Mak iri hati lepas banyak pelanggan puji aku, ini yang mak buat pada aku.. s4kitt

Kemuncaknya bila Paklong balik dari luar negara, dia dapat tahu apa yang berlaku. Dia meng4muk dekat ayah, rupanya ayah ada pinjam 15k dari paklong, kononnya aku s4kit. Paklong membawa aku ke balai polis dan membuat laporan polis dan seterusnya aku dibawa ke hospitaI..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terpanggil untuk berkongsi kisah mak lepas baca confession sebelum ni pasal sikap mak. Di sini aku cuma nak minta pendapat mahupun kata semangat dari yang lain. Andai ada yang ingin mengkritik, menegur, aku terima dengan positif.

Aku kenalkan diri sebagai, Nina. Berusia 26 tahun. Bekerja syarik4t swasta, anak perempuan tunggal, tinggal bersama ibubapa, gadis yang biasa – biasa saja. Seperti aku tulis tadi, aku anak perempuan tunggal. Tetapi, aku tidak dimanjakan dengan kasih sayang dari kedua orang tua aku.

Dari kecil, aku diajar membuat segala jenis kerja rumah dari seawal usia 5 tahun. Bayangkan umur 7 tahun aku sudah disuruh mengosok baju sekolah sendiri dan membuat kerja rumah. Aku mempunyai 2 orang abang. Kedua – dua mereka sangatlah disayangi, dimanjakan dan ditatang minyak yang penuh.

Ye sangat penuh. You name it. Nak apa, dapat. Pasti dipenuhi. Bukanlah mendengki, atau iri hati. Tapi kadang – kadang masa kecil tu selalulah rasa cemburu tengok abang – abang aku dipenuhi segala kehendak mereka. Dari kecil aku memang kurang kasih sayang dari kedua ibu bapa aku.

Aku kurang rapat dengan kedua ibu bapa aku. Sebabnya mereka seperti anggap aku bukan anak mereka. Mungkin kerana dibandingkan dengan abang – abang saya, mereka ada rupa yang menarik berbanding aku yang hitam, gemuk dan hodoh sewaktu kecil (selalu diejek abang – abang).

Waktu s4kit demam tak pernah dipeduli. Time kena demam campak mak aku marah – marah suruh aku buat kerja sekolah, kerja rumah dan mengatakan aku menyusahkan beliau untuk mengambil cuti kerja. Time makan aku mesti duduk di bawah lantai.

Abang – abang duduk di meja makan. Raya tiada makna. Tak pernah dapat duit raya, peluang bersalam dan memberi atau dapat civm untuk meminta maaf. Mak aku seperti jijik dengan aku sehingga aku berusia 12 tahun. Ye dulu aku selalu menangis, menangis kerana merasakan aku ni anak angkat, anak kutip, anak orang lain.

Terasa benar waktu kecil dulu. Tapi memang aku anak kandung mereka. Apalah d0sa aku yang diperlakukan seperti ini ketika itu. Ekonomi merundum, mak berhenti kerja sebab gaji mak tak dibayar 3 bulan, lepas tu pula, tiba – tiba ayah aku diberhentikan kerja.

Mereka mengambil keputvsan untuk berniaga dan mereka membuka w4rung masakan melayu. Yang jadi m4ngsa aku. aku seawal umur 8 tahun, setiap hari selepas balik dari sekolah agama aku diwajibkan membantu mereka di w4rung dari jam 6 petang hingga 11.00 malam. Setiap hari.

Buat kerja rumah lepas balik dari w4rung. Sampai pukuI 1 pagi kadang – kadang. Ye seawal usia 9 tahun macam – macam aku disuruh buat. Abang – abang? Mereka duduk di rumah saja, kalau lapar order je nak apa. Nanti ada pembantu di kedai akan hantar.

Pernah sekali aku demam panas, mungkin akibat letih, aku jatuh pengsan di sekolah, guru kelas aku telefon mak aku, mak boleh cakap aku mengada. Tunggu aku sedar, nanti suruh aku balik dengan van sekolah. Guru kelas aku risau, beliau terus membawa aku ke kIinik (Terima Kasih Cikgu Lina).

Lalu cikgu menghantar aku pulang ke rumah, mak aku tanpa mengucapkan terima kasih kepada cikgu aku terus menutup pintu dan marah – marah aku cakap aku menyusahkan dia. (Apa yang dia rasa susah time ni pun aku tak paham?)

Masa berlalu, sewaktu aku berusia 13 tahun, per4ngai dan sikap kedua – dua abang aku sem4kin meIampau. Abang kedua aku pernah cuba mencabuI aku. Aku menangis lalu aku cerita dengan mak. Mak cakap aku b0doh bagi abang aku cabuI aku dan mak suruh aku lupakan saja.

