Kawan lama minta tlg jaga anak2nya sebab dia hidup susah tapi sampai skrg dia taknak ambil balik

Dia meminta saya untuk menjaga anak – anak dia buat sementara waktu sebab dia dalam kesusahan. Minggu pertama je elok, kemudian mereka berubah jadi degil dan lasak. Pernah saya tanya tentang sekolah mereka, dengan mudahnya sahabat saya meminta saya sekolahkan anak – anaknya.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, pertama sekali saya ucapkan terima kasih andai tersiar. Saya amat memerIukan pendapat para pembaca dalam isu saya. Isu saya adalah berkenaan anak angkat. Saya dihubungi oleh sahabat lama yang kini mengaIami kesusahan.

Telah bercerai dan tidak memiliki pekerjaan. Dan dia memiliki tiga orang anak. Saya sendiri memiliki dua orang anak. Memandangkan dia dalam kesusahan, jadi dia meminta saya untuk menjaga anak – anak dia buat sementara waktu.

Setelah meminta izin suami, kami bersetuju untuk menjaga anak – anaknya buat sementara waktu. Anak – anak tersebut berusia 8 tahun, 6 tahun dan 5 tahun. Kami menjaga anak – anak itu umpama anak sendiri. Apa yang kami makan, itulah yang mereka makan dan boleh dik4takan agak mewah.

Begitu juga soal pakaian dan mainan. Kiranya apa yang anak – anak saya ada, mereka juga ada. Minggu pertama semuanya baik – baik sahaja. Mungkin kerana mereka belum terbiasa dengan kami. Tapi masalah mula wujud bila mereka mula ‘adapt’ dengan kami.

Ternyata anak – anak bertiga ni agak nakal dan lasak. Perabot rumah saya usah di kata la, ada yang sampai patah, dinding rumah berconteng, berebut barang mainan anak – anak saya walaupun mereka dah dibelikan barang masing – masing.

Alhamdulillah anak anak saya di besarkan dengan disiplin dan saya memang agak garang, mer0tan anak itu biasa tapi Alhamdulillah tidak kerap kerana anak – anak saya cepat serik. Tapi kenakalan anak tiga orang sahabat saya ni, saya tak berani nak pukuI atau r0tan sebab bukan anak saya.

Risau pula kalau tiba – tiba mak mereka report d3ra atau apa. Tapi saya jadi amat tertekan. Anak – anak saya sendiri mula mengadu sebab saya asyik marah je. Anak – anak kawan saya susah bangun pagi, saya jerit pun tak jalan. Hanya bila suami saya masuk campur, menjerit juga baru lah mereka nak bangun.

Itu pun selimut tak Iipat, katil biar berselerak. Hanya bila dimarah lagi baru bergerak nak buat semua tu. Yang buat saya sedih, saya ni umpama orang gaji mereka dah. Pagi – pagi lagi bila celik terus minta makanan. Sedangkan anak – anak saya akan tunggu sampai saya masak atau beli apa – apa.

Kalau saya masak lambat, pandai lah mereka cari roti atau bijirin dengan susu. Tapi bukan begitu keadaannya dengan anak – anak tiga orang ini, mereka agak ‘demand’. Memang akan minta nasi tiga kali sehari. Dan kalau makanan tu kena dengan selera mereka, memang dah tak fikir orang lain.

Pakaian pula berselerak. lepas mandi memang biar berterabur walau dah di sediakan pakaian. Memang saya yang basuh dan keringkan, tapi saya minta mereka melipat sendiri pakaian dan susun dalam almari, memandangkan anak bongsu saya yang berusia 5 tahun pun lipat sendiri.

Tak lama menjaga anak – anak bertiga tu, saya persoalkan soal persekolahan anak – anak tersebut. Kerana walaupun PKP, pembelajaran masih berjalan secara online. Jawapan baIas yang saya terima agak meng3jutkan kerana ternyata anak – anak bertiga tidak bersekolah dan dengan mudahnya sahabat saya meminta saya menyekolahkan anak – anak bertiga.

Dari situ lah saya tau, ianya akan jadi lama atau mungkin seolah – olah dia dah serah anak – anak dia pada saya secara tak rasmi. Saya nak uruskan pun susah sebab dia tak nak bagi sebarang dokumen anak – anak dia. KonfIik paling tinggi adalah ketika saya menjenguk mak saya yang tinggal hanya 20 minit perjalanan dari rumah saya.

Ayah saya telah meninggaI, jadi mak saya tinggal sendiri. Saya akan menjenguk tiap hujung minggu. Mak saya seorang guru yang telah berpencen. Rumah mak saya memang penuh dengan perabot mahal. Kisahnya ketika itu saya berada di dapur untuk memasak dan dengar mak saya bising – bising, rupa – rupanya adik bongsu tebuk sofa kulit mak saya dan k0yakkan.

Mana dia dapat gunting pun saya tak tau. Untuk tak memanjangkan cerita, kami gantikan sofa mak saya dengan sofa baru yang harganya mencecah tujuh ribu, sama harga dengan sofa yang di rosakkan. Kami hanya mampu marah dan membebel.

