Baru 5 bulan kahwin kali kedua, dah 2 kali kami hampir bercerai. Sehinggalah saya jumpa punca di Fb

Tak sangka dalam perkahwinan kedua pun saya akan gagal. Saya nampak macam suami tak boleh terima anak saya. Bila kami berg4duh, macam – macam kata kesat dia bagi tapi paling saya sedih saya jumpa gambar suami dengan seorang perempuan. Satu hari saya bukak FB, saya terbaca sesuatu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum..terima kasih admin siarkan confession saya. Akhir – akhir ni banyak saya baca kisah rumahtangga ada yang ok ada yang tak ok. Bila baca kisah rumahtangga yang tak ok teringat pulak kisah saya masa perkahwinan pertama dulu, memang sangat tak ok.

Perkahwinan kedua pun baru berapa bulan kahwin dah macam – macam jadi sampai hampir bercerai 2 kali. Umur saya dah 30-an masa saya kahwin buat kali kedua. Perkahwinan pertama saya masa saya berumur 20-an ngam – ngam lepas saya graduate.

Saya kahwin dengan teman satu universiti dan masa tu dia dah dapat kerja dengan gaji yang agak lumayan jugak. Saya pun baru kerja masa tu. Tapi tulah, takdir Allah, 6 tahun je rumahtangga kami bertahan dan dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel kemudian kami bercerai gara – gara orang ketiga.

2 tahun jugak jadi ‘mak janda terbahagia’ . Lepas tu ditakdirkan jumpa jodoh dengan suami sekarang. Suami kedua tak adalah sehebat suami pertama dari segi pekerjaan, gaji pun lagi rendah dari saya tapi saya berkenan dengan dia sebab sikap jujur, jaga solat dan sikap caring yang dia ada.

Awal perkahwinan memang saya bahagia sangat tapi lepas 4 bulan segalanya berubah. Suami dah mula tunjuk sikap panas baran. Kadang – kadang saya rasa dia cuba lepas tanggungjawab dan macam tak boleh terima anak saya.

Dia tak culas bagi nafkah tapi kadang – kadang dia susah nak bantu saya dari segi kewangan. Dia suka berahsia malah pasal kerja pun dia tak nak cakap. Lagi buat saya s4kit hati bila dapat tahu dia tak la jujur macam saya sangka.

Saya terjumpa gambar mesra dia dengan kawan perempuan satu pejabat dalam handphone dia. Mesra sangat dan paling s4kit hati gambar tu diambil seminggu sebelum kami kahwin. Bukan tu je, banyak whatsapp mesra dia dengan perempuan tu dari sebelum kahwin sampailah lepas saya kahwin dengan dia.

Masa tu hati saya rasa h4ncur sangat – sangat. Saya mula berg4duh besar dengan suami dan memori tr4uma masa perkahwinan pertama masa dicurangi datang balik. Sejak hari tu saya dengan suami asyik berg4duh je. Semua benda rasa tak kena.

Saya rasa marah sangat – sangat. Saya rasa macam kepercayaan dikhi4nati. Lagi s4kit hati bila suami buat duno je dan rasa tak bersalah sebab katanya benda tu berlaku sebelum kahwin, kenapa saya nak kecoh. Dia mula keluarkan kata – kata kesat yang benar – benar meIukakan hati saya.

M4kin hari rasa sem4kin jauh dengan dia. Memang kami berg4duh teruk sehingga hampir 2 kali kami bercerai walaupun baru 5 bulan kahwin tapi mujur mak ayah campur tangan cuba leraikan perg4duhan. Puncanya sebab saya rasa tertipu dan dikhi4nati.

Saya rasa str3ss dan depr3ss sangat masa tu sampai tahap saya salahkan Allah, kenapa la Allah selalu pertemukan saya dengan orang yang salah dan menyiksa hati saya? Kerja saya pun dah tak boleh fokus. Hari – hari saya menangis dan mengenangkan nasib maIang yg menimpa saya.

Saya rasa lebih baik saya hidup sendiri dari kahwin dengan orang yang menyiksa hati. Saya doa jugak pada Allah semoga Allah tunjukkan jalan sebab saya kalau boleh tak sanggup dah bercerai buat kali kedua. Siksa rasa jadi janda ni sebab masyarakat sangat pandang h1na pada janda.. sedih sangat rasa.

