Mak beria nak sy masuk asrama, satu hari sy nmpk mak buat buku asb dekat adik beradik kecuali sy

Masa gaji saya RM2000, layanan mak dekat saya dah baik. Saya gembira. Setiap bulan saya bagi duit RM600, saya belanja mak dan adik – adik makan sedap. Sehinggalah musim wabak datang, dan ekonomi saya jatuh. Bila saya nak pinjam duit RM10 dekat mak, dia campak je duit kat lantai. H1nanya saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Saya Siti. 28 tahun. Penganggur. Baiklah saya mula kan cerita. Saya ada enam beradik. Saya anak kedua dan tunggal perempuan. Dibesarkan dalam suasana keluarga yang anak lelaki adalah segalanya.

Ayah telah meninggaI semasa saya berusia 6 tahun. Selepas itu saya hidup dengan nenek. Nenek dan atok saya sangat sayangkan anak lelaki mereka. Apa sahaja kemahuan pak teh, nenek saya turutkan. Kasihan mak saya dan adik beradik perempuan lain. Sentiasa dipinggirkan. Termasuklah mak saya.

Saya. Sejak dari kecil juga seperti dipinggirkan. Sejak kecil mak selalu p4ksa saya belajar sungguh – sungguh. P4ksa saya duduk asrama. Saya antara anak yang banyak kena marah dengan mak. Masa kecil, saya ada nampak, mak buat buku asb kat adik beradik saya, tapi nama saya tiada.

Saya sangat berkecil hati. Di hadapan saya mak selalu puji abang. Mak selalu puji adik – adik lelaki saya. Tapi mak sangat jarang puji saya. Kalau orang tanya pasal saya, kebanyakannya mak banyak diam. Saya terasa hati.

Tindakan mak tu buat saya jadi pendiam. Saya rasa rendah diri. Selepas habis tingkatan 5, saya kerja pasaraya. Mak tak pernah kisah saya makan ke tak, ada duit ke tak. Mak pernah jeling saya masa saya balik kerja, saya buka tudung saji di dapur.

Ya. Saya terasa hati. Sejak tu, saya akan beli nasi masa tengah hari, nasi dan kuah sahaja. Sebab saya tak cukup duit. Kuah saya asingkan dengan nasi sebab nasi tu saya makan dua kali. Tengahari dan petang. Saya paling suka kalau kat pasaraya ada McDonald datang.

Sebab biasanya pekerja pasaraya akan dapat kupon percuma. Pernah a&w datang ke pasaraya tempat saya kerja, saya dapat set 1 burger dan 1 air. Saya simpan makan petang dan masa makan saya menangis sebab dah lama tak makan sedap. Saya rindu arw4h ayah saya.

Tak lama, mak saya ambil keputvsan kahwin baru. Saya berg4duh dengan ayah tiri saya. Dan ini membuatkan hubungan saya dengan mak saya sem4kin renggang. Masih saya ingat ayah tiri saya cakap, “kenapa kau tak m4ti jer masa lahir, hidup menyusahkan aku” dia h3mpas tv arw4h ayah saya.

H3mpas meja kecil arw4h ayah saya yang masih saya simpan di dalam bilik saya pada waktu itu. Saya jalani hidup saya dengan selekeh, muka hitam, dan kotor kerja di pasaraya. Saya dapat rasakan mak saya malu ada anak seperti saya.

Tapi Alhamdulillah, dengan kerja begitu, saya dapat kumpul duit sendiri. Saya nekad, saya nak sambung belajar dengan duit tu. Tak lama lepas tu, adik saya eksiden. Dimasukkan ke hospitaI. Saya naik teksi ke hospitaI. Adik saya terp4ksa dipindahkan ke hospitaI besar kerana keced3raan serious di kepala.

Di sini, mak saya cuma melawat seketika sahaja di hospitaI. Adik beradik lain juga begitu, saya saja yang ikut adik saya naik ambuIan ke hospitaI besar. Bukan rezeki saya nak sambung belajar, saya terp4ksa guna duit simpanan saya untuk tanggung sepenuhnya perbelanjaan saya dan adik saya di hospitaI.

Saya mengeluh. Di mana mak, di mana ayah tiri saya, di mana abang saya, di mana keluarga lain. Saya terasa hati. Tapi saya redha duit saya digunakan. Nanti saya perlu kumpul lagi. Kemudian, saya sambung stpm sahaja.

