
Madu aku ini pakai nikab, kelulusan dalam bidang agama, mungkin dia sedar, berd0sa besar bermain kata – kata cinta dengan suami orang. Baru sebulan jumpa dekat FB, dia terus lamar suami aku, nak jadi isteri kedua. Aku dah call grab suruh suami pergi dekat isteri baru…
#Foto sekadar hiasan. Terpanggil untuk turut kongsi cerita, di mana aku juga isteri yang dicurangi suami. Beza isteri lain dengan aku, suami bukan takat bermain cinta malah pakej bernikah. Aku pernah juga kongsi cerita ni suatu ketika dahulu.
Walaupun peristiwa ni sudah setahun berlalu, tapi aku masih tidak mampu nak melupakan apa yang berlaku. Peritnya bila suami berpoIigami dalam diam dan banyak terbongkarnya tipu helah. Aku juga silap, kerana sebelum ni, aku amat yakin yang suami aku setia.
Dan aku tak pernah mengongkong segala aktiviti dia dan tak pernah nak selongkar isi dalam telefon suami. Malah, password telefon pun aku tak pernah ambil tahu. Hidup aku, 15 tahun berkahwin, aku banyak berk0rban jiwa raga aku untuk suami dan anak – anak.
Expectation pada suami terlalu tinggi. Sama macam aku setia, begitu juga dia. Namun aku silap. Ya, memang betul. Umpamanya, mendaki tempat tinggi, sekali terjunam. Terus terbenam. Aku, isteri yang bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak.
Dan suami pula kerja sendiri, yang mana incomenya, on off. Jadi boleh kata, akulah yang banyak membantu dari semua segi. Dan aku redha tentang hal ni, aku fikir kalau aku ihklas membantu keluarga aku sendiri, InsyaAllah, Allah permudahkan segala urusan aku.
Alhamdulillah, aku di kelilingi oleh orang – orang yang sayang aku dan hal kerja sentiasa dipermudahkanNYA. Aku juga seorang yang suka memasak. Setiap pagi sebelum pergi kerja, aku akan sediakan bekal anak – anak, suami dan pakej makanan untuk lunch sekali.
Aku suka rai family suami. Masak – masak, jemput makan ramai – ramai dekat rumah. Apa yang suami suka makan, aku gigih belajar buat dan sebab ini juga, mak mentua aku antara orang yang paling kecewa dengan tindakan anaknya.
Sampai dia mengh4ramkan kaki si janda tu jejak ke rumah. Berbalik cerita hal curang, aku tahu setelah 1 bulan 23 hari, suami nikah dengan seorang janda beranak 3. (Janda cerai). Ya benar, naluri seorang isteri sentiasa betul.
Sepanjang tempoh tu, memang banyak kali aku curiga, namun aku sentiasa positifkan diri. Sehinggala Allah jentik, untuk tergerak nak tengok handphone suami yang tengah cas. Ada miss video call dari nama perempuan.
Biasalah, bila ditanya, hanya kawan. Sehinggalah kali kedua, selang beberapa minggu dalam tempoh itu, ada lagi miss call. Kali ni, aku minta nak call no tu. Tetapi berlaku pergelutan berebut handphone dan aku gagal. Dari sinila, aku dah boleh agak, mesti ada yang dirahsiakan.
Dan malam tu, aku cuba cari bukti akhirnya, jam 2.30 pagi, aku jumpa gambar nikah suami kat friendlist FB dia. Ya Allah, sedihnya hanya Dia yang tahu. Aku minta penjelasan suami. Janda itu, kenalan dia 20 tahun yang lalu.
Masa tu mereka hanya kawan. Entahlah, mungkin dahulu masing – masing memendam rasa. Dan baru bertemu semula sebulan kt FB. Katanya janda itu, banyak kisah sedih. Mudah kena tipu. Baru saja ditipu dengan seorang lelaki konon dijanjikan kahwin dan buat bisnes bersama, alih – alih duit modal ntah ke mana.
Janda ni juga, dim0mokkan dengan kisah sedih bekas suami, konon tak baik dan nikah atas pilihan keluarga, Dan dia bagitahu suami yang hatinya hanya ada suami, itu sebab dia tak bahagia, campur bekas suami layan dia tak baik.