Allah tu Maha Mendengar, mungkin Dia nak bagi petunjuk. Satu pagi saya bukak fb dan saya tertengok satu video pakar motivasi dan beliau cakap, “orang akan berubah kalau kita berubah dulu. Begitulah dalam rumahtangga suami akan berubah jika isteri berubah.”

Pelik memang pelik. Saya mula muhasabah diri, kenapa saya yang kena berubah sedangkan suami yang obviously salah. Tapi saya kuatkan hati nak follow pakar motivasi tu dan invest duit sikit untuk join program pemulihan hati yang dia anjurkan dengan harapan semoga ada sinar bahagia dalam rumahtangga saya kali ni.

Dari situ saya mula belajar mensyukuri suami, setiap kebaikan suami saya catat dan saya nyatakan pada suami satu per satu. Walaupun dia tak reply pun mesej saya yang panjang berjela tu, saya cakap je. Lepas tu saya belajar selalu ucap terima kasih pada setiap benda yang suami buat, kemudian saya nyatakan benda apa yang dia buat saya rasa disayangi sangat – sangat.

Saya belajar cara berkomunikasi dengan betul dengan suami dan selalu puji – puji dia dan support impian dia. Apa yang dia cakap saya ikut dah tak meIawan dan marah – marah macam dulu. Dia buat lawak saya gelak, bila dia bercerita, saya bagi perhatian penuh dan always been presence dengan dia.

Demi Allah saya tak pernah buat macam tu sebelum ni. Boleh kata latihan syukur, maaf, terima kasih pada suami tu saya buat hari – hari dan saya dah banyak fokus minda saya pada kebaikan dia, keburukan dia saya tolak tepi dulu.

Kalau boleh tak nak tengok langsung keburukan dia. Saya layan dia and hormat dia seperti dia suami terbaik dalam hidup saya. Memang mula – mula rasa agak janggal sebab banyak Iuka di hati saya terhadap dia tapi demi nak selamatkan rumahtangga saya gagahkan diri buat macam tu.

Mula – mula suami buat tak layan. Sikap panas baran masih ada. Tapi bila dia marah atau m4ki – m4ki saya lebih banyak diam dari meIawan tak macam sebelum ni. Bila dia dah cool down baru saya cakap dengan dia. Baru saya cakap what’s going on dan apa masalah saya.

Saya lagi open dan lebih berterus terang nak discuss apa – apa masalah hati atau berkait dengan hubungan intim. Sebelum ni saya malu nak cerita walaupun dengan suami sendiri pun. Amazingly Ya Allah, lepas 1 bulan saya ubah sikap saya dan banyak mensyukuri dia dan mengalah, suami perlahan – lahan jadi m4kin penyayang, lebih lembut bila bercakap, dah boleh berterus terang dan sangat bertanggungjawab.

Sikap panas baran dia pun hilang. Dia dah boleh main dengan anak saya, belanja makan saya dan keluarga tanpa saya pinta dan bagi supr1se gift kat saya dan anak tanpa disangka – sangka. Dia memang berubah sangat – sangat.

Kalau dulu dia eg0 nak mintak maaf atau cakap sayang kat saya tapi sekarang hari – hari dia say sorry kalau tersilap dan say i love u sebelum tidur. Dia m4kin tak culas bagi nafkah dan lebih terbuka nak bercerita setiap apa yang dia buat atau dapat pada setiap hari.

Dah tak ada sikap berahsia dia tu. Dia jadi macam orang lain. Padahal saya tak suruh pun dia berubah.  Pernah sekali dia cakap yang dia sangat happy dengan saya sekarang dan terima kasih sebab sudi terima dia sebagai suami walaupun dia dah buat kat saya macam – macam.

Masa tu rasa terharu sangat – sangat. Sekarang ni dia dah tak kisah habiskan duit untuk saya walaupun gaji dia kecik je tapi saya jarang mintak dia belikan hadiah kecuali barang dapur. Selalunya dia yang beli sendiri. Hari ni dah genap setahun kami kahwin dan sejak hari saya berubah, kami dah jarang sangat berg4duh.

