Lepas bercerai sy jadi xreti nk jaga anak. Selepas 9 tahun sy terbaca status wasap anak yg dia sembunyikan dari sy

Masa usia anak 5 – 7 tahun saya banyak kali kasari anak. setiap kali marah, kaki tangan pun akan naik sekali. Saya pernah buat anak sampai berjahit lengan dia. Saya buat luahan ni pun sebab saya terbaca wassap status dia, yang dia sorok dari saya..

#Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya, terima kasih admin kerana menyiarkan cerita saya. Saya kenalkan diri sebagai Kak WNS, seorang ibu tunggal. Menjaga anak perempuan dari kecik sekarang dah meningkat remaja berusia 12 tahun.

Selepas berpisah dengan bekas suami (usia anak 3 tahun), saya memang jadi agak pemarah, kasar dan b3ngis. Mungkin d3ndam pada bekas suami. Ya Allah sabarkan hati aku.. Sebelum ni nak bercakap dengan kawan – kawan perkataan aku pun rasa kasar.

Apa lagi nak m4ki hamun cakap bahasa kesat. Tapi peristiwa dengan bekas suami memang rasa depr3ss sampai m4ki hamun. Dan benda ni jadi melarat sehingga mendidik anak. Ok sekarang bukan nak cerita pasal bekas suami tapi tentang anak yang sedang meningkat remaja.

Ya memang saya ibu yang k3jam. Saya betul – betul tak pandai nak mendidik anak. Saya ajar anak dengan cara bentak, m4ki, h1na dan mengeluarkan perkataan kesat yang saya sendiri tak sanggup nak dengar. Sedihnya rasa.

Saya rasa mungkin saya depr3ss. Dan saya tak pernah jumpa pakar tentang perkara ni. Masa usia anak 5 – 7 tahun saya banyak kali kasari anak. R0tan, h4nger, kayu, kerusi macam – macam lagi saya buat jika saya marah. Saya pernah buat anak sampai terjahit lengan dia.

K3jamnya saya tuan puan. Bila saya dah lepaskan saya menyesal menangis dan mintak ampun dengan Allah.. Tapi saya pelik bila berhadapan dengan anak benci tu datang lagi. Saya kalau tegur terus bentak dan m4ki anak.

Marah biasa itu tak de masalah bagi saya. Tapi bila saya marah saya tak boleh kawal. Saya akan naik tangan dan meng4muk. Macam – macam perkataan yang keluar. Bukan saya tak menyesal. Bukan saya tak insaf. Bukan saya tak kesian.

Saya tak tahu tuan puan. Saya rasa saya depr3ss. Semua saya humban pada anak saya. Sekarang anak saya dah meningkat remaja. Dah 12 tahun dah usia dia. Kenapa sampai saya luahkan hari ni? Sebab hari ni saya cek hp dia.

Ya Allah terk3jutnya saya. Terlalu kasar bahasa dia dengan kawan – kawan. B4b#.. B0d##, b4nga## dan macam – macam lagi keluar bila chat dengan kawan – kawan. Lagi satu. Saya terjumpa satu group bukan kawan – kawan sekolah.

Saya tak tahu dari mana dia collect kawan – kawan tu. External oursource ni. Dia chat kebanyakannya dengan lelaki dan semua lelaki tu dia tipu yang dia dah 20 tahun. Allahu macam mana saya nak maafkan diri saya ya tuan puan.

Anak saya dah jadi kasar dan pandai menipu dengan dunia luar. Bila saya baca semua conversation terlalu kasar. Sangat – sangat kasar. Saya pernah remaja. Dan saya tak akan cakap macam tu dengan kawan – kawan, pergaulan dia sangat bebas saya rasa walaupun hanya di dunia maya.

Memang saya ada buat family linked. Tapi dia boleh access hp sampai tengah malam chat dengan lelaki yang dah bekerja. Semalam dia buat 1 status yang dia sorok dengan saya punya wasap. “Sebanyak mana pun air mata menitis, bukan jadi apa pun kan. Ses4kit mana pun secara diam bukan orang tahu pun.

