Mak aku pentingkan diri, dia suruh bapak cerai dengan madu dia dan gugurkan kandungan

Aku tak sangka bapak berani bawak perempuan tu balik rumah. Alasan bapak, mereka dah kahwin sebab terIanjur. Aku tak nak mak dan bapak bercerai, aku minta mak redha je terima madu. Masalahnya mak lari dari rumah bawa beg besar. Bila aku call mak, aku terk3jut dengar permintaan giIa dia..

#Foto sekadar hiasan. Sepandai – pandai tupai meIompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Tergamaknya bapak buat mak macam ni. Sampai hati bapak, sanggup kecewakan dan Iukakan hati mak. Macam mana kami adik beradik nak bagitahu mak yang bapak dah kahwin lain?

Kami adik beradik tak sanggup nak Iukakan hati mak. Senang jer bapak cakap, bapak kahwin dgn pompuan tu sebab dah terIanjur. Mereka kahwin kat siam dan sejak itu bapak dah banyak berubah. Bapak bukan bapak yang aku kenali dulu.

Ya Allah, dugaan apa kali ni untuk mak aku? Mak aku dah cukup tersiksa selama ni, bapak pula buat per4ngai. Dah la mak aku yang tanggung semua, senang cakap bapak aku bukan bapak yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak – anak.

Duit bapak semua habis mungkin bagi kat bini baru. Patutla bapak memanjang takde duit, tuhan dah tunjukkan segala – galanya kepada kami. Semua soalan yang belum terjawab, sudah terjawab semalam. Ni citer sebenarnya macam mana bapak boleh kant0i.

Mak bapak aku di negeri P. Rumah kat sana yang tinggal mak bapak, adik no 3 (perempuan) dan adik bongsu lelaki. Yang perempuan umur 20 tahun, sekarang dah bekerja. Adik lelaki aku plak baru tingkatan 2. Aku merupakan anak yang sulung, dah kahwin dan anak nak masuk 3 orang.

Sekarang tengah mengandung 8 minggu. Adik no 2 perempuan dah kahwin, anak sorang. Hari Jumaat mak pergi rumah sed4ra kat selatan sebab ada kenduri. Mak pergi dengan jiran sebeIah rumah. Adik lelaki aku pergi KL, dan adik yang no 3 tu pergi kerja.

Kebetulan mak takde dia tidur dekat umah makcik. Jadi si bapak ni mungkin rasa line clear tu yang berani bawa bini baru balik rumah. Memang berani betul la bapak aku ni. Aku tak sangka dia berani sungguh!!! Kejadian ni berlaku semalam, mak bertolak ke selatan naik bas pukuI 9 pagi, adik pun sama.

Adik pompuan aku yang no 2 memang selalu datang rumah mak. Malam tu bapak aku asyik call adik aku tanya dah balik rumah dia ker belum. Banyak kali bapak aku call, jadi adik aku jadi curiga. Dia rasa tak sedap hati dan pergi ke rumah mak aku.

Bila sampai dia ketuk pintu rumah punya la lama. Sebelum ni pintu rumah terbuka jer dan tak pernah tutup tapi malam tu memang tertutup rapat, tingkap pun tak buka. Jadi adik aku syak ada sesuatu yang bapak aku sembunyikan.

Adik aku ketuk pintu lebih kurang 10 minit baru bapak aku buka pintu, lepas tu boleh bapak aku tanya nak apa? Adik aku peliklah, sebab sebelum ni tak pernah lak tanya apa – apa. Rumah tu pun adik aku kuar masuk jer. Adik aku cakap nak ambik barang tertinggal.

Masa nak ambik barang bapak aku ikut adik ke hulu ke hilir, memang adik aku pelik. Lepas dah ambik barang adik aku terus keluar. Suami adik aku tunggu kat luar dalam kereta, dia pun cakaplah kat suami dia, “bapak tu mencurigakan.”

Kemudian suami dia pulak pergi rumah, punyalah lama suami dia ketuk pintu rumah baru bapak aku buka. Bapak aku tanya nak apa? Adik ipar aku cakap nak tido sini sebab esok adik aku kerja shift pagi, bapak aku gelabah.

Adik aku pun masuk rumah tapi suami dia tunggu luar rumah je dulu. Masa kat dalam rumah, adik aku pergi dapur, dia jumpa kasut pompuan dan kunci pintu belakang rumah tersangkut kat pintu. Memang sah ada sesuatu yg bapak aku sembunyikan.

Masa tu bapak aku ada dalam bilik, adik dan adik ipar dengar macam bapak selongkar sesuatu dalam bilik tu. Lama gak adik aku ketuk pintu sebab nak masuk, adik aku cakap nak masuk baru bapak aku buka pintu. Itu pun buka skit jer, terus adik ipar aku tolak pintu tu, bilik tu gelap.

Bila adik ipar aku buka lampu, bila cari – cari memang ada pompuan dalam bilik tu. Bapak aku cakap jangan bising – bising. Bapak mengaku yang perempuan tu bini dia. Adik aku cakap sampai hati bapak buat macam ni. Bapak aku cakap dah terIanjur sebab tu bapak aku kahwin dengan dia.

Adik aku memang dah geram sangat masa tu. Dia pun terus balik rumah dia. Lepas beberapa hari, bapak aku call adik aku sebab nak jumpa. Bapak kata nak tunjuk surat nikah dan bapak aku pesan kat adik aku jangan bagitau mak aku dan aku sendiri.

