Lepas dah kena baIing kuali, dalam mahkamah, suami peIuk kaki dan menangis minta maaf

Awal – awal lagi saya dah tanya dan beri amaran dekat suami jangan cuba – cuba curang belakang saya. 3 pagi lepas solat saya terus ambil HP suami, kemain dia bagi pickupline dekat perempuan lain. Saya terus ambil periuk, kuali sampai suami kena 5 jahitan, baru tahu mak rimau punya penangan.

#Foto sekadar hiasan. Semua ada pengalaman suami curang. Termasuklah saya. Maaf andai cerita ini panjang dan tidak selesa untuk mana – mana pembaca. Saya tak tau laki saya bermesra dengan perempuan lain kat luar, sebab saya tak pernah check handphone dia.

B0dohkan? Bini orang lain sibuk check handphone laki, aku? Buta – buta percayakan suami separuh nyawa. Pernahlah saya mimpi, pokok tanaman saya tanam orang lain siramkan, tak lama tu saya dan suami dalam bilik (pls jangan taksub dengan mimpi).

Ye, itu petunjuk pertama saya. Kedua, suami kejap – kejap keluar jumpa orang. Dan tak pernah kenalkan saya pada kawan – kawan dia. Tapi, muka saya dan anak dijaja merata. Sebab saya ni kan sporting, maklumlah tak pernah tahu kegiatan dia dalam handphone.

Sedihnya bila ingat. Kawan saya suruh buat whatsApp web saya tak buat pun. Agak bila hati saya dah dijentik, saya bertanyakan pada suami, “papa ada benda sorok belakang mama ke?” dia jawab takde, sambil belek handphone.

Saya sound, “kalau ada benda cakap, kalau mama dapat tahu, teruk awak mama keje kan. Awak tahu kan bini awak macam mana?” Dia jawab lagi, “takde benda.. takde. Ok.” Saya solat hajat, solat taubat, saya berdoa minta petunjuk, sebab hati saya berbolak balik tak sedap, tak tenang.

Saya check apa yang tak kena kat aku. Baru saya ingat, Dia anugerahkan kita ‘naluri’ yang sangat kuat. Tau saya buat ape? PukuI 3am saya bangun, lepas mengaji saya. Dengan perlahan saya ambik handphone dia menggigiI badan.

Dengan anak tak pernah dia bergurau hakik4t kami ada anak perempuan, puji anak jauh sekali walaupun ada anak perempuan apatah lagi nak bagi pickupline. Ayat ntah mana – mana perempuan cuma dalam banyak – banyak perempuan ada sorang tu sama – sama tepuk tangan.

Yang paling saya ralat dan saya s4kit hati sampai sekarang, dalam diam – diam dia tunjuk air muka saya dan anak pada perempuan tersebut. Kenapa dia berani bagi gambar? Sebab dia berani minta gambar kat perempuan tu.

Juga saling bertukar gambar. Awal – awal saya dah warning dan dia tak heran. Sekarang saya buktikan. Saya ambik periuk kat dapur saya pukuI dada dia, k3jutkan dia dan tunjuk handphone. Apa semua ni? Dengan pantas dia r4mpas, delete semua nombor perempuan tu.

Nasib sempat saya screensh0t. Saya tak pernah cari pasal dengan orang, bila orang mula cari pasal dengan saya, ko memang silap orang laa. Periuk kat tangan saya dengan pantas h3mpuk kat muka dia. Saya tak nak dengar apa – apa penjelasan, lagipun saya dah bagi ruang sebelum ni dia tak nak cakap.

Tau apa alasan suami? Saja suka – suka, ayat – ayat jiwang takde lebih pun sebab dia laki orang. Dia cakaplah, tapi saya baca wassap dia dengan kawan dia. Suami dah mula sayang kat perempuan tu, sayang saya dan perempuan tu.

Dan disokong oleh kawan dia. Kiranya kawan dia ni support lah apa suami saya buat belakang saya. Dengan kawan macam – macam diluah. Dengan saya.. belum masanya nak bagitau.. nahhh.. Patutlah macam – macam mimpi, jiwa tak tenang hati berbolak rupanya ada benda lain nak ditunjuk.

Syukur doa saya dimakbulkan. Saya g4duh dengan suami macam wrestling tau. Bayangkan 3 – 4 pagi, saya gigit muka dia, saya cakar muka dia, gigit badan dia. Melutut, merayu mintak saya jangan tinggalkan dia dan anak.

Hahaha.. baru tahu mak rimau punya penangan. Sambung ke pejabat agama pulak, entah apa dirasuk dalam bilik tu boleh saya berangin pukuI dia depan staff situ. Cucuk telinga dia pakai pen. Memang naik giIa laa, saya ke pejabat agama pun sebab minta fasakh.

