
Anna ni dulu anak orang kaya tapi lepas kahwin hidup susah sebab dia tak kerja. Dia memang selalu pinjam duit aku, sampai satu hari dia mesej suruh aku belanja dia McD. Setiap hari dia whatsapp sehingga aku dapat gaji. Bila aku order McD hantar dekat rumah dia, dia tak puas hati. Dia tanya kenapa takde Burger???
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum kepada semua pembaca. Nama aku S, berumur 26 tahun, bujang dan alhamdullilah aku memiliki perkerjaan tetap. Gaji dalam lingkungan 1.6k – 2.5k berg4ntung kepada commission aku.
Musim – musim pandemik ini sangat susah untuk aku capai t4rget KPI namun aku bersyukur kerana masih diberi rezeki olehNya. Confessions ini sebenarnya bukanlah berkisar tentang aku tapi sebenarnya tentang kawan aku.
Aku bukanlah mahu menbuka aibnya, cumanya aku buntu bagaimana cara untuk aku tolong kawan aku. Jadi aku harap korang boleh berikan aku idea macam mana cara untuk aku bantu dia. Sedikit pekenalan tentang kawan aku, namanya Anna.
Aku rapat dengan Anna sejak tingkatan 1. Ibubapa Anna orang yang berada. Senang kata apa yang Anna nak memang senang dapat. Anna sudah berkahwin dan memiliki 2 orang anak. Ali 2 tahun dan Abu 1 tahun. Sebelum kahwin Anna bekerja sendiri namun selepas kahwin Anna sudah tidak bekerja kerana menjaga anak – anak.
Justeru selepas berkahwin kemewahan hidup Anna saban hari sem4kin berkurang. Suami Anna, Jamil merupakan anak sulung dan mempunyai tanggungan adik yang masih bersekolah. Jamil aku rasakan dari br0ken family kerana ibu dan ayahnya sudah bercerai.
Selepas bercerai ayah Jamil tidak mengambil tahu akan anak – anaknya. Jamil mengambil alih menjaga adik – adiknya. Tidak lama kemudian ibu Jamil meninggaI dunia. Menjadi tanggungjawab sepenuhnya Jamil untuk menjaga adik – adiknya.
Jamil berkerja sebagai pengawal keselamatan. Gaji sebulan Jamil dalam lingkungan 1.5k. Sememangnya gaji sebanyak itu tidak cukup menampung kehidupan keluarga Anna. Hampir setiap bulan Anna akan meminjam wang dari aku.
Kadang – kadang bayar seperti yang dijanjikan kadang – kadang tertangguh berbulan – bulan. Tetapi aku tak pernah mendesak Anna untuk bayar balik sebab aku percaya Anna memang sejenis kalau dia pinjam duit, dia akan bayar cuma cepat atau lambat.
Aku tak mendesak jugak kerana aku memahami akan kewangan Anna. Saban hari komitmen aku sem4kin meninggi. Aku ada loan kereta yang perlu dibayar, sewa rumah, hutang belajar, bil – bil, duit poket ibu dan ayah.
(Ibu aku bekerja sendiri namun sejak pandemik pekerjaan ibu terjejas teruk, ayah aku sudah tidak bekerja kerana tidak sihat) paling – paling busuk aku habis 1.5k untuk bayar komitmen. Andai bulan tu aku takde commission memang sesak giIa.
Tapi alhamdullilah masih boleh tampung. Bujangkan. Pernah bulan tu aku sesak giIa aku bawak bekal nasi putih kicap telur mata untuk lunch. huhu. Alhamdullilah rezeki. Di mata Anna aku seperti seorang kawan yang kaya.
Anna selalu menbandingkan kehidupan aku dengannya. Dik4tanya aku senang namun aku sahaja yang tahu betapa struggIenya aku simpan duit untuk membeli sesuatu benda. Aku taknak bandingkan apa – apa sebab aku percaya setiap rezeki yang Allah beri.
Allah bagi Anna jodoh awal. Aku belum diberi kesempatan jodoh awal tapi Allah kasi aku rezeki pendapatan. Satu hari aku merasakan Anna mengambil kesempatan terhadap diri aku. Anna mintak aku belanja dia makan ayam goreng mekdi.
Aku bagitau Anna aku akan belanja dia selepas gaji aku masuk. Hampir setiap hari dia akan wassap aku remind aku tentang belanja mekdi. Tiba gaji aku masuk Anna wassap aku ingatkan lagi pasal belanja makan. Aku kata okay boleh tunggu aku free aku bawak dia.
Tapi Anna tak nak ikut sebab susah ada anak – anak jadi dia mintak beli dan hantar dekat rumah dia. Aku pun okay lah mungkin dia betul – betul teringin nak makan. Minggu first aku dapat gaji tu aku dah janji dengan officemate nak jalan – jalan jadi aku tak janji nak beli mekdi dekat Anna minggu tu tapi Anna dah wassap seolah – olah aku tidak menepati janji untuk belanja dia makan.
