Mak berangan, dah tua nnt 12 org anak boleh tolong dia, tapi sampai akhir hayat mak d3rita

Mak letakkan harapan tinggi kepada anak lelaki, sebab itu semua abang ada SPM tapi yang perempuan belajar sampai darjah 6 je. Tapi lepas kahwin semua abang lari lupakan mak. Kakak yang kerja kilang yang selalu tolong ibu. Satu hari kakak nak pinjam kereta abang. Sekali kakak kena sindir, “gaji engkau sebulan belum mampu repair kereta aku!”

#Foto sekadar hiasan. Pepatah orang tua – tua ada menyatakan, ibu seorang boleh jaga 10 orang anak, tapi belum tentu 10 orang anak boleh jaga seorang ibu. Bukan setakat hidup susah membesarkan mereka, dah dewasa pula meny4kitkan jiwa pula.

Fikir emak kesusahan hidupnya membesarkan ramai anak sejak kahwin awal tahun 60an dahulu akan berubah setelah anak – anak besar, tetapi lebih membebankan. Pendek kata hidup emak mend3rita sejak mula kahwin hinggalah ke akhir hayatnya.

Mak pernah berangan – angan anaknya ramai boleh bantu senangkan hidupnya, tetapi hampa. Saya kesiankan emak dari mula kahwin, mak dah buat macam – macam kerja bantu ayah besarkan anak – anak. Mak pernah kerja estet, kedai makan, menarah kebun, tanam sawit dan banyak lagi.

Ayah pulak kerja kontrak buat bangunan. Mak meletakkan harapan tinggi kepada anak lelaki, sebab itu abang – abang saya ada SPM tapi yang perempuan berhenti lepas darjah enam, mereka terp4ksalah kerja kilang. Peliknya yang bantu emak bukan anak lelaki tetapi anak perempuan kerja kilang.

Abang – abang bila dah kahwin terus lupakan emak. Abang sulung duduk kat kampung, dialah harapan menjaga emak dan ayah bila tua nanti, tetapi harapan emak h4ncur sebaliknya mereka sekeluarga banyak menyusahkan hati emak.

Kakak yang tua walaupun kerja kilang dialah banyak membantu emak. Abang usahkan membantu, nak tumpang kereta dia pun tak boleh malah kena sindir, “gaji engkau sebulan belum mampu repair kereta aku!” Kerana selalu kena sindir nak bawak emak ke klinik pun susah, kakak kerja kuat nak beli kereta. Dan berjaya walaupun kereta terpakai.

Peliknya emak tetap sayangkan abang sulung, pantang abang kata nak pinjam duit, susah macam mana pun emak carikan. M4ngsanya tentulah kakak. Saya pulak kesiankan kakak nasibnya maIang sungguh, duduk dengan emak dia kena pikul semua beban menyara hidup adik beradik, dah kahwin pulak dia kena tanggung suami.

Dia kerja siang malam suaminya lepak di padang bola. Kerana selalu kena sep4k ter4jang sebab nak duit, akhirnya bercerai. Nasib anak cuma seorang. Bila pindah duduk rumah emak nasib kakak tetap sama, duit habis untuk adik beradik, bila ada simpanan emak minta sebab nak tolong abang.

Masalah kakak bertambah berat bila anak kakak yang sebaya dengan adik bongsu membesar. Mereka sentiasa berg4duh. Emak pulak sentiasa menangkan anak bongsu kesayangannya. Kerana tak tahan bising, kakak beli rumah lain dan pindah.

Tapi hubungan saud4ra tak putvs selang tak beberapa tahun anak kakak meninggaI dunia kerana s4kit. Kami pujuk kakak balik duduk rumah emak semula. Tapi kakak tak tahan dengan per4ngai adik bongsu kesayangan emak, sudahlah SPM h4ncur minta emak belikan motosikal.

Baru sebulan pakai h4ncur sebab berIanggar. Nasib tak m4ti. Lepas tu dia pujuk emak lagi belikan motor baru RXZ. Kerana sayang emak belikan. Kerana tak tahan tanggung duit petrol, emak minta abang lain carikan kerja.

