
Aku ingat lagi gaji bulan pertama aku dapat RM400 je, aku dengan seronok bagi mak RM100. Sekali mak aku gelak dan perIi – perIi. Sebab dia pernah letak syarat kalau dah kerja nanti kena bagi mak paling sikit RM 300. Tapi sekarang aku terp4ksa berhenti kerja sebab tengah mengandung..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt pembaca semua. Aku seorang perempuan, anak kedua daripada lima beradik, baru berkahwin setahun lebih, dan kini mengandung 7 bulan. InsyaaAllah aku akan melahirkan anak pertama kami beberapa bulan lagi.
Alhamdulillah suami aku bertanggungjawab orangnya, ambil berat hal rumahtangga, tolong buat kerja rumah dan masa mengandung ni memang boleh dikatakan dia lebih banyak selesaikan kerja rumah berbanding aku.
Aku hanya buat mana yang mampu dan focus pada tugas memasak. Sepanjang kehamilan ni aku akui banyak sangat masalah yang aku hadapi. Kehamilan alhamdulillah okay, cuma aku ada GDM (kencing manis masa mengandung) yang buat rasa str3ss sikit masa mula – mula dulu.
Tapi lama kelamaan dah pandai sikit kawal pengambilan makanan untuk control kandungan gula dalam d4rah. Suami pun rajin baca info tentang pemakanan ketika hamil dan sebagainya, dan dia yang rajin beli sayur atau buah – buahan yang sesuai berdasarkan pembacaan dia.
Tapi masalah yang aku maksudkan ialah masalah lain. Sebelum dapat tahu aku hamil, aku dah buat keputvsan untuk berhenti kerja kerja sebelum ni (kerja permanent position) sebab dah tak boleh tahan dengan cara bekerja dan diakui agak str3ss sebab setiap hari aku stayback (ok mungkin sebab aku yang tak efficient, bukan salah kerja tu, so aku lah yang kena berundur diri cari kerja lain kan?)
Masa tu aku plan untuk join kerja lain yang lebih fIexible tapi berkonsepkan sales, yang mana aku kena buat sales dan income aku berdasarkan berapa banyak aku berjaya close sales. Masa tu aku yakin dan terus decide selepas discuss dengan suami.
Tapi semuanya tak semudah yang disangka. Mula dengan promot dekat kawan – kawan untuk cuba buat sales, hasilnya daripada 20 orang kawan yang aku ada, dalam 6 orang setuju, 5 orang politely rejected, dan yang lagi 9 orang terus dah tak nak kawan aku hahaha.
Kelakar juga, macam moment of truth yang mana kau boleh tahu mana kawan dan mana kenalan, walhal selama ni kau macam perasan sorang – sorang kau ada ramai kawan. Ada juga yang kata, dah nak menjual baru nak cari kawan, kalau tak, takde nak tegur atau message.
Pelik juga aku, kalau hari biasa takde apa – apa benda kemudian tetiba message tanya khabar mesti diorang pun berkemungkinan rasa aneh dan tanya kat aku message ada sebab apa, kan? Halah halah, kelakar rasa.
Ada sikit nasihat aku kat korang pembaca di luar sana, kalau ada kawan korang approach untuk jual apa – apa product dan sebagainya, cuba bagi peluang dia explain sikit dulu. Kalau tak berminat, takde orang marah pun kalau kau decline dia baik – baik.
Tapi jangan la perIi seolah dia mengemis wang ringgit darimu secara percuma. Ingatlah, dia pun sedang bekerja macam kau juga, berusaha nak cari rezeki macam kau juga, cuma bezanya jenis pekerjaan. Mungkin kerja kita 9am-6pm ada pvnch card, ada basic salary, kerja sungguh ke tak sungguh ke, gaji tetap jalan.
Kalau orang – orang sales ni lain sikit, kerja sungguh belum tentu lagi dapat hasil on the sp0t, and kalau tak sungguh memang confirm tak dapat apooo. Let’s just try to respect kerja orang juga. Bukan judge lepas tu c0nd3mn, ok?
Okay back to the point, pasal masalah. Yes, sangat susah. Apa yang aku plan tak menjadi, semangat yang mulanya berkobar makin hilang dan hasil pun belum lagi nampak sepenuhnya. Simpanan bukan banyak pun, tapi ada standby cukup untuk 6 bulan.
Masa berlalu, simpanan pun berkurang sebab komitmen masih kena bayar (car loan, ptptn etc) dan lama kelamaan jadi str3ss. Mak aku pun ada persoalkan kenapa dah kahwin macam m4kin miskin (ya mak aku memang guna word tu kat aku) sebab dulu masa bujang aku boleh bagi RM500 sebulan kat mak aku, sebab dia pernah letak syarat kalau dah kerja nanti kena bagi mak paling sikit RM 300.
