
Aku dari dulu memang sangat kedekut, kalau boleh bila dapat duit gaji tu aku nak sorok dari ibu ayah aku dan suami. Tapi yang pelik duit tak pernah cukup, tengah bulan tinggal RM30. Satu hari masa dapat gaji, suami ambil duit baki gaji dalam 1k dia asingkan untuk bagi mak dan mak mertua. Aku jegil mata..
#Foto sekadar hiasan. Hi. Nama aku Julia. Aku adalah seorang ibu kepada 2 orang anak dan bekerja biasa – biasa sahaja sebagai admin yang pendapatannya tak lebih daripada 30K setahun. Suami aku pula seorang pekerja di bahagian stor dan jumlah gaji yang hampir sama dengan aku.
Aku bukanlah seorang pelajar malah lepas SPM aku terus kerja, lepas tu jumpa j0doh, kemudian kami kahwin. Jadi, hari ini aku nak kongsi cerita aku. Dulu aku sangat – sangat kedekut. Waktu sebelum kahwin, aku kan kerja.
Tapi aku sangat kedekut. Nak belanja parents KFC atau makanan yang have – have pun aku tak kasi, apatah lagi BF aku (dah jadi suami) sekarang. Kalau boleh sedaya upaya nak sorok kalau waktu gaji. Tapi yang peliknya setiap tengah bulan mesti duit tak cukup, entah ke mana perginya tapi memang sampai aku tahap meminjam dia punya tak cukup tu.
Jadi bila aku dah kahwin, orang kata hidup akan senangkan sebab suami ada walaupun kita ada kerja sendiri. Tapi tak bagi aku, tiap bulan hidup kitorang memang tak cukup. Pelik. Nak kata makan mewah, tak, nak kata shopping barang branded memang tak lah sebab aku tak suka barang mahal – mahal.
Nak pergi kedai RM2 pun aku pikir dua tiga kali sebab takut duit habis. Apatah lagi nak bagi duit pada parents aku. Memang tak lah. Satu hari, suami aku cakap dengan aku. “Yang kita ni dah ada anak dua, walaupun gaji banyak, awak tak pelik ke setiap tengah bulan mesti duit habis.”
“Saya ada dengar satu ceramah, kalau nak hidup senang, kita kena rajin sedekah, bagi adik beradik happy, parents, kawan. Apa kata bulan ni kita bagi mak awak, mak saya duit?” Time tu aku rasa macam ada satu beban yang berat atas kepala aku,
“What!!? nak bagi mak ke? kita dah lah duit tak cukup, tapi nak bagi mak lagi, dah tu nak bagi anak – anak makan apa? pampers lagi susu lagi.” Suami aku yakinkan aku, “takpe yang.. percaya lah dengan kuasa ALLAH.” Jadi nak dijadikan cerita, tibalah waktu gaji aku dan suami.
So bila gabungkan dua tu ada lah dalam 4K+. 2 ribu dah selamat pulang ke bank untuk komitmen bulanan termasuk rumah, astro, api, coway, kereta, anak – anak. Kemudian lagi 2K tu, laki aku dah pandang aku. Korang nak tahu, dia asingkan RM1K untuk parents aku dan mak mertua aku. Time ni aku dah jegil mata!
“ABANG!! MANA CUKUP KALAU AWAK BAGI RM500 KAT MAK, 500 KAT MAK AWAK. SO TINGGAL 1K untuk sebulan ni, awak ingat cukup ke!” tapi suami aku diam je. Sambil dia hembus nafas yang dalammmmm, dia cakap,
“Percayalah dengan saya.” Aku pun tak bole buat apa, sebab aku nak ubah diri aku, aku tak nak jadi kedekut, so aku percaya dengan suami aku. Esoknya aku pergi ke rumah parents aku, (parents aku dah tak kerja) aku hulur rm500.
Time tu juga mak aku ambil sambil menangis, “Betul ke ni julia? Ya Allah terima kasih nak, moga murah rezeki kamu.” Ntah lah, tapi waktu tu feeling aku dari seorang yang KEDEKUT terus bertukar jadi sayu dan rasa bertanggungjawab.
Rasanya macam aku nak banggakan mak ayah aku. Rasa macam berd0sa sangat sebab selama ni aku tak pernah hulur satu sen pun. Aku pun menangis siap minta ampun sebab selama ni aku tak pernah hulur duit. Kalau korang nak tahu apa yang berlaku dalam hidup aku bulan ni, mesti korang tak percaya.
