya mampu menggeleng. Mak Alzh3imers atau kata lainnya, nyanyuk. Peny4kitnya muncul sejurus aku berangkat dan hanya orang yang ada disekeliIingnya sepanjang tahun yang kekal diingatan mak.

Bermakna dengan serta merta aku telah hilang dari ingatan Mak. Hanya aku. Antara benda yang paling dirisaukan pelajar di rantauan adalah kem4tian ahli keluarga. Rupanya, dalam diam, aku dahulu yang telah m4ti dalam ingatan Mak.

“Mak! Ni Rafiq, mak tak ingat ke?” Aku memeIuk Mak erat. Hati aku sebak. Terasa s4kit mengenangkan nama aku tidak akan ada lagi dalam doa harian Mak. “Rafiq? Rafiq bukan dekat asrama ke? Cuti semester ke? Buat betul – betul tau.

Nanti dah besar boleh jadi doktor. ” “Mak!!!” Aku meraung sekuat hati. Akhirnya ayah pisahkan aku dan suruh aku berehat. “Mungkin mak tak ingat aku sebab muka aku penat sebab jet lag”. Aku ulang ayat ini sehingga aku tertidur keletihan malam tu.

Keesokan harinya aku sedang berehat di bilik dan terdengar suara halus di pintu. “Oh Hamid, tidur sini ke. Hamid dah semayang Zohor?” Berkaca mataku dan aku membetulkan. “Bukan Hamid mak, ni Rafiq.” “Oh. Lain rupa Rafiq” baIas Mak sambil tersenyum.

Hari silih berganti, hati aku r3muk berkali – kali. Perasaan aku yang sedih, kini berubah menjadi benci dan rimas. Manakan tidak, Mak selalu bertanya benda yang sama berulang kali. “Hamid dah makan?” “Dah mak” 5 minit kemudian, “Hamid dah makan?” ulang Mak

Jawapan dari mulutku “dah, dah, dah”. Dulu akulah yang paling rajin berbual dengan mak. Kini jawapan aku hanya sepatah. Disebabkan Mak seorang yang kuat ibadat, maka soalan solat lah yang paling kerap ditanya.

Pertanyaan mak m4kin lama aku dengar sebagai suruhan atau p4ksaan. Lama – lama aku lebih mudah berbohong. Solat harian aku kian kecundang. Rafiq mungkin belum solat, tetapi Hamid mungkin sudah. Yang ditanya perihal Hamid, bukan Rafiq, kan?

Hati aku mula dipenuhi seribu persoalan. Mak orang yang alim. Solatnya tidak pernah tinggal. Hafalan dan bacaan alquran-nya masih dia ingat. Buku menandakan berapa kali dia berzikir dalam sehari tersusun rapat di dinding biliknya.

Sy4itan mula membisik, “bukankah berzikir itu peris4i nyanyuk?” Aku mula berani menengking mak setelah diajukan soalan sama berkali – kali. Aku pulang ke luar negara dengan hati berkecamuk. Aku tahu mak yang sekarang bukanlah mak yang dahulu.

Usai graduasi aku, keadaan mak m4kin teruk. Langsung tidak diingatnya cucunya yang lain. Adalah menjadi satu hiburan bagi cucu dan anaknya untuk meneka apa panggiIan baru yang mak akan beri pada mereka.

Cikgu Enchom? Pak Meon? Setiap kesilapan mak akan disusuli dekahan ketawa orang ramai. Mak yang tidak memahami apa – apa, hanya tersenyum. Terdetik dalam hati aku, beginikah Allah meIindungi aib h4mbanya yang paling taat?

Satu hari adik kecil aku tidak menyahut panggiIan Mak semasa dia tengah leka menonton tv. “Adik dah makan?” *diam* “Jawablah, tak baik tak menyahut” *masih diam* “Ni cucu mak kan, kenapa tak menyahut. Nanti Allah bisukan baru tahu. ”

Aku tak tahan dan terus menjerit. “Nisa (nama adik) kenapa tak jawab!? Jawab lah orang tanya! ” “Ah benci lah” dan Nisa terus berlari ke biliknya. Terlihat sayu di raut tua mak. 5 minit kemudiannya mak dengan ceria bertanya aku.

“Hamid bila sampai? Dah makan? Mak buatkan teh, mari. ” “Hamid dah kenyang mak.” Buat pertama kali, aku tak pasti sama ada mak berpura – pura tak terasa dengan Nisa, ataupun dia memang dah tidak ingat ins1den yang baru sahaja berlalu 5 minit yang lalu.

