Lama nenek tunggu, akhirnya nenek berjaya halau menantunya keluar dari rumah pusaka lepas anaknya meninggaI

Pak Ngah ambil tanggungjawab renovate rumah nenek yang uzur supaya nenek selesa. Lepas beberapa tahun Pak Ngah ambil keputvsan nak duduk sekali dengan nenek bawak semua anak – anak. Sekali lagi Pak Ngah besarkan rumah siap sediakan bilik untuk anak – anak dia. Tapi Pak Ngah terlupa untuk buat bilik untuk nenek..

#Foto sekadar hiasan. “Ber4mbus kamu semua dari sini! Baliklah ke rumah keluargamu. Lima belas tahun aku menahan siksa. Rumah ini atas nama aku. Tanah ini juga atas nama aku! Rumah ini bukan lagi untuk kamu semua!” bentak Nek Jah kepada menantunya,

Puan Rohayu yang baru sahaja kem4tian suami akibat komplikasi s4kit jantung. Lima belas tahun yang lalu, Encik Zul yang bertugas di sebuah institusi pengajian tinggi bersama Puan Rohayu yang merupakan seorang guru telah membuat keputvsan untuk membaiki dan membaik pulih rumah ibu bapa Encik Zul (Nek Jah) yang uzur di kampung.

Walaupun Encik Zul bukanlah anak lelaki sulung di dalam keluarga, namun beliaulah yang mempunyai pekerjaan yang baik dan mempunyai kelulusan pelajaran yang lebih tinggi berbanding adik beradiknya yang lain. Pendek kata, beliaulah anak yang mempunyai pendapatan yang paling besar berbanding adik beradiknya yang lain.

Namun begitu, usaha yang dilakukannya itu tak digemari oleh adik beradik yang lain. “Siapa yang masih tidak nampak, apa yang dilakukan Pak Ngah kamu itu memang buta! Lepas rumah itu dibaiki, memang dia, isteri dan anak – anaknya akan tinggal di situ! Lepas mak dan bapa sudah tiada, memang merekalah yang akan mengambil rumah itu! ” Pak Man bercerita di hadapan cucu – cucu Nek Jah.

Selaku abang sulung, Pak Man memang rasa betul – betul terc4bar dengan tindakan adiknya Zul itu. Rasa sangsi yang membuak – buak telah menyebabkan hubungan mereka adik beradik sedikit dingin. Ibu bapa mana yang tidak mahu anak membaiki rumah yang uzur.

Apa yang mereka tahu, selepas ini mereka akan dapat tinggal di rumah yang lebih baik dan selesa berbanding sebelum ini. Sudah tentu terselit juga perasaan bangga terhadap masyarakat sekeliling apabila anak mereka itu telah menghadiahi mereka rumah yang lebih elok dari sebelum ini.

Setelah beberapa tahun, rumah yang uzur itu sudah menjadi lebih selesa. Bukan sahaja selesa, malahan menepati cita rasa terkini berserta perabot – perabot jati yang sungguh klasik. Namun begitu, seperti yang diramalkan, Encik Zul dan Puan Rohayu telah berpindah ke rumah tersebut bersama – sama anak – anak mereka yang sem4kin meningkat remaja.

Perpindahan mereka ke rumah itu bermula apabila Encik Zul telah mengambil keputvsan untuk menyambung belajar sepenuh masa selama dua tahun. Maka, terp4ksalah mereka sekeluarga keluar dari kuarters kerajaan yang mereka diami selama ini kerana kuarters tersebut adalah dikhaskan sebagai kediaman warden asrama sahaja.

Dalam pada masa yang sama, sebagai penghalal cara, Encik Zul beranggapan bahawa kerana beliau yang bersusah payah membelanjakan wang ringgit ke atas rumah itu dan adik beradiknya yang lain pun tinggal bersama keluarga masing – masing, maka tidak salah beliau dan keluarga memilih untuk tinggal di situ.

Selepas ini juga, makan minum dan pakai ibu dan bapanya akan menjadi tanggungjawab. Bapanya Haji Manan bukanlah seorang yang sihat. Berpeny4kit tiga serangkai, iaitu k3ncing manis, s4kit jantung dan d4rah tinggi.

Sudah menjadi kelaziman ibu bapa yang mempunyai ramai anak – anak akan sentiasa bergerak ke rumah anak – anak di atas jemputan anak – anak mereka. Begitu juga Nek Jah dan Haji Manan yang mempunyai sepuluh orang anak – anak.