Dia juga bagitahu yang dia disisih keluarga. Merantau, tinggallah sebatang kara di sini. Maka dari sinila bermula kisah ngadu mengadu, berkongsi cerita, sekejap je, terus janda tu melamar suami. Ya, aku tanya janda tu, dia memang mengaku, dia yang lamar suami.
Disebabkan si janda ini memakai nikab, kelulusan dalam bidang agama, mungkin dia sedar, berd0sa besar, bermain kata – kata dengan suami orang. Sudah tentula, sempat bercinta sekejap sebelum buat keputvsan nak nikah segera.
Padanla aku jumpa banyak gambar selfie suami dalam galeri. Hantar kat janda tu la gamaknya. Maklumla, benda h4ramkan, seronokla… ngadap phone manjang, update aktiviti, hantar gambar selfie masing – masing. Hati berbunga – bunga kan.
Dengan bini, tidak pulak buat sebegitu. Dan yang paling aku sedih, aku trace history shopee suami ada belikan dia bra dan baju tidur. Tarikhnya sebelum diorang nikah. Pos direct ke rumah janda tu. Ya Allah, dasyatnya awak si janda.
Tak maIukah bagitahu saiz barang dalam awak? Atau awak sengaja nak banggakan oversize awak tu? Yang nyata – nyata awak belum nikah lagi dan awak tu bernikab? Mana maru4h awak? Astahgfirullah, mengucap panjang aku tahu hal ni.
Sedih, tak payah cakapla. Sebab suami tak pernah belikan aku pun… ntah saiz aku, dia tahu ke tak? Suami aku memang tak mampu dari segi nafkah untuk berpoIigami. Dia dah w4r – w4rkan pada janda tu. Tapi, si janda ni tak kisah tang nafkah.
Almaklumla dia pun kerja, sana sini, boleh tongkat suami. Yang dia nak, nak kongsi kasih sayang. Apa lagi, dah macam rezeki bergolekla kan. Itu yang nikah koboi. Takde minta persetujuan isteri pertama. Nikah secara tak rasmi, tak ikut undang – undang.
Bolehlah kan, janji halalan toyyiba. Tapi itula, Allah tak k3jam. Dia tak ani4ya isteri yang telah banyak berk0rban untuk keluarga. Cukupla sebulan 23 hari, aku tahu. Macam biasa dalam drama, berlakulah p3rang besar. Mau tidak, nikah lain ooooooooo.
Tak salah pun kalau isteri – isteri terIuka dek perbuatan suami. Suami curang ni, adalah pilihan dia, walaupun sebaik mana isteri di depan mata. Lagi – lagi kalau hubungan terlarang, aura tu lain macam. Suami ber dear dear dengan pencurang, bersayang – sayang dengan si janda tu.
Sijanda tu, dia boleh panggil sayang. Dengan aku? Yang bini 15 tahun ni, mama, awak jer. Lagi terIuka hati ni tapi takpe. Allah ada.. Sebut pasal fizikaI plak. Aku berat kurang 55kg, kurus. Aku memang tak suka diri aku nampak gemuk.
Si janda tu, debab orangnya, Aku agak – agak mungkin lebih 70kg. Dan aku pun pelik, begitu ya taste suami. Nak kata aku ni selekeh, aku minat jer bergaya tapi adalah ketikanya aku bermalasan. Mikir, peliknya per4ngai suami ni kan, apa lagi yang dia nak.
Berbalik, pada cerita selepas dah tahu. Aku bersikap tenang. Lepas dah tahu segalanya, aku minta suami pergi pada si janda tu. Aku minta suami, bantulah dia, nak tolong sangatkan, simpati kononnya. Banyak kisah sedih si janda tu.
Sudah tiba masanya, suami bina hidup baru. Nak aku terima madu? Korang rasa? Aku, tidakla sebaik isteri nabi, dan suami aku sendiri? Malas nak cerita panjang. Nikah sembunyi, hidup dalam menipu. Emmm, nak aku terima madu lagi ke?
Aku tak mampu nak terima madu. Aku tak boleh lagi nak ihklaskan diri aku dalam membantu hal ehwal kewangan keluarga. Aku buat keputvsan sendiri, ok… Aku nak berhenti kerja, segala apa yang aku tanggung, suami kena tanggung dan aku nak nafkah bulanan tanpa miss untuk aku manja – manjakan diri, beli segala keperluan dan kehendak aku.
