
Bapak aku ni pantang nampak dahi licin mulalah nak kahwin. Bini baru dia tu kononnya orang susah, lepas kahwin dengan bapak, rumah kat kampung dah macam istana. Dia takut sangat harta bapak jatuh kat anak – anak lain. Selalu kalau kami datang cucu – cucu akan dapat RM100 sorang, sekarang dapat dapat RM30 je..
#Foto sekadar hiasan. Sebenarnya aku tak nak percaya sangat yang ibu tiri tu jahat. Tapi bila ayah aku kawen untuk kali ke-4, baru aku percaya. Bapak aku kahwin cerai sampai ke perkahwinan yang ke-4. Mak aku bekas isteri ke-2.
Dengan bekas isteri pertama dapat 1 anak. Kakak aku lah kiranya tu. Dengan mak aku dapat 3 orang anak. Bekas bini ke-3 pulak dapat 1 anak. Dengan perempuan yang last ni dapat sepasang anak. Umur anak dia dengan bini ke-4 ni lebih kurang saja dengan umur anak aku.
Sebab umur bini dia tu pun lebih kurang saja dengan kakak aku. Gatal kan bapak aku. Haha. Bapak aku memang romeo. Pantang nampak dahi licin masa muda. Mudah sangat jatuh hati. Paling best sebab dia dah mula berharta.
Masa perkahwinan dengan mak aku, hidup sederhana saja. Mak aku dah beranak 3, mestilah shape anak d4ra tu dah kurang sikit. Mulalah bapak aku beralih selera. Macam tu lah kitarannya sampai dapat bini ke-4 ni. Bapak aku baik la dengan mak aku tapi tak de jodohkan.
Redhalah mak aku terima takdir hidupnya. Dipendekkan cerita, mak tiri aku ni anak d4ra tua sebab dah berumur sikit masa kawen dengan ayah aku. Dia berasal dari keluarga yang sangat susah. Jadi, bapak aku macam kesian la kt minah ni.
Konon – konon ikhlas la nak bantu dia dan keluarganya. Hebat kan bapak aku sebab sepanjang aku dan adik beradik aku sekolah, tersangatlah culas memberi nafkah pada kami ni anak – anak dia. Sampai mak aku terp4ksa turun naik mahkamah minta bapak aku settlekan bayaran nafkah.
Sia – sia saja mak aku f1ght, dia buat b0doh saja. Kadang – kadang saja dia kasi. Tak konsisten pemberian dia. Pun begitu mak aku tetap baik. Selalu nasihatkan bapak aku. Mak aku cakap, buruk baik dia tetap bapak kitaorang. Hurmmmm…
Ok, sambung part bila bapak aku dah kahwin dengan bini muda dia. Perlahan – lahan kehidupan bapak aku berubah. Dapat lagiIah sepasang anak. Anak dengan bekas bini dah ada 5 orang. Dengan bini baru tambah lagi sepasang.
Total 7 orang dari 4 hasil perkahwinan. Ye lah, j0doh ajaI m4ut semua dengan izin Allah kan. Aku tak marah pun bapak aku kahwin lain. Memang bagus, sekurangnya adalah orang nak jaga makan minim, s4kit pening dia. Tapi yang aku marah bila bapak aku tak adil langsung dengan anak – anak lain.
Dulu selalu ajak anak – anak lain datang rumah dia tapi bila anak dia dengan bini muda dah meningkat remaja, hubungan kami sem4kin renggang. Sedangkan dulu waktu aku melahirkan anak aku iaitu cucu dia. Kerap datang rumah aku jenguk cucu – cucu.
Sebenarnya Allah tu maha hebat. Selama ni aku tak tau pun bini bapak aku tu cemburu dengan layanan bapak aku pada anak – anak lain. Kuasa Allah, satu hari kakak aku (anak dengan bekas isteri pertama) hubungi aku.
Bagitau yang mak tiri ada call dia. Bagitau dia yang bapak aku bukan main rapat lagi dengan aku. Siap salam cium pipi dengan aku. Jadi, dia mintak kakak aku hati – hati dan cuba menangkan hati bapak aku lebih dari aku.
Dari situ dah nampak kan per4ngai sy4itooonirajimmmm dia kan! Jahat betul perempuan tu. Dia lupa diri yang dia kahwin dengan duda anak lima. Bukan bujang! Dia sentiasa fake depan aku. Bapak aku memang kaya korang tapi kedekut giIer dengan anak – anak yang lain.
Yang dia jaga, bagi makan sedap – sedap, pakaian cantik – cantik, percutian luar negara setahun dua kali ialah pada bini muda dan anak dia yang sepasang tu. Sump4h tak adil!! Bini dia siap shoping macam mak datin hokey.
Beli handbag tu wajib bila pergi oversea. LV, Fendi, Burberry, Prada sume dia suruh bapak aku belikan. Bapak aku dengan rela swipe la kad kreadit dia. Kaya kan… apa ada hal!! Anak sulung dia lebih 3 tahun tua dari anak aku.
Untung weiiii dapat pakai LV umur 15 tahun. Lepas shopping sakan, wajib la dia tepek kt FB dia. Nak bagitau yang dia baru beli handbag jenama mewah pada kawan – kawan tempat kerja dia. Bapak aku beli kondo di Ibu Kota, dia yang acah – acah posing pegang kunci rumah baru. Siap mention rumah baru.
Aku tak berkudis pun kalau dia menikm4ti kekayaan bapak aku dengan syarat jangan halang kasih sayang antara aku dan adik beradik yang lain dengan bapak aku. Dia kalau aku call bapak aku, memang dia tak akan tolong jawabkan pun.
