16 tahun kahwin, mak tak pernah terima suami. Sekarang suami dah kemas beg nak keluar rumah

Rumah yang saya duduk ni atas nama saya tapi mak jadi madam besar. Saya lahir anak ramai pun mak asyik perli tapi dalam masa yang sama dia suruh suka mengarah anak – anak saya. Oleh sebab suami tak kaya, dah 16 tahun kahwin mak masih tak terima suami. Sehinggalah, saya terlepas cakap dekat suami, dia terus kemas beg nak keluar..

#Foto sekadar hiasan. Salam, mohon hidekan nombor anak saya ni. Bolehkah saya bunvh diri supaya suami beroleh kebebasan? Dah 16 tahun kahwin mak saya tak menerima suami saya 100% kerana kami kahwin waktu saya pregnant 6 bulan, suami bukan menantu pilihan mak dan tidak berharta seperti mak dan anak – anak lelaki mak yang lain.

Kami tinggal dengan mak dan banyak kali cuba duduk sendiri namun dipujuk oleh abang saya yang mak takde sapa jaga dan mak selesa tinggal dengan saya. Masalahnya, mulut mak juga boleh tahan bila marah, suami bukan jenis yang bercakap keluarkan m4kian bila marah tapi mak saya jenis macam tu.

Suami juga terkilan yang anak – anak kami juga dah mula degil disebabkan dah biasa tengok mak ayah mereka kena marah dek nenek mereka. Nak bercerai, saya dan suami tak ada cukup simpanan untuk turun naik mahkamah dan kami sebenarnya masih cintakan satu sama lain.

Kami hidup susah mak tak tahu, mak tengok setiap hari makan pakai cukup tapi mak tak tahu kami bergolok gadai nak cukupkan keperluan. Saya ada dua orang abang, satu rajinlah kirim duit untuk belanja dapur setiap bulan disebabkan saya yang jaga mak.

Dan mungkin beliau boleh baca yang saya dan suami bukan orang senang walau duduk dengan mak namun yang abang seorang lagi hanya tahu ceritakan masalah dia sekeluarga saja dan mem3ras duit simpanan mak. Walau tak berharta, suami saya rajin kerja, hasil penat lelah dia berjaya habiskan bayaran ansuran kereta, ada la kereta sebuah dan motor sebuah.

Rumah yang saya duduk ni mak pindahkan atas nama saya tapi nama saja saya, yang jadi madam adalah mak. Pernah suami k3tuk kuat pintu bilik anak kami sebab panggil tak keluar, mak terus sound dari ruang tamu “pintu tu bukan bapak kau yang buat”. Terkedu suami saya mak cakap begitu.

Sebenarnya mulut mak boleh tahan juga bila naik angin atau ada yang tak kena dek mata mak. Hinggakan suami berkata “apa guna solat tak tinggal, zikir tak tinggal tapi mulut selalu s4kitkan hati orang?” Saya jadi malu, jauh beza benar mak saya dan mak suami saya, itu yang buat suami saya terkesan sangat.

Dah 14 tahun suami bertahan, dah banyak kali suami ajak saya pindah namun saya kesiankan mak yang tak mahu duduk dengan anak lain. Suami cakap mak suka duduk dengan saya sebab mak boleh jadi queen, kalau duduk dengan abang saya terp4ksalah mak ikut cara queen abang saya iaitu isteri abang saya. Mungkin juga benar.

Lama saya berfikir, m4ti adalah solutionnya. Kalau boleh saya nak m4ti cepat namun belum tahu kaedah yang sesuai. Saya juga kesiankan anak – anak jika saya bunvh diri. Apa kesannya pada mereka? Pada 2019, akibat terlalu str3ss kerana pregnant dikala situasi kewangan kami sangat teruk, saya banyak kali cuba buang kandungan saya namun tak berjaya.

Bila ingat kembali, b0ngoknya saya sampai nak buat macam tu padahal anak tu dah diamanahkan pada saya. Jangan sebut perancangan keluarga sebab saya pun amalkan pil perancang dan tak miss tapi hamil juga. Saya str3ss sangat, tambah pula mak canang pada abang saya yang saya mengandung lagi.