Begitu teruk keadaan Mak. Alangkah indahnya jika aku tak perlu membetulkan Mak setiap kali akan nama aku. Mata aku berkaca lagi. Aku sedar mak yang adik aku kenal bukanlah mak yang aku kenal. Mak yang dahulunya menyuap aku makan mendodoikan aku setiap malam, yang soalannya sentiasa mengajak aku untuk berfikir dan bertanya lagi dan lagi.

Tetapi bagi adik, mak adalah insan yang merimaskan yang bertanya soalan sama berulang kali. Awal Januari yang lalu, kami dik3jutkan akan berita yang mak tiba – tiba tidak sedarkan diri. Badannya lemah secara tiba – tiba.

Oh ya masa ni mak tidak lagi duduk dengan kami dan duduk di rumah makcik sebab kedua – dua ibu bapa aku bekerja dan mak sering berg4duh dengan pembantu rumah. Doktor memberitahu mak menghidap k4nser tahap 4.

Bengk4k di pipi mak buat sekian lama bukanlah disebabkan jangkitan kuman ke atas gusi seperti yang doktor kIinik sangkakan tetapi adalah tum0r sel k4nser. Doktor memberitahu k4nser itu telah merebak ke suluruh liang pernafasan dan ke paru – paru.

Sebarang rawatan (intervensi) akan membvnvh mak tetapi jika dibiarkan, mak mungkin akan s4kit berbulan – bulan lamanya. Umpama m4ti Iemas, tetapi lebih siksa, setiap nafas lebih sukar dari sebelumnya. Aku memberitahu ayah yang aku gemarkan rawatan.

Gelap sungguh hati aku waktu itu kerana aku sendiri tidak tahu sama ada aku mahukan rawatan untuk menyembuh atau membvnvh mak. MaIangnya anak – anak mak, iaitu pakcik dan makcik ku tidak bersetuju kerana ia akan menelan kos dan mengurangkan harta pus4ka mereka. GiIa.

Begitu tidak endahnya kami dengan mak sehinggakan kerisauan sebenar kami sekeluarga adalah perIukah kami membatalkan perlancongan kami ke luar negara sekiranya mak meninggaI hujung bulan Januari. BerbaIah jugalah, dan aku hairan mengapa kami tidak seperti keluarga lain, yang meratap dan sanggup berk0rban bagai.

Benci sangat ke kami dekat mak? Namun umpama hajat kami didengari Mak, dalam 3 hari lepas tu, Mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Doktor menelefon kami, Mak meninggaI sesak pernafasan. Di minda aku masa tu terbayang seribu satu keng3rian.

Pasti nafas terakhir mak penuh siksa, umpama kita cuba menggapai – gapai ud4ra. Seringkali kita lihat di dalam media, wajah m4ngsa Iemas yang herot dan badan mengeras kerana bergeIut untuk ud4ra. Nauzubillah.

Semasa sampai di bilik m4yat pakcik dan makcik sudah tiba lebih awal dan sedang membaca yasin. Apabila pihak hospitaI memanggil anak – anak perempuan mak untuk melihat m4yat, satu persatu makcik ku keluar dari bilik persediaan jen4zah dengan mata merah, seperti tidak tahan melihat jen4zah mak.

“Ada tak orang lelaki yang kuat? Nak mintak angkat arw4h ke meja mandi.” makcik yang diupah untuk mengk4fankan mak memecah kehinangan senja. Ayah aku push aku sebab akulah cucu sulung. Anak mak lain semua sudah tua.

Mungkin, ayah aku pun mempunyai kegusaran yang sama dan takut untuk melihat Mak. Setiap langkah ke bilik m4yat, suara sy4itan tak berhenti menghasut. “Kau tengok tu Rafiq, mak tu, kuat betul menghafal al quran, last – last nyanyuk jugak.”

“Kau tengok tu mulut tak pernah lekang berselawat, akhirnya bengk4k di pipi. Bernafas pun susah. Akhirnya meninggIl sesak nafas dengan siksa. ” “Mak tu cikgu kan, penat dia ajar budak kecik, berpuluh tahun, akhirnya cucu kecil sendiri yang gelakkan dia. Adil betul tuhan kau ni Rafiq”

Terdiam suara – suara tersebut sejurus aku menatap jen4zah mak. Matanya tertutup. Terukir senyuman lebar dengan mulutnya terbuka sedikit. Walaupun gigi mak r0ngak di hadapan, tetapi dengan bukaan kecil itu, bersama gusinya yang memutih, nampak seakan lengkap giginya.