Kan ada lebihan gaji rm1k, Believe it or not, sampai tengah bulan, balance kitaorang masih ada dalam 400 lebih! Aku memang tak percaya, selalu tengah bulan dalam bank mesti tinggal 30 ringgit. Bab makan, aku satu family tiap minggu makan kfc, sebab anak aku fav nya KFC.
Tapi dalam 4 minggu tu, mesti ada orang belanja, kadang – kadang abang ipar aku belanja, kadang – kadang pakcik aku belanja. Serius tak sangka. Kemudian bila pergi shopping, tengok tag baju atau apa – apa barang memang mahal, tapi bila dah bayar, rupanya harga nya jauh lebih murah dalam 70% cashier tu kata ada sales, tapi dorang tak umumkan, siapa cepat dia dapat. Alhamdulillah rezeki aku.
Lepas tu setiap minggu aku akan pergi rumah mak mertua aku sebab dia nak tengok cucu nya, datang je mesti mak mertua aku akan bagi lauk frozen yang boleh makan dalam tempoh 2 – 3 hari. Jimat dah kat situ. Kemudian ada satu hari tu, kawan suami aku ada hulur RM689, katanya tu adalah hutang lama yang mana suami aku pun dah lupa!
Ya Allah, kuasa Allah, dia lembutkan hati orang tu untuk bayar. Kali ni aku percaya dengan kuasa sedekah. Tiap kali pergi pasar malam, aku akan sedekahkan duit untuk peminta sedekah. Kadang – kadang kalau ada rezeki lebih aku belanja mak ayah aku makan, dorang nak makan apa, request je, sebab aku yakin dengan kuasa Allah.
Percayalah korang, rajinkan bersedekah, dan solat itu penting! Kerana solat itu adalah tiang agama. Bersedekah lah, dan saksikan keajaibanya.. – Julia
Komen Warganet :
FazhanimRaz Nfhr : Inspired.. terus berkira – kira bonus nanti nak kasi mak.. hihi.. tq confessor.. lagi satu tips nak murah rezeki amalkan surah al waqiah dan al mulk setiap malam. Bukan sahaja murah rezeki tapi InsyaAllah urusan harian kita akan dipermudahkan. Cuba la istiqamah untuk sebulan dan rasakan sendiri apa perbezaannya.
Eida Hidayati Hassan : Ajaibnya sedekah. Banyak mengubah hidup saya. Di kedai makan dari zaman saya bujang, kalau saya nampak macam orang susah ka.. 0ku ka.. saya akan belanja makan. Masa tu saya bujang. Memang perIukan kerja sangat – sangat.
Bukan ada duit sangat. Ada dalam rm20 macam tu. Saya makan nampak 0ku buta tengah makan. Saya belanja bayar terus kat tokey.. then saya nak balik. Dia panggil tokey nak bayar.. tokey tu cakap ada orang bayar. Saya nampak dia tadah tangan doa.
Saya sebak. Lepas tu.. Allah permudahkan urusan saya. Maybe saya tak dapat rezeki kewangan on the spot. Namun Allah bagi rezeki kat saya. Kerja + kawen + anak dalam tahun sama. Semua dipermudahkan.. mashaallah
Amira Syafiqa : Tapi rezeki bukan sekadar pada duit. Bahagia pun rezeki, anak – anak sihat pun rezeki, kita sendiri suami isteri sihat pun rezeki, kereta moto tak rosak pun rezeki, rumah ada eletrik dan air pun rezeki, dapat tengok muka mak ayah pun rezeki.
Masa lapang pun rezeki, anak – anak tak buat hal, tak buat masalah pun rezeki, banyak rezeki kita sebenarnya. Cuma kita aje nak bersyukur ke tak dengan nikmat yang ALLAH kasi. Bila kita buat baik, pasti ada baIasannya, sama macam perbuatan buruk kita. Bersangka baiklah pada ALLAH.
Nor Salwani Yacob : Pernah sekali belanja seorang pakcik dekat kedai runcit. Belikan beras dan barang dapur sebab tengok dia duk kira duit berlipat – lipat dan syiling dengan muka risau. Masuk je kereta semula, Allah bagi rezeki yang berlipat ganda. Tetiba ada customer order kuih raya dengan jumlah yang agak besar. Menangis. Tq pakcik sebab doakan yang baik – baik untuk saya. Allahu Akbar.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.