Abang cuma jawab “biarlah dia”. Saya tahu mak tak suka saya mengandung, setiap kali saya marahkan anak – anak, mak asyik cakap, “padan muka sapa suruk beranak ramai – ramai”. Pada saya, nak je saya jawab pada mak, nasib baik lah saya ada lebih seorang anak, boleh la mak suruh anak – anak saya buat itu ini tapi tulah, saya jarang nak jawab kata – kata mak.

Baby 2019 tu lahir, dia baby high demand pula, asyik menangis bila ditinggalkan, nasib saya baik waktu malam dia boleh tidur lena. Tengah menulis ni suami tengah kemaskan beg pakaian gara – gara saya yang str3ss cakap “kalau takde jalan kita bercerai sajalah.”

Suami marah dan respons kalau bercerai semua anak ikut suami balik kampung. Suami dah tekad nak keluar dari rumah. Saya bingung, saya rasa baik saya bunvh diri, maka suami saya akan bebas dan moga mak insaf lepas ni, moga mak terfikir kenapalah mak tak nak duduk di rumah anak mak yang lain sesekali supaya ada ruang privasi untuk saya dan suami sesekali.

Update jam 6.05 pm, suami dah keluar, saya buntu, saya tak nak nangis, saya.. panjang cerita saya, sebab saya tak pernah luahkan pada sesiapa melainkan suami. Suami sayalah best friend saya, dia dah keluar, saya buntu.

Entah, mungkin saya patut dengar cakap suami, hidup berasingan waktu kami mampu dulu atau pulang saja ke kampung suami. Entah, saya buntu. Betul ke saya isteri derh4ka? Apa patut saya buat? Memang tak layak hidup pun sebenarnya tapi nak m4ti pun takut fikirkan nasib 4 anak.

Umur 4 – 5 tahun jadi m4ngsa nafsu abang kepada mak saya, tak siapa tahu sampai ke sudah, umur 18 bila cerita pada mak, mak cakap jangan ceritakan pada sesiapa. Umur 21 jadi habuan nafsu teman lelaki berstatus suami orang yang janji nak kahwin dengan saya tapi sampai ke sudah tak kahwin, duit barang kemas habis, janji ke laut. Dapat sorang boleh jadi suami yang baik, nasib kami pula jadi macam ni.

Komen Warganet :

Mawar Kamila : Pergi bersatu semula dengan suami dan anak – anak puan. Kemudian usahakan duduk rumah sendiri. Tentang emak puan, itu sudah menjadi tanggungjawab abang – abang puan. Puan sendiri sudah berada dalam situasi tidak berupaya untuk menjaga emak puan apabila sudah memud4ratkan diri sendiri.

Rawatlah diri puan. Puan tidak mengabaikan emak puan. Cuma sudah tiba masanya, anak – anak lelaki yang selayaknya memikul tanggungjawab itu mengambil amanah itu daripada puan.

Hasniza Mutalib : Bersyukur dapat suami yang macam tu. Terima awak dalam keadaan awak dah hamil 6 bulan. (TakĀ  semua lelaki boleh terima tau) pastu suami sabar dengan karenah mak awak. Awak patut ikut cakap suami awak.

Pindah laa sis duk asing, pastu hal mak tu hujung – hujung minggu pergi la jenguk. Bunvh diri tak selesaikn masalah. Malahan d0sa besar pula. Kunci pertama duduk asing. Itu sepatutnya, rumah kecil takpe asalkan duduk asing. Anak – anak pun boleh handle dan didik cara sendiri. Diri dia tengok mak ayah dia asyik dim4ki hamun nenek yang akal pendek tu.

NurHafizah Roslan Fiza : Syurga awak bawah tapak kaki suami. Syurga suami bawah tapak kaki ibu dia. Lebih baik awak ikut suami. Tinggalkan mak awak. Betul apa yang suami awak cakap. Mak awak selesa duduk dengan awak sebab nak jadi Queen dalam umah. Sebab awak jenis tak menjawab. Cari suami minta maaf then kuar dari umah. Bunvh diri bukan jalan penyelesaian. Lagi teruk bila awak bunvh diri effect kat anak – anak awak nanti.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.