Seorang anak akan menyantuni ibu bapa selama dua hingga tiga minggu di rumah masing – masing. Selepas rumah Pak Man, mereka berdua akan ke rumah Mak Teh dan begitulah seterusnya. Apa yang menyedihkan, Nek Jah terutamanya begitu mudah termakan hasutan anak – anaknya bahawa menantunya Puan Rohayu sedang berusaha untuk menghasut suaminya Encik Zul mer4mpas rumah itu daripada mereka!

“Jangan sesekali mak letakkan nama abang ngah di dalam geran tanah rumah itu mak. Terlalu awal. Bukan apa mak, kita takut mereka ada niat yang tidak elok. Bukannya tak tahu asal usul menantu mak itu. Tempat yang penuh dengan amalan ilmu hitam!” hasut Mak Teh pada Nek Jah.

Episod baru pun bermula. Apa sahaja yang dilakukan Puan Rohayu serba tidak kena. Masakan masinlah. Rumah bersepahlah. Anak perempuan malaslah. Anak bujang tidak pandai bergaullah. Sentiasa bangun lewatlah.

Semuanya serba serbi tak kena. Sebagai orang dewasa Puan Rohayu memang pandai membawa diri dan lebih banyak berdiam diri. Anak – anak mereka yang berjiwa muda dan mengikut hati akhirnya terlajak kata dan perg4duhan di dalam keluarga pun bermula.

Tiada apa yang Encik Zul boleh lakukan pada ketika itu cuma berusaha sedaya upaya untuk menjernihkan keadaan. Setelah Haji Manan meninggaI dunia, Nek Jah membuat keputvsan untuk tinggal bersama anaknya yang mempunyai sebidang tanah untuknya bercucuk tanam.

Sebenarnya beliau makan hati dan berkecamuk dengan segala yang berlaku. Beliau ambil keputvsan untuk membawa diri. Encik Zul menghorm4ti keputvsan ibunya namun bekerja keras memberikan segala – galanya supaya ibunya dapat hidup dengan selesa di sana.

Encik Zul menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk mengubahsuai rumah pus4ka ibu dan arw4h ayahnya dalam beberapa fasa. Entah apa sebenar di dalam fikirannya. Adakah mempunyai niat untuk memiliki rumah tersebut secara mutlak atau hanya untuk melihat ibunya hidup dengan selesa?

Namun, setelah ibunya keluar dari rumah tersebut, ternyata keikhlasan beliau boleh dipertikaikan. Ruang tamu diperluaskan. Bilangan bilik ditambah. “Bilik ini untuk along. Bilik ini untuk Acik. Bilik ini untuk Uda. Bilik ini untuk cucu – cucu berkumpul.” kata Encik Zul kepada tetamu – tetamu yang datang melawat.

Tanpa beliau sedari, tidak ada sekali pun beliau berkata di mana bilik ibunya. Sebenarnya, beliau telah terkeluar daripada landasan awal semasa hanya ingin membaik pulih rumah uzur tersebut untuk melihat ibu dan bapanya tinggal selesa di rumah itu.

Namun ternyata kini beliau seolah – olah telah menguasai rumah tersebut tanpa memikirkan hak adik beradiknya yang lain. Nek Jah bertindak tegas apabila tidak sesekali mahu menukar nama pada geran tanah dan rumah kepada Encik Zul.

Beliau sentiasa mengada – adakan alasan dan cuba mengelak. Apabila diajak ke pejabat daerah, sering kali beliau memberi alasan seperti kurang sihat dan pening kepala. Nek Jah sedar bahawa sekiranya beliau menurut sahaja permintaan anaknya itu, anak – anaknya yang lain akan tawar hati terhadapnya.

“Mak, dulu di rumah itulah tempat kita berkumpul! Kami membesar di rumah itu. Tempat kita semua berhari raya. Sekarang? Masing – masing membawa haluan masing – masing. Semuanya kerana Abang Ngah dan keluarganya yang masuk ke rumah itu!” Luah Puan Zuraida, anak bongsu Nek Jah.

Nek Jah mencelah. “Anak – anak mereka ramai Zu. Anak d4ra pun ramai. Kalau kita semua ke sana nanti, bilik tidur pun tak cukup. Tak apalah, sekarang kamu semua dah ada keluarga masing. Dah ada rumah sendiri. Mak boleh bergerak ke rumah anak – anak mak selang dua minggu”.

Dalam memujuk, sebenarnya Nek Jah menahan rasa. Entahlah, siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Beliau sendiri sebenarnya sudah tidak senang di rumahnya sendiri. Sekarang, beliau seolah – olah tiada kuasa di rumah itu.

Ya, mungkin kerana segala perbelanjaan makan minum dan bil ditanggung sepenuhnya oleh anaknya Zul. Dahulu, Nek Jah dan arw4h suaminya menerima bantuan anak – anak pada setiap bulan untuk menguruskan rumah tersebut.

