Keluarga bakal suami tak terima jadi menantu sbb aku ada ‘anak’ dari arw4h abg dan arw4h kak ipar

6 tahun lalu aku kehilangan abang dan kak ipar dalam kemaIangan. Sejak dari itu aku menjaga anak mereka yang masih kecil sehingga kini dah 7 tahun. Namun selama 4 tahun bercinta, keluarga kekasih tak boleh terima kehadiran ‘dia’ atas alasan orang ketiga. Akhirnya aku tekad buat keputvsan..

#Foto sekadar hiasan. Aku berumur 29 tahun, belum berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 7 tahun. Aku tak pernah melahirkan tapi yaaa, dia anak aku. Hampir 6 tahun lalu, bagaikan mimpi ng3ri.

Aku kehilangan abang dan kakak ipar dalam sebuah kemaIangan jalanraya dan dalam sekelip mata, “Dia” menjadi yatim piatu, dalam usia yang masih belum tahu apa – apa tentang kehidupan dan terima kasih Allah kerana hadirkan h4mba – h4mba Allah yang bertindak pantas menyeIamatkan “dia” ketika itu.

“Dia” tak banyak kerenah, tak banyak ragam, bagaikan mengerti apa yang terjadi. Kedua – kedua beIah keluarga bersetuju untuk kami sekeluarga yang akan menjaga “dia”, rumah kami juga tidak jauh, jadi hubungan itu memang tidak akan putvs.

Pada awalnya, mungkin aku agak kekok, hanya membantu emak dalam segala perkara mengenai “dia”, Tapi lama – kelamaan aku sudah pandai macam mana cara nak bancuhkan susu, pakaikan pempers, tahu sebab apa “dia” menangis, perut kembung atau lapar atau mengantuk nak di dodoi.. aku dah bagaikan ibu sebenar.

Bila tengah bekerja, aku akan selalu teringatkan “dia”, seboleh – bolehnya nak balik cepat ke rumah. Kalau dulu bila shopping, semuanya barang – barang aku tapi sekarang hampir semuanya barang “dia”..

Pejam celik pejam celik, dah hampir 7 tahun “dia” menemani setiap hari aku, dah sem4kin banyak kerenah, dah pandai merajuk dan mahu di pujuk selalu. Anak manja yang selalu sebelum tidur akan minta aku peIuk dan dodoikan dia..

Hampir ke usia 30 tahun ni, tipulah aku kalau tak terasa nak berkahwin dan berkeluarga. Tambahan pula lagi “dia” pon selalu meminta adik dekat aku, katanya nak adik perempuan, tak mahu lelaki.. ohhh anak, senangnya order adik.. hahaha.

Aku ada berkawan dengan seorang lelaki yang bekerja satu banggunan dengan aku, dah hampir 4 tahun kami berkawan dan cukuplah aku geIar dia ‘A’.. “A” tahu akan siapa “dia” di sisi aku, “A” juga sangat sayangkan “dia”, aku tahu perasaan itu jujur bukan hanya berpura – pura dan “dia” juga sangat sukakan “A”, kerana “A” akan selalu melayan karenah “dia” dan belikan macam – macam untuk “dia”.

Kalau kami keluar, selalu “dia” di bawa bersama. Mak dan abah aku juga sangat senang dengan “A”. Tapi… Keluarga “A” tidak dapat menerima kehadiran “dia”. Aku tak nafikan keluarga “A” baik tapi mereka hanya menerima aku tidak anak aku.

Bagi mereka “dia” bagaikan orang ketiga dan alasannya nanti kalau kami berkahwin, akan ada anak, aku pasti tetap akan abaikan “dia” kerana sibuk menguruskan anak dari rahimku sendiri. Aku terpaku sendiri kerana permintaan ini hadir dari ibu “A” sendiri kepada aku.

“A” meminta aku bersabar dan akan memujuk ibunya. Dan hampir 4 tahun, anakku masih dilayan seperti orang asing kalau kami ke rumah “A” untuk menziarahi, beraya atau sekadar makan – makan sesama keluarga.

Aku pernah jelaskan kepada ibu “A” yang “dia” amanah buat aku, “dia” hanyalah seorang puteri kecil yang tak punya apa – apa d0sa, kenapa aku haruslah tinggalkan “dia”, mungkin ketika itu aku agak berkasar, aku tahu ibu “A” mungkin terasa hati.

Aku sayangkan “dia”, aku juga sayangkan “A” dan “A” pernah nyatakan hasrat untuk kami berkahwin sahaja dan aku tak mungkin giIa untuk mengiakan sahaja. “A” satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya, syurga “A” tetap ibunya, takkan aku nak biar “A” membelakangkan ibunya hanya kerana aku.