Tiba – tiba aku dah rasa penat, selama 15 tahun berk0rban, dan ini baIasannya buat aku. Mampu ke dia nanti? Puas aku pujuk dia, pergi kat janda tu. Aku minta janda tu datang ambik suami. Aku siap nak call grab, minta hantar suami pada dia. Semua tak jalan.
Suami aku tetap kata, aku dan anak – anak nyawa dia. Dia tak boleh hidup tanpa aku. Macam drama melayu, kata – kata maaf dan segala janji bagai. Ya, suami insaf la kan, lepas dah kantoi. Akhirnya suami janji nak ceraikan janda itu.
Aku tak minta ceraikan dia, aku suruh ceraikan aku. Talak kan atas dia. Oleh kerana masa tu pkp, so tak boleh nak rentas daerah. Sepanjang tempoh tu, memang nyatala suami depan mata, tak boleh keluar kan masa tu.
Nampaklah 24 jam dengan aku. Dia cuba yakinkan aku yang dia nekad nak cerai janda tu. Cuma tunggu masa sesuai. 5 bulan lepas tarikh nikah diorang, dalam PKP, akhirnya suami lafaz cerai pada janda tu. Bersaksikan aku. Di rumah janda tu.
Ada banyak drama – drama lain lagi. Nak cerita, 7 hari pun tak habis. Episod percubaan nak rujuk lagi. Nak cerita pun, buat aku bertambah s4kit untuk mengingati. Pakej pula, sahabat si janda ni, cuba nak mentarbiahkan aku.
Minta aku belajar terima poIigami, belajar dan study nikmat hidup berpoIigami. Dan dalam masa yang sama, cuba rosakkan fikiran aku, dia cakap, kalau aku m4ti, aku tak akan dapat redha seorang suami. Sebab kes cerai tu, konon aku yang p4ksa.
Sedangkan talak atas suami. Lepas pada tu, baru aku tahu, yang sahabat janda tu, rupanya per4mpas suami orang juga. Dan tak sangka juga ya, nak dapat redha suami ni, bermakna kita kena terima madu? Emmm aku terfikir – fikir.
Setahun dah peristiwa ni berlaku. Aku slowly try lupakan, buang jauh – jauh apa yang negatif dalam fikiran aku, Sebenarnya apa yang jadi, ada hikmahnya. Aku tengok suami dah banyak berubah. Dah m4kin caring dan dah tak lepak – lepak dengan kawan sampai lewat malam.
Aku pun dah rajin pegang telefon dia. Buat masa ni, aku tak jumpa apa yang curiga. Sebenarnya, bila jadi dugaan hebat sebegini, kita boleh belajar macam – macam dan boleh ambil ikhtibar. Selama ni, aku baca kisah orang, kali ni terjadi kat diri sendiri.
Allah bagi ujian, buat kita, setakat kita mampu. Aku cuba dan terus mencuba, buang kenangan pahit ni dan fikir positif. Ya, aku juga banyak khilafnya. janganlah terlalu yakin, yang suami hak mutlak kita, Bila – bila masa saje, kunfayakun.
Aku sebenarnya, takut kehilangan suami. Siapa tak sayang suami kan. Buat isteri – isteri yang senasib, marila kita masing – masing mencari kebahagiaan kita. Kita fokus pada sekarang dan akan datang. Kita cuba bina balik kepercayaan kita yang dah h4ncur tu.
Ibarat, gelas yang dah pecah kan. Tapi takpe, ambil masa kita, kutip balik satu – satu serpihan kaca tu, cubalah cantumkan semula. Ya, Iuka ketika cantum, pasti ada. Tapi kita kena pandai rawat, agar Iuka tu, cepat baik.
Teringat kat satu komen ni, dia pelik, macam mana rasanya hidup bersama dengan orang yang dah curang, khi4nati hubungan selama ni. Jawapannya, sebab sayang dan cinta. Ya, aku akui, aku sangat sayang suami aku. Sebab tu, aku masih lagi, bagi peluang untuk kami saling perbaiki diri.
Perjalanan 15 tahun kami, dari susah, sampai senang, bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Sebab suami pun dah berjanji tak akan ulangi lagi, jadi mengapa tidak aku bagi peluang. Dan aku sendiri pun banyak khilaf.