Tapi adik aku dah bagitau aku dulu selepas kejadian tu. Sekarang aku memang betul – betul kecewa. Bapak yang aku sayang dan hormat selama ni sanggup buat mak aku yang tak berd0sa macam tu. Kami adik beradik sekarang pun tak tahu macam mana nak terus terang dekat mak. Rasa tak sanggup dan dalam masa yang sama tak nak mak terus tertipu.

Sambungan.. Alhamdulillah, dah selamat bagitahu mak segalanya, adik dan makcik yang bagitau. Mak boleh terima apa yang berlaku tapi mak nak mintak cerai dengan bapak. Aku baru jer call mak tanya keadaan mak. Masa aku cakap dgn mak, aku dengar suara dia macam relax jer tapi aku yang menangis – nangis, lepas tu mak pun nangis sama.

Lepas tu kitorang tenang bila fikirkan Allah dah bagi petunjuk, pend3ritaan mak bersama bapak akan berakhir tak lama lagi. Mak cakap kalau mak tak boleh nak tinggal dengan bapak lagi kat rumah tu, mak tinggal dengan aku kat KL.

Mak nak berhenti keje, lagipun tak lama lagi mak nak dapat epf. Aku tak kisah, apa yang terbaik buat mak itu jugak yang terbaik buat aku dan adik – adik. Kemudian hari tu, pukuI 3 pagi masa bapak balik rumah, bapak cakap dengan mak yang dia menyesal sangat dengan semua perbuatan dia terhadap mak.

Dia nangis – nangis mintak maaf kat mak, dia mintak maaf kat adik – adik aku. Dia cakap dia tak akan ceraikan mak. Dia nak ceraikan bini baru dia, diap mintak mak bagi peluang kat dia untuk tebus semua d0sa – d0sa dia.

Bapak berjanji akan bertanggungjawab, dia tak nak sia – siakan mak lagi. Sepanjang aku kenal bapak, dia tak pernah macam tu. Mungkin bapak betul – betul menyesal. Siapa yang tahu kan? Mak aku plak cakap, dia memang dah tak nak kat bapak.

Dia dah tawar hati dan kecik hati kat bapak. Aku nasihat, cakap kat mak supaya dapat bagi bapak peluang, mana kita tahu bapak betul – betul dah menyesal. Kita bagi tempoh kat bapak untuk berubah. Kalau bapak tak berubah jugak mak ambiklah apa – apa keputvsan demi kebaikan bersama.

Aku sebenarnya sebagai anak tak nak mak bapak aku bercerai, aku sayangkan kedua – duanya. Mak pun cakap, memaIukan kalau dah tua – tua bercerai. Aku tahu walaupun mak dah tawar hati dengan bapak tapi dalam masa yang sama mak cakap dia masih lagi sayangkan bapak.

Satu hari tu, kami terk3jut, mak dah lari dari rumah. Pagi – pagi mak dah keluar. Pakcik yang jual kuih kat depan rumah yang bagitahu mak dah keluar siap bawa beg besar. Adik aku cari, ikut mak sampai ke stesen bas tapi terlewat 5 minit, mak dah naik bas ke KL.

Aku rasa – rasa mak nak datang rumah aku. Sebelum ni aku nak balik kampung mak tak bagi. Aku call mak banyak kali tak dapat, bila dah berpuluh kali tu mak angkat juga. Mak cakap ‘madu’ mak pregnant 3 bulan. Mungkin sebab tu mak merajuk, lari dari rumah.

Mak suruh bapak ceraikan pompuan tu gak dan paling aku takleh terima mak suruh bapak cakap kat perempuan tu untuk gugurkan kandungan. Astaghfirullahalazim, aku pun sekarang tengah pregnant 2 bulan lebih, aku kesian bayi tak berd0sa tu.

Adik aku macam nak nangis bila tahu mak cakap macam tu. Bagi aku mak terlalu pentingkan diri sendiri dan suka mendesak. Bapak aku cakap, memang dia akan ceraikan pompuan tu tapi tolong bagi masa. Aku plak pikir, kalau memang bapak ceraikan pompuan tu bagaimana nasib bayi tu?

Aku cakap kat mak, hidup jer la bermadu tambah lagi pompuan tu tak kacau mak pun. Bapak tak pernah pun pergi tido rumah pompuan tu. Sekarang aku sendiri dalam dilema, aku cuma simpati kat bayi tu. Aku harap mak terbuka hati utk menerima ‘madu’ mak walaupun pahit.

Memang pada mulanya kami adik beradik pun tak boleh terima apa yang bapak dah buat tapi bila fikirkan semua kuasa Allah, kami redha. Betulkan apa yang aku fikirkan ni?

Komen Warganet :

Siti Aminah : Saya rasa yang pentingkan diri sekarang ni adalah TT. Awak sepatutnya menjadi anak yang sentiasa berada di sisi mak awak dalam keadaan macam ni. Awak tahu kan mak awak tu dah dikhi4nati, bukan setakat bapak awak kahwin lain, siap terIanjur dulu.

Kalau awak dekat tempat mak awak, awak boleh senyum dan sabar je ke? Awak tak nak mak awak bercerai, awak rasa mak awak boleh hidup bahagia ke? Kalau mak awak nak bercerai biar je la, sekurang – kurangnya ayah awak pun tak perlu ‘berk0rban’ nak suruh bini muda dia tu gugurkan kandungan.

Khloe Patra : Agak complicated masalah mak bapak ko ni. Tapi sebagai anak tak payah nak masuk campur lebih – lebih. Biar mak tu buat keputvsan sendiri. Dia terp4ksa bersama dengan bapak tu sebab anak – anak tak bagi bercerai, sedangkan nanti dia makan hati. Nak hidup sampai ke tua dengan makan hati boleh jadi giIa tau.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.