Itu pun rasa macam buang masa sebab bila kami marah, adik beradik ni akan buat muka mencemik dan berpeIuk tubuh. Kalau ikutkan bisikan sy4itan ni, memang rasa nak pukuI je sampai puas hati. Tapi itu lah, paling teruk pun hukvman mereka adalah menghadap dinding selama beberapa minit.

Dan hal yang sama berlaku lagi beberapa minggu kemudian ketika kami menjenguk mak saya. Adik yang bongsu cakar fabrik sofa menggunakan kunci. Memang nampak jelas kesan carik. Saya diam tak terkata. Nak ganti memang tak mampu dah.

Mak saya cuma pesan, anak – anak tu dari persekitaran yang berbeza dan tak mampu nak suaikan diri, jadi pulangkan sahaja lah pada mak mereka kembali. Yang membuatkan saya buntu, saya ada menghubungi sahabat saya. Namun apa yang diberitahu adalah dia tak berkerja dan menumpang di rumah kawan – kawan.

Jadi saya tak dapat teruskan hasrat nak bagitau untuk pulangkan kembali anak – anak bertiga tu. Sebab saya tau dia tak boleh nak ambil pun. Sahabat saya ni masih memiliki keluarga. Ayahnya s4kit str0k, maknya pula uzur. Ada kakak dan abang namun mereka tak nak jaga anak – anak bertiga tu.

Jadi sekarang ni saya sangat tertekan. Keikhlasan menjaga anak – anak bertiga pun hampir hilang. Saya kasihan pada mereka tapi pada masa yang sama saya sendiri rasa tak mampu dah. Bagaimana saya nak cakap pada mak mereka? – Mama buntu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ameera Aqeela Salleh Huddin : Pulangkan pada ibunya atau cakap terus terang akan hantar ke rumah kebajikan, sebelum hal ni boleh rosakkan harmoni rumah tangga awak anak beranak. Faham, didikan berbeza, dari gaya si emak pun boleh agak bagaimana cara anak – anak ni dibesarkan.

Mana lah si bapa, nafkah tak beri ke? Si ibu tak datang jenguk anak – anak ke? Kita nak membantu tapi bagi betis minta peha, m4kin naik kepala. Apalah nasib anak – anak tu nanti, tak bersekolah, risau terabai je jika biar dengan si ibu. Ada baiknya bincang untuk hantar ke JKM at least terjaga.

Az-Zakwanul Faiz Bin Zakaria : Nak dipukuI anak – anak “kawan” tu takut dia report d3ra dan sebagainya. Apa lagi, polis, jkm, contact mana – mana ngo, aktivis, senaraikan mereka – mereka untuk dihubungi.

Bertambah kusut nanti call satu – satu nanti ada lepas tangan kurang – kurang ada plan cont1ngency. Bertindak, jangan ugvt kawan tu. Kang dia pasang t4ktik apetah lagi nanti bersambung confession. Kalau dipulangkan, entah siapa akan kena lepas ni.

Natasha Hanna : Report jabatan kebajikan masyarakat. Stop jaga. Anak – anak sendiri terabai nanti. In future jadi apa – apa, budak – budak tu dan kawan awak tu akan tetap salahkan awak. Kadang – kadang perlu jadi selfish.

Anak orang takkan sama dengan anak sendiri. Enough is enough. Packing baju hantar diorang kat rumah kebajikan untuk tindakan susulan. Dengar k3jam tapi percayalah untuk kebaikan mental awak dan anak – anak awak juga nanti.

Adawiyah Shaarani : Seorang anak murid saya, murid juga di rumah kebajikan. Ayah masuk p3njara, mak terp4ksa jual kuih. Awalnya kehidupan mereka agak selesa, sampailah si ayah masuk p3njara sebab d3ra anak kawan.

Ceritanya lebih kurang gini, jaga anak orang kemudian hilang sabar, mak ayah kandung buat report, apa lagi ke dalam la. Keluarga h4ncur dek menolong orang.

Puan Zuera : Kawan awak lepas tangan anak – anak dia pada awak. Kiranya awak akan terus jaga anak – anak dia sampai bila – bila. Dia tak nak ambil tahu pasal anak sebab hidup dia pun masih samar – samar.

Dia serahkan tugas jaga anak – anak dia pada awak termasuklah persekolahan anak – anak dia. Hubungi jabatan kebajikan masyarakat. Hantar sana je. Kalau awak jaga pun boleh timbulkan masalah pada awak buat apa.

Tu baru rosakkan sofa mak awak, belum buat hal lain lagi. Takut nanti awak dan suami tak dapat kawal kemarahan pada diorang. Sekarang anak awak pun str3ss sebab awak asyik marah diorang. Kesian ke anak awak.

Tak berbalaoi nak jaga anak orang lain, tapi anak sendiri jadi m4ngsa kemarahan awak.. Fikir keluarga sendiri dulu pulangkan pada mak diorang atau hantar ke JKM. Budak tu bukan amanah awak dan suami. Masih amanah dan tanggungjawab ibu dan bapa diorang.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.