Tak ada manusia yang sempurna. Tapi bukan bermakna, alasan untuk tambah cawangan. Kita suami isteri ni, kena la saling melengkapi. Kesan dari peritiwa ni, aku jadi overthinking dan anx1ety. Pernah, sehinggakan, suami nak bawa aku ke hospitaI, gara – gara aku tak tenang dan sesak nafas.
Buat masa sekarang, selain berdoa dan mengadu pada yang Esa, kami banyak habiskan masa bersama. Kami kerap pergi holiday. Tiap kali ke tempat orang, aku cuba buang jauh – jauh satu – satu kenangan pahit. Memang sukar, tapi kita cuba.
Gitula aku cuba rawat hati aku. Selain tu, aku banyak buat aktiviti yang aku suka. Cipta kesibukan diri, agar kita dapat lupa. Pandanglah anak – anak dengan kasih sayang. Kadang – kadang timbul kasihan, anak – anak turut merasa ujian ini.
Dengan ini, kita akan cuba perbaiki rumahtangga kita, ke arah yang lebih baik. Hidup dalam berkasih sayang. Dapat redha suami. Gitula. cuba dan terus mencuba. Untuk si janda itu, jagala diri mu sepertimana pakaian mu.
Janganlah mudah percaya pada lelaki. Jangan cipta ruang, untuk lelaki mudah mendekati dan mempergunakanmu. Ambil pengajaran, cerita duka mu, simpan rapi. Jangan dikongsi pada suami orang. Nanti wujud rasa simpati, dan boleh merosakkan rumahtangga orang.
Siapa tak jadi w4ras bila dapat tahu suami nikah lain. Habis segala aku ungkit, kata – kata aku berbisa. Sampaikan saat aku giIa, macam – macam kata – kata m4kian pada suami. Ya Rabbi, aku tak minta jadi begitu. Aku pend0sa disaat itu.
Ingatlah, mungkin tak jadi kat dirimu, tapi mungkin akan jadi pada adik beradikmu atau anak – anakmu. Selidiklah, sebelum buat keputvsan nak jadi madu. Kemungkinan madu bertukar jadi hempedu. Menjadi janda tak salah, asalkan tahu bawa diri, jaga anak – anak sebaik mungkin, sebab itu amanah, .
Jangan disibukkan dengan suami orang. Konon nak berkongsi kasih sayang. Fokus je pada kehidupan, ramai je janda – janda yang berjaya. Dan jangan la kita nak menghukvm orang, konon – konon kita je yang dapat redha Allah, isteri yang tak bagi suami berpoIigami ni, senang – senang kita nak hukvm tidak mendapat redhaNya.
Buat suami, aku minta maaf, sebab kongsi kisah ini. Semoga mana yang baik dari kisah ni, boleh dijadikan teladan. Mana yang jahat dijadikan sempadan. Aku, isteri yang banyak khilaf sentiasa berdoa agar rumahtangga kami kekal bahagia tanpa orang ketiga dan aku mampu jadi tenang di sebalik kenangan. – Nora (Bukan nama sebenar)
Chintia Gurney : Lemah. Dia rasa menang suami pilih dia. Patutnya jadikan kenyataan supaya suami lepaskan. Terima balik orang yang dah khi4nati kita kenapa? Walk away. Tu yang terbaik. Anak – anak? Patutnya suruh anak – anak tengok apa yang bapak dia dah buat. Biar anak – anak tahu.
Tipah Adelyn : Saya tak nak komen kata Puan Nora lemah. Sebab ini perju4ngan Puan Nora. Dia pilih untuk berju4ng, bukan untuk dirinya sahaja. Tapi demi anak – anak dan keluarga, Tipa faham. Walaupun s4kit hati, orang boleh cakap suruh sabar, sabar. Tapi tulah, dalam pahit ada manisnya. Tahniah!
Sabariah Sulong : Disebabkan diorang dah kahwin, secara tegasnya laki tt sangat k3jam dan tak guna. Dah la kahwin sorok – sorok, memang lemah giIa. Moga suami tt dapat baIasan sebab mudah – mudah je ceraikan perempuan yang dah dijadikan isteri. Tak tenang dan moga menyesal seumur hidup la lelaki gini.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.