Nak m4ti amalan tak cukup, nak hidup melalui dugaan, m4kin bertambah d0sa. So aku tak tahu nak buat apa kat dunia.” Ini status anak saya tuan puan. Saya sedih. Saya ibu yang gagal. Bila berhadapan dengan dia, eg0 saya melangit.

Saya tetap m4ki dia walaupun dalam diam saya nak berubah nak dia sayang dan hormat saya. Memang saya nampak dia dah hilang hormat pada saya. Walaupun dah s4kit dan banyak kali kena r0tan. Dia tetap tak takut. Saya juga banyak kali halau dia dari rumah jika saya terlalu marah.

Mintak dia kemas baju dan balik pada ayah dia. Huhuhu. Memang sejak berpisah dia tak pernah berhubung dengan ayah dia. Jika saya ugvt memang dia tak mahu jumpa ayah dia. Bagaimana ya tuan puan. Boleh bantu saya.

Macamana cara saya nak selesaikan masalah saya dengan anak saya? Saya takut perkara yang buruk lebih teruk berlaku pada masa hadapan. Saya takut jiwa anak saya rosak lebih teruk. Saya faham ini silap saya. Saya yang perlu dirawat bukan anak saya.

Tapi anak saya dah ikut contoh jahat dari saya. Saya pun dah berusia. Dah m4kin tua. Hitamnya hati saya, bantu saya tuan puan. Dan doakan saya sabar melayan anak saya. Ibu yang k3jam, – Kak WNS (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Sherri Hazmi : Tidak terlewat. Better late than never. Sekarang puan dapatkan rawatan untuk diri sendiri dulu. Kemudian dapatkan bantuan kaunseling dengan kaunselor bertauliah. Pada masa sama, jaga pemakanan. Makan waktu yang tetap, dan makan makanan berkhasiat.

Sama juga untuk anak. Permulaan, mula dengan makanan kegemaran dia. Jangan banyak tanya atau cakap, just siapkan. Kemudian boleh beransur – ansur kepada perkara lain. Kalau rasa marah sangat, keluar rumah sekejap. Duduk di luar sampai marah reda.

Nazieha Li : Belum terlewat sis. PeIuk anak tu. Kalau dia tolak.. Atau Dia pelik ibu dia lain.. Tetaplah PeIuk. Cakap ibu minta maaf banyak kali. Hati anak tu merindu sebuah kasih sayang tulus dari ibu. Tolong lah sis.. Buang eg0.

Cukuplah.. Sama – sama berubah. Lepas ni kalau nak marah lagi. Kemam bibir. Pegang lah tuala ke apa. Istighfar banyak – banyak. Keep f1ghting, saya doakan yang terbaik utnku puan dan anak.

Nana Dagang : Kalau tak boleh luahkan depan – depan, tulis surat pada anak. Luahkan benda sama sis luahkan dalam confession ni. Birthday anak pernah sambut tak? Kalau tak pernah, sambut. Upah orang hantar bunga, kek delivery.

Kurang – kurang anak tu tahu ibu dia sayang, cuma ibu dia je tak kena cara. Diri juga jangan eg0. Ramai je suami derh4ka. Ramai je ibubapa derh4ka. Bukan anak, isteri je derh4ka.

Fazidah Abdul Kadir : Solatlah, berpuasa, jinakkan nafsu dalam diri barulah boleh bercakap dengan anak – anak. It takes time and practice. Fahami bahawa anak tu anak puan bukan anak suami saja, dia pun tak mintak lahir dalam keluarga tu.

You are all that she has. Tentang chat dia tu, sebenarnya dia nak kasih sayang. Peluklah, mohon maaf, menangis cakap perkara yang sebenar. Mengaku salah, jangan kata semua salah dia. Salah kita mengaku je. Insyaallah semoga yang baik – baik saja yang terjadi. Anak kecik lagi baru 12 tahun jangan tunggu sampai dia dah 30 tahun baru nak berbaik – baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.