
Masa aku tengah korek – korek periuk sisa makanan tu, suami aku datang, tanya kenapa lauk ayam anak dia kecik sangat. Dia suruh bagi ayam aku kat anak dia. Aku cakap, aku lapar. Suami suruh aku makan lauk sisa anak dia makan tengahari..
#Foto sekadar hiasan. Haii semua. Nama aku Lina. Baru sahaja berkahwin 5 bulan. Aku berkahwin dengan duda anak dua. Dua – dua anak lelaki. Bercerai hidup. Umur aku 28, bujang. Sekarang dah tak bujang la. Aku bekerja sebagai accountant di pinggiran ibu kota.
Suami aku beza usia 10 tahun dengan aku. Dia bekerja sebagai pegawai dalam uniform bodies. Aku buat dua kerja, hari biasa aku kerja sebagai accountant, hari minggu aku buat side job sebagai model dan content creator. Dari zaman bujang lagi sebab dah biasa duduk di perantauan.
Jadi kena surv1ve lebih sikit. Family semua jauh. Awal kahwin memang dah teruji kesabaran aku. Baiklah aku cerita dari awal. Suami aku dulu pernah berkahwin selama 10 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata. Pada usia perkahwinan yang kelima, ex wife lari lepas kant0i curang bercinta dengan officemate.
Masa tu anak mereka dah 2. Yang last sekali masa tu masih menyusu. Member0ntak dan lari bawa anak – anak sekali selama setahun tak balik rumah. Suami aku masa tu dah tak tahan. Cari segala ceruk, akhirnya ex dia ada kat rumah kakaknya.
Phone dir4mpas dan kant0i ex wife ada buat ehem – ehem dengan scandal dan keluar date hari – hari lepas balik kerja. Anak – anak letak saja rumah kakak supaya senang pergi dating. Segala WhatsApp curang semua ada disimpan sampai sekarang.
Dalam masa sama, ex wife tak bagi jumpa anak – anak, tapi duit anak tetap diminta. Lepas tu, surat cerai pun sampai. Tapi masa bicara, ex wife tarik balik lepas dipujuk oleh suami aku. Lepas beberapa bulan, barulah mereka duduk sebumbung semula.
Tapi sepanjang 5 tahun selepas getback itu, hubungan mereka renggang. Last tu mereka g4duh lagi dan perempuan tu keluar rumah. Suami aku balik kerja saja, perempuan tu dah takda. Anak – anak dia pun takda. Tau – tau ex wife dah lama ada rumah sewa lain dan anak – anak dah sekolah baru.
Barang rumah hampir licin. Walaupun suami aku yang beli barang tu. Then barulah ex wife failkan cerai kali kedua. Tahun 2019. Selesai. Giliran suami aku ambil anak, sebulan dua kali. Tiap kali nak ambil anak, mesti ex wife akan minta ambil awal.
Beberapa hari sebelum hari jumaat (patutnya jumaat sampai ahad). Suruh ambil hari rabu, selasa. Time nak pulang anak, mesti ex wife tiba – tiba takda kat rumah. Jadi kena patah balik. Kesian budak – budak kena ponteng sekolah.
Urusan hantar dan ambil anak, suami aku yang urus. Ex dia takkan nak hantar and ambil anak – anak. Kebanyakan masa ex wife dia tukar – tukar boyfriend. Jadi malam – malam, selalu ex wife akan keluar dan suruh anak – anak duduk di rumah dan dia pergi dating.
Then baru la aku di introduce ke anak -anaknya. Cara introduce? Suami aku bawa aku jumpa family dia. Dan masa tu first time dia dapat jumpa anak dia jugak lepas sekian lama tak dapat jumpa since cerai. Setengah tahun macam tu.
Keadaan sangat awkward sebab aku first time jumpa family dia. But the whole time dia pergi layan anak dia. Kat luar rumah. Sebab anak dia dah ingat – ingat lupa kat atok dorang. So whole time main basikal luar rumah. Suami aku masa tu pergi teman anak – anak.
Aku terpinga – pinga kat meja makan dengan satu family dia yang aku tak kenal. Kena interr0gate dengan bapak dia yang garang. Balik tu aku nangis. Lagi satu aku tak biasa family cakap kasar – kasar gurau kasar. Family dia kasar – kasar ye.