Sebab tak pikir ke mahkamah tu ke pejabat agama. Rupanya salah tempat laa. Sejak kes itu, suami bersump4h tak akan contact kawan dia lagi dan takkan jumpa lagi. Sebab saya dah mula benci dengan kawan dia. 12 tahun kawen, ini kali ke3 dia curang dengan saya.

Dan kali pertama kaki tangan saya naik kat badan dia. Suami langsung tak pernah pukuI saya sejak kami berkahwin. Sekarang, kami hidup seperti biasa. Fb dia saya h4ck, saya viralkan perbualan dia dengan perempuan – perempuan lawa.

Sampaikan ada yang bertanya. Kenapa laki ko? Saya cuma jawab tak tahu dan jangan tanya aku.. pergi tanya dia. Sebab tu bukan fb aku. Sampai sekarang, takde sesiapa tahu g4duh besar kami. Saya tak pernah post hal – hal berkaitan curang atau sebaliknya di fb saya.

Dan takde sesiapa juga tahu apa dia buat pada saya dan anak. Fb dia beribu – ribu friendlist saya suruh buang.. dia buang.. akhirnya benam macam tu saja. Sejak kes g4duh besar, segala kerja rumah, hal anak semua saya serahkan kat dia.

Dulu 100% kat saya, sekarang 30% kat saya. Saya bukan isteri solehah suri – suti sekalian. Sebab tahap kesabaran saya mencapai maksimum saya dah tak boleh berdiam. Kes g4duh besar, saya berani travel bawa anak saya 3 orang pergi Kelantan naik train.

Sibuk dia call, tanya kat mana. Dengan selamba saya jawab, “Ko cari betina kat luar penah aku tanya ko pegi mana?, Boleh dia cakap d0sa dan pahala. Wow.. ko bela betina belakang aku dan anak ni, pernah ko pikir d0sa?

Sampai sudah dia takde jawapan.. hahaha.. Saya bukan jenis menangis di tepi katil, nak mengadu pada keluarga mahupun kawan. Juga saya bukan nak post macam – macam di laman sosiaI. Saya kena kuat sebab anak kekuatan saya.

Dan saya sedia ditinggalkan sekiranya suami beralih arah. Sejak daripada tu, suami agak susah lepaskan saya berjalan dengan anak. Kunci kereta pun saya kena mintak kat dia. Sebab dia tahu bini dia kalau bercakap mesti buat.

Saya harap suri – suri jangan jadi isteri derh4ka seperti saya. Tolonglah ambik lesen kereta / motor untuk kepentingan kita dan anak. Berhenti menangis kenang kecurangan suami, sekali boleh berdiam. Kalau berkali – kali sampai bila nak menangis je?

Be strong ok, bangun untuk kekuatan sendiri dan anak. Sebab saya ‘sporting’ lah suami b0dohkan saya dan anak – anak. Akibat kesabaran saya diuji sebegini, hidup saya tak terkawal dibuatnya. Mengadulah pada yg Esa, berilah petunjuk. InsyaAllah.. dipermudahkan urusan.

Sambungan.. Pertama sekali ribuan terima kasih segala semangat, sokongan dan nasihat semua. Mana yang negatif saya buang jauh – jauh, mana yang positif itu kebaikan saya. Ok.. kenapa saya sedia ditinggalkan? 12 tahun kahwin ingat kahwin sebab cinta boleh menjamin masa depan ke?

Lepas kahwin 11 tahun yang lepas suami buat hibah, segala kewangan, harta benda semua dia letak atas nama saya dan anak. Pendek kata 100% segala semua nama saya dan anak. Tolong p4ksa suami buat hibah demi anak dan diri sendiri.

Ini saya nak tekankan pada suri – suri. Nafkah saya baik zahir dan batin semua cukup. Penah saya menyuarakan sebelum ni, sekiranya nak poIigami silakan. Tak pernah saya haIang. Kot mampu laa. Kejadian di mahkamah.

Nak gelak dulu boleh tak? Selepas saya ke pejabat agama, beberapa hari saya ke mahkamah. Tau apa jadi nak masuk mahkamah? Dia peIuk kaki saya kuat – kuat, “mama.. papa mintak ampun mama, papa janji tak buat lagi. Papa mintak maaf, jangan tinggalkan papa.”

Awak semua boleh bayangkan tak keadaan ramai orang masa tu? Ye, dia peIuk kaki saya pagi tu di mahkamah. Ada sorang staff kat situ nampak ‘drama pagi’ dan saya dipanggil untuk berjumpa. Cerita punya cerita, last sekali puan tu cakap, suami puan ni ada potensi giIa taIak kalau cerai nanti.

Saya harap puan fikirlah masak – masak, fikir anak fikir keselamatan. Sebab saya tengok suami puan ni sangat menyayangi puan. Mungkin dia salah pilih kawan, tu buat dia terpengaruh dengan sekeliling. Puan fikirlah baik – baik.