Ingatkan kalau dah kerja bolehlah tanggung diri sendiri, maIangnya emak jugak yang kena pau. Nama aja bekerja, minyak motor, duit poket, makan minum di rumah emak yang terp4ksa tanggung. Bila dapat gaji tak balik, kalaupun bagi emak sedikit, tapi dia ambil semula.

Katanya dia kerja penat – penat buat apa bagi kat emak! Bekerja pun selalu dapat surat amaran sebab datang lewat. Dalam pada tu nak kahwin lak, sekali lagi duit emak habis buat kenduri, bagi hantaran RM5,000, beli cincin dan sebagainya, semuanya kerana terlalu sayangkan anak, emak ikutkan kehendaknya.

Kami ingat dah kahwin tak susahkan emak lagi, tapi setiap minggu datang minta duit kat emak, sorok – sorok emak bagi jugak. Nak jadikan cerita tak sampai setahun kahwin dapat surat kena buang kerja kerana selalu datang lewat dan ponteng.

Bertambah beban emak. Lebih merisaukan kami, seorang lepas seorang lagi anak emak pindah duduk rumah emak, kami yang single terp4ksa keluar. Abang balik bersama anak – anak dan isterinya, tentulah bermasalah, bukan seorang anak abang, tapi tiga orang.

Mereka pulang bawa masalah masing – masing. Ada yang dah tak bekerja, dan yang seorang ni kerana d4dah. Habis tu kami yang perempuan yang belum kahwin inilah kena tanggung. Dah tu tak makan nasihat pulak. Bila dinasihat dituduhnya kita masuk campur masalah dia.

Tapi bila kena tahan polis kena masuk pusat serenti siapa yang susah, kami juga emak harapkan membantu. Ada anak lelaki, tetapi yang perempuan juga yang disuruh tolong selesaikan masalahnya, yang lelaki lepas tangan.

Kerana susah tak dapat kerja, emak suruh dia ikut lori kelapa sawit, tapi tak tahan sampai demam, mana nak kuat kerja kalau dah men4gih. Bila tak dapat terus lembek! Banyak duit emak habis ubatkan dia tapi tak pernah berjaya, hingga akhir hayat emak dia berusaha nak ubatkan tapi gagal.

Isterinya pulak minta cerai sebab dia menagih, anaknya diberikan pada orang, kami minta tak dibaginya. Kadang – kadang saya tak tahu apalah nasib emak sudahlah susah sejak muda membesarkan anak yang ramai, tetapi yang lelakinya membawa masalah kepada keluarga, kecuali seorang abang Hamdan yang benar – benar bantu emak tapi abang sulung pulak tak sukakan dia.

Abah punyalah sayangkan abang sulung sanggup pergi kerja kayuh basikal, sudahkan kerja kontrak buat bangunan, anak dibagi motor kerjanya bawa lori, tapi masih salahkan abah konon tak uruskan anak – anak, sedangkan dia sendiri selalu pinjam duit emak.

Saya sebenarnya tak tahu siapa yang sebenarnya bersalah, adakah anak – anak yang terlalu dimanja hingga mereka tidak diberikan kesed4ran tentang realiti kehidupan. Tapi anak – anak perempuan pulak diajar membantu keluarga, apakah anak lelaki tak perlu tolong emak ayah, sebaliknya emak ayah yang kena tolong mereka?

Nama aja duduk rumah berasing, tapi selalu minta bantuan emak, sewa rumah tak bayar pun cari emak. Bila tak tahan emak terp4ksa buatkan rumah untuk mereka di tanah emak. Sudahlah tanah dapat percuma, rumah pun percuma tak keluar duit sesen pun.