Kalau buat air cair pun kena ejek kat situ jugak. Aku lah tu. Huhu. Tapi masa tu demi sayang. Teruskan saja. Ex wife dia tahu aku dah jumpa family suami aku. Dari sapa lagi. Anak – anak la kot. Terusssss instagram dan facebook aku kena report bertubi – tubi.
Sampai kena banned. Huhu. Ex wife bekerja sebagai kerani. Dia pergi gelakkan aku sebab ada degree? Siap h1na lagi kerja aku jadi model tapi model suam kuku. Kawan – kawan dia kat fb hari – hari mengata aku sampai hari ni.
Aku? Sekali pun tak pernah reply. Aku kenal suami aku lepas dua tahun mereka cerai. Sekarang dia sebarkan aku ni punca mereka cerai. Padahal mer0yan sebab scandal office dia curang balik dengan dia. Menyesal kot. Tak tahu lah.
Yang paling best. Ex wife tiru aku head to toe. Aku pakai bawal corak ni. Dia pergi beli. Warna sama corak sama. Baju pun sebiji. Warna sama design sama. Handbag, kasut etc. paling tak tahan ex wife mekap sebiji aku. Kening dia mendatar.
Tapi dia lukis bagi sama bentuk dengan kening aku yang terangkat ni. Haha. Kalau tengok lama – lama nak iras pulak muka kitorang. Ah sudah. Menakutkan pun ada. By the way, hari – hari aku kena cerca dengan ex dia kat socmed guys.
Huhu. Aku tak kacau hidup dia pun. Kawan – kawan ex wife pun ramaiii komen m4ki aku. Sampai lah aku kahwin baru – baru ni. Dan dan ex wife subscribe macam – macam kelas untuk budak tu. Minta nafkah 3k tiap bulan. Minta hak jagaan anak etc.
Persiapan raya dia claim 2.5k sebab beli baju budak – budak katanya. Nangis – nangis kat court. Nak hak jaga anak tapi masa jaga anak tolak – tolak. Mengelat. Pelik kan. Sepanjang kes berlangsung, aku sentiasa bagi sokongan penuh dekat suami aku.
Aku yakinkan suami aku boleh jaga budak – budak tu kalau susah sangat tolak – tolak. Anak – anak pun dah start manja dengan aku. Mereka nangis – nangis kalau kena balik rumah maknya sebab selalu kena marah – marah.
Dalam masa sama, aku dan suami tak pernah cakap buruk – buruk pasal mak mereka. Malah mak mereka burukkan aku dan suami kat anak – anak. Mereka dah pun dapat kata putvs kat mahkamah dan suami dapat hak jagaan anak.
Aku ok saja jaga anak, anggap macam anak sendiri. Cuma mak dorang ng4muk sebab anak – anak dah start panggil aku mak. Anak – anak baru duduk dengan aku, tapi aku dah sayang macam anak sendiri. Pagi sebelum pergi kerja aku masakkan mereka untuk lunch balik sekolah.
Malam balik kerja aku masakkan mereka lagi. Masak semua yang mereka suka. Lipatkan baju gosokkan baju. Anak yang kedua tu manja ye. Darjah tiga dah. Tapi suami aku masih mandikan lagi. Anak yang first darjah lima. Besar – besar dah semua.
Tapi lama – lama rasa, aku yang anak tiri kat rumah tu. Mula – mula aku ingat perasaan aku saja. Lama – lama obvious pulak. Kalau suami aku keluar. Dia belikan makanan dessert ngam – ngam untuk anak – anak dia saja. Aku sabar.
Kalau keluar berempat, pun sama. Aku pernah tanya kenapa belikan anak – anak saja tak tanya pun aku nak ke tak. Kadang – kadang aku diam sebab ingat ada sekali aku punya. Sekali tengok, lahh untuk anak saja, aku habuk pun tak belikan apa – apa.
Suami aku bagi alasan “bagi u bukan habis pon”. Satu lagi, bila masa aku makan tak habis. Aku tanya balik “habis tu, anak – anak makan habis ke?” Terus suami tanya “eh u anak – anak i ke?” Soalan apa ni. Aku sabar lagi. Pejam mata saja.