Pernah masa mula – mula kerja gaji bulan pertama RM400 je sebab pro-rated aku mula kerja tu dah minggu terakhir dalam bulan tersebut. Aku pun happy la bagi gaji pertama RM100 kat mak, sebab fikir nak guna duit untuk sewa bilik dan public transport dan duit makan masa tu.
Duduk KL katakan, tapi miskin haha. Then masa aku bagi RM100 tu, mak aku gelak dan perIi – perIi. Tak, bukan gurau punya gelak. Memang makan dalam sangat kata – kata beliau. Mungkin aku terlalu sensitif? Ah kau judge lah ikut suka kau, kalau kau kat tempat aku pun aku sure kau sentap kena perIi dan ditertawakan disaat kau gembira berkongsi gaji pertama dengan mak tersayang.
Lepas pada tu aku nekad. Aku tak nak kena perIi lagi. Aku nekad sediakan RM300 setiap bulan. Bila aku dapat kerja lain mak aku akan sentiasa ambil tahu berapa gaji aku dan masuk gaji berapa haribulan. Kalau lewat sikit transfer, bersedialah terima reminder kat whatsapp “Hai, bulan ni takde bagi mak ke? Gaji semalam kan? “ ya allah aku bersyukur mak aku sangat ambil berat.. tentang gaji aku.
Maka bila dia tahu gaji kerja baru ada kenaikan, atau yearly ada increment, dia akan insist untuk tahu, dan akhirnya dia akan buat kesimpulan “maksudnya boleh bagi mak lebih la kan,” Patutkah kita berkata, “oh tidak this is my hard earned money, mak tetap dapat RM 300 sahaja?” Tak, kan.
Maka akhirnya aku bagi RM 500 sebulan sepanjang aku bujang. Bila kahwin, okay semua aku kena sediakan. Duit hantaran dari pihak lelaki memang full bagi kat mak dan aku kena juga topup sikit – sikit untuk cukupkan mana yang perlu mengikut kehendak mak.
Sampaikan masa tu aku fikir betul ke aku nak kawin ni, nampak gaya kang aku struggIe nak kumpul duit semula lepas kahwin sebab savings dah banyak guna masa kahwin. Tapi mungkin Allah bantu, syukur masih tenang lagi lepas kawin.
Simpanan tu takde lah sampai habis terus, ada lah tinggal sikit dalam 3 digit :’) Masa bujang juga, aku ada banyak pinjaman. Mak aku suruh beli peti ais baru, tv baru, almari baru dekat courts mammoth sebab masa tu aku tak mampu nak bayar cash untuk beli semua barang tu.
Dan kata beliau, aku ni dah kerja nak dekat 3 tahun (waktu tu) tapi saaaaaatu benda pun tak pernah beli untuk rumah tu. Laaaa, aku ingat tugas kita sebagai anak bagi duit bulanan je kat mak, sebab aku pun duduk rumah sewa, tak sangka rupanya kita ada tanggungjawab beli perabot tu jugak.
Masa tu aku ralat la, rasa macam anak tak guna dan aku terngiang – ngiang kata – kata mak aku tu. Lagi – lagi part saaaatu benda pun tak pernah beli. Ya, part satu tu memang panjang dalam 5 harkat, nampak tak betapa mak aku tekankan aku punya level tak guna tu?
Hujung minggu tu aku terus bawa mak aku ke courts mammoth, beli barang secara installment, interest dia sumpah tinggi giIa, mencanak macam nak putvs nyawa tapi masa tu aku tak fikir apa dah, aku teruskan je.
Maka bergelumanglah aku dengan hutang courts bertahun, yang mana kau terskip even satu bulan pun kau hadaplah akibatnya, dapat SMS dalam capslock, ayat yang kurang ajar dan mengugvt macam – macam. Disebabkan kita sedar kita berhutang, apa lagi yang kita mampu buat selain bersabar dan redha, kan.
Setelah 5 tahun akhirnya aku habis bayar courts maut tu, i mean courts mammoth. Lega tak boleh nak habaq, memang rasa macam terbang ke awan (okay, over). Selepas episod courts tamat, aku di pujuk lagi oleh mak untuk buat loan untuk motor, bagi kegunaan adik aku yang second last.
Okay aku faham lah sebab adik – adik masa tu semua memang tengah study. Mak kata, bayar bulan nanti kongsi – kongsi la, dia RM100, aku RM150. Aku pun setuju je la walaupun masa tu kau ada plan nak guna duit untuk benda lain ke apa, kisah pulak sesiapa dengan plan kau, tak gitu?
