Mak hantar 30 tray kuih tepung pelita dekat bazaar tapi bila waktu maghrib, bahagian santan akan bertukar serentak

Setiap hari, mak ayah aku akan masak lebih kurang 30 tray untuk hantar di bazar Ramadhan. Yang pelik dan ajaibnya, bila sampai je waktu maghrib, bahagian santan kuih tu akan jadi air jernih serentak. Mula – mula memang ingatkan basi, tapi takda pula bau ke apa ke. Setiap kali Ramadhan benda ni berulang..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku dah beberapa kali tulis atau kongsi kisah aku dekat sini dan kali ni aku nak share mengenai pengalaman aku and family aku waktu kami terkena sih1r. Family aku ada bisnes. Bukan bisnes besar pun, cuma bisnes berniaga di pasar malam dan pasar pagi sahaja.

Tapi alhamdulillah, selepas beberapa tahun aku tengok mak ayah aku struggIe, dapat lah family aku hidup senang sikit. Hasil berniaga kecil – kecilan ni. Masa umur aku 16 tahun, aku ingat lagi yang tahun tu mak ayah aku belikan kakak – kakak aku kereta sorang satu, aku dan adik aku dapat motor sorang sebiji dan yang last sekali pun ada jugak dapat motor gocart yang kecil tu.

Mak ayah aku pulak tukar kereta baru dan besarkan rumah secara total. Tapi biasa la, bila kita ada senang sikit, akan ada orang yang tak senang hati. Selepas beberapa bulan macam tu dalam tahun yang sama, mula la kejadian – kejadian pelik yang jadi kat family kami.

Yang aku akan cerita ni, benda yang aku masih ingat je la sebab dah 12 tahun benda ni jadi. Yang paling banyak terkena sudah tentulah mak ayah aku dan kakak sulong aku sebab dia yang banyak tolong mak ayah aku masa dorang berniaga.

Pertama sekali, mak ayah aku jual tepung pelita. Tepung pelita ni benda yang sangat laku ye kawan – kawan masa bulan puasa. Dan benda ni pun start jadi tak silap aku masa bulan puasa. Setiap hari, mak ayah aku akan masak lebih kurang 20 – 30 tray untuk hantar di bazar Ramadhan.

Yang pelik dan ajaib nya, bila sampai je waktu maghrib, bahagian putih (santan) kuih tu akan jadi air jernih serentak. Mula – mula memang ingatkan basi, tapi takda pula bau ke apa ke. Dia cuma jadi jernih je. Dan sudah semestinya la ramai customer yang complain bila tiba hari esoknya. Dah satu hal nak kena ganti.

Benda ni berlanjutan dan jadi setiap kali bulan puasa. Sekarang alhamdulillah, dah tak ada tapi bukannya 100% hilang. Beberapa hari sebelum kejadian tu, masa di pasar, kakak aku tengah kemas barang niaga, tiba – tiba ada labah – labah yang macam tarantula tu berjalan atas kuih.

GiIa terp3ranjat, kakak aku tepis pakai kain dan benda tu memang hilang macam tu je. Bila fikir balik, mungkin jugak ada kaitan degan apa yang jadi dekat kuih – kuih tu. Disebabkan mak ayah aku dah rasa macam ada yang tak kena, jadi ayah aku ikhtiar azan masa tengah kacau kuih tu punya adunan.

And suddenly tong gas tu bergegar – gegar macam nak terangkat. Semua yang ada masa tu pun cuma boleh diam je sebab kalau ikut akal yang w4ras, macam mana pulak boleh jadi macam tu. Ada satu hari, masa balik niaga, tiba – tiba ada bunyi berdentum (macam ada bende yang berat jatuh) atas bumbung van niaga dan van tu jadi berat sangat walaupun dah habis tekan minyak.

Dalam masa yang sama mak aku bawak kereta lain. Berselisih dengan van ayah aku, ayah aku nampak ada orang terlebih dalam kereta yang mak aku bawa. Sepatutnya cuma 3 orang, tapi ayah aku nampak 4 orang. Yang ini jadi kat aku dan adik aku masa kami ada di rumah.

Aku dan adik – adik memang tak ikut mak ayah aku niaga sebab kitorang masih sekolah lagi. Malam tu aku pergi kedai dan aku pasti semua ok je kat luar rumah tu. Tapi bila aku balik, pokok renek yang aku letak dalam pasu sebeIah pintu rumah tu boleh tercabut sampai ke akar dan terkulai macam tu je.

Aku terus call mak aku dan mak aku pesan suruh masuk rumah, jangan usik apa – apa. Besoknya, kucing adik aku kuis – kuis pasir kat luar rumah. Mak aku nampak ada bunjut kuning yang dalamnya ada isi tanah merah macam tanah kubvr.

Yang last aku nak cerita ni yang paling aku ingat. Mak ayah aku masa tu baru balik niaga. Masa mak aku masuk bilik, boleh pulak dia Nampak ada seketul sami duduk dalam bilik tu dan bila mak aku tengok dia, dia jelir lidah dia panjang giIa. Terus mak aku pengsan.

Banyak lagi benda yang jadi dalam tempoh tu, sampai rumah kami jadi panas. Masing – masing rasa nak marah, nak berg4duh sampai mak ayah aku bercerai dalam masa yang sama. Yang tu aku tak tahulah ada kena mengena atau tak dengar apa yang jadi.

Aku tak berapa ingat macam mana benda ni boleh sem4kin baik. Yang aku ingat, merata mak ayah aku pergi berubat, tapi masih tak ok. Ayah aku cuma amalkan bacaan ayat – ayat alquran dan tawakal semasa sedang buat kuih.

Family aku ada la juga syak siapa yang buat, tapi tidak lah 100% yakin. Jadi kami cuba bersangka baik dengan semua. Allah ada. Sekuat mana pun pengantara yang mereka hantar, percaya lah Allah maha berkuasa. – Miss B (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Arissa Bantason Arissa : Mak aku m4ti dis4ntau orang. Lepas tu yang meny4ntau tu pula mengaku depan abang aku yang dia s4ntau mak aku. Bangga pula dia s4ntau dia berjaya. Besan mak aku yang santau. Kesnya adalah mak aku komplen dia buat air tak betul. Hmmmmm..

Zanariah Ali : Terima kasih atas perkongsian. Saya pernah terkena sih1r. Kulit muka saya menjadi sangat gelap. Kulit saya memang bukan cerah tapi kulit muka jadi sangat gelap hingga kawan – kawan ofis tegur samada saya tersalah pakai kosmetik.

Kawan juga cakap bila suatu hari kluar dari lif ofis macam tak nampak wajah saya. Saya tak rasa s4kit tapi orang tegur saya usahakan berubat secara islamik. Setelah melalui beberapa kali rawatan dan juga solat hajat, alhamdulillah syukur masalah kulit muka saya kembali seperti asal.

Perawat bagitau saya tak perlu baIas atas perbuatan orang terhadap saya. Hanya usahakan berubat. Hati yang mulia tidak akan ada niat tak baik kepada orang lain. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.

Noraziah Amdan : Bulan puasa masih nak sih1r orang. Tak puasa ke?. Orang lain bulan puasa pulun pahala, dia mensy1rikkan Tuhan. Semoga Allah pelihara Cik tt dan famili. Jangan putvs asa ikhtiar meIawan kejahatan. Mesti akan ketemu jalannya. In shaa Allah..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.