Lagi berapa bulan nak kahwin bakal suami merajuk sbb aku suruh dia beli baju nikah guna duit sendiri

Aku kenal suami dalam 4 bulan je, lepas tu kami terus bincang nak kahwin. Masalahnya aku baru tahu yang bakal suami aku ni kedekut. Bayaran tok kadi, bayaran dewan semua aku bayar. Tapi bila aku suruh dia beli baju nikah untuk dia pakai, dia merajuk. Aku nak putvs tapi kad dah edar..

#Foto sekadar hiasan. Hi. Aku wanita yang berumur 32 tahun yang berkerja biasa – biasa saja tapi dalam masalah. Tolonglah dengar luahan aku, aku tak tahu nak cerita kat siapa. Aku sekarang s4kit kepala memikirkan masalah aku dengan dia. Ceritanya begini..

Aku kenal dia disalah satu media sosiaI. Berkawan selama 4 bulan dan terus ke serius step iaitu perkahwinan. Pada mulanya semua okay tapi aku baru perasan yang dia ni kedekut dan berkira orangnya. Bermula dengan hantaran 6k abah aku mintak untuk aku, mulanya dia setuju dengan itu.

Abah aku nak jadikan duit hantaran tu untuk majlis aku dengan dia dan sekupang pon abah aku tak ambil untuk diri sendiri. Dia boleh cakap kat aku yang abah aku takde hak nak guna duit tu untuk majlis sedangkan duit tu hak aku.

Aku jadi kecewa dengar perkataan dari mulut dia sedangkan abah aku guna untuk bahagian dia sekali sebab aku nak tolong dia jimatkan semua tapi macam naik kepala pulak dia. Lepas tu aku berg4duh jugak dengan dia sebab per4ngai dia macam tu, aku rasa macam tak nak teruskan dah perkhawinan tu dan pulangkan semua duit dia tapi adik aku cakap sabar.

Dia nasihat aku macam – macam sampai aku cooldown dan teruskan perjalanan wedding tu. Masalah kedua pulak, kadi kat tempat aku ditamatkan kontrak jadi aku kena kahwin kat pejabat agama, dan dah lari dari plan asal yang mana nikah dan sanding pada tarikh sama.

Jadi plan nak guna baju sewa untuk nikah sanding tep4ksa dibatalkan. Kena guna untuk sanding saja and baju nikah kena beli asing. Aku tanya dia baju tu awak belikan ke. Dia cakap suruh aku beli sebab dia dah takde duit.

Aku cakap la aku pon dah start kering sebab aku tak sangka aku akan kahwin secepat ni. Memandangkan dulu aku pernah berbincang untuk kahwin tahun hadapan sebab aku takda simpanan (berhenti keje and terp4ksa surv1ve guna saving sementara dapat kerja baru).

Masa aku kenal dia tu aku baru dapat kerje baru. Jadi aku tak boleh nak ik4t duit aku memandangkan aku anak sulung, aku kena support family aku. Aku dah terangkan tapi dia cakap takpe teruskan jela. Aku pon okay jela.

Jadi majlis tu topap – topap kena guna duit aku jugak. Aku terus terang kat dia, dia tiba – tiba macam marah aku sebab dia saja keluar duit, aku tak keluar, sedangkan duit dewan semua aku guna duit aku sebab nak tolong dia.

Kat situ aku rasa macam dah red flag sangat dah. Dari segi layanan pula, memula kenal dia okay saja, sembang banyak, ketawa happy – happy. Lepas dah nak ke kahwin dia jarang text aku, call, alasan nak jarakkan sikit sebab nanti dah kahwin tak manis katanya.

Aku pon okay la. Tapi bila aku text dia, dia marah – marah aku. Aku terasa giIa. Lepas tu aku tak layan dia. Bila dia tau aku merajuk dengan dia, tehegeh – hegeh mesej aku. Aku buat tak tahu saja. Sebab m4kin tawar hati. Entah lah.

Satu lagi, memang nampak keturunan dia pon sama level kedekut dengan dia, homestay nak dua buah tapi dia suruh bakal suami aku tanggung, bukan sehari. Tapi dua hari. Total ja hampir 1k. Aku jadi marahlah sebab meIampau.

Dah kitorang nak banyak pakai duit, family dia langsung tak supportive malah membebankan sedangkan sed4ra family aku sangat bertimbang rasa langsung tak bebankan aku. Lupa pulak nak cerita, lepas majlis akad nikah tu kena buat makan – makan sikit antara family, aku ada minta dia duit, maksudnya  sorang separuh.

Tiba – tiba dia cakap bukan urusan dia sepatutnya family aku patut bayar semua. Aku cakap lah, family kau ramai kot, setakat berapa kerat boleh la abah aku baya ni 20+ orang yang datang, kesian abah aku. Pasal kadi pon dia suruh aku bayar.

Aku cakap okay sorang separuh. Malu kalau aku cerita ni kat family aku. Diorang semua tak tau cerita ni. Aku hanya pendam, sedih. Lagi berapa minggu saja majlis tu nak mula tapi hati aku dah tawar. Sekarang ni dia tengah marah aku sebab aku suh dia beli baju nikah sendiri.

Aku just buat hati kering saja. Malas nak layan. Aku nak stop tapi aku fikir air muka abah aku yang dah edarkan kad semua, persiapan pon dah 70%. Entah lah.. Sorry lah aku banyak meluah. Aku tak nak burukkan pasangan aku kat family aku tapi aku rasa bebaI dengan per4ngai dia. Mungkin salah aku. – Cikbulan (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Fieda Rofayadalha : Cadangan saya, bincanglah dengan ayah tt. Lelaki je yang boleh faham lelaki. Ceritakan semua. Kalau ayah tt rasa tak perlu teruskan, backup kuat dah tu. Tapi kalau ayah tt suruh sabar, mintalah ayah tt sendiri bincang dengan bakal suami tu.

Sepatutnya ada masalah bincang elok – elok untuk cari penyelesaian. Kalau dah memang jodoh, insyaAllah akan dipermudahkan. Berdoalah banyak – banyak. Istikharah. Selagi belum nikah, tt masih tanggungjawab ayah. Ayahlah yang selayaknya buat keputvsan. Layak atau tidak anaknya diserahkan kepada lelaki sedemikian.

Are-da Wb : Kalau dah tawar hati, senang nak move on. Lain lah kalu sis masih sayangkan dia, susah nak move on. Apapun, sis tenangkan diri, tarik nafas panjang – panjang, hembussss dan tanya diri sendiri, adakah sis akan rasa bahagia dengan dia atau sis akan banyak makan hati dengan dia nanti? Dan, sis kene berbincang dengan mak ayah sis. Mak ayah mesti lah nak yang terbaik untuk anak – anak dia.

Akrima Abu Bakar : Sepatutnye urusan perkahwinan ni urusan yang membahagiakan. Kadang – kadang time nak uruskan majlis ni la kita boleh tahu samada kita dan pasangan ni saling memahami atau tak. Perit kalau berkahwin dengan pasangan yang tak memahami sebab ujian berumahtangga ni bukan kaleng – kaleng.

Tambah – tambah kalau pasangan tu jenis berkira + kedekut, dabel azab. So kalau segan nak batalkan maybe boleh bincang dengan family untuk tangguhkan dulu. Ambil masa untuk berfikir dan bertenang.Jangan lupa solat istikarah mohon Allah berikan jalan yang terbaik.. Allah Maha Tahu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.