Kalau aku guna alasan ada komitmen lain, hah hadap lah ceramah free, “komitmen apanya kau bukan dah kawin ataupun ada anak, mak dengan ayah ni anak 5 lagi banyak komitmen bla bla.” Ok fine, malas nak berdebat, kita ikutkan saja sebab kita kan anak dan menggembirakan ibu bapa tu sesuatu yang mulia, betul?
Jadi aku pun teruskan dengan loan. Ingat tak deal bayar kongsi – kongsi? Okay and ingat tak monthly aku bagi mak RM500? Okay lepas aku bagi mak duit, dia akan guna RM100 dari duit tu untuk bayar duit motor.
And aku kena topup RM150 untuk portion aku. Maka instead of RM500, aku bagi RM650 :’) Tak lah, bukan berkira. Cuma rasa macam kena game lol just kidding haha. Pendek kata, actually loan tu tak kongsi pun sangat, itu jadi tanggungjawab aku.
Sebab lepas a few months mak aku kata bagi dia RM400 je sebab RM100 tu untuk duit motor. Okay mak :’) Lepas kahwin, serius banyakkan kita nak guna duit. Memang la suami lebih bertanggungjawab bab duit tapi kita sendiri ada komitment dan ada benda yang aku ok je nak kongsi beban dengan suami untuk sementara waktu sbb kitorang baru nak mula hidup baru, nak setup rumah, beli barang rumah dan sebagainya.
Jadi masa tu aku terp4ksa kurangkan sikit duit yang bagi kat mak sebab nak selesaikan urusan hidup baru dulu. Kemudian mak pun bagi ayat sentap. Masa mak tanya kenapa dah kawin m4kin miskin, aku sedih la sebab pertama sekali, aku tak nak dia ada pandangan apa – apa pasal suami aku.
Suami aku baik je cuma aku tak sampai hati kalau biarkan dia keluarkan duit sorang – sorang. Str3ss juga masa tu, aku cakap kat mak, ada banyak benda nak selesaikan dulu. Then mak kata, “takpelah, nanti mak cari lah duit sendiri, mak tak akan kacau kau lagi kalau nak duit. Doakan tuIang 4 ker4t mak ni kuat dah tua – tua pun kena cari duit sendiri,” sedangkan tak ada siapa pun cakap yang dia kena kerja. Hmmm.
Masa tu tak tau nak respond apa sebab agak penat dah bila orang asyik guna modal perIi / sentap untuk dapatkan sesuatu, sejak dari aku muda sampai dah berumahtangga, sampai dekat satu p0int aku terbaca pasal narc1ssist parent dan aku terasa ehh ni macam mak aku (lepas tu aku istighfar la).
Sekarang ni mak dah slow down, tak perIi lagi pasal duit, mungkin dia lebih redha dengan apa yang dia dapat. Adik – adik aku pun dah habis study dan mula bekerja. Mungkin tu salah satu faktor juga yang buat keadaan lebih tenang.
Tapi untuk kerja yang aku buat, entahlah. Ada masanya rasa macam adakah ini sebab tak berkat? Adakah mak aku tak redha aku kerja buat sales and dia prefer kerja aku yang dulu? (dulu kerja bank, orang tua suka la sebab senang nak ingat and nak cerita kalau orang tanya anak kerja apa, maybe. Dan income pun stable)
Aku sangat susah nak close sales sekarang, kerja dari pagi sampai petang pun belum tentu mendatangkan hasil. Kadang ter compare juga dengan orang lain yang nampak mudah je semuanya. Bila borak dengan diorang, mostly kata family is their main motivation.
Buat aku terfikir, adakah aku tak ikhlas dengan family aku macam diorang? Adakah aku dah menyusahkan suami sebab aku dah kehabisan savings and income baru susah nak masuk? Ada kalanya aku memang pinjam dari kawan rapat, yang subhanallah baik sangat boleh bagi pinjam walaupun aku kata aku tak sure boleh bayar bila.
Tapi tak bagitau husband aku sebab taknak dia str3ss dengan keadaan aku yang takde duit. Lagipun nowadays semua dia yang bayar. Sewa rumah, barang dapur, duit belanja aku, duit untuk beli barang baby, dan sebagainya.
Ada juga aku buat Tahajjud, Dhuha, sunat Taubat, amalkan al-waqiah etc tapi aku masih rasa sukar. Adakah memang sebab hati aku penuh dend4m atau amarah? Adakah aku tak menjaga hubungan dengan ibu bapa, dan orang sekeliIing?
Adakah aku masih considered as fake walau sedalam mana aku cuba ikhlaskan hati? Dulu aku dapat bayar zakat setiap bulan tapi sekarang, zakat pun aku sanggup nak stop sebab struggIe, tak bagus kan? Adakah aku lupa kalau kita bersedekah rezeki kita takkan sempit?