Tetapi pada masa itu, kuasa mutlak ke atas rumah itu masih ada pada pada Nek Jah dan Haji Manan. Namun semenjak kuasa mengurus diambil alih oleh Encik Zul dan isterinya, beliau bukanlah lagi seorang nahkoda di bahtera itu.

Ibarat seorang penasihat yang tiada fungsi. “Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik. Yang hak, insyaAllah akan kembali kepada yang berhak” pujuk Nek Jah kepada dirinya sendiri. “Binalah rumah di sini Rohayu. Kamu pun dah nak pencen. Tanah mak ada di sini. Bahagian kamu mak dah sediakan.” pujuk Nek Minah kepada anaknya Puan Rohayu.

“Entahlah mak, saya cuma mengikut suami sahaja. Lihatlah nanti macam mana, saya akan bincang perkara ini dengan suami” terang Puan Rohayu kepada ibunya. Seakan dapat merasakan salah percaturan anaknya bersama suaminya itu, Nek Minah tidak putvs asa menasihati anaknya itu.

“Bukan mak nak mendoakan perkara yang tak baik – baik. Kalaulah apa – apa berlaku kepada suami kamu dan mentua kamu masih hidup, tidak semena – mena kamu anak beranak dihalaunya keluar Rohayu. Suami kamu tu ada ramai adik beradik lelaki.” terang Nek Minah.

Masih dengan kedegiIannya, Puan Rohayu membaIas dengan berkata, “masalahnya sekarang mak, kami berdua telah menghabiskan ratusan ribu untuk membaiki rumah itu. Takkan senang – senang adik beradiknya tanpa berbuat apa – apa begitu sahaja menuntut rumah itu?”

Nek Minah mengeluh dan berkata, “Apa – apa la Rohayu. Apa yang penting, mak dah sampaikan apa yang mak rasa. Mak harap tiada apa – apa yang kurang elok berlaku.” Acik anak perempuan Encik Zul dan Puan Rohayu memang betul – betul sama lagak gaya seperti Nek Jah.

Cakap sentiasa main lepas. Baginya, kalau dia tidak begitu, ibunya memang akan diperkotak – katikkan di rumah itu. Setiap kali Nek Jah mengeluarkan kata – kata sindiran, ada sahaja jawapan yang terpacul di mulut Acik.

Seringkali Encik Zul menasihati anaknya itu supaya lebih sopan ketika bertutur dengan neneknya. Namun Encik Zul menyedari bahawa ibunya Nek Jah bertindak sedemikian atas hasutan adik beradiknya yang lain yang memang terang – terangan tidak suka mereka tinggal di rumah pusaka itu.

Lebih mengeruhkan keadaan, kebiadaban Acik itu dijajanya ke rumah anak – anaknya yang lain. Digambarkan oleh beliau bahawa biadapnya Acik itu datangnya dari keturunan Puan Rohayu. Menurut beliau lagi, berpuluh – puluh tahun dia membesarkan anak – anaknya seramai sepuluh orang.

Tiada seorang pun yang berper4ngai begitu. Padahal prov0kasi itu datang dari Nek Jah itu sendiri. Memang sudah jadi adat di dunia, siapa yang kalah pada prov0kasi, maka dialah yang akan melenting dan dianggap kurang ajar seterusnya dijadikan bahan bualan umpatan.

Keadaan bertambah tegang apabila Pak Man datang ke rumah pusaka itu untuk mengambil beberapa barang lama yang didakwa olehnya telah diberikan arw4h ayah mereka Haji Manan terhadapnya. Sebuah rehal yang dibeli arw4h Haji Manan semasa mengerjakan fardhu Haji di Mekkah.

Kedatangan Pak Man sebenarnya hanyalah suatu prov0kasi agar keluarga Encik Zul sedar bahawa mereka bukanlah satu – satunya pihak yang boleh menuntut rumah tersebut. “Kami tidak tahu di mana letaknya rehal tersebut pakcik” terang Along dengan sopan sekali.

Sebenarnya rehal tersebut memang sudah bersama Pak Man. Cuma, tindakannnya itu hanyalah untuk menggegarkan isi rumah tersebut. Seringkali mereka sekeluarga mengadakan aktiviti makan – makan bersama keluarga namun Encik Zul dan keluarganya sama sekali tidak dipelawa.

Mereka telah dipulaukan. Malahan ketika hari Raya Aidilfitri sekalipun adik beradiknya tidak mahu menjejakkan kaki ke rumah itu. Mereka semua betul – betul meluat melihat wajah Puan Rohayu yang dik4takan sebagai punca Encik Zul itu menjadi begitu.