Masa beli barang dapur, kalau aku nak, aku tanya dorang sekali nak ke tak. Contoh nak ambik fishcake. Aku tanya nak ke tak sebab anak dia tak makan banyak benda. Memilih. Suami aku tanya anak – anak nak ke tak. Anak – anak cakap taknak. Terus suami aku cakap takyah la beli. Aku sedih.
Dia tak tanya pun aku nak ke tak. Aku cakap teringin makan ikan. Suami cakap. Ayam jelah. Budak mana makan ikan sangat. Again. Sabar lagi. Suami aku ni baik saja. Tak kedekut. Tak baran. Selalu tolong buat kerja rumah. Tolong aku masak. Tapi..
Aku rasa macam anak tiri dan rasa diketepikan. Aku seolah – olah tak penting dan takkan diconsider dalam rumah ni. Semua anak – anak saja. Tak boleh ke suami berlaku adil. Aku kan isteri dia. Apa – apa keputvsan dia cuma fikir anak saja. Patut fikirla aku sekali.
Kena fikir untuk semua pihak bukan satu pihak saja. Malam tadi, aku masak butter chicken. Aku tido kejap sebab terlalu penat balik kerja. Hadap jem lagi. Bangun – bangun aku tengok suami aku belum makan. Sebab anak dia yang kedua makan 3 pinggan. Lauk habis.
Nasib baik aku ada buat lauk frozen tapi ayam kecik jela dua ketul yang tinggal. Aku panaskan untuk makan dengan suami aku. Masa aku panaskan, tiba – tiba anak kedua lapar lagi. Aku pun bagi dua lauk aku tu. Tapi kecik la sebab ayam kecik bagi dua dengan anak. Satu lagi ayam aku bagi suami aku.
Masa aku tengah korek – korek periuk sisa makanan tu, suami aku datang dan tanya kenapa lauk ayam anak dia kecik sangat. Dia suruh aku bagi ayam aku kat anak dia. Aku cakap aku lapar. Dah tengah malam dah pun. Suami aku suruh saja aku makan lauk lebihan anak – anak masa makan tengahari.
Lauk lunch tu pun aku masak pagi tu sebelum pergi kerja. Tapi yang tinggal seketul kentang jela. Makan sambil nangis dalam hati. Dah la aku yang masak, budak tu dah makan 4 pinggan kot. Takkan ayam last kecik tu pun takde untuk aku. Sedih.
Aku sebelum ni pernah slowtalk sebab aku tau kat rumah maknya, budak – budak basuh pinggan sendiri. Kat rumah aku langsung tak. Sikit – sikit ok. Tapi kalau hari – hari aku penat sikit lah. Sebab dah besar kan. Kalau tak ajar sekarang nanti terbiasa.
Masa aku makan mesti bangun duduk bangun duduk sebab anak – anak haus air tak cukup saja. Anak – anak tak nak ambil sendiri. Jadi banyak kali aku bangun duduk. Paling rasa rimas bila suami aku suruh aku asingkan tuIang ayam masa masak siap – siap.
Dia kata senang anak dia nak makan. Aku masak dah penat, kena asingkan tuIang pulak. Besar dah anak – anaknya pon. Aku jadi str3ss. Beli la boneless chicken kalau tak nak tulang, aaa str3ss. Aku balik kerja penat masa masak, mamai mamai dah.
Kadang – kadang anak dia ke3jut dua pagi. Suruh masakkan kudap – kudap sebab lapar. Saya layankan saja. Selalu suami aku outstation, jadi banyak masa anak – anak habis dengan aku. Mak nya dont bother nak ambil anak.
Suami selalu operasi outstation. Jadi aku selalu jaga anak sorang – sorang. Hubungan kami rapat. Aku masih okay lagi sampai lah aku ada majlis yang melibatkan kerja aku. Aku kan buat kerja sampingan. Jadi aku dapat jemputan sebagai penghargaan aku kerja dengan mereka selama ni.
Aku excited giIa kot. Bukan senang nak dapat peluang ni. Tapi majlis tu private dan cuma 2 pax saja. Aku ajak suami aku. Suami aku cakap, kena bawak anak – anak. Aku cuba tanya management. Mereka kata 2 pax dan majlis tu tak sesuai sangat untuk kanak – kanak.