Akhirnya saya berjaya dapat masuk uitm. Degree. Semasa ini, hubungan mak dan saya sangat baik. Alhamdulillah. Saya grad dan dapat jadi assistant lecturer di ipts. Hubungan saya dengan mak sem4kin bertambah baik. Gaji saya 2000. RM500 – 600 setiap bulan adalah untuk mak.

Hutang penapis air mak saya bayarkan juga. Saya seronok berbakti kepada mak saya. Setiap bulan saya balik, saya akan belanja adik bongsu saya makan fastfood yang sedap – sedap. Mak sangat sayang kat adik bongsu saya.

Saya tak kisah tak beli baju baru setiap bulan. Kawan – kawan seusia saya bercuti ke jogja sabah singapore atau korea pun saya tak rasa apa – apa sebab saya gembira mak sayang saya dan apabila awal bulan mak sentiasa akan tanya bila saya nak balik kampung.

Saya juga banyak sedekahkan RM100 setiap bulan bila dapat gaji atas nama mak dan arw4h ayah. Pada tahun 2017, ipts tempat saya kerja dilanda krisis top management. Banyak perubahan berlaku dan contract kami para assistant lecturer tidak akan direnew.

Waktu yang dinanti telah tiba. Saya kehilangan kerja. Waktu ini susah untuk cari kerja. Jadi saya ambil keputvsan untuk sambung master. Saya apply ptptn. Dapat loan 10k. Masa 1st semester, gpa dan cgpa saya 3.90. Dan waktu ni saya perlu cari sv.

Dengan suasana university baru, saya pick 1 DR ni. Mula – mula dia baik. Tapi lama – lama, dia suka rendahkan saya. Suka nampak saya macam b0doh. Dia pernah cakap saya lembab dan takkan ambik student macam saya lagi.

(Dia tak pernah ajar saya bagaimama untuk jadi researcher yang baik, yang dia tahu, dia akan puji saya jika saya tak buat salah dan kerja siap) dan master saya gagal masa saya nak hantar thesis. Saya merayu dan dia tetap gagalkan saya. Saya rasa sedih dan tak guna.

Kawan sepengajian saya tukar tajuk dalam masa 3 bulan, lepas viva, dan lulus master. Saya? Yang 1 setengah tahun buat kajian, digagalkan begitu saja. Tapi sample kerja saya supervisor saya ambik. Dia kata sample kerja saya tu dia kata boleh bawa ke phd dan sangat bagus.

Tapi saya telah digagalkan di saat akhir. Saya kecewa, down. Dan saya menangis hari – hari. Mengapa hidup saya begini. Saya balik kampung, sehingga kini, mak dan keluarga saya tak tahu bahawa saya seorang yang gagal master.

Rezeki saya tiba – tiba c19. Alhamdulillah semua konv0kesyen dibatalkan dan syukur. Kalau tak macam mana saya nak jawab saya ni gagal dan tak k0nvo. Untuk tampung perbelanjaan saya, saya jadi dropship. Tapi dropship ni macam saya kena keluar duit pula.

Dan akibat krisis kewangan ni, mak m4kin lain. Saya tak boleh tegur nasihat atau marah adik beradik lelaki saya, nanti mak akan buat muka kepada saya. Baru – baru ini saya ada marah adik saya sebab dia hilangkan barang saya.

Mak saya marah saya dan cakap saya anak derh4ka dan anak ceIaka. Saya sedih. Sangat sedih. Kenapa saya pula yang nampak jahat. Mak saya sikit pun tak marah atau nasihat adik saya. Mak saya kata “kau bawak je barang tu masuk dalam kubvr kau nanti”.

Dan mak campak duit ke lantai sebagai ganti adik saya hilangkan barang saya. Saya sedih sebab dah banyak kali kalau saya nak pinjam rm10 ke berapa kat mak saya, mak saya suka campak duit tu ke lantai dan saya kutip duit tu. Saya sedih. Seperti h1nanya saya.

Tapi ustazah asni mansor ada kata dalam ceramahnya, seorang anak tak boleh terasa hati dengan ibunya sebab ibu tu syurga. Tapi saya tertekan. Sedih. Disaat saya perIukan mak saya sebagai kekuatan seperti mak – mak kawan – kawan saya, saya perlu kuat sendiri.

Sekarang saya tinggal sorang di rumah. Keluarga saya bercuti ke pantai timur dan sekarang sedang transit di cherating. Seronok melihat orang berduit bercuti. Saya teringin juga nak bercuti. Tapi saya malu nak ikut sebab saya orang tak berduit sekarang.

