
Dulu sebelum kahwin, abah yang nak sangat dengan ibu. Ibu free hair, cantik, kerja cikgu plak tu. Tapi bila dah kahwin ayah h1na ibu. Ibu nak sambung belajar dekat UM pun abah tak bagi, nak belajar memandu pun tak boleh. Satu hari, abah minta aku bawa dia pergi kIinik, kemudian barulah aku tahu..
#Foto sekadar hiasan. Hi semua. Aku Kak long. Berumur 37 tahun. Cuma ingin berkongsi cerita menjaga abah sambil mengambil iktibar dalam kehidupan. Maaf kalau tulisan ni sedikit panjang. Abah aku orang agama. Semasa muda Abah mengajar kelas agama dan quran pada anak – anak kampung.
Ketika kecil semua orang takut dek kegarangan abah dalam mengajar subjek tersebut. Abah garang. Jarang sekali bersenda gurau dengan anak – anak. Abah juga kedekut, namun begitu kami bersyukur dibesarkan cukup lengkap dengan ilmu walau tidak sempurna material.
Mujur ibu aku bekerja Gomen. Walau berpangkat rendah dapatlah memberikan aku adik beradik duit belanja hingga universiti. Abah? Dia juga bagi duit, tapi bila ambik aku balik asrama dia tanya ada duit tak? Tolong bayarkan tol?
Tolong isi minyak. Aku ok sahaja. tapi bila masuk uni, ibu aku la yang membayar segalanya. Abah tak pandai jaga kesihatan. Abah sering suruh ibu masak macam – macam. Minuman gas botol tu sudah menjadi hidangan tetap di rumah setiap kali raya.
Dalam peti sejuk memang sentiasa ada. Mujur aku tak minat minum air gas. Oh ya, selain tak jaga kesihatan dan tak bantu isteri di rumah, abah pun agak ortodoks. Anak – anak perempuan tak boleh belajar memandu. Buat apa katanya?
Tapi aku dan adik berkeras nak belajar memandu. Anak – anak lelaki tak basuh pinggan pun tak apa. Lepas makan sidailah pinggan atas meja (that was back then). Abah memang patriarki. Masa nak masuk uni, aku dapat buat medical engineering, abah kata kenapa tak belajar usuluddin atau ilmu wahyu, kenapa tak nak ambik Sijil Tinggi Agama. Aku tetap ambik kos engineering.
Abah juga masa muda selalu cakap dekat ibu, “aku bagi kau kerja ko kena belanja rumah”. Abah selalu gaslighting ibu. Ibu orang 0KU fizikaI. Tangan ibu sebeIah jari tak lengkap, kaki ibu tempang sebeIah. Tapi ibu seorang yang smart.
Tak pernah rasa diri 0KU. Ibu sekolah Inggeris. Masa abah jumpa ibu, abah nak – nak sangat dengan ibu. Ibu free hair. Ibu cikgu. Lepas kahwin dengan abah, ibu pakai tudung. Ibu pernah dapat offer ke UM masa muda, tapi abah cakap dah kahwin tak payahlah.
Ibu ikut sebab masa tu aku dah lahir. Abah cakap dekat ibu, “kau cac4t, kalau aku tak ambik kau jadi isteri takde sape nak kat kau”, “Family kau kurang agama, kalau tak sebab aku, kau h4nyut”. Aku sedih bila dengar abah herdik – herdik ibu, aku selalu pujuk ibu bersabar.
Mujur ibu ada anak – anak. Anaklah kekuatan ibu. Kadang – kadang aku pelik dengan orang yang belajar agama, di luar nampak elok, tapi dalam rumah kami saja tahu abah selalu mentaIIy t0rtured ibu. Ibu nangis dan p3ndam rasa.
Abah juga ada hasrat nak kahwin lain dengan guru kafa sepejabat. Aku saja tahu. Adik – adik masih kecil nak faham semua benda tu aku. Nasib baik tak jadi kahwin. Duit pun harap duit ibu. Semoga Allah ampuni kesalahan – kesalahan abah dan kita semua.
Masa aku dah grad, rezeki murah aku terus dapat kerja (2007). Pastu abah suruh bawak ke kIinik. Masa tu Dr. cakap dekat aku “your dad has a chr0nic disease, please bring him to the hospitaI and take proper meds”. I was taken aback.
Masa tu baru aku tahu dia diab3tes dah lama. Aku rasa aku anak tak berguna dan terlalu disconnected dengan gamily. Balik tanya ibu, ibu cakap betul dah lama pujuk pegi hospitaI but he refused. Ibu tak boleh drive, semua harap abah.
Jadi aku pahamla kenapa dah almost a decade abah diab3tes tak pegi ambik proper meds. Disebabkan banyak benda yang aku tak sehati dengan abah, aku tak bercakap sangat dengan abah. Malah aku pernah tak balik rumah lama masa kat uni.