Kalau food review ke apa, aku boleh saja ajak. Tapi ni event rsvp jadi aku macam berbeIah bagi. Lagipun, majlis tu jumaat. Jumaat tu turn ex wife ambil anak. Tapi ex wife punya per4ngai, suka sidai orang. Kata nak ambil sekali tak datang.
Anak dah tunggu. Banyak kali macam tu. Plan kami semua ke laut sebab tunggu dia. Majlis aku ni 8 malam dah kena ada kat sana. 8 – 10 malam saja. Dua jam. Tempat tu jaraknya setengah jam dari rumah aku. Aku cuba bincang dengan suami aku.
Aku tanya maknya ambil anak pukuI berapa. Apa plan kalau maknya tak jadi ambil. Suami aku terus tak da mood. Dia tuduh aku tak sabar nak anak takda kat rumah. Aku cakap la aku selama ni tak kisah. Tapi hari tu kan ada majlis.
Aku tanya lagi, boleh ke aku bawa kawan aku saja. Suami bebel katanya sampai hati tak nak bawa dia. Aku dah pening. Suami ni tak bagi kata putvs. Kalau mak budak – budak tu ambil awal, suami boleh ikut. Kemudian aku tanya, kalau maknya ambil lambat atau tak jadi.
Macam mana? Suami kata. “U siap – siap jela nak pergi majlis, mekap semua dress up saja. Kalau maknya tak jadi ambil anak, atau lambat datang, cancel je la terus. Tak payah pergi event tu. Patut u dah ready jadi ibu kena fikir la benda benda macam ni”
Saya terk3jut. Macam tu sekali. Saya cakap la. “Kan dua jam saja. Tak de ke plan nak date berdua. Dua jam saja. Teman la saya. Saya teringin nak pergi”. Terussss suami cakap, “baru beberapa bulan anak – anak duduk sekali dengan kita, you dah macam – macam. See, saya agak dah dari dulu lagi, u bukan nak jaga anak – anak tu sangat pon. Yela bukan anak sendiri, boleh la fikir nak tinggal anak.”
Bila saya jawab anak – anak dah besar dan saya sentiasa masak dan sediakan makanan untuk anak – anak sebelum saya keluar rumah, suami akan cakap, “Yela bukan anak sendiri bole la fikir nak tinggal. Mentang – mentang bukan anak sendiri. Kenapa? Dah start rasa terbeban? Susah kan jadi mak bapak? Eh hari tu bukan ke u kata nak jaga sangat?.”
Lepas apa yang saya buat, macam ni ke suami saya cakap kat saya. Saya sanggup jaga budak – budak tu dari tengok drama tolak – tolak ex wife. Kesian kat suami. Tapi apa yang saya dapat? Siapa nak kesian kat saya? Masakkan anak – anak sebelum pergi kerja dan masak lagi bila balik kerja untuk anak – anak, sebab taknak bebankan suami dengan kewangan.
Gaji suami pun takdala mewah. Cukup – cukup. Punya saya fikir macam – macam cara nak senangkan suami, akhirnya bila ada isu macam ni, suami mesti cakap saya ni bukan mak dorang, so boleh la buat camni. Lepas tu samakan saya dengan ex wife.
Suami tanya saya, apa beza saya dengan ex wife dia kalau saya pergi event tu dan tinggal anak kat rumah? Saya cakap saya nak dating dengan suami kejap kat luar sebab takde masa berdua langsung. Saya nak pergi event tu dengan dia.
Suami siap cakap lagi “ingatkan dah tau budak – budak duduk dengan kita, awak ready la yang sampai bila – bila kita takda masa berdua langsung. Rupanya saya silap.” Sekarang ni saya pening. Saya dah tepu duduk rumah.
Suami nak bawa berjalan pun tak. Saya faham dia busy. Life saya kerja saja. Habis kerja layan anak, kerja masak saja kat rumah dan kemas rumah. Kalau bawa berjalan mall pun anak meragam sebab penat jalan kaki dan nak dokong.
Ok fine, kalau suami tak nak teman saya sebab anak tak boleh tinggal kejap kat rumah saya ok lagi. Saya minta nego, nak suruh kawan perempuan teman saya pergi. Dia kat rumah dengan anak – anak. Suami berkeras tak bagi.