Sesungguhnya, aku juga buntu. Aku minta pendapat emak, abah dan aku juga ada sesekali berbual dengan “dia” tentang “A”. Aku tanya “dia” sekiranya nanti hanya kami berdua saja ke mana – kemana, takkan ada “A” lagi, macam mana.

Ujarnya okey sahaja asalkan mama beli kfc selalu.. anak oh anak, seronoknya menjadi kamu, tak perlu fikirkan dunia, asalkan dapat makan, cukup gembira. Kepada Allah aku memohon petunjuk dan akhirnya beberapa hari sebelum berpuasa baru – baru ini, aku nyatakan hasrat kepada “A” untuk putvs.

Aku mohon secara baik kerana aku tahu kami akan tetap terjumpa di bangunan tempat kerja kami. Aku sayangkan “A” tapi aku lebih sayangkan “dia”. Cukuplah 4 tahun aku bersabar, menanti untuk keluarga “A” menerima “dia” tapi aku tetap dan tetap menunggu walau pon aku dah lama pasti apa akan jawapannya.

Cukuplah setakat ini aku berharap. “Dia” walaupun bukan dari rahimku sendiri tapi “dia” mengajar aku untuk menjadi seorang ibu, mengajar aku erti kasih dan sayang. PanggiIan “mama” itu sudah cukup membahagiakan aku.

Aku tahu “dia” juga mungkin mengerti siapa aku sebenarnya, setiap kali kami melawat kubvr papa dan mama “dia”, dia akan senyap tanpa banyak soal. “Dia” hanya diam, termenung memandang kearah batu nis4n.

Wahai anak, sesungguhnya kamu amanah dan anugerah terindah buatku. Aku hanya mampu berdoa agar Allah sentiasa jagakan “dia” , ceriakan hari – harinya selalu….– H4mba Allah (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Intan Yg Terpilih : Terbaik dah keputvsan adik tu akak salute. Semoga adik dikurniakan suami yang soleh lagi penyayang dan boleh terima dia dalam hidup rumahtangga kalian. InshaAllah ada j0doh yang baik – baik untuk adik. Menyayangi dan memberi kasih sayang serta meIindungi anak yatim piatu, syurga menanti awak dik.

Fadzilah Musa : Manusia takde hati perut macamtu tak payah la ber4ngan nak jadikan sebagai family awak. Kalau benda macam tu pun tak boleh tolak ansur. Lepas ni kalau ada apa – apa jadi pada awak tak must4hil dorang akan bertindak k3jam pada awak jugak.

Entah – entah sebenarnya dia nak tolak awak, tapi takde cara, so jadikan budak kecik takde d0sa tu sebagai alasan je. Pelik juga ni budak kecik dijadikan halangan. Habistu kalau kahwin dengan ibu tunggal lagiIah ada anak, takde plak orang nak jadikan sebagai penghalang.

Alasan semata – mata ni dicipta nak meIarang hubungan. Tahniah kepada awak sebab memilih “dia”. InshaAllah ada yang lebih baik menanti awak nanti yang lebih jujur dan mulia.

Zuana Omar : Keputvsan yang betul tt. Saya juga sedang memelihara seorang anak yatim sebagai anak sendiri. Semoga Allah sentiasa merahm4ti hidup kita dan orang – orang yang menyayangi anak kita. kukuhkan niat kita, menjaga anak yatim kerana Allah dan Rasulnya. Bila teringat Rasulullah, saya akan terus sebak membayangkan kehidupan baginda sebagai yatim piatu.

Pratama Andreas : Masya-Allah, Allah benar – benar menghadirkan bid4dari syurga buat ‘dia’. Tentang A, agak kesian juga, sebab dia baik. Cuma, ibunya sahaja yang aneh. Iya, amat aneh di kala orang lain berebut untuk dapat pahala memberi layanan baik kepada anak yatim, dia sebaliknya pula di usia emas.

Zulhilmi Jol Hassan : Setuju dengan tindakan confessor. “Dia” lebih penting. Kena cari juga keluarga mentua yang terima confessor seadanya. Sekiranya berkahwin mungkin ada isu disebabkan ibu “A” tidak restu.

Akan ada drama yang menyusul. Kasihan pada “A” dan confessor juga sebenarnya j0doh ketidaksampaian. Apapun, moga dipermudahkan segala urusan confessor dan “dia”. Keep true to yourself and happiness shall follow.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.