Dah 2 minggu isteri asyik p4ksa suruh aku kahwin dgn kawan baik dia seorg muaIaf

Selama 13 tahun kahwin, isteri tak pernah missed sediakan belak untuk aku bawak kerja. Tapi sejak akhir ni dia sengaja suruh kawan baik dia hantarkan dekat saya. Saya jadi tak selesa sebab mak saya sendiri berpoIigami dan satu tahu betapa tak adilnya hidup berpoIigami..

#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum min, macam biasa mintak hide profile, isteri saya ade dalam page ni. Maaf kalau cerite ni panjang min.. AKU DALAM DILEMA! Saya dah mendirikan rumahtangga selama 13 tahun, dikurniakan 6 orang cahaya mata, semua dah bersekolah.

Isteri saya seorang yang penyayang, suri hidup saya. Isteri saya merupakan anak yatim piatu. Mak ayah dan abangnya meninggaI dunia kemaIangan masa dia berusia 9 tahun. Jadi tinggal dia seorang duduk di rumah kebajikan. Isteri saya sangat baik pekerjaan amat mulia sebagai suri rumah walaupun dia berpendidikan tinggi.

Dia tetapi memilih untuk menjadi surirumah, saya hanya kerja biasa – biasa sahaja min. Tapi alhamdulillah rezeki kami cukup dan tak sampai tahap nak meminta sana sini. Sepanjang berumah tangga ni tak pernah terlintas langsung saya nak menduakan isteri saya, apa lagi kehendak ber scandaI dan sengaja atau pun tidak!

Apa lagi yang saya nak cari. Cukup makan pakai, tempat berteduh, anak – anak amanah ALLAH, dan seorang isteri yang sangat baik! Jadi hidup saya hanya untuk bekerja, keluar pagi balik petang. Balik kerja luang masa dengan anak – anak dan isteri di rumah, saya dah tak ada tabiat lepak minom bersocial dengan kawan – kawan.

Hanya dengan family saya ke mana saja. Masa isteri saya di rumah kebajikan dari dia kecil, di situ la semua family dia, penjaga dia pun kami masih lagi berhubung. Setiap hari raya kami ke sana dan isteri saya ade seorang kawan yang di anggap sebagai adiknya sendiri, seorang single mom (TAKde anak) dan mereka membesar bersama di rumah kebajikan tu.

Hubungan mereka seperti adik beradik akrabnya, hingga semua masalah rakan baiknya di kongsi bersama. Anak – anak saya pun sangat rapat dengan kawan isteri saya ni gelaran MAMA hanya di mulut tiap kali dia menyinggah, tak pernah dengan tangan kosong.

Keakraban mereka sangat rapat. Semuanya bermula April lalu saya telah dimaklumkan oleh isteri saya yang kawan baiknya sudah memeIuk Islam dengan sah pada Febuari 2020, Nama Islamnya pun isteri saya yang pilih kan, sedap.

Seakan akan nama isteri saya, jadi di awal PKP dia memang tak boleh merentas negeri / daerah jadi video call jadi peneman meraka. Segala aktiviti masa PKP dikongsi bersama hingga 2 minggu sudah isteri saya suara kan untuk saya bernikah dengan sahabatnya itu.

Saya macam dah terkedu di situ min, kelu tak tau nak cakap ape. Saya tanya isteri saya kenapa nak bermadu? sebab mak saya dimadukan, memang tak pernahnya adil yang mak saya dapat dalam berpoIigami. Rakan – rakan saya ade yang berpoIigami, ade yang nikah di seberang, tipu isteri macam – macam, hanya untuk berbini ramai.

Jadi saya memang tak suka cara lelaki berpoIigami. Jangan cakap ikut sunnah, kalau bab sunah pun ramai yang tak faham. Macam mana nak bimbing isteri? Jadi dah 2 minggu tiada jawapan yang saya berikan pada isteri saya. Isteri terus tanya setiap hari sebelum tido.

Saya takut min, saya takut tak boleh berlaku adil. Saya tau kemampuan kewangan saya hanya cukup untuk kami 8 orang. Saya tau jadual luangan masa saya dah cukup untuk anak – anak dan isteri sahaja. Jadi dari segi itu saya tak mampu dan yakin untuk menambah isteri lagi.

Dah 2 minggu. Macam – macam cara isteri saya cube bagi ruang untuk saya dan bakal madunya. Kalau ikut rutin, setiap hari 12.30 tengahari isteri saya akan hantarkan bekal makan tengahari yang dia baru masak ke tempat kerja saya.

Dah 13 tahun tak pernah missed, sebab saya tak suka makan di luar, boleh jimat di situ. Tapi dalam 2 minggu ni dia tak hantar makanan tengahari, sebaliknya dikirim pada rakan beliau. Kadang – kadang rakan baik isteri saya ajak saya makan di luar, saya jadi tak selesa min, saya buntu.

Ade saya tanye kan pada isteri dan rakannya tu. Kenape saya, ramai lagi calon yang boleh bimbing dia sebagai imam. Pernah saya kenen kan kawan baik isteri saya pada kawan satu tempat kerja saya yang bujang. Tapi dia tak nak, jawapan isteri sangat mudah.