Sekarang saya ni memang kena duduk rumah dan masak 24 jam ke untuk layan dia dan anak – anak? Str3ss. Tolong la saya balik kerja eksiden ke lepas tu tak hidup dah. Penat lah macam ni. Mak – mak di luar sana, ada anak, walaupun dah besar sikit, memang tak boleh ke kita ni keluar kejap sejam dua dengan suami?
Atau keluar dengan kawan kejap dan minta tolong suami jaga anak – anak kejap kat rumah? Tak boleh ke? Kira jadi mak yang tak bertanggungjawab ke kalau macam tu? Mentang – mentang saya mak tiri saja terus suami cakap saya tak ikhlas jaga anak dia. Sebenarnya pura – pura nak jaga anak – anak. Allahu.
Hari tu kawan baik saya mak dia dah meninggaI dalam sebulan, ada contact saya untuk jumpa sebab dia tak tahu nak meluah dekat sapa. Saya minta izin keluar sejam dua jugak minum – minum dekat kedai makan berhampiran rumah.
Suami tak bagi. Dia cakap “habis tu saya kat rumah dengan anak – anak ni apa? Tunggul?” Tiba – tiba saya rasa rindu family. Semua family saya jauh – jauh. Sini takda adik beradik. Ada suami dan anak tiri saja. Apa – apa pun saya bersyukur sebab buat masa ni anak tiri sayangkan saya.
Balik kerja saja saya kena kerumun. Terharu. Tapi layanan suami buat saya jauh hati. Sekarang ni saya kena start makan pill perancang sebab tak nak mengandung. Mana tau jodoh kejap. Takda sapa nak kahwin untuk cerai.
Tapi mampu ke saya hadap kena sisih dalam rumah sendiri. Dengan suami sendiri lagi 30 tahun akan datang? Tak sangka suami sendiri yang label saya mak tiri yang itu ini. Sedih. Kecewa. Rasa tak dihargai. Bukan minta baIasan atas layanan saya kat anak – anak.
Tapi saya nak rasa dihargai. Jauh hati. Dari ikhlas jadi tak ikhlas. Kalau pun ex wife tak terima kasih dengan saya, boleh terima lagi. Ni suami. Belum part suami selalu tersasul panggil saya dengan nama ex wife. Pedih. Lagi satu, sebelum kahwin saya ada buat istikharah.
Lepas solat tiga kali saya buat. Tiga kali juga d4da rasa sesak (macam serabut dan sesak sebab nangis teresak – esak tu) tapi saya buat tak tahu je. Saya ingat tu perasaan saya saja. Sekarang tula yang saya rasa. Allah dah bagi petunjuk tapi saya yang abaikan. Doakan saya. Saya tak tahu sampai bila saya mampu bertahan. – Lina (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nia Addin : InsyaAllah banyak pahala puan jaga anak – anak tiri sebaiknya. Tapi.. Hidup hanya sekali dan tak lama pun puan, kenapa nak teruskan sesuatu yang kita tau takkan membahagiakan kita? Suami itu peIindung, penenang dan penjaga kita.
Suami jugala sahabat terbaik kita walaupun ada ribuan sahabat baik kita di luar sana. Jika si suami, ehsan pun takde pada isteri. Tak fikir isteri makan atau tidak, penat atau tidak, em0sinya terganggu atau tidak, rasanya lebih baik hidup ini tanpa peneman hidup. Kalaupun tak dapat jadi suami yang terbaik, sekurang – kurangnya letakkanlah sedikit ehsan pada isteri. Isteri tu manusia bernyawa juga, dan isteri bukan h4mba.
Normizah Msaleh : MeIampau lah anak dah besor nak tinggal sekejap tak boleh. Cuci pinggan sendiri tak boleh, goreng telur sebiji takkan tak boleh. MeIampau sangat. Makan semua dah masak dah sediakan, habiskan. Tak tau ke bapak tu ajar anak ingat orang belakang yang tak makan lagi?
Makan berpinggan boleh tapi ajar la supaya beringat dengan orang lain yang belum makan. Ingat senang ke nak masak balik dah malam – malam dengan balik keje lagi. Kalau aku, memang masak megi je. Tu pun aku pakai air panas je. Tak koser dah aku nak menumis bagai dah kalau dah makan habis berpinggan ni. Tu kalau anak aku la buat per4ngai tak ingat orang ni. Geram lak kite baca per4ngai bapak budak ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.