Jadi sebab aku rasa serba salah balik dari jalan – jalan dengan officemates, aku beli 1 set mekdi dan hantar depan rumah dia. Dia bukak bungkusan mekdi dia kata kenapa tak belikan dia burger. Aku dalam hati masa tu Ya Allah h4ng mintak ayam kan padia pulak tetiba burger pulak.
Aku start rasa something dari aku husnazon terus rasa macam tak best. Baru – baru ni rakyat Malaysia dapat duit BPN kan? Dia siap kira – kira tau duit bpn aku. Siap dia mintak aku belikan basikal untuk anak dia guna duit bpn aku.
Allahhhh.. aku bujang ye memang takde partner tapi aku ada mak ayah. Kadang – kadang aku rasa pr3ssure dan str3ss sangat. Lepas tu 2 – 3 minggu lepas tu dia bagitau dia berkenan beg tangan aku. Dia ada nampak satu kedai ni juai beg tangan macam aku guna.
Dia nak beli tapi dia takde duit. Aku taktau maksud dia, dia nak aku tolong belikan ke? Bila aku cerita komitmen aku dia pun start cerita komitmen dia. Yes aku paham. Setiap orang ada komitmen masing – masing. Paling aku rasa macam pelik komitmen bil eletrik dia.
Sebulan bil eletrik dia mencecah RM300+. Selidik punya selidik rumah pakai aircond. Aku nasihatkan dia guna kipas untuk cut pembelanjaan elektrik tapi dia kata rumah dia berkuap kalau guna kipas panas. Dan aku nak tolong macam mana?
Ada juga aku nasihatkan buat dropship untuk tambahkan pendapatan dia, tapi dia respon susah nanti nak pi postage, anak merap. Anna pernah mintak kerja, ada tempat keja yang Anna dapat tapi anna respon susah nak tinggal anak dekat pengasuh takut pengasuh jaga anak dia tak betul.
Korang ada idea tak macam mana nak tambahkan pendapatan Anna? Aku nak tolong tapi aku sendiri taktau macam mana. Nak kasi dia duit selalu aku sendiri tengah struggIe simpan duit untuk family aku. Sampai bila aku nak tengok mak ayah aku menyewa.
Baru – baru ini family aku ditimpa ujian dimana kami sekeluarga dihalau keluar rumah sendiri oleh saud4ra sendiri. Perjanjian orang tua – tua takde hitam putih. Bila salah seorang dah meninggaI, masalah menimpa anak cucu.
Eh ni dah tajuk lain. Nanti la ada masa aku cerita tentang family aku. Serabut jugak kepala otak aku pikir semua ni. K la bye korang. – S (Bukan nama sebenar)
Komen Pembaca :
Noly Azlina Abd Rahim : Kawan awak Cuba ambil kesempatan atas kemurahan hati awak. Kalau tak cukup keperluan asas OK kalau nak tolong. Tapi kalau nak makan mekdi, nak bag tangan, nak basikal itu namanya bagi betis nak peha, lengan, ginjal, jantung, buah pinggang bagai.
Berhati – hati, orang macam ni kadang – kadang tak ada rasa malu meminta – minta. Tolong bila perlu, yang lain pandai – pandai dia. Kata mak ayah dia berada, dah tu kenapa tak meminta dekat mak ayah dia. Baik awak sedekah ke anak – anak yatim or orang – orang susah, takpun gandakan duit bulanan untuk mak ayah awak, m4kin bertambah rezeki.
Fatyn Nabella : Please la confessor wake up dan buka mata luas – luas. I cannot brain kenapa u penuhi segala kehendak dia, penting sangat ke si anna tu dalam hidup awak? Tak nampak lagi ke sudah terang lagi bersuluh yang si anna tu memang betul – betul nak amik kesempatan atas kebaikan awak.
Tolong jangan manjakan dia lagi dengan beri segala macam – macam sebab dia bukan family awak pun cuma sekadar orang luar saje jadi buat apa nak lebih – lebih sampai tahap macam tu sekali gayanya. Anna tu ada suami dan keluarga jadi bukan tugas awak nak sara dia.
Lepas ni awak kena bagitau dia yang awak tak dapat nak tolong dia dah, awak kena berlakon gaya yang awak betul – betul susah banyak komitmen nak kena bayar dan masalah family lagi, banyak cara sebenarnya awak boleh buat atau awak berlakon yang tak lama lagi awak nak kahwin jadi for now start nak menabung dah kena tekad pendirian awak tu baru berhasil.
Nurul Zainal : Orang macam ni kita tak panggil kawan. Awak anggap dia kawan tapi dia anggap awak lubuk emas dia. Sebelum benda makan diri sendiri baik awak elakkan orang – orang negatif ni dari hidup awak, belajar untuk cakap tidak, tak boleh dan kalau boleh, block terus dia dari hidup.
Bersedekah dekat family sendiri tu lagi besar pahala. Dah bagi jalan untuk cari rezeki sendiri, banyak alasan. Bila dia susah, awak tempat dia berg4ntung harap. Awak rasa bila awak susah, awak boleh harapkan dia ke? Kawan yang baik takkan ambil kesempatan atas kebaikan kita.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.