Lepas habis pantang, dgn pakai baju ‘s3ksi’ sekali aku dengar pintu grill rumah aku dibuka. Mertua tercegat depan pintu

Mak mertua selalu datang rumah aku tanpa diundang. Selalunya dia datang bawak makanan tapi aku tak suka orang datang rumah aku. Sejak kahwin aku dan suami pernah cuti bersama dua kali je, yang lain semua mertua ikut sekali.. Satu hari suami terlepas cakap dekat mak mertua..

#Foto sekadar hiasan. Hai semua, perkenalkan aku Aisya. Aku baru setahun lebih berkahwin dengan seorang guru. Kami menyewa 1 blok yang sama dengan rumah mertua, dan hanya jarak 10km dari rumah ibu bapa aku.

Alhamdulillah kedua ibu bapa kami orang baik – baik, dan suami aku juga jenis yang rapat dengan keluarganya. Pada mulanya aku tak kisah tentang jarak rumah yang dekat dengan mertua, tapi lama kelamaan m4kin terasa yang tiada boundaries antara mertua dengan kami.

Masa aku baru habis pantang, aku tengah duduk sarapan sebeIah baby yang tidur. Aku hanya pakai baju tidur yang tak berlengan. Suami aku dah keluar bekerja. Tiba – tiba aku dengar pintu grill rumah aku dibuka. Aku pun suspen siapa pula ini.

Rupanya mak mertua aku datang (aku dah tak ingat apa tujuan dia datang) dan main masuk je menggunakan kunci spare yang kami tinggalkan untuk em3rgency kat rumah mertua. Masa ni aku dah tak selesa tapi aku layankan aja.

Kemudian ada 1 minggu ni, kami suami isteri dah bangun tapi masih baring – baring di katil, kejadian sama berlaku lagi. Mak mertua aku datang terjah macam itu aja tanpa maklumkan kedatangannya. Kali ini aku cakap dengan suami aku tak selesa, tak ada privasi.

Suami aku rasa yang sama jadi dia pesan pada mak dia lepas ni kalau nak datang call dulu. Lepas kejadian tu, mak mertua aku akan call sebelum datang. Tapi dia call bila dah ada depan pintu rumah aku. Dia call “Aisya, mak ada depan pintu ni.”

Selalunya dia datang untuk hantar makanan. Memang aku bersyukur selalu dapat makanan, tapi lama kelamaan aku jadi benci keadaan macam ni. Bila dah ada depan pintu rumah, tak kan aku nak kata eh tak boleh masuk. Mak baliklah.

Kadang – kadang rumah aku bersepah, kain baju belum selesai, aku sendiri tak terurus sebab tengah buat kerja rumah, aku tak suka orang datang. Kalau nak kata datang tanya khabar, sebenarnya hari – hari mak mertua aku akan call aku bersembang dan aku layankan.

Kadang – kadang pagi call aku, malam call anaknya pula. Sehari berkali – kali call. Jujur aku sangat rimas tapi bolehlah aku sabar dan layan kalau sekadar panggiIan telefon. Tapi bab datang rumah tu memang aku rasa jengkel sangat.

Kemudian, ada satu lagi yang jadi masalah. Aku dan suami hanya pernah bercuti berdua dengan baby dua kali saja sejak kahwin. Tapi kami dah pergi bercuti dengan keluarga mertua sebanyak 5 kali! Kenapa aku sampai buat kira – kira macam ni?

Sebab setiap kali aku dan suami plan untuk ke mana – mana masa cuti sekolah, mak mertua aku nak ikut bercuti sekali. Setiap kali. Dan ada satu kali cuti yang dia tak ikut, dia akan call kami tanya macam – macam, macam mana hotel, baby macam mana meragam tak.

Pada aku, benda tu semua boleh kita sembang nanti lepas kami balik. Aku pernah staycation di KL dengan suami dan baby, malam tu mak mertua call suami tanya benda – benda biasa tu. Aku jadi rimas sangat dengan keadaan ini.

Sekarang ni next cuti sekolah dia dah booking nak ajak kami semua dengan adik – adik ipar ke Ipoh. Walhal cuti sekolah sebelum ini kami baru pergi bersama – sama ke Melaka. Suami aku pun buntu nak suarakan macam mana sebab ialah mak sendiri kan. Takut kecil hati pula. Aku pun buntu.