Ko call la sampai meIetup hp ko, memang dia pakat dengan anak – anak dia jangan jawabkan. Bayangkan kalau ada em3rgency, dia peduli apa! Bila hantar whatsapp pun, dia anak beranak akan seen dulu. Silap – silap bapak aku tak tau langsung aku atau adik beradik yang lain hantar whatsapp.
M4kin lama m4kin tamak haloba bini bapak aku ni. Dah m4kin lama m4kin bapak aku tak nampak anak – anak yang lain. Dia sangat tamak dan takut harta bapak aku pergi kepada kami adik beradik. Bila datang rumah bapak aku pun.. dia memang acuh tak acuh pun nak layan kami adik beradik.
Dia buat – buat sibuk. Aku benci per4ngai fake giIer dia. Bayangkan dulu hari raya memang bapak aku kasi anak aku atau cucu – cucu dia duit raya rm100 seorang. Dengan bertambahnya kekayaan bapak aku, bini dia sem4kin dirasuk s3tan. Tamak nak mamp0s.
Sekarang tiap kali raya cuma kasi RM30 seorang / setahun. Dah dia tak suka kan kami datang rumah dia. Jadi hari raya Aidifitri saja lah dapat bersua muka dalam penuh kepura – puraan. Sump4h aku benci kat dia dan anak – anak dia. Dia tamak giIer.
Aku tak heran pun kalau dia hidup mewah dalam tangan bapak aku. Tapi aku s4kit hati bila dia halang hubungan anak dan ayah. Tak takut d0sa langsung. Tapi dia punye fake, bukan main lagi upload quote tentang agama.
Aku tau banyak dia dah bolot harta bapak aku. Rumah mak dia yang macam nak r0boh dulu kt kampung dia.. dah macam istana sekarang. Bapak aku lah yang sumbang semua tu. Sampai sekarang tak ambik tau kehidupan anak yang kurang kemampuan.
Tapi anak jantan dalam tangan dia dibelikan kereta. Masuk pun universiti swasta. Sump4h aku benci bapak yang tak adil dan mak tiri yang jahat, tamak dan tak sedar diri hakik4t dia beekongsi laki dia dangan anak – anak tiri.
Dia perasan dia kahwin dengan lelaki bujang. Kalau dia sedar diri, dia sendiri mainkan peranan sebagai ibu tiri. Ajak anak – anak lain berkumpul bila birthday bapak aku ke. Dia yang akan suruh bapak aku jemput kami adik beradik berkumpul untuk eratkan silaturahim.
Tapi tak.. dia yang berusaha untuk memutvskan silaturahim antara kami anak – anak dan bapak sendiri. Aku dah penat. Sebagai anak hanya doa yang mampu aku titipkan buat bapak yang aku sayangi satu masa dulu. Aku pernah nikm4ti kasih sayang seorang ayah dari lahir sampai umur tujuh tahun sahaja.
Lepas bapak aku bercerai dengan mak aku.. lenyap terus kasih seorang ayah untuk diri ini dan adik beradik aku yang lain. Kepada perempuan di luar sana, kalau korang berj0doh dengan duda.. tolonglah jangan TAMAK.
Keharmonian boleh dipupuk jika kita belajar hormat HAK orang lain dan SEDAR DIRI yang kita berkongsi hidup di dunia ni. Masalah yang dicipta oleh orang tua.. tapi akhirnya nanti, anak juga yang akan dipersalahkan. Anak derh4ka la.
Tapi tengoklah betapa h4ncurnya hati anak bila bapak tidak menjalankan tanggungjawab. Tak semua ibu tiri tu JAHAT macam mak tiri aku ye. Ada saja kawan aku yang dapat mak tiri baik sangat. Ini hanyalah sebahagian dari kisah benar kehiduapan. – LA (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Cik Ros : Fikir perasaan s4kit hati sampai m4ti la tak tenang. Kau dah berumahtangga ada anak suami, fokus je la life sendiri. Life bapak kau tu pandai – pandai ler dia uruskan dengan anak – anak kecik dia yang sebaya anak kau tu.
Harta tu tak ke mana pun. Bapa kau m4ti boleh faraid tuntut harta. Melainkan bapak kau hibah siap – siap atas mak bini ke-4 dia. Tu pun boleh dic4bar dengan faraid kalau ada bukti la. Mak kau pun kawen dengan duda juga dulu.
Takde pun kakak kau dari wife pertama mer0yan. Dan isteri ke-4 bapak kau tu kerja ke tak? Kadang – kadang andartu ni dia dah stabil life dia. Tak kawen pun dia dah ada semua. Tak semestinya dia kikis harta bapak kau.
Dia bukan perempuan 20-an pun. Kau jumpa bapa kau pun setahun sekali time raya je. Mana kau ada bukti semua pasal isteri ke-4 bapa kau bolot semua harta. Ntah – ntah kos sara diri duit dia sendiri.
Pelangi Indah : Bila dah bercerai jarang bapak nak ingat anak dengan bekas isteri dulu. Dia pun dah sibuk ngan family baru dan anak – anak dengan bini muda. Sedangkan tak kahwin banyak pun susah nak fokus pada anak – anak. Kes macam biasa je kita tengok. Biar je la ko pun dah dewasa teruskan kehidupan ko tak yah serabut.
Kak Yong Lipat Baju : Kalau bapak betol sayang awak orang halang pon dia akan jumpe awak jugak tak pon dia sendiri mesej atau call dulu. Masalahnya ayah awak pon sendiri tak heran pon dengan awak. Mak tiri tu cuma nasi tambah je. Kalau saya orang taknak kita takyahla terhegeh – hegeh sangat. Ke awak nak beg Prada jugak. Bolehkn usaha sendiri da besarkan taktaula kot nak sp0nsor gak baru puas.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.