Ya Allah sump4h waktu tu aku pernah terfikir nak bvnvh diri je (pengaruh tv mungkin) tapi aku tahu tu d0sa. Akhirnya aku mengadu kepada cikgu kaunseling. Mak dan ayah aku dipanggil ke sekolah. Balik dari sekolah, aku yang tak tahu hujung pangkal , aku dit4mpar dan disebat dengan tali pinggang ayah aku.

Abang aku takda dikenakan apa – apa tindakan atau ditegur langsung. Aku did3ra mentaI dan fizikaI. Nasib aku masih lagi w4ras. Semenjak dari kes aku mengadu kepada guru kaunseling aku, aku diberi amaran yang keras untuk tidak bercerita apa – apa kepada sesiapa pun.

Jika tidak ayah aku berkata, dia akan pukuI aku sampai aku menyesal. aku dilarang menangis, mengadu, bercakap dengan siapa – siapa. Sewaktu aku membantu di w4rung, aku sering dipuji orang lain terutamanya pelanggan di w4rung kami kerana dik4takan rajin dan di depan mak aku, mereka mengatakan untung mak aku ada anak perempuan seperti aku.

Tidak semena – mena mak aku seperti sengaja menumpahkan minyak panas dari kuali yang baru lepas menggoreng ayam dan terkena di kaki aku. Pedih dan s4kit yang amat. Mak aku marah aku mengatakan aku yang Ianggar dia. Allahu.

Sump4h bukan aku yang Ianggar mak. Pelanggan mak aku saksi yang nampak kejadian tu yang menarik aku dan membasuh kaki aku tanpa henti. Pelanggan tu yang menangis beria nampak aku yang sedang dalam kes4kitan.

Ayah aku punya reaksi hanya memandang buat tidak nampak. Aku duduk tepi sekejap lalu sambung buat kerja dan buat – buat tak s4kit sebab aku tau balik nanti di rumah pasti aku kena nanti. Seperti yang dijangka, balik rumah aku dilibas tanpa henti.

Badan ni jangan cakap la. Berparut sana sini. Aku menangis seorang diri di dalam bilik air. Terasa diri sangat muda lagi waktu ni untuk melalui ujian ini. Kenapa aku yang kena tanggung semua ni. Apa salah aku..Sampai sekarang masih ada parut di kaki ni.

Abang – abang aku akhirnya tamat sekolah dan dua – dua sambung belajar di kolej swasta (result kurang bagus) untuk ke IPTA. Aku mendapat keputvsan agak cemerlang ketika PMR dan mendapat tawaran ke asrama tapi mak aku tidak benarkan aku ke sana.

Alasannya siapa nak tolong dia di w4rung nanti. Allah yang maha mengetahui, mungkin ada kekurangan di dalam kehidupan seharian aku, aku dikurniakan dengan rezeki kepandaian dalam belajar. Aku dik4tegorikan pelajar cemerlang.

Walaupun masa aku sikit untuk mengulangkaji pelajaran, urusan belajar aku sangatlah dipermudahkan. Keputvsan SPM aku memberangsangkan. 8A’s. Guru kaunseling aku membantu aku mengisi borang UPU. Memohon course medic, sains dan perniagaan.

Rezeki, aku mendapat tawaran IPTA dalam bidang sains dan turut mendapat tawaran ke Matrikulasi. Tapi seperti yang dijangkakan mak aku tak benarkan aku sambung belajar. Puas guru kaunselingku nasihatkan mak dan ayah.

Keputvsan muktamad. Aku tak boleh dan tidak dibenarkan untuk sambung belajar. Allah nak tunjuk kekuasaanNya, paklong aku (abang ayah) baru balik dari Manchester baru menamatkan pengajian peringkat Master dan PHD selama 7 tahun itu terus meng4muk apabila mengetahui segala perbuatan mak dan ayah terhadap aku.

Paklong cerita, dia beria kerja part time kat sana bila ayah aku bagitau yang aku s4kit perIukan rawatan di hospitaI dan meminjam duit paklong aku RM15 ribu sewaktu itu. Lalu paklong aku mem4ksa aku cerita segala perilaku mak dan ayah aku.

Aku jadi tak berani cerita sebab aku takut dengan mak dan ayah. Akhirnya, Paklong aku membawa aku ke balai polis dan membuat laporan polis dan seterusnya aku dibawa ke HospitaI atas nasihat polis. Ya, akhirnya aku meluahkan segala apa yang terpendam di hati.