Abah juga degil tak nak dengar cakap orang. Bagi Abah, abah saja yang betul. Masa foundation ibu bagi duit untuk aku ambik lesen memandu. Abah cakap aku nak bermewah – mewah nak drive kereta. Bertahun – tahun aku dengar abah marah ibu bagi duit buat lesen memandu, membazir katanya.
Adik pompuan aku pulak sampai abah aku kejar dengan tali pinggang sebab dapat tahu belajar memandu. Masa tu adik lepas SPM. Bukan pakai duit dia pun. Aku yang bagi duit dekat ibu suruh adik ambik lesen. Mudahlah kami bawak ibu pegi pasar beli barang makan, pakai dekat rumah.
Kalau harap abah, dia beli benda basic saja. Memang jarang sekali bawak ibu keluar. Sabun pun tak beli. Padahal kereta abah, ibu yang bagi duit muka 20K. Anak lelaki ditatang bagai minyak yang penuh. Suruh belajar memandu lepas SPM. Tapi fail.
Lepas tu abah comfortkan cakap cikgu tu garang sangat. Adik – adik laki aku malas pegi belajar. Abah pujuk anak – anak lelaki siap bagi duit. Tapi kalau kami pompuan lain pulak. Masa adik pompuan aku nak kahwin (tapi tak jadi sebab adik aku dedicated jaga family aku. Semoga rezeki Icha dimurahkan selalu), sikit pun abah tak offer duit.
Masa adik laki aku kahwin pulak, dia siap nak belanja bagai – bagai lah. Bangga betul dia dengan anak lelaki. Nasib baik adik laki aku dah faham sekarang. Bila dia dah kahwin dan dah besar jadi jugak orang (hasil bebelan aku yang macam ner4ka).
Aku selalu outstation luar negara lama. sedih jarang dapat bersama mereka. Aku tak berkira dengan adik – adik dan ibu. Apa diorang nak aku cuba penuhi tapi aku pun bukan kaya, cuma senang. Abah salu cakap aku keje lekeh.
Tengok Abang Leman tu (anak sed4ra dia), keje hebat, beli kereta Honda civic. Aku rasa tak penting pun kereta besar. Aku beli kereta ikut kemampuan, pakai Saga saje first car. Ibu aku happy sangat, aku bole bawak dia ronda – ronda, makan nasik dagang dekat Kajang, breakfast dekat kampung Baru.
Tapi Abah, perlekeh aku. Aku beli rumah first kondo (3 bilik) masa umur 26, pakai kwsp dan gaji. Aku rasa kondo praktikal sebab aku sorang. Abah cakap, tengok anak Pak Lang (sebaya aku) beli rumah atas tanah, rumah besar.
Abah, dia beli dekat Perlis takpelah, aku beli dekat tengah KL ni. Memang tak mampu. Masa abah sah kena k3ncing manis umur abah awal 40-an. Abah kurang awareness atau buat – buat tak tahu. Abah continue dengan habit tak jaga makan.
Lepas aku dah tahu aku dan Ibu pujuk abah jumpa doktor. Alhamdulillah bila jumpa doktor secara berkala, ambik proper meds, bacaan gula pun getting better. Abah mula rasa dialah orang paling sihat. Abah continue unhealthy habit.
Benda paling dia suka daging, kambing dan seumpamanya. After meal mesti ada kuih manis. Bila abah s4kit aku balik jenguk diorang, aku akan replace biskut – biskut manis jadi biskut hap seng. Abah cakap aku kedekut. Abah ada duit dia suruh adik laki aku beli makanan sedap.
Aku bebel kat abah, abah baIas “ko memang nak tengok aku m4i tak bagi makan”. Famili – famili abah cakap kat aku dan ibu tak pandai jaga abah. Cakap abah s4kit pun tak jaga makan dia. Oh well, people can only talk behind you.
Bila abah aku pengsan kurang gula, takde pun adik beradik dia tolong hantar hospitaI. Aku suruh ambulan datang rumah. Masa tu I was outside Malaysia, adik aku kecik tengah belajar. Aku basuh adik – adik laki aku suruh tanggungjawab. Baru la nak belajar.
Balik hospitaI, ibu jaga makan abah. Ibu yang kaki pendek sebeIah dan tengah s4kit lutut masa tu mengesot bawak makanan abah ke katil. Abah marah ibu, dia cakap “aku sehat, ko pandai – pandai bawak aku masuk hospitaI 3 hari. HospitaI makan tak sedap” Aku dengar naik hangin.
Kami bergilir jaga abah. Masa ni baru adik laki aku tahu true color abah. 2014, ibu dan abah pegi Haji. Abah punya gula dah ok hasil pemantauan. Pegi haji ibu bayar tiket abah sebab dia mintak abah teman. Ibu nak ikut kursus haji.