Aku selalu tertanya – tanya salahkah kalau aku nak sedikit privasi dalam rumahtangga kami? Salahkah kehendak aku nak pergi bercuti berdua dengan suami dan anak? Kadang – kadang hubungan aku dan suami sendiri pun tak berapa baik, baru lepas g4duh jadi aku fikir salah satu cara nak bagi rapat semula ialah bercuti berdua.

Nak spend masa bersama sebab hari biasa dah sibuk dengan kerja. Salahkah kalau aku berfikiran begini? – Aisya (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Hai semua, perkenalkan aku Aisya. Ya akulah TT untuk tajuk Privasi Suami Isteri yang mengundang kontroversi hari tu. Sudikah baca confession kedua ini andainya tersiar? Aku rasa terpanggil untuk ucapkan terima kasih pada semua yang beri komen membina, yang cuba memahami situasi aku, dan pada yang komen buruk tu, aku anggap tidak faham situasi keseluruhan aku.

Mungkin aku tak ceritakan dengan detail background aku, jadi ramai tak nampak keadaan sebenar. Kali ni aku cuba cerita serba sedikit. Aku adalah satu – satunya anak perempuan ibu aku, dan aku juga menantu perempuan sulung untuk mak mertua aku yang ada 3 orang anak lelaki.

Awal tahun ini, alhamdulillah mak mertua aku dah dapat seorang lagi menantu perempuan yang kini tinggal lebih kurang 15km dari rumah mereka. Ibu tinggal berdua saja dengan ayah aku yang menghidap k4nser hati tahap akhir, dan mak mertua tinggal bersama ayah mertua dan seorang adik ipar aku yang belum berkahwin.

Mak mertua tidak keseorangan, ada suami dan anak, dan ada kawan rapat yang rajin ajak pergi ke pasar bersama – sama. Jadi, berkenaan cuti bersama keluarga yang aku katakan sebelum ini, sebenarnya aku belum pernah bawa keluarga sendiri bercuti bersama suami.

Aku memang berhasrat macam tu, cuma agak sukar nak buat plan dalam keadaan kesihatan ayah aku yang tak menentu. Dan memandangkan setiap kali cuti dah dirancang oleh orang lain, maka hasrat tinggal hasrat saja.

Jadi itulah yang aku cuba dapatkan dari suami aku sekarang. Bercuti berdua, dan juga bercuti bersama keluarga aku pula. Buat yang berkata mungkin mak mertua aku dah sibuk bekerja dulu, jadi baru sekarang nak bercuti, tidaklah.

Mak mertua aku dah lama jadi housewife, sebab tu dia memag hebat memasak. Tapi ayah mertua  aku dulu selalu outstation, jadi akan bawa satu keluarga ikut sama, selalunya ke Hibiscus di PD. Best tempat ini. Dan mahal.

Aku dan keluarga memang tak pernah jejak kaki ke sana. Dan bila ayah mertua aku dah pencen, mereka juga sering ke Cameron Highlands berdua pada hujung minggu. Romantik kan? Kami pernah juga plan nak pergi Cameron, pergi Hibiscus berdua, dan suami aku ni memang rajin bersembang dengan maknya jadi terlepaslah cerita tentang plan kami itu.

Dan dua – dua plan kami itu mak mertua aku nak ikut serta. Aku juga bukan housewife, tapi aku bekerja dari rumah. Aku menguruskan company kecil – kecilan yang diusahakan dengan abang aku, dan jualan makanan kecil – kecilan yang diusahakan dengan suami aku.

Suami aku guru swasta yang gajinya tak begitu tinggi, jangan anggap semua guru swasta masyuk ya. Jadi pada yang kata aku menumpang kesenangan suami, tidaklah. Bahkan aku turut menyumbang 70% perbelanjaan rumah.

Tak apa, itu tak jadi masalah buat aku asalkan kami terus berusaha bekerja bersama – sama. Jadi apa yang aku cuba isukan ini ialah masa aku di rumah aku bekerja dan juga menguruskan rumahtangga dan anak kecil. Bila mak mertua aku datang, dia akan duduk bersembang berjam – jam. Jadi ini yang agak mengganggu masa aku.

Di samping isu pakaian aku yang tidak sopan di rumah, ada yang kata tak apa, mak mertua je pun. Tidak pada aku, sebab depan ibu aku sendiri pun aku tak pernah pakai sleeveless. Memang diajar begitu. Jadi mana mungkin dengan mak mertua aku akan lagi kurang segan kan?