Terasa nikmat meluahkan perasaan yang terbuku. Kes aku dianggap besar kerana setiap minggu naik turun jabatan kebajikan masyrakat (JKM) untuk meminta nasihat dan sebagainya. Dek kerana usia aku sudah mencecah 18 tahun, aku diminta membuat keputvsan untuk tinggal bersama mak dan ayah aku atau paklong.

Tapi atas nasihat JKM, aku diminta untuk dijaga oleh keluarga paklong. Ayah aku sangat takut dengan paklong jadi ayah aku memang berdiam diri. Mereka hanya ada dua beradik. (Paklong dan ayah). Mak aku sudah tiada adik beradik memandangkan adik mak aku meninggaI di waktu muda akibat kemaIangan.

Aku dibenarkan sambung belajar tapi aku sambung belajar di kolej swasta (ditanggung penuh oleh paklong aku) dalam jurusan perniagaan kerana aku lebih berminat dalam jurusan perniagaan. Selepas kes paklong membela nasib aku, hubungan aku dengan orang tua aku sem4kin baik.

Mula rasa disayangi. Mula merasai kasih sayang. Benarlah, pelangi mesti muncul selepas hujan. Rezeki, selepas tamat belajar, aku mendapat peluang kerja di salah satu syarik4t swasta yang terkenal di Kuala Lumpur ni.

Pangkat pun exec. LagiIah disayangi oleh kedua ibu bapa aku. Oh mereka dah berhenti meniaga sejak paklong balik dari luar negara. Mak menjadi suri rumah sepenuh masa dan ayah pula membawa teksi. Abang – abang aku dah berkahwin.

Mak ayah pun dah bercucu 5 orang dah. Semuanya kelihatannya sem4kin harmoni sejak kes yang haru dulu. Tapi baru – baru ni, aku dip4ksa menerima lamaran seorang jejaka (anak kepada kawan mak). Aku fikir lelaki tersebut memang minat aku ataupun beliau meminta ibunya melamar aku, rupanya beliau cakap beliau terp4ksa sebab beliau takut men3ntang ibunya.

Beliau sering mengherdik, mem4ki, mengejek serta merendah – rendahkan diri aku. Katanya wanita seperti aku yang gemuk, hitam tak lawa, tak cantik tak mungkin menjadi idamannya dan katanya tak mungkin ada orang nak dengan aku.

Aku meminta beliau untuk memutvskan hubungan kami dan meminta beliau berterus terang dengan ibunya. Tapi beliau berkata, tidak mungkin beliau men3ntang pilihan ibunya. Beliau berkeras mahu memperisterikan aku tapi beliau siap bersump4h akan membuat aku menyesal sepanjang umur hidup aku.

Aku menceritakan kepada maklong aku (isteri paklong), maklong terus beritahu mak aku supaya untuk memutvskan niat untuk menjodohkan aku dengan lelaki itu. Mak terus meng4muk macam orang kurang w4ras. Mak aku cakap, kalau aku tak terima lamaran tu, mak aku akan buang aku dari keluarga kami dan aku bukan anaknya lagi.

Seperti aku jangka perkara seperti sebelum ini akan berulang lagi. Hubungan kami akan kembali keruh seperti dahulu. Apa yang patut aku lakukan? Takut untuk meminta pendapat paklong kerana paklong mesti akan meng4muk dengan keluarga aku.

Aku buntu. Setiap hari aku beristikarah, meminta petunjuk, memohon kekuatan. Masih tiada jawapan. Setiap hari terasa ingin lari dari rumah dan pergi jauh – jauh. Tapi aku sayangkan keluarga aku. Lelaki tadi asyik mendesak aku untuk berkahwin dengannya ataupun aku kena putvskan hubungan kami sendiri.

Kalau aku yang putvskan, mesti per4ngai dan sikap mak dan ayah akan kembali seperti dulu. Aku takut. Aku risau. Aku tak mahu dih4ntui kisah lalu. Baru aku nak merasakan kasih sayang dari keluarga, aku diuji lagi sekali.

Apa yang patut aku lakukan? Terima kasih sudi baca kisah aku insan yang kerdil lagi penuh kisah yang rumit. Maafkan aku kalau susunan ayat aku karang yang berterabur ni. Aku dahuIukan ucapan terima kasih kepada admin andai confession aku disiarkan dan kepada kalian yang memberi pandangan nanti.

Aku doakan urusan kalian dipermudahkan dan mendapat kebahagiaan dunia akhir4t. Doakan urusan aku juga dipermudahkan ya. Assalamualaikum. -Insan kerdil- Nina

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.