Abah cakap tak payah kursus. Aku dah pandai. Tapi ibu tetap pegi kursus. Dia tumpang jiran bawak pegi kelas. Balik haji, aku sambut diorang dekat airport. Ibu sehat alhamdulillah. Lututnya yang s4kit dah baik boleh jalan macam biasa.
Abah? dia yang gula dah stabil dan boleh berjalan sebelum pegi haji, tetiba balik naik wheelchair. Aku kesian tengok abah. Sedih. Aku doa semoga dia berubah lepas balik haji. Tapi, bertahun – tahun balik haji abah tetap sama.
Mulutnya masih cerca, mungkin kurang tetapi rungutan tetap ada tiap pagi dan petang. Ibu pula lebih tenang. Berat abah pun dah bertambah – tambah kilo. Dalam s4kit – s4kit Abah masih request makan sedap. Masih degil.
Fast forward. Abah sekarang dah tak boleh melihat. Abah juga tak boleh berjalan akibat diab3tes. Setiap hari abah merungut – rungut. He is so full of himself, it’s all about him, ada saja tak kena. Kami tetap jaga abah macam biasa, cuma sentiasa ingatkan diri bersabar dengar rungut Abah.
Dia tetap abah. Abah cakap, “kenapa dah tua – tua aku s4kit macam ni”. Abah in denial. Dia cakap dia buta bukan sebab diab3tes, truth to be told punca memang diab3tes. Abah hanya terlantar di katil. Seminggu dua kali kena bawak hem0dialisis.
Makan pakai semua anak – anak dan ibu uruskan. Aku dan adik – adik mengambil ibrah dan lessons dari per4ngai abah, disamping berdoa semoga Allah ringankan bebanan keluarga kami. Semoga Allah ampunkan kesalahan – kesalahan abah dan keluarga kami. Ampunkanlah kami ya Allah.
In conclusion, jagalah kesihatan kita ketika muda dah tua nanti akan nampak kesannya. Kesihatan penting untuk beribadah dan kita pun tak mahu susahkan orang lain di kala tua. Aku yang solo ni, dah plan register rumah kebajikan untuk diri sendiri agar tak bebankan orang masa tua.
Hargailah keluarga, isteri dan anak – anak. Usahlah dibanding – bandingkan anak lelaki dan perempuan, bila dah macam ni, anak – anak perempuan juga yang menguruskan abah, hantar abah ke mana saja. Walau kita rasa kita kuat agama, tidak perlulah mengh1na orang lain.
Sesungguhnya Hidayah dan rezeki Allah itu maha luas. Selalulah bersyukur dengan rezeki walaupun sedikit. Anak – anak perempuan dan isteri, walaupun tidak sempurna, tidak mempunyai kerja yang bagus, tetapi itulah rezeki yang Allah bagi.
Aku dan adik – adik menjadi lebih tougher, and it taught me to be more resilient and mentally strong to face the future. After all, I have Allah by my side. Apa yang aku kongsikan bukanlah untuk membuka aib abah, sebaliknya untuk kita semua belajar, kerana kita juga akan tua kelak.
Sekarang aku dah beli rumah atas tanah, kereta yang lagi selesa untuk hantar abah ke hospitaI. But my dad, he doesn’t get to enjoy it. Semoga yang terbaik untuk kita semua. Doakan abah dan family aku ya. – Kak Long (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norlaila Mohd Din : Pedih sekali, jelas lah abah confessor hanya guru agama tapi tak mampu hidupkan ugama dalam diri dan sedihnya tak sedar pulak tu akan perbuatan zaIim yang dilakukan. Cam ciri – ciri narc1stik. Sahabat saya pun punya ayah cenggini bezanya so ayah jahiI ugama.k
Kita memang kena jaga ayah walaupun dia zaIim kerana Allah suruh. Sahabat saya sering rasa terkilan dengan mulut ayahnya tu, banyak cerita tak betul yang direka untuk tonjol diri terbaik. Akhirnya sahabat saya beranggapan ayah dia ada mentaI problem, then lega sikit s4kit hati akan ketidak adilan serta keceluparan si ayah.
Asni Abdullah New : Alhamdulillah ibu yang baik berjaya mendidik tt menjadi anak yang baik. Ajaran bukan dari tutur kata dan nasihat sahaja tetapi juga perlakuan dan tindakan ibu yang jadi role model untuk kak long bersabar dengan abah.
Lelaki sinonim dengan sikap eg0nya. Pandai atau tidak selalunya dia lah yang betul. Kerana isterinya punya kelemahan, suami menonjolkan kehebatan tetapi dia ‘ter’lupa ada yang lebih hebat sedang menilainya.
Salmikhalil Musleem : Semoga adik – adik lelaki TT tak mengikut resam abah. Kena banyak educate diorang supaya sifat abah yang tak bagus tu tidak diw4risi. Kesian nanti kat bakal – bakal bini.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.