Kalau ada perselisihan faham pun kami cepat – cepat saling say sorry dan pujuk. Memamg tak biar berlarutan. Harapnya keadaan ni berkekalan hingga ke akhirnya. Allahu.. Allah saja yang tahu betapa happynya saya sekarang.

Alhamdulillah Allah dah bagi bahagia yang saya cari – cari selama ni. Anak saya pun dah boleh terima dia sepenuh hati. Saya dah boleh rasa keikhlasan dia menyayangi saya dan anak. Dulu saya tak rasa sebab hati saya penuh dengan keIukaan – keIukaan dan tr4uma masa lalu yang buat saya susah nak rasa kasih sayang suami.

Semuanya berubah bila saya berubah. Benarla kata pakar motivasi tu, bila kita berubah pasangan pun akan ikut berubah. Rupanya semuanya bermula dari diri sendiri. Bahagia tu bermula dari diri sendiri. Hanya kita yang mampu ubah diri kita, bukan orang lain

Bila saya renung balik, dulu banyak silap saya kat suami pertama. Suami mula – mula dah ok tapi sebab sikap saya yang cemburu buta, selalu pandang rendah pada dia, tak hormat dia, tak hargai apa yg dia buat untuk saya dan banyak lagiIah buat dia berubah sikap dan akhirnya dia jatuh cinta dengan wanita yang lebih menghargai dia.

Tapi takpelah saya jadikan apa yang jadi sebagai pengajaran dan titik tolak untuk kebahagiaan saya sekarang ni. Saya share pengalaman mungkin boleh jadi rujukan pada suami / isteri yang mengalami masalah rumahtangga macam saya sebelum ni.

Bagi saya selagi suami / isteri tak pandai naik tangan dengan kita, tak tidur dengan orang lain atau tak bawak kita ke arah keh4ncuran, saya rasa masih ada peluang untuk kita cari bahagia dalam rumahtangga tu. Sebenarnya bahagia tu Allah dah simpan dalam diri kita, cuma kita yang kena cari dengan cuba ubah sikap dulu.

Kalau dah buat segala macam cara untuk selamatkan rumahtangga tapi masih tak bahagia, anda berhak move on dan memilih untuk tinggalkan pasangan. Pilihan hidup ada di tangan anda. Apa – apa pun banyak mohon pada Allah supaya bagi petunjuk sebab hanya Dia lah yang Maha Mengetahui masa depan kita. Dia Maha Mengetahui jalan mana yang terbaik untuk hidup kita. – Princess Wawa

Komen Warganet :

Axim San Sudin : Allah, bagus perkongsian cerita. Ya,nak ubah pasangan kita kena berubah dulu. Suami / isteri ada ego masing – masing. Cuma perlu dikawal sahaja. Segalanya perlu dengan cara yang lembut dan penuh hikmah.

Norizan Mamat : Salam, setuju sangat dengan confessor. Makcik nak tambah sedikit. Kita perempuan ni kekadang lupa nak sayang diri sendiri, belai diri sendiri (jika mampu). Jika mampu, cuba la ubah diri sendiri juga, jaga kesihatan, jaga penampilan dan lain – lain. Untuk keyakinan kita. Semoga kita sentiasa tabah dan bahagia.

Mush Mush : Saya pernah baca tentang benda ni. Tapi orang yang bercerita tu lelaki. Dia pun cakap dia yang kene berubah dulu. Beralah dulu. Maknanye segalanye kene dulu mulakan perubahan dari diri sendiri dulu. Dan sampai sekarang inshaAllah dia bahagia.

Wife dia ikut berubah bila dia berubah. Setiap hari dia akan tanye wife dia apa yang boleh dia tolong. Lepas sebulan akan nampak perubahan itu. Dan saya rasa ini confession yang baik dan positive. Memang banyak manusia akan buat jahat dengan kita tapi tak perlu kita mencontohi dan terIampau bersimpati dengan nasib sendiri. By the way boleh share pakar motivasi mana tak?

Akrima Abu Bakar : True indeed. Kadang – kadang bukannya kita kahwin dan terus boleh dapat suami idaman. Nak kena berusaha dulu mungkin makan tahun barulah dapat rasa inilah suami idamanku. Selalu terjadi bila kita asyik fikir kitalah yang sepatutnye dihargai, kita jadi lupa nak hargai orang lain. Kepada confessor, moga bahagia jadi milikmu selamanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.