Sebenarnya, memang sudah jadi kebiasaan apabila keluarga berantakan begitu, memang isterilah yang akan menjadi m4ngsa tuduhan. Anak – anak Encik Zul dan Puan Rohayu sentiasa menjadikan nenek mereka Nek Jah sebagai bahan lawak.

“Daniel, boleh Nek Jah tidur di bilik kamu nanti?” Usik Acik kepada anaknya. “Tak nak lah ibu, dia bukan nenek saya. Nenek saya Nek Minah” ejek Daniel sambil mencebikkan mulutnya. Lalu mereka pun ketawa berdekah – dekah.

Begitulah mereka sekeluarga. Kehadiran Nek Jah seperti yang dijadualkan selama dua minggu di rumah itu menjadi bahan mom0kan kepada sesiapa pun di rumah itu. Namun, sudah pasti gurauan begitu dilakukan di belakang ayah mereka Encik Zul.

Mereka sedar juga untuk tidak bergurau begitu di depan ayah mereka untuk mengelakkan ayah mereka berkecil hati. Pada suatu hari. Encik Zul tumbang di dalam tandas. Ketika itu, beliau bangkit dari tidur untuk menunaikan solat Subuh.

Di dalan tandas, beliau terjatuh dan bunyi hentakan di dalam tandas itu didengari oleh Puan Rohayu. “Ya Allah. Kenapa ni bang” rintih Puan Rohayu. Sedikit d4rah mengalir akibat Iuka di bahagian kepala suaminya. Mereka anak beranak segera menghantar ayah mereka ke hospitaI dengan segera.

Dalam keadaan yang begitu nazak, sempat Encik Zul berkata mungkin masa untuk dirinya pergi hampir tiba. Sejenak selepas itu, Encik Zul telah meninggaI dunia. Masa jen4zah berada di hospitaI, tak ada seorang pun adik beradik Encik Zul datang ziarah.

Setelah hari ketiga kem4tian, Pak Man datang ke rumah pusaka itu. “Kamu semua silap. Tidak perlu kamu semua mengambil kuasa tuhan untuk meramal bila ibu akan meninggaI. Ternyata Allah maha kuasa. Zul dulu pergi sebelum mak meninggaI dunia,” sindir Pak Man.

Puan Rohayu hanya mendiamkan diri. Setelah itu, keluarlah Nek Jah dari kenderaan sambil membawa bagasi pakaiannya. Akhirnya Puan Rohayu pindah ke rumah ibunya. Meneruskan hidup dengan menggunakan duit pencen dirinya.

Anak – anak lelakinya tinggal di rumah mereka sendiri. Seorang anak perempuannya tinggal bersama suaminya dan seorang lagi anak perempuannya bersama cucunya mengikut Puan Rohayu ke mana sahaja beliau pergi. -TAMAT-

Penafian : Kisah ini adalah berdasarkan kisah benar. Nama watak di dalam kisah ini telah ditukar kepada nama samaran yang lain. Oh ya, saya Aliff. Anak buah Puan Rohayu. Mohon maaf jika tulisan bersambung – sambung. Perlu masa untuk proses imbas kembali. Semoga tulisan ini memberi keinsafan kepada kita semua. – Sang Arjuna Nestapa (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Syakriah Ishak : Pengajarannya, mulanya En Zul memang benar – benar ikhlas ingin berbakti kepada ibu bapanya. Namun, kemudiannya En Zul merasa lebih berhak ke atas rumah tersebut kerana beliau yang banyak berhabis untuk baiki rumah tersebut. Apa – apa yang kita beri kepada ibu bapa jangan pernah ada niat di hati untuk ambil balik. Seolah – olah ibu bapa jadi tempat simpanan harta kita.

Louisiana Lulu : Patut en.zul tu beli rumah sendiri. Tak payah baiki rumah pusaka tu. Biarkan saja mak bapak dia tinggal di rumah pusaka yang tak ok tu. Adik beradik yang lain tu tau menghasut saja. Kenapa tak usaha sama dengan Encik Zul untuk baiki rumah tu. Kalau sedar takda sumbangkan apa – apa untuk rumah tu, janganlah pegi menghasut sana sini.

Asgharee Royyan : En Zul baiki rumah. Tanpa bincang betul – betul dengan ibubapa dan adik beradiknya. Setiap anaknya diberi 1 bilik. Maknya yang empunya rumah.. tak de disediakan bilik pun. Maknya pula berpindah ke rumah anak – anak lain.

Seharusnya En Zul sekeluarga memuliakan ibunya sebagai tuan punya rumah, bukan biarkan anak – anak tidak hormat kepada nenek. Maknya pun dah s4kit hati, memendam rasa bertahun – tahun. Bila En Zul dah meninggaI, memang mendapat la.. anak bini kena halau keluar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.