Bengkak di pipi yang dahulunya sebesar bola kriket tidak kenampakan. Must4hil must4hil. Jen4zah mak begitu sempurna untuk seseorang yang sesak nafas! Mana mungkin orang k0ma dan tidak berdaya beserta pipi yang berketumbuhan, mampu senyum seluas itu?

Biologi mengajar tatkala kita sukar bernafas, seluruh tubuh kita akan berusaha untuk menyedut ud4ra dan pasti akan terlihat kesukarannya itu pada muka dan anggota, tetapi tidak buat mak. Umpama melihat sesuatu yang sangat indah sehingga kita lupa untuk bernafas dan menerimanya dengan berlapang d4da.

Itulah raut wajah mak. Badan mak terasa amat ringan. Sudah berjam mak meninggaIkan kami, tetapi badan mak masih lembut. Tidak rig0r m0rtis. Entah bagaimana, urusan perkubvran mak menjadi sangat lancar.

Apabila dihubungi pihak tanah perkubvran, memang terdapat satu kubvr yang baru sahaja dibersihkan. Apabila di bawa ke masjid untuk disolatkan, masjid tersebut baru sahaja selesai tazkirah dari ustaz jemputan dan penuh insan di masjid untuk memenuhi saf solat jen4zah mak.

Kem4tian mak pada malam ahad membolehkan ramai sanak saud4ra datang menziarah jen4zah mak malah ada yang datang sejauh 50 km tanpa kesesakan lalu lintas, sesuatu yang must4hil pada hari kerja. Mak meninggaI jam 6 petang.

Masuk jam 11, urusan pengurvsan jen4zah Mak telah pun selesai. Begitu pantas, sedangkan tiada persediaan langsung dibuat sebelum itu, kerana mak baru seminggu di hospitaI dan doktor menjangkakan mak masih ada berbulan – bulan lagi untuk hidup.

Aku melihat dengan mata sendiri bagaimana Allah memudahkan urusan h4mbanya yang taat untuk bertemuNya. Segala kegusaran aku malam itu terjawab. Suara sy4itan di dalam kepala membisu. Terasa h1nanya diri ini melihat hikmah yang dihamparkan.

Betullah apa orang kata, kadang – kadang ujian nyanyuk yang diberikan Allah bukanlah untuk menguji si pes4kit, tetapi untuk insan yang berada disekeliIingnya. Betapa berd0sanya aku dengan mak. Mungkin disebabkan mak nyanyuk, mak tidak pernah berkecil hati dengan sikap acuh tak acuhku, berlainan dengan ibu bapa yang diberi kewarasan, tetapi hari – hari berkecil hati dengan layanan anak – anak.

Semasa di awal nyanyuk, Mak tidak ingat akan ibadahnya, sekaligus bersolat fardu berulangkali. Tatkala orang lain yang meningkat tua berpusu – pusu berusaha untuk menjaga rupa di hadapan manusia, kegusaran mak hanyalah pada ibadahnya.

Tidak ada masa yang diluangkan untuk perkara lagha. Ketika orang lain s4kit berbulan – bulan, mak sihat sehinggalah satu hari k0ma dan mendapat sakaratuI m4ut yang baik. Dipermudahkan segala urusannya.

Sehingga kini, wajah mak terbujur kaku masih jelas di fikiranku. Dahulu, apabila mak datang menziarah aku di KL dan ingin pulang ke kampung, pasti dia berikan buah tangan untuk memberhentikan tangisan aku. Tak sangka, buah tangan terakhirnya menghidupkan semula iman di hati aku yang akan aku pegang sehingga m4ti.

Ya, akhir4t dan syurga itu ada, kerana mak sudah melihatnya. Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang engkau dustakan? Tenanglah Mak di sana. Rafiq tak sabar nak jumpa Mak, tapi maaf, Rafiq lambat sedikit ya. – Rafiq

Komen warganet :

Achmad Aini : Sesaknya baca, kesiannya Mak. Disaat dia s4kit, nyanyuk sepatutnya mendapat sokongan daripada ahli keluarga, anak cucu. Tapi jadi bahan ejekan. Mungkin bagi korang mak dah nyanyuk dia tak faham. Tapi ingat Allah sentiasa lihat apa yang korang buat. Semoga mak di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.