Ada juga yang sarankan aku supaya cuba adapt dengan keluarga mertua. Alhamdulillah mereka jenis easy going jadi memang senang nak adapt. Antara perkara yang aku rasakan susah buat aku, tapi aku dah berjaya buat sekarang ialah borak di telefon dengan orang lama – lama.

Hanya dua orang saja yang aku boleh borak di telefon lama – lama iaitu suami aku dan seorang kawan rapat aku. Jadi bila mak mertua aku jenis suka telefon setiap hari untuk borak kosong, aku akui memang sangat susah untuk aku biasakan.

Tapi sekarang dah ok, sebab aku cuba fahami yang mak mertua aku tak pernah ada anak perempuan jadi bila ada ni dia jadi seronok bersembang. Aku layankan dan sesuaikan diri dengan keadaan itu. Walaupun hakik4tnya ibu aku sendiri tak call setiap hari begitu dan tak datang ke rumah aku tanpa makluman.

Jadi untuk yang komen kata aku tak layan mak mertua macam ibu sendiri, salah tu. Sebab ibu aku sendiri tak meminta hingga begitu layanannya walaupun aku satu – satunya anak perempuannya. Sebenarnya yang mendorong aku tulis confession tempoh hari ialah, sepanjang minggu itu aku dan anak aku dah luangkan masa dengan mak mertua.

Hari Isnin aku bawa anak aku ke rumahnya. Selasa aku di rumah. Rabu aku bawa mak dan ayah mertua ikut serta aktiviti swimming anak aku. Khamis aku bawa anak aku ke rumahnya lagi. Jadi hari Jumaat aku bercadang untuk siapkan kerja – kerja aku, dan waktu itulah mak mertua aku call. Katanya nak hantar lauk.

Aku katakan ok tak apa, nanti tengahari aku minta suami aku naik sekejap ke rumahnya untuk ambil makanan. Suami akan balik lunch di rumah sebelum ke sekolah semula pada waktu petang. Ok bila aku katakan macam tu, mak mertua setuju untuk tunggu suami aku naik.

Aku pun sambung kerja. Kemudian berhenti sebentar untuk menyusukan anak. Aku terdengar grill dibuka. Mak mertua call, katanya dia di depan rumah untuk hantar makanan. Aku katakan aku sedang menyusukan anak, boleh mak letak di rak kasut saja.

Tapi mak mertua aku kata nak buka pintu rumah sekejap, nak tengok cucu. Jadi dia pun masuk sendiri dengan kunci em3rgency yang aku cerita tu. Kalau kalian dalam situasi ini, apa perasaannya? Aku akui ketika itu aku rasa marah macam nak menangis, sebab dah dipersetujui tadi untuk suami aku naik ambil di atas.

Kenapa senyap – senyap datang juga lepas tu? Seperti tak hormat dengan keputvsan aku. Tapi bukan seperti yang kalian katakan, aku tak berlaku biadab pun. Aku layankan, jemput masuk, layan bersembang sambil aku buat kerja sikit – sikit.

Apa yang aku lakukan cuma luahkan pada suami supaya suami aku boleh bagitahu maknya dengan cara terbaik. Kalau aku ingin berlaku biadab, mungkin aku yang akan terus direct tegur mak mertua aku. Tapi tidak. Sebab aku tahu dia seorang yang baik.

Tiada siapa menafikan kebaikannya. Sebab itu aku juga cuba mencari cara terbaik untuk bagi mak mertua aku faham apa yang aku rasakan. Mungkin confession hari tu ada ayat yang kedengaran kasar, tapi itu bukan apa yang aku cakapkan pada mak mertua aku.

Bahkan aku tak pernah bercakap tentang ini padanya. Rasa macam dah panjang sangat aku tulis. Akhir sekali seperti yang kalian pesan, hidup ni akan berputar. Buat pembaca yang komen aku anak derh4ka, aku harap kalian ingat suatu hari nanti kalian akan ada anak menantu.

Berdoalah supaya kata – kata ni tak berbalik pada kalian. Buat yang memahami dan cuba beri jalan keluar, terima kasih banyak. Sebak aku baca komen kalian. Alhamdulilah kami dah dapat ambil langkah pertama seperti yang dinasihatkan dan buat masa ini keadaan semuanya baik, tiada siapa bermasam muka atau tak bertegur sapa. Alhamdulillah.

