
Isteri aku terp4ksa mengambil alih tanggungjawab menjaga dua adik perempuannya, dah la isteri diberhentikan kerja. Tanggungan aku sem4kin tinggi sebab adik ipar duduk sekali. Setiap hari kena ambil dan hantar dia dari tempat kerja. Bila beli barang je, dia pakai ambik je. Sehinggalah satu hari isteri aku meng4muk..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Nama aku Ali (bukan nama sebenar). Hari ini aku menulis untuk meluahkan dilema aku sebagai suami, ayah dan abang kerana aku malu untuk meluahkan kepada insan terdekat dengan aku.
Aku telah berkahwin selama lima tahun dengan isteri aku yang sangat solehah dan sangat sempurna di mata aku. Kehidupan kami bahagia dengan kehadiran sepasang cahaya mata. Anak pertama kami berumur tiga tahun dan anak kedua berumur satu tahun enam bulan.
Dilema aku bermula apabila anak kedua aku berusia lima bulan. Isteri aku diberhentikan kerja kerana syarik4t dia bekerja muflis. Boleh aku katakan gaji isteri aku tiga kali ganda lebih besar dari aku dan dialah yang banyak membantu dari segi ekonomi keluarga.
Aku hanya membayar komitmen tetap seperti bil api air, internet, rumah, kereta dan barang makanan. Segala perbelanjaan lain ditanggung isteri aku seperti yuran taska anak – anak, keperluan anak – anak seperti susu dan pampers, keretanya sendiri dan kadangkala dia juga berbelanja untuk keperluan rumah.
Jika aku mendapat bonus atau gaji lebih, barulah aku akan membayar keperluan anak – anak pada bulan tersebut. Aku memberinya nafkah tetap setiap bulan tetapi dia akan menyimpan di akaun bank anak pertama aku.
Sebagai seorang isteri dan ibu berkerjaya, isteri aku mahukan kesempurnaan untuk anak – anaknya. Dia menghantar anak – anak aku di taska yang agak tinggi bayarannya, malah pampers dan susu juga di antara yang mahal di pasaran.
Pada mulanya aku membangkang kerana gaji aku tidak cukup untuk menampung perbelanjaan tersebut, tetapi isteri aku berkeras dan memujuk aku untuk bersetuju kerana dia akan membantu menampung perbelanjaan tersebut sehingga aku mampu dan stabil.
Aku bersyukur isteri aku tidak pernah merungut atau merendahkan aku sebagai suami. Kesusahan hidup yang dia pernah alami membuatkan dia sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga kami. Malah sebelum berkahwin, dia yang banyak memberi aku sokongan dan dorongan dari aku tidak mempunyai apa – apa.
Selepas isteri aku diberhentikan kerja, aku lihat dia sangat sedih dan selalu meminta maaf kerana akan menyusahkan aku. Anak – anak aku diberhentikan dari taska kerana aku meminta isteri aku menjadi suri rumah. Selepas itu, segala perbelanjaan rumah ditanggung sepenuhnya oleh aku.
Aku bahagia kerana segala tanggungjawab suami dan ayah dapat aku galas sepenuhnya tetapi tiada lagi duit simpanan kec3masan yang dapat aku simpan setiap bulan. Beberapa bulan menjadi suri rumah, isteri aku kehilangan ayahnya.
Ibu mertua aku telah lama meninggaI dunia. Sebagai anak pertama, isteri aku terp4ksa mengambil alih tanggungjawab menjaga dua adik perempuannya. Setelah berbincang, aku dan isteri bersetuju membawa salah seorang adiknya tinggal bersama kami dan di sinilah konflik dan dilema bermula.
Aku boleh berikan nama adik ipar aku yang bongsu si A dan yang kedua si B. Adik ipar aku si A bekerja di kilang dan dia tinggal di hostel. Jadi tiada masalah dengan si A. Masalah utama aku dengan si B. Sebelum ini, ayah mertua aku yang menghantar si B ke tempat kerja kerana dia tidak mempunyai lesen.
Setelah ayah meninggaI dunia, isteri aku yang menghantar dia setiap hari. B bekerja di pusat membeli beIah dan selalu pulang dalam jam 10 malam. Pada waktu siang, isteri aku akan membawa anak – anak aku ketika menghantarnya ke tempat kerja dan pada waktu malam anak – anak aku di bawah jagaan aku.
Apa yang membuatkan aku terkilan, adik ipar aku tidak pernah menghulurkan walau sesen duit minyak kepada isteri aku. Sudahlah dia penat menjaga anak dan melakukan kerja – kerja seharian di rumah, tambah lagi menjadi driver kepada adiknya.
Di rumah, aku boleh katakan si B sangat pemalas. Pada mulanya isteri aku ada membebel dan menasihati si B, tetapi lambat laun aku dapat lihat isteri aku diam sahaja. Aku kenal isteri aku, dia bukan seorang yang suka membebel atau bising – bising.
Apabila dia marah, dia akan diam. Aku hanya dapat membantu isteri aku pada hujung minggu atau waktu malam. Itu pun tidak banyak yang boleh aku lakukan kerana dia pasti akan menyuruh aku berehat setelah seharian bekerja.
Si B tidak pernah membantu dari segi kewangan atau tenaga. Segala perbelanjaan rumah masih lagi di bahu aku. Bukan aku hendak mengungkit, tetapi segala perbelanjaan rumah menjadi bertambah terutama sekali barang makanan dan bil api air.