Sudahlah dia dibantu, dengki pulak tu, dia tak suka emak tolong adik beradik lain, masa kakak beli kereta proton iswara difitnahnya akak beli kereta sebab jual tanah abah kat kampung. Sedangkan emak dan abah tak keluar duit sesen pun, kakak yang kerja berhempas pulas kumpul duit sendiri untuk kegunaan keluarga.

Kerana dengkinya pada kakak, isteri abang sulung sanggup ketuk rumah kakak sebab tak puas hati nak tanya betul ke geran tanah mak dah tukar nama kakak? Puncanya sebelum itu abang sulung pernah pujuk emak nak bawa mak pergi pejabat tanah kat KS nak tukarkan nama abang dalam geran tanah tersebut.

Mulanya memang mak nak ikut, tapi abah larang kata abah, kalau anak lelaki hidup susah dan merempat mereka boleh tidur kat masjid, tapi kalau perempuan kat mana mereka nak tumpang berteduh? Mungkin sebab tulah isterinya marah sangat kat abah, sampai dia sanggup kata ayah orang tua tak berotak.

Tapi dia tak tahu tanah ayah dan emak yang tak seberapa itu dah diserahkan kepada abang yang lebih kecil lagi, walaupun dia masih muda tetapi dia amat bertanggungjawab kepada keluarga. Cuma dia seorang saja anak lelaki emak dan abah yang sanggup membantu keluarga bila dalam kesusahan, bukan macam 5 orang yang lain, menyusahkan emak abah adalah.

Walaupun anak perempuan tak bawa masalah, tetapi ada seorang yang teruk sikit per4ngainya, Sahidah namanya bila nak kahwin tak boleh sabar – sabar, pilihannya pulak lelaki yang tak bekerja, tentulah menyusahkan diri sendiri.

Hidup nak makan juga bukan boleh selesai dengan cinta. Sudahlah mas kahwin hutang, hantaran pun tak ada, dia datang bawa badan aja. Emak bapak si lelaki tak ambil peduli langsung. Akhirnya kami tengok dia jadi h4mba kepada suami, dia kerja tanggung suami.

Masa nak bersalin, bil hospital abah yang kena tanggung, suaminya tak tunjuk muka langsung. Keluar hospital kami bawa pulang ke rumah emak, makan minum emak siapkan, bila suami dia datang dia boleh bangun siapkan makanan suaminya. Pelik – pelik!

Lagi meny4kitkan mata, dahlah suaminya tak bekerja, masa nak ambil duit gaji dia bagi kad pada suaminya cocok keluarkan duit. Dia suruh keluarkan sikit, tapi suaminya marah dia tak ada masa nak datang selalu, dia akan keluarkan semuanya.

Terk3jut kami. Bila kami nasihatkan Shahidah supaya lebih berhati – hati dan kenalah simpan duit sendiri, dia marah kami balik katanya ”kau orang semua suka aku bercerai berai ke? Biarlah aku tangguang dia tapi aku tak mahu bercerai”.

Akhirnya emak meninggaI dunia dalam perasaan penuh rasa kecewa dengan per4ngai anak – anak lelaki yang langsung tidak bertimbang rasa, emak harapkan anak lelaki membantu dia sebaliknya lebih banyak menyusahkan.

Abah pasrah dan mengharapkan sisa – sisa hidupnya biarlah dihabiskan dengan hati yang tenang. Kami nasihatkan abah supaya jangan lagi memberi muka kepada mereka yang membawa masalah, biarlah mereka selesaikan masalah mereka sendiri, kalau anak – anaknya tak makan biar dia berusaha jangan dibantu, mereka bukan kanak – kanak malah dah tua dan mungkin akan jadi datuk tak lama lagi.

Begitu juga dengan anak bongsu ayah, walaupun kami berusaha melepaskan dia dari lokap, bukan ucapan terima kasih yang kami terima sebaliknya kami dimarah semula. Saya kesian dengan abah, dia terp4ksa menghabiskan sisa – sisa hidupnya dalam keseorangan dan kesedihan yang amat sangat, anak – anak lelaki yang diharap menjadi penjaganya kini membawa masalah dalam hidupnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.