Komen Warganet :

Nor Ain Shahajar Ahmad : Baca pun penat. Maybe saya pun jenis suka privacy. Jenis macam kita, dalam sehari ada limit bersosiaI. Bila jam sosiaI dah habis. Kita nak duduk sorang – orang. Kalau tu diganggu. Memang kita str3ss. Orang payah faham bab tu. Setiap orang lain. So saya pun tak tahu nak nasihat macam mana. Huhu. Tapi saya faham.

Hannah Rose : Baiknya lah mertua kamu.. benda yang dia buat tu memang nampak ann0ying tapi sebenarnya itu tanda kasihnya yang meIimpah ruah. Apa – apa pun jangan lupa ucap syukur selalu. Sebab ada ramai kat luar sana menantu yang tak dapat pun kasih sayang mertua walaupun kahwin dah 10 tahun (pengalaman sebenar ni).

Kalau dia hantar lauk tu takpelah.. kalau dia dah selalu datang kurangkn pergi rumah dia. Biar mertua yang datang rumah kita. Aku rasa dah ada menantu kedua ni ofkos nanti dia m4kin slow dengan tt. Sebab ada menantu baru.

Bercuti tu pandailah rahsia. Kalau aku dan suami, siap – siap bincang alasan supaya tak terlepas cakap. Hp tu offkan aje.. sehari sekali je buka. Tu pun kalau dah waktu malam. Lepas tu sedia cardigan kat rumah. Beli beberapa helai. Kalau pakai baju bertali halus pun tak malu. Boleh terus sarung cardigan tu. Jangan terlalu memikirkan masalah nanti lebih s4kit hati sehingga kita lupa untuk bersyukur.

Atifa Zuhayra : Gini dik, rasa macam sebenarnya awak perlu masa untuk adapt dengan mak mertua awak. Sebab akak dulu pun macam tu. Pernah akak salah faham dengan mak mertua akak. Sampai akak dengar dia cakap dengan husband, ‘baru kenal ira bape bulan, mak dengan kamu dari kecik tau’.

Lama dia merajuk dengan akak. Akak rasa sunyi plak takde orang hantar ikan pagi – pagi pastu suh basuh baju. Teman sidaikan kain walaupun ann0ying rasa dia menyibuk. Takde orang petang – petang datang rumah hantar pisang goreng.

Kadang – kadang pukI 10 malam mak mertua akak belom balik lagi, akak kira dalam hati bila lah nak balik tapi seminggu tu takde. Rumah sunyi je. Satu hari awak rindu semua benda yang awak menyampah sangat kalau sebenarnya awak sabar sikit dan boleh faham keadaan mesti awak nak putar masa.

Sekarang ni lalui dengan tenang dan kalau boleh jujur, tak apa, bagitahu je. Kadang – kadang mak mertua macam ni, diorang sunyi, takde kawan, takde sape nak teman. Ada husband pun bukan teman, kalau ada anak lain pun tak sama feeling excited dia dengan awak. Patut bersyukur..

Mak mertua akak pun ada kunci rumah. Layan macam mak sendiri je. Apa – apa cakap je direct tapi akak tengok cara penulisan awak, macam banyak penafian. Mak akak tak call akak juga, tapi mak mertua akak akan call tanya, akak ambil itu sebagai kasih sebab mak akak akak pun tak ada anak perempuan, dia rasa excited ada anak perempuan.

Mak akak? tak ada kunci rumah akak sebab mak akak jenis tak suka menyibuk tapi bukan bermakna mak mertua akak jenis menyibuk. Kalau awak rasa dia menyibuk dia akan jadi menyibuk lah, kalau rasa dia ambil kisah, peduli, dia akan jadi begitulah.

Kita yang ubah perkara tu jadi baik atau sebaliknya. Masa akak pantang, mak akak takde sibuk tanya atau cek apa – apa tapi mak mertua akak buat, akak takde rasa macam dia menyibuk. Bagi akak, kita ni sebagai anak dia, walau kita ada phd atau doctor lawyer majistret sekalipon, tunduklah, dia ibu kepada suami yang awak sayang sangat tu.

Satu hari nanti, tak ada semua ‘gangguan’ ni.. renungkan… semua ni sementara… ada jenis mak mertua yang tak suka menantu sampai b0mohkan, s4ntau kan, bagi cerai berai, tak kisah anak menantu lapar, duduk bawah jambatan pun lantaklah, nak macam tu ke? Kadang – kadang sekecil rahmat dalam hidup kita ni, disebabkan rasa syukur yang sedikit. Kalau banyak syukurnya?? Fikirkan…

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.