Apabila mengikut isteri aku berbelanja, dia memasukkan barang keperluannya di dalam troli dengan alasan akan membayar semula. Mungkin dia lupa, kakaknya sudah tidak bekerja seperti dulu. Aku berasa terbeban sejak kehadiran B dan isteri aku sering meminta maaf.
Dia juga membuat bisnes online di facebook dan shopee tetapi masih tidak mencukupi. Beberapa kali kami mengeluarkan duit simpanan kami untuk menampung perbelanjaan harian. Pernah sekali isteri aku tidak dapat menahan marah, dia mengungkit dan meminta duit minyak kepada si B.
Ini kerana si B memarahi isteri aku kerana menjemputnya lewat. Bukan isteri aku sengaja, tetapi anak pertama aku ingin mengikut isteri aku mengambil makciknya. Boleh aku katakan logik isteri aku meminta duit minyak, kerana isteri aku menggunakan keretanya hanya untuk menghantar si B ke tempat kerja dan duit minyaknya daripada aku.
Bulan hadapannya si B membayar sejumlah wang kepada isteri aku dan berkata ingin membantu kami tetapi lain pula dia ceritakan pada si A. Dia mengadu bahawa isteri aku meminta duit kepadanya. H4ncur hati isteri aku bila mendengar apa yang diperkatakan si B.
Malam itu, isteri aku berjumpa dengan si B. Isteri aku meluahkan segala ketidakpuasan hatinya tetapi reaksi si B hanya tunduk memandang lantai. Isteri aku seumpama bercakap dengan tembok dan tiang. Dia membuat muka bosannya.
Aku juga meluahkan rasa ketidakpuasan hati aku kepada si B. Boleh aku katakan si B hanya duduk sahaja di rumah aku. Duit gajinya hanya untuk dirinya sendiri. Sudahlah tidak membantu dari segi komitmen bulanan, malah segala pekerjaan di rumah isteri aku buat seorang diri.
Pakaiannya juga dibasuh oleh isteri aku. Setiap pagi makanan sudah terhidang dan dia hanya makan dan membungkus untuk dibawa ke tempat kerja. Boleh aku katakan isteri aku umpama orang gaji dan driver kepada adiknya.
Penat isteri aku meluahkan segala rasa dan peng0rbanan yang dia lakukan, si B hanya mendiamkan diri. Jawapan yang keluar dari mulutnya sangat meny4kitkan hati. Tidak tahu, kenapa sibuk nak tanya atau dia mengangkat bahu, itu sahaja reaksi si B.
Selepas kejadian itu, isteri aku masih melakukan kerjanya seperti biasa tetapi tidak bercakap dengan adiknya. Tetapi si B buat biasa seperti tiada apa berlaku. Aku tahu, isteri aku kecewa dan terkilan. Setiap hari isteri aku berdoa agar adiknya dipertemukan j0doh kerana dia sudah tidak mampu menjaga adiknya yang keras kepala dan tidak menghargai itu.
Ikutkan hati aku, ingin sahaja aku haIau si B dari rumah tetapi memikirkan si B adalah amanah arw4h ayah mertua aku, aku jadi serba salah. Aku juga tidak mahu isteri aku berasa bersalah terhadap adiknya. Sekarang isteri aku berusaha mencari kerja semula. Mohon nasihat dari pembaca apa yang harus aku lakukan dan doakan isteri solehah aku mendapat pekerjaan ya? – Ali (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Umi Insyirah : Manusia yang tiada common sense dan jenis ‘ada aku kisah’ ni. Tak boleh bezakan antara duduk di rumah orang berkeluarga dan rumah sewa bujang. Sepatutnya dah bekerja kena berdikari, kalau menumpang di rumah orang berkeluarga kena sama – sama bantu tenaga dan barang – barang dapur. Kalau tak boleh ikut cara keluarga macam tu baik duduk rumah sewa bujang.
Annie Mohd : Bagi arahan. Time nak basuh baju, tunjuk dia tekan button mana kat washer tu. Time lunch, tunjuk dia mana letak beras, sayur, ikan, garam. Suruh dia masak. Time nak gi keje, tunjuk dia mana bus stop atau bagi nombor teksi.
Time nak kemas rumah, hulur penyapu kat dia. Hujung bulan, buat calculation.. share dengan dia belanja rumah dah naik sejak dia pindah masuk. So you mintak dia bayar RM sekian. Kalau degil, carikan rumah sewa.
I agree komen – komen yang lain. Menjaga tak bererti kena tat4ng atau bela dia. Tapi ajar life skill. You ketua rumah, show her who is the boss. Jangan biar si kaduk naik junjung.
Nur Hidayah Abu Bakar : HaIau keluar. Amanah tu besar maknanya, bukan bermaksud membenarkan kejahatan dan keb0dohan dan diperh4mbakan. Amanah itu juga termasuk dengan mendidik dan didikan itu boleh jadi melalui haIau beliau keluar dari rumah untuk berdikari.
Nurin Suyanida : Sudahlah menumpang, t0xic pula tu. Tak boleh menolong sekurang – kurangnya jangan menyusahkan. Penat tau urus anak kecik – kecik. Faham sangat kalau dia menangis nak ikut tu. Tapi tu lah, urus adik yang dah kerja tu macam tak jauh beza dengan urus anak – anak kecik.
Adik kami sekali sekala datang tido rumah pun basuh baju sendiri, tolong basuh pinggan buang sampah. Lelaki tu, nampak gaya tuan dengan wife yang kena ambil tindakan.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.