Dia nak “Adik” itu ada orang yang betul – betul boleh bimbing dia. Isteri saya cakap dia nak kami semua ke jannah bersama. Masaalah nye saya ni min. Saya tak yakin saya boleh berlaku adil. Saya takot hisabnya nanti. Buntu melanda mohon pendapat min. Terima kasih. -Pembeli Beras dalam dilema-

Komen Warganet :

Aishah PruBsn Takaful : Dulu kawan saya pernah la pujuk husband dia nikah dengan kawan baik dia. Cerita lebih kurang sama je. Sebab bila dah terlalu “taksub” dengan kawan semua pun boleh. Kawan tu agama dia nampak bagus.

Semua serba baik. Konon kawan tu la yang bila dia bersama ingatkan dia pada Allah. Tapi suami dia bertegas tak mahu. Suami dia kata kalau p4ksa jugak dia rela cerai kan kawan saya tu tapi tetap takkan nikah dengan kawan baik dia.

Cerita betul ni.. laki dia sangat tegas tolak permintaan si isteri. Pendek cerita, lepas bertahun benda ni berlalu. Takdir la si isteri dengan kawan baik ni (masa tu dah menikah dengan orang lain) berjumpa balik kebetulan satu tempat kerja bila si kawan ni berhijrah ke bandar.

Jadi si isteri kemain suka la jumpa kawan dia. Atas dasar TERLALU PERCAYA dengan kawan dia ni la dia akhirnya menyesal sebab difitnah di tempat kerja. Paling pedih apa yang dia dengar dari rakan – rakan, kawan dia ni cakap dah lama benci dan sebenarnya cemburu dengan hidup kawan dia ni.

Jadi niat dia buat baik sebab nak menumpang senang dan ramp4s apa yang dia ada. Nasib baik la laki dia tak pergi kat perempuan tu. Kalau tak. Habis la huru hara rumah tangga. Sebab yang ikhlas sebenarnya si isteri je. Kawan dia tu memang tak ikhlas.

Meman sengaja berpura – pura nak tumpang kasih sayang sedangkan memang niat nak r4mpas kebahagiaan si kawan ni. Walau dah menikah dend4m tu tetap ada. Nasi dah jadi bubur. Nasiblah bubur asyurah masih sedap dimakan.

Kalau bubur basi tak ke naya hidup menyesal tak sudah. Si isteri akhirnya dah kena buang kerja sebab kawan baik dia tu. Tapi si suami tetap nasihatkan si isteri, lebih baik kerja di tempat lain dari kerja dengan persekitaran orang macam tu.

Masa dia suka, nasihat si suami dia tak dengar. Puas la si suami cakap kawan ni tak bagus. Si isteri pert4hankan jugak. Hidup m4ti balik cakap kawan dia baik. Bila dah terkena.. baru dia tau. Baru dia nak dengar kata suami. Yang kelakar bila dia tanya suami.

Mana awak tau kawan saya tu pura – pura baik je dengan saya? Sebab saya ingat dia ikhlas. Suami jawab cara pandang kawan tu dia dah tau. Kawan tu pandang si isteri bukan dengan pandangan kasih sayang atau pandangan baik.

Dan lagi, kalau si kawan tu memang baik, dia tak senang nak ambil hak kawan baik dia. So dari sini fikirlah sendiri. Mudahnya dia nak kongsi suami awak. Kalau dia yang ada suami. Awak yang takde, agak dia nak ke kongsi. P0tong jari la memang tak boleh.

Farhah Simard : Teringat kawan.. Kawan jenis kalau pergi dating, dia bawa satu rombongan. Rumah bf dia lalu rumah saya dulu sebelum pergi rumah kawan. So bf ambil saya dulu sebelum sambung perjalanan ke rumah gf dia. Rapat kami, birthday saya dan bf dia sama lagi lak tu..

Kalau orang cemburu ke apa. Lama kami berper4ng. Tapi itu aje.. Kawan baik jadikan terus kawan, jangan upgrade jadi madu ke apa. Kenapa cari nahas dan kawan boleh jadi Iawan. So tak perlu over happy, cakap aje kat bini you tak berkenan.

Noor Shuhada Fazda : Senang je masalah nie. Pegang tangan isteri tu, pandang tepat di mata dia. Kata sejujurnya, hati ni hanya ada satu. Tak mampu terima yang kedua atau ketiga. Nada suara tu kena tegas supaya isteri tu faham, awak benar – benar tak mahu kahwin lain. Kemudian pesan ke isteri jangan disebut lagi hal kahwin tu. Benda mudah buat – buat susah plak. Tegaskan pendirian la.

Aredz Ridzuan : Dalam cerita ni nampak niat tu ada kebaikan, kalo dipandang sudut positif InsyaAllah ada kebaikan. Kalo dah isteri dan anak – anak boleh terima orang baru. Tapi tak dinafikan akan ada risik0, terpulang pada keyakinan dan kemampuan diri untuk hadapi risik0.

Masalah tetap akan datang dalam apa jua keadaan, tapi takde masalah yang takleh selesai. Yang pastinya setiap masalah yang datang memerlukan tahap kebijaksanaan dan kesabaran yang berbeza untuk dihadapi. Ajak isteri sama – sama solat isthikarah sampai hati betul – betul yakin untuk buat keputvsan samada terima atau tak. Soal rezeki tak perlu bimbang. Tu keje Allah, kita cuma usaha dengan niat dan hati yang betul.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.