Saya nak sangat makan sedap – sedap, bercuti, beli barang mahal – mahal seperti abang saya, adik – adik saya. Saya nak minta bantuan semua, boleh tak, saya nak anda semua doakan saya berjaya lagi? Lepas ni saya nak pk diri saya dulu.

Boleh? Kalau dulu saya utama kan mak saya, nanti bila saya ada rezeki lagi Allah bagi, saya ada duit, saya nak beli baju baru, nak beli kasut baru, nak beli shawl baru semua dulu boleh kan? Dulu masa kerja saya tak berkesempatan nak cantikkan diri.

Sebab mak saya awal bulan, tengah bulan, akhir bulan selalu minta duit. Tapi sejak saya diceIakakan, diderh4kakan, saya dah tawar hati. Nanti kalau saya dah ada rezeki, saya akan jalankan tanggungjawab saya, tapi untuk saya lurus seperti dulu, mungkin tidak.

Saya juga ada hati dan perasaan. Lagipula saya anak perempuan, biarlah anak lelaki mereka pula yang melebihkan mereka. Saya kan anak ceIaka, anak derh4ka. Saya rindu arw4h ayah saya. Semoga saya dapat jumpa arw4h ayah saya.

Dan jika saya berkahwin nanti, saya berharap saya dapat suami dan keluarga mertua yang sangat baik supaya saya dapat menumpang kasih mak mertua saya. Dan untuk anak – anak saya, saya nak layan sama rata. Tanpa mengira anak lelaki atau perempuan.

Sekarang saya nak kena mula dari bawah semula. Semoga urusan saya dipermudahkan Allah swt. Dan Allah dengar apa yang saya mahukan. Saya kadangkala dah mula ada rasa putvs asa. Saya bimbang jika sebab mak selalu cakap yang tak baik sump4h seranah saya menjadi sebab hidup saya susah sekarang.

Saya minta sangat Allah tak dengar sump4h seranah mak saya. Lepas ni kalau saya ada duit, saya nak bercuti, nak makan sedap – sedap, nak beli baju, handbag yang branded. Mereka tak boleh nak buat – buat sedih depan saya sebab semasa mereka gembira, saya tak ganggu mereka. Bila tiba waktu saya gembira, mereka perlu faham saya dan tak ganggu saya. – Siti (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Lida Ly : Mulakan hidup baru dik. First thing, keluar dari rumah tersebut, tak payah fikirkan soal ibu kamu sebab dia masih ada anak – anak lain untuk jaga dia, anak – anak lelaki pula tu. Ternyata ibu kamu hanya sayang adik masa berduit sahaja.

Ibu adik mata duitan. Cukup – cukuplah apa yang adik telah kongsikan sebelum ni. Saya percaya adik mampu berdikari. Insha Allah adik akan berjaya lagi dengan usaha adik nanti ya. Saya doakan Allah SWT permudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki adik.

Marcella Edora : Dear Siti. Saya doakan agar awak dimurahkan rezeki dan dilapangkan d4da. Saya juga pernah diceIakakan dan disump4h masuk ner4ka oleh mak hanya kerana saya membaIas kata – kata kakak kerana mengh1na saya kerana membeli tudung berharga RM60.

Kakak mengatakan saya tidak sedar diri, tidak berduit tetapi mahu memakai barang mahal. Sedangkan saya terlalu gembira pada ketika itu dapat reward diri dengan tudung baru. Mak menyump4h menyeranah saya, menghalau saya keluar dan mengatakan saya ini anak derh4ka, anak ceIaka, keparat isi ner4ka.

BerbeIas tahun telah berlalu. Saya masih menyimpan kata – kata mak. Bukan berd3ndam tapi saya sedih kerana tegarnya hati seorang mak mendoakan keceIakaan untuk anaknya. Siti, awak kena kuat. Keluarlah dari rumah itu. Berhijrah la. Cari kebahagiaan siti sendiri. Insya Allah, Allah dengar doa kita Siti.

Nor Hidayah Ahmad : Assalamualaikum adik. Pesan akak adik mohon ampun pada ibu adik, minta dia redha dan doakan kejayaan adik. Jika ibu kamu masih bersikap keras hati, tidak mengapa. Jangan bersedih. Allah kan ada. Adik plan apa yang adik nak dalam hidup, belajar hargai diri sendiri sebelum yang lain. Gapai cita – cita adik. Jangan lupa tahajud pada yang Esa. Saya doakan kamu berjaya dunia dan akhir4t.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.