Puan baliklah dulu, tenangkan hati. Sekiranya 2 – 2 bersetuju puan datanglah sini balik. Sebab ni 1st time saya tengok suami merayu melutut masuk mahkamah ni. Orang tu pun senyum hampir tergelak. Atas sebab nasihat puan itu, saya pun balik.

Bincang punya bincang ,suami taknak dan tak akan melepaskan saya. Bila dia dah cakap macam tu rasa diri saya terc4bar. Saya d3ra em0si dan d3ra mentaI dia sampaikan dia balik kerja dah tahu nak buat apa. Dan.. sejak daripada tu segala kerja rumah hal sekolah saya serahkan pada dia.

Saya tak nak urus sorang – sorang. Cerita ni baru lagi dan masih segar dalam ingatan. Saya boleh maafkan tapi tidak mudah melupakan. Saya harap ini terakhir dia buat kat saya dan terakhir naik periuk kat badan dia. Bukan periuk saje ye, kuali pun terbang atas kepala sampai 5 jahitan.

Sekarang hati saya rasa tenang, tenang sangat bila ‘naluri’ saya takde. Cukuplah 3 kali dikhi4nati. Dan suami pun serik kena b4ntai dengan saya separuh m4ti. Tu dia cakap kat orang tu laaa. Mana yang tak pernah alami suami curang seperti saya, suami anda hebat.

Sangat hebat di mata kami. Mana yang senasib dengan saya, berilah suami anda peluang untuk berubah. Cukup 3 kali, tolonglah kuat. Kuat untuk anak dan diri sendiri. Tolong jangan kongsi cerita rumahtangga pada sesiapa.

Cukup hanya Allah yang tahu. Kalau tak tahan sangat pergiIah pejabat agama. Kita tak tahu mulut orang belakang kita. Semua nampak saya bahagia hakik4tnya, Allah dan pejabat agama je tahu. Akhir kata dari saya.. yang baik datangnya dari Allah swt yang buruk datangnya dari saya.

Terima kasih sokongan semua pembaca, terima kasih nasihat – nasihat, terima kasih mendoakan saya sekeluarga. Mudah – mudahan, doa kalian dirahm4ti, diIimpahkan rezeki dunia dan akhir4t. Salam peIuk dari saya bini tak berapa nak g4ngster.

Komen Warganet :

Nuna Eddy : Hahaha.. Bagus sis.. Part periuk tu terasa macam saya pulak jadi sis h3mpuk jantan haprak tu. Cara sis ni sama macam sorang kawan saya. Sebijik sama cerita dengan sis. Yang teruk laki dia setiap tahun sejak awal kahwin mesti kantoi mesej dengan betina luar.

Kawan saya dok sedih je. Dah nak bercerai dah tapi laki pujuk sebab sayang katanya. Masuk tahun ke 7 kahwin, masih kant0i lagi kali ni mesej dengan bini orang pulak. Kawan saya tak tunggu lama. Tunggu laki masuk bilik terus ditom0ikan aje lakinye.

Setengah m4ti dia kerjakan lakinya. Last – last terus mintak cerai. Untung laa takde anak. Kalau ada. Lagi susah. Sekarang lakinya dah macam orang sasau dah. Skandal just nak geli – geli je. Bukan serius. Isteri dah tinggalkan dia. Baru laa menyesal tak hargai isterinya dulu. Kawan saya pulak. Aman – aman hargai hidup single dan tumpu pada kerjaya je.

Hasni Wan : Hahaa.. Kalau cerita bab suami curang saya dah kena sis. Setiap kali dia kant0i, dia akan nangis dan minta maaf. Bila marah kita dah reda dia ulang lagi, peny4kit curang dah sebati dalam hidup dia.

Dah banyak kali saya bagi peluang untuk dia berubah. Saya dah tak mampu untuk nangis. Perpisahan jalan terakhir. (kenapa la saya tak kenal dengan puan awal – awalkan, kalau tidak dah tentu saya belajar h3mpuk periuk ke muka dia)

Haryani Wan Hamad : Kebanyakan kes – kes suami curang memang ada kawan yang tukang cucuk dan tukang sokong. Kadang – kadang suami ni kena buat macam anak. Kena tapis kawan – kawan dia. Kalau kurang circle kawan – kawan macam tu kurang la sikit exp0sure cuba – cuba curang.

Kalau dapat elok h3mpuk kepala kawan dia tu sekali. Heret pegi court pun elok kawan macam ni. Consider as pihak ketiga yang ganggu keharmonian rumahtangga kawan. Orang selalu fokus pompuan skandaI tu je. Sekarang ni kena heret sekali yang tukang bagi galakan suruh curang tu. Biar dia rasa pandai sangat ajar kawan bukan – bukan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.