Tapi dalam kes ni, setelah sempit baru aku stop.. Camne niiii aku serba salahh (eleh dah buat salah tak bayar zakat masih lagi nak pert4hankan diri sendiri. Apooo) Entahlah.. Aku letih sangat. Banyak hari aku nangis before tertidur (tapi skill nangis secara silent aku ni sangat power sampai suami tak kan notice bini kat sebeIah tengah berjujuran air mata hahaha) nangis masa mandi jangan cakap lah, itu kan me time paling mujarab .
Aku rasa aku menyusahkan orang, banyak orang. Aku berdoa kepada Allah, kalau takdir aku akan terus macam ni, kalau aku akan terus ada masalah duit sampai ke tua, kalau aku akan terus menyusahkan orang dan pinjam sana sini sebab tak cukup duit sokmo.
Aku harap untuk sekali, Allah permudahkan urusan rezeki aku supaya aku dapat bayar hutang semua before aku bersalin, dan aku nak Allah ambik aku sekali masa bersalin nanti. Aku tau aku tak bagus lagi sebagai manusia, tapi aku dah letih dan aku m4kin lama rasa yang aku ni tak pandai nak hidup.
Sebenarnya banyak lagi masalah yang aku nak share tapi nanti jadi sinetron pulak, so aku cerita sikit je. Hehe. Aku harap Allah ampunkan d0sa suami, ibu bapa, adik beradik dan kawan – kawan aku.
Semoga Allah permudahkan urusan mereka, Iipat gandakan rezeki mereka untuk setiap duit yang suami aku belanjakan untuk kami sekeluarga / duit yang mak ayah pernah belanjakan untuk aku dan adik beradik atau duit yang kawan – kawan pernah pinjamkan kepada aku ketika aku susah.
Syukur untuk semua pinjaman daripada kawan – kawan yang aku pernah dapat dan dah bayar semula. Aku harap Allah izinkan aku untuk dapat rezeki untuk bayar hutang mereka yang belum dapat aku langsaikan. Aamiin YRA.
Aku harap semuanya selesai sebelum aku bersalin, dan semoga Allah ambil aku kembali ketika bersalin nanti, sebab aku tak pandai hidup. Tolong doakan Allah akan ampunkan aku, mungkin doa korang semua lebih mujarab. Semoga Allah permudahkan urusan korang semua. InsyaaAllah. – H4mba (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Eita Arif : Aku anggap ini ujian Allah buat aku. Aku redha setelah aku usaha. Aku percaya Allah beri yang terbaik untuk aku. Aku dah buat semua macam yang zulaikha cakap still sama jadi aku redha je. Aku harap zulaikha pun sama.
Syuhada Mastafar : Semoga dipermudahkan sis… Bidang sale pun macam – macam cabang. Ada yang sangat susah ada yang senang dapat sale. Apa pun moga puan akan dapat yang terbaik. Insyaallah setiap usaha ada hasilnya kan.. Doakan yang baik – baik untuk ibu puan juga. Semoga dipermudahkan
Nur Tra : Semoga kita dijauhkan dengan menjadi ibu bapa yang rasa they ‘own’ their children. Ingat anak ni amanah Allah untuk kita. Anak bukan milik kita. Kita yang bertanggungjawab membesarkan mereka, bagi pakai makan dan minum.
Bukan bila mereka besar kita fikir mereka wajib membaIas jasa kita. Kepada confessor, ni mungkin ujian untuk confessor. Just berhenti salahkan diri, rasa tak cukup sebab itu sebab ini. It is not your fault. Ini cuma ujian untuk Allah tingkatkan iman dan darjat confessor.
Just do whatever you should do. Teruskan buat apa yang baik jangan berhenti. Cuma ingat berbuat baik lah berpada – pada. Jangan sampai menzaIimi diri sendiri. Allah tak suka. Redha kan hati dengan ujian ni. Allah tahu hati kita. Semoga Allah permudahkan urusan confessor.
Sainnah Sawon : Moral story. Sekarang anak yang berIumba – Iumba jadi anak – anak yang baik tak di cap anak derh4ka. Sebaliknye mak pulak yang derhaka pada anak – anak. Jangan kita sebagai mak bulat – bulat ikut jer kemahuan kita. Ingat mereka pon ada kehidupan.
Farida Eeda Mekganu : Alhamdulillah anak makcik ada 2 orang dah kerja. Sorang dalam bidang perubatan dan sorang lagi dalam aviation. Tapi makcik tak pernah mintak duit dengan diorang. Biar diorang sendiri rasa nak bagi berapa banyak kat makcik. Terima aje dengan syukur!! Kalau diorang taknak bagi pun takpe. Makcik